Anda di halaman 1dari 1

Padi atau nama saintificnya Oryza sativa merupakan satu daripada tanaman bijirin dan

merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin
dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi
sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi
sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat
mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja
dan perlu ditanam dengan cara yang teratur manakala padi huma hanya menggunakan
air yang sedikit dan ditanam di lereng-lereng bukit sahaja.
Di Malaysia, perusahaan Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di
Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat
kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan
purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya
musim panas yang berpanjangan.
Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah
diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini
disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta
daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula
dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang
kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi
huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di
kawasan di mana air tidak bertakung.
Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat
daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu
banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam
. Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah
perlu dikawal sepanjang masa. Kepala batas bermaksud bahagian depan sawah padi dan
juga merupakan asal nama bandar Kepala Batas.

Anda mungkin juga menyukai