Anda di halaman 1dari 8

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(3), 2016: 57 - 64

(http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2016-0403-06)

Makna dalam Puisi Terpilih Usman Awang

Meaning in Selected Poetries by Usman Awang

Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin

ABSTRAK

Semantik merupakan salah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji makna dalam kepelbagaian penggunaan medium
bahasa. Perbincangan makna ini merangkumi keseluruhan makna yang ingin disampaikan oleh penulis sama ada
dihubung kait dengan situasi atau zaman sesuatu karya tersebut dihasilkan. Keterbatasan dalam penghasilan karya pada
zaman negara masih terjajah menyebabkan golongan penulis lebih berhati-hati dalam pemilihan kata. Fungsi karya
sastera juga sebagai wadah pendorong semangat juang bangsa Melayu pada ketika itu kerana makna yang suatu karya
bukan pada dasarnya sahaja tetapi terkandung juga makna sebaliknya. Makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh
Usman Awang dalam karyanya akan dibincangkan dalam makalah ini. Penghuraian makna bukan hanya terbatas pada
bentuk leksikal tetapi konteks makna, maka puisi Usman Awang sebenarnya bukan sahaja mendukung makna dasar
tetapi wujud makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh beliau secara halus. Makalah ini akan memanfaatkan empat
buah puisi Usman Awang, iaitu Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok),Keranda 152 dan Pak Utih.

Kata kunci: Puisi; makna; Usman Awang; semantik; makna konteks

ABSTRACT

Semantics is a field of linguistics that studies the meaning of the various language medium usages. The argument over
meaning encompasses the entire aim that the author wants to convey. Whether the meaning is related to situation or
the age that certain arts were produced. The restriction in the producing of arts during the colonization period made
the authors controlled in the process of selecting words. The function of the literary works as the medium that called
forth the courage and spirit among Malaya people was because of the meaning of the arts which were produced not
only based on the literal contents but also the out of sight meanings. The concealed meanings of Usman Awang that he
wanted to convey through his arts will be discussed in this article. The explanations of meaning are not only restricted
in lexical forms, but it also includes the contextual meanings. As a result, Usman Awang’s poetries were not only based
on lexical meanings but also it implied the contextual meanings that he wanted to convey indirectly. The article will
include 4 poetries produced by Usman Awang such as Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok) Keranda
152, and Pak Utih.

Keywords: Poetry; meaning; Usman Awang; semantics; contextual meanings

PENDAHULUAN berunsur protes, tanpa sempadan bangsa, negeri dan


benua. Antara sajaknya yang popular termasuklah
Usman Awang atau lebih dikenali dengan Tongkat “Bunga Popi”, “Gadis di Kuburan”, “Pak Utih”,
Warrant telah dinobatkan sebagai Sasterawan “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh” dan “Salam
Negara pada 7 Disember 1983. Usman Awang Benua”.
juga merupakan tokoh ASAS 50 yang terlibat Puisi beliau banyak menggunakan simbolik
dalam penghasilan karya-karya yang bertunjangkan yang tertentu dalam penyampaian mesej kerana
slogan “Seni untuk Masyarakat”. Karya -karya zaman dan keadaan semasa beliau berkarya, negara
beliau segar dengan rasa kemanusiaan, romantis masih di bawah pemerintahan penjajah. Pengkaji
dan akrab dengan akar budi Melayu. Beliau antara tertarik untuk membincangkan makna dalam puisi
penulis yang mengekalkan ciri-ciri pantun dalam terpilih Usman Awang ini kerana puisi ciptaan beliau
sebahagian sajaknya, walaupun telah melonggarkan mengandungi unsur-unsur tersirat dan bukan sahaja
beberapa ikatan konvensional. Sesetengah sarjana mendukung makna dasar. Patah kata yang digunakan
berpendapat Usman Awang berpegang kepada dalam puisi beliau berupaya menghuraikan makna
ideologi sosialis kerana sebilangan karyanya sesuatu perkataan secara meluas dan tidak khusus.
58  Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin

Penghuraian makna secara meluas ini perlu kerana berlaku di sekeliling beliau diolah menjadi sebuah
setiap perkataan mempunyai bidang makna yang karya yang cukup kreatif. Susunan bait kata yang
berbeza sama ada dalam bahasa lain atau dalam menimbulkan rima yang sekata dan sedap didengar,
konteks yang berbeza (Abdullah Hassan dan Ainon beliau juga tidak mengetepikan bahasa sebagai
Mohd. 2001:127). wadah penyampaiannya.
Penghasilan karya Usman Awang yang Menurut Anis Sabirin (1973), puisi dan bahasa
sebahagian besarnya dalam bentuk puisi merupakan itu amat rapat hubungannya. Hubungan ini yang
salah satu cara penulis menyampaikan makna menyebabkan suatu puisi itu terbentuk daripada
dalam bentuk yang lebih berlapik. Makalah ini susunan bahasa yang bukan sahaja bertujuan untuk
akan mengupas makna kata yang digunakan dalam menghasilkan bunyi yang menarik tetapi juga
puisi beliau. Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu amanat dengan lebih
oleh Sasterawan Negara ini lebih bersifat konotatif bermakna dan bijaksana. Walaupun interpretasi
dan juga ada maksud yang tersirat di sebalik makna sesuatu mempunyai olahan rasa tersendiri
sesuatu perkataan. Hal ini selaras dengan kenyataan yang ingin disampaikan.
Muhammad Haji Salleh berkenaan penggunaan Misalnya, karya Usman Awang yang dimuatkan
bahasa dalam puisi; berjudul “Anjing Itu” merupakan luahannya
Bahasa adalah suatu alat yang penuh rahsia; padanya ada badan, terhadap sikap golongan penjajah pada waktu itu.
ada bentuk, ada suara, ada makna dasar, makna hubungan / Penerbitan karyanya seiring dengan kemunculan
sampingan atau konotasi dan ada pula peribadi. Bahasa puisi Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang
itu umumnya lebih kental dan membawa bahan makna dan memperjuangkan nasib masyarakat dalam karya-
bunyi yang lebih berat dari bahasa seharian. Sering juga bahasa karya yang dihasilkan. Pada waktu itu juga tema
ini lebih halus; digunakan dengan lebih dinamis, seperti yang
tidak digunakan di dalam bahasa prosa atau percakapan harian.
dan persoalan yang menjadi tumpuan para karyawan
berhubung dengan masyarakat, penderitaan
(Muhammad Haji Salleh 1984:9) darurat, penindasan penjajahan, kecurangan dan
Berdasarkan kenyataan oleh Sasterawan Negara, ketidakadilan serta pelbagai masalah yang dihadapi
Muhammad Haji Salleh, bahasa sebagai medium oleh masyarakat zaman itu.
penyampaian puisi itu sendiri mendukung satu
atau lebih daripada satu makna didalamnya. PUISI ANJING ITU
Namun dalam penulisan puisi medium bahasa itu
berperanan lebih daripada menyampaikan makna Anjing Itu
malah menyampaikan apa yang terbuku di jiwa Anjing itu kurus kelabu
penulisnya. Nilai estetika yang terdapat dalam Lidah terjelir nafas termengah-mengah
penulisan genre sastera itu sendiri menjadikan Menjaga istana tuannya yang gemuk
puisi lebih bersifat tersirat berbanding tersurat Patuh setia, menerima dan menyerah.
sehingga penulis sedaya mungkin menggunakan
bahasa yang lebih berlapik dan sopan. Oleh hal yang Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya
demikian, dalam puisi karya Usman Awang, beliau mendayu-dayu
lebih memilih untuk berlapik dalam penulisannya Bukan kerana ada musuh
walaupun sesetengah puisinya ditulis atas dasar rasa Tetapi meminta makanan, perutnya lapar
ketidakpuasan hatinya pada waktu itu. Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti
kering.

PERBINCANGAN Anjing itu, tidak dibebaskan


Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.
Karya Usman Awang masih lagi menjadi sebahagian
daripada kajian sastera dan juga kajian bahasa. Anjing itu, bila perlu, diperah
Pengolahan dalam karya beliau yang lebih Bagi menjaga keselamatan tuannya
bersahaja dan sentiasa berkarya untuk masyarakat Menjadi binatang lindungan desakan luar
membuatkan karya beliau cukup dekat di hati setiap Dan himpitan dalam
para pembacanya. Dengan mendukung slogan “Seni
untuk Masyarakat”, Usman Awang cukup peka Begitu rupa nasib, anjing itu
dengan persekitaran beliau dan setiap kejadian yang Kurus kering, dalam semuanya tak cukupkan
Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin  59

Hanya menanti rahim tuannya melahirkan rasa taat yang tidak berbelah bahagi.
Cebis-cebis roti kering Perkataan “rahim” itu juga menunjukkan kesetiaan
Dan tulang-tulang tak berdaging yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan
Itulah jadi makanan, dan hidup jadi kepentingan diri sendiri demi seseorang.
Alat kesenangan manusia jahat Penghasilan puisi “Anjing itu” pada tahun
memperhambakannya. 1950 adalah pada waktu negara masih di bawah
pemerintahan penjajah barat. Pemberontakan dalam
Siapa anjing jiwa penulis tidak digambarkan secara terus-terang
Hanya binatang setia tetapi menggunakan simbol-simbol yang tertentu
sebagai medium untuk menyampaikan mesej. Pada
(Zurinah Hassan 1990) waktu itu juga penciptaan puisi yang menjadi wadah
pilihan para karyawan kerana susunan kata-katanya
Misalnya, baris ketiga dalam rangkap pertama yang lebih selamat dan tidak lebih terbuka jika
puisi tersebut menyatakan “Menjaga istana tuannya dibandingkan dengan cerpen, novel atau drama.
yang gemuk”. “Istana” selalunya digambarkan Tambahan lagi, tahun 1950 juga menunjukkan
seperti tempat yang indah dan mewah serta didiami timbulnya rasa tidak puas hati terhadap penjajah
oleh golongan yang tertentu seperti raja, sultan dalam kalangan masyarakat serta perasaan ingin
atau pemerintah. Selain itu, “Istana” juga merujuk bebas daripada belenggu penjajah.
pada mahligai yang indah yang menjadi impian Kebebasan yang diberikan oleh pihak Inggeris
orang kebanyakan tetapi tidak mampu di miliki pada waktu itu menyemarakkan lagi semangat
dalam dunia realiti. Walau bagaimanapun, “Istana” penulis untuk menghasilkan karya-karya sebagai
dalam puisi ini sebenarnya merujuk pada kediaman luahan rasa ketidakpuasan hati. Selain itu, pihak
yang mewah yang dimiliki oleh individu yang Inggeris telah membawa masuk alat percetakan yang
berharta. Hal ini kerana, perkataan “Gemuk” dalam lebih membuka ruang dalam penghasilan karya-karya
puisi itu juga bukan semata-mata merujuk pada sastera. Tambahan lagi, sekatan tidak dikenakan
individu yang berisi, gempal, debab atau sihat tetapi serta pengawasan khusus terhadap karya-karya
menggambarkan individu yang hidupnya senang yang dihasilkan jika dibandingkan dengan zaman
lenang dengan kemewahan yang dimilikinya. pemerintahan Jepun.
Seterusnya dalam baris pertama, rangkap Peluang yang diberikan oleh pihak Inggeris
keempat, penulis menyatakan “Anjing itu, bila perlu, telah menyebabkan timbulnya perasaan berani
diperah”, perkataan “diperah” selalunya merujuk untuk menentang penjajah dan menyuarakan rasa
pada kain atau pakaian yang lebih fleksibel sifatnya. ketidakpuasan hati untuk membangkitkan kesedaran
Jika dilihat dalam puisi ini perkataan “diperah” dalam kalangan penduduk tanah Melayu. Para
merujuk pada seekor anjing yang sifatnya garang karyawan pada waktu itu memanfaatkan peluang ini
dengan lidah terjelir mana mungkin boleh di perah. dengan sebaik-baiknya kerana melalui penghasilan
Secara logiknya gambaran dalam puisi tersebut tidak puisi yang lebih tersirat serta selamat dengan keadaan
mungkin akan berlaku kerana ia bertentangan dengan zaman itu, penduduk tanah Melayu dapat mendalami
realiti sebenar. Penulis sebenarnya menggambarkan jiwa penulis serta mula sedar akan hak mereka
perkataan “anjing” simbolik kepada manusia sebagai bangsa yang bebas daripada penjajah.
manakala perkataan “diperah” pula mendukung Puisi Anjing itu yang dihasilkan pada 1950
maksud tenaga yang dikerah atau berhempas pulas itu merupakan luahan rasa tidak puas hati penulis
terhadap sesuatu perkara. terhadap golongan penjajah yang bersenang lenang di
Baris ketiga dalam rangkap kelima “Hanya tanah Melayu. Kekayaan yang dimiliki oleh golongan
menanti rahim tuannya” juga merupakan simbol penjajah yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak
yang digunakan oleh penulis untuk menggambarkan rakyat. Akibat penjajah penduduk tanah Melayu
sifat “anjing” yang setia kepada tuannya walau dalam terpaksa berkhidmat kepada golongan penjajah
apa jua keadaan. Perkataan “rahim” merujuk kepada sehingga melupakan hak-hak mereka sebagai
tempat yang terdapat dalam kandungan seorang ibu. penduduk asal tanah Melayu.
“Rahim” juga boleh merujuk kepada nama seseorang. “Anjing itu” dalam puisi ini merujuk kepada
Walau bagaimanapun, dalam puisi “Anjing itu”, pihak polis yang terdiri daripada penduduk tempatan
Usman Awang sebenarnya ingin menggambarkan ditugaskan untuk menjaga ladang-ladang orang
kesetiaan yang teramat terhadap sesuatu sehingga putih. Kesetiaan polis-polis tempatan tersebut
60  Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin

dipersoalkan oleh beliau kerana pengorbanan yang nantilah, anak sayang , jika pak cikmu datang
dilakukan sama ada untuk negara atau semata- mungkin dia membawa sekotak ais krim.
mata untuk kemudahan penjajah. Hal ini kerana,
pemilik ladang-ladang boleh bersuka ria dan hanya Tapi berbulan pak cik tak pernah datang
mengaut keuntungan daripada hasil ladang-ladang ayah masih jua mencari pekerjaan
tersebut manakala polis-polis tempatan pula yang
bertungkus-lumus untuk memastikan agar ladang- (Zurinah Hassan 1990)
ladang dalam keadaan yang selamat.
Penderitaan yang dialami oleh polis-polis Puisi Ayah Belum Pulang, dalam rangkap ketiga
tempatan ini bukan sahaja tidak tidur, tidak makan baris yang pertama menyatakan “pulanglah ayah
malah boleh mati akibat peluru sesat. Perasaan wajahnya basah”. Pada dasarnya baris dalam
ini semakin dirasai apabila hasil ladang-ladang puisi tersebut menggambarkan seorang ayah yang
tersebut dihantar ke luar negara sedangkan yang pulang dengan wajah yang basah. “Basah” boleh
bertungkus lumus adalah polis-polis tempatan merujuk pada baju yang basah, rambut yang
pada waktu itu. Gambaran masyarakat penjajah basah, dan sebagainya. Penulis sebenarnya ingin
pada waktu itu yang hidup dalam keseronokan menggambarkan wajah seorang ayah yang pulang
serta kemewahan menyebabkan Usman Awang dalam keadaan yang letih setelah bertungkus-lumus
merasakan ketidakadilan berlaku terhadap penduduk mencari mata pencarian namun masih tidak mampu
tanah Melayu. membelikan ais krim untuk anak-anaknya.
Penghasilan puisi ini sebenarnya untuk Penulis melakarkan watak ayah dalam puisi
menyedarkan penduduk tanah Melayu bahawa secara lebih berhemah dan menggunakan perkataan
tekanan yang di lakukan oleh pihak penjajah. yang mampu meninggalkan kesan dalam kalangan
Penduduk dikerah tenaga tanpa bayaran yang pembaca. Realitinya wajah ayah dalam puisi ini
setimpal ditambah dengan keselamatan nyawa bukan basah akibat terkena air atau sebagainya
hanya semata-mata untuk menjaga harta benda yang tetapi menggambarkan kesusahan hidup yang terlalu
dimiliki oleh penjajah. Oleh sebab itu, penggunaan miskin dan dalam masa yang sama, seorang ayah
simbolik “anjing” dalam puisi ini semata-mata itu tidak sampai hati untuk menghampakan perasaan
untuk menggambarkan kesetiaan polis-polis anak-anaknya. Hal ini jelas tergambar dalam baris
tempatan yang sanggup bergadai nyawa semata- puisi yang seterusnya iaitu “tangan si anak panjang
mata untuk menjaga harta benda penjajah. menadah” yang menunjukkan pengharapan yang
begitu tinggi daripada seorang anak yang masih
PUISI AYAH BELUM PULANG (KISAH belum memahami tentang erti kemiskinan.
SETELAH MOGOK) Belenggu kemiskinan yang terlalu menghimpit
juga dapat di tafsir dalam perkataan “basah”
Ayah Belum Pulang, 1961 apabila pada hakikatnya wajah ayah pada waktu itu
(Kisah Setelah Mogok) bercampur baur antara kemiskinan hidup dengan
Anak-anak menanti ayahnya kembali keinginan anak yang di sayanginya. Simbolik
ah, berkocak dadanya dalam janji daripada perkataan itu juga menunjukkan bahawa
sekotak ais krim dari ayah seorang ayah itu tidak sanggup berhadapan dengan
mana ayah? Anak masih menanti. anaknya kerana dia tahu dia tidak mungkin dapat
memenuhi permintaan anaknya. Jika dilihat
Betapa ayah tak pulang-pulang pada rangkap yang sebelumnya memperlihatkan
penjual ais krim berkali ulang penantian si anak sentiasa tertangguh apabila
nanti nak, ayah di perjalanan ayah tidak pulang-pulang. Namun pengharapan si
tapi berapa lama menanti anak yang tidak putus-putus menanti kepulangan
ayah masih tak tiba lagi. ayah menyebabkan si ayah semakin luluh hatinya
sehinggakan penulis menggambarkan dalam bait
Pulanglah ayah wajahnya basah “pulanglah ayah wajahnya basah”.
tangan si anak panjang menadah Seterusnya dalam rangkap yang sama, baris
tapi, anak sayang, saksikanlah keempat, penulis menggambarkan lagi kemiskinan
ayah tak punya rokok sebatang yang mereka alami bukan setakat tidak mampu
janji jadi tangis maha pedih memenuhi kehendak hidup tetapi keperluan hidup
Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin  61

juga masih belum mencukupi. Baris keempat Anak Melayu


“ayah tak punya rokok sebatang” jika dilihat dalam Namamu telah diseru
fenomena masyarakat zaman sekarang tiada rokok Jawablah
tidak semestinya individu itu dikatakan sebagai Sebelum lidahmu jadi bisu.
seorang yang miskin. Pada zaman sekarang rokok
merupakan satu kehendak yang menjadi pilihan (Zurinah Hassan 1990)
sesetengah golongan yang mampu juga dimiliki
oleh orang miskin. Puisi Keranda 152 di tulis oleh Usman Awang
Keadaan ini berbeza dengan suatu masa dahulu untuk memberi gambaran tentang kedudukan
yang masyarakat kampung itu amat sinonim bahasa Melayu. Rangkap pertama baris kedua
dengan rokok. Rokok pada masa dahulu juga bukan “panas dadamu membakar baju” secara asasnya
bernilai tinggi seperti sekarang dan rokok bagi menunjukkan panas di dada sehingga menyebabkan
masyarakat kampung berupa rokok daun. Pada baju terbakar. Perkataan “membakar” selalunya
zaman dahulu juga rokok dalam kategori keperluan dikaitkan dengan api, bara, hangus, dan sebagainya.
bukan kehendak yang hanya dapat dicapai apabila Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan api yang
seseorang itu mempunyai berpendapatan yang lebih. boleh menyebabkan perkataan “membakar” itu
Masyarakat kampung dahulu, kehidupan mereka berlaku. “Panas” tidak mungkin akan menyebabkan
dengan rokok tidak dapat dipisahkan dan sudah terbakarnya baju yang dipakai.
menjadi sebahagian dalam santapan rutin mereka. “Panas dadamu membakar baju” sebenarnya
Kemiskinan jelas tergambar apabila rokok yang simbolik yang digunakan oleh penulis untuk
rendah nilainya tidak mampu dimiliki sedangkan menggambarkan kemarahan di dalam yang
ia seakan keperluan hidup suatu ketika dahulu. membuak-buak sehingga disamakan dengan api.
Situasi ini menunjukkan di mana seorang ayah itu Perkataan “membakar” merujuk pada kewujudan
bukan tidak mahu memenuhi kemahuan anaknya api yang marak dan menyala-nyala dan dalam
tetapi keperluan dirinya sendiri juga tidak mampu puisi ini penulis seakan-akan menyatakan bahawa
dipenuhinya. Seorang ayah digambarkan dalam kemarahannya terhadap sesuatu diibaratkan seperti
puisi ini bukan tidak bertanggungjawab tetapi api yang merak dan menyala-nyala. Kemarahan
tidak mampu memenuhi kehendak anaknya tanpa dalam dirinya diibaratkan seperti api yang menyala
kerelaan hatinya sendiri. sehingga mampu membakar sesuatu.
Baris seterusnya berbunyi “janji jadi tangis Baris seterusnya dalam rangkap yang sama “kita
maha pedih” menunjukkan kesan daripada arak Keranda 152” seperti penulis menceritakan
kemahuan anaknya yang tidak dapat dipenuhi, si tentang orang yang ramai bersama-sama mengusung
ayah juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku. keranda. Perkataan “arak” bukan merujuk pada
Keadaan yang memaksa si ayah berbuat demikian kesedihan, kemurungan, kehampaan, kekecewaan,
dan puisi ini ditulis semasa kemiskinan yang di kepedihan, dan kesayuan semasa mengarak keranda
alami sendiri oleh penulis. tersebut tetapi seakan-akan suatu pesta yang meriah
sewaktu mengarak keranda 152. Keranda merujuk
PUISI KERANDA 152 kepada peti untuk menguburkan mayat, larung atau
Keranda 152, 1967 long. Secara norma, apabila mengusung keranda
Anak Melayu pasti suasana di situ dalam keadaan yang sedih,
Panas dadamu membakar baju pilu, meratapi, hiba, kecewa, hampa, dan luluh
Kita arak Keranda 152 kerana keranda cukup sinonim dengan kematian,
Ke tanah perkuburannya parlimen pemergian, dan kehilangan.
“Keranda 152” merupakan simbolik kepada
Sepuluh tahun nafas ini terhenti fasal 152 dalam perlembagaan 1957 yang menyatakan
Hari ini jangan lagi menyanyi bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tercabar oleh bahasa Inggeris. Tindakan
Sebentar lagi malam akan tiba kerajaan yang ingin mengangkat kedudukan bahasa
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga Inggeris setara dengan kedudukan bahasa Melayu
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya menimbulkan pelbagai reaksi yang negatif dalam
kalangan rakyat tempatan. Fasal 152 diibaratkan

62  Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin

sebagai “Keranda 152” kerana perkara yang Tapi malaria senang menjenguk mereka,
termaktub dalam fasal tersebut tidak dipertahankan. Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Baris seterusnya “Ke tanah perkuburannya Dan Mak Utih biasa panggil dukun kampung,
parlimen” menunjukkan keranda tadi di arak Lalu jampi mantera serapah berulang-ulang.
ke tanah perkuburan. Jika “Keranda 152” itu
simbolik kepada fasal 152 yang termaktub dalam Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
perlembagaan seharusnya “perkuburannya parlimen” Wang dan ayam dara diikat bersilang.
itu tidak merujuk kepada tempat pengebumian.
“Perkuburannya parlimen” merujuk kepada tempat II
dimana memorandum bertajuk Rang Undang-
Undang Bahasa Kebangsaan 1967: Memorandum Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Hussein Onn. Rang undang-undang tersebut Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat,
dibentangkan di Parlimen kerana mengemukakan Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
hujah bahawa matlamat yang terkandung dalam fasal Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat.
152 tidak dilaksanakan iaitu tentang status bahasa
Melayu. “Perkuburannya parlimen” di sini merujuk Ketika kemenangan bersinar gemilang,
pada tempat di mana pemerintah berbahas tentang Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya
pandangan dan cadangan daripada rakyat tentang terbuka,
pelaksanaan yang dilakukan dalam negara. Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.
Rangkap yang terakhir dalam baris terakhir
menyatakan “Sebelum lidahmu jadi bisu”, perkataan Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
“bisu” merujuk kepada keadaan yang tidak dapat Ayam panggang yang enak di depan,
bercakap, kelu, dan diam. Perkataan “Sebelum Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.
lidahmu” seperti menyatakan bahawa seseorang Pak Utih masih menanti dengan doa,
itu tahu bila lidahnya akan menjadi bisu sedangkan Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?
pada dasarnya setiap manusia itu tidak akan tahu
bila dia akan menjadi bisu. Oleh yang demikian, (Zurinah Hassan 1990)
dalam rangkap tersebut sebenarnya penulis ingin
menggambarkan supaya anak Melayu itu lantang “Punya isteri mahu dakap sampai mati” dalam
dan berani menyuarakan pendapat dan bukannya bahagian pertama puisi, baris pertama, rangkap yang
menyerah bulat-bulat kepada pemerintah. pertama seperti penulis ingin menyatakan bahawa
“Lidahmu jadi bisu” merujuk pada lidah yang seorang suami yang ingin mendakap atau memeluk
sudah tidak mampu lagi berbicara sedangkan isterinya sampai mati. Jika dalam realiti mana
kebolehan bertutur, bercakap, menyuarakan, mungkin seorang suami berbuat demikian kerana
mengatakan, meluahkan sesuatu itu masih ada. Baris tanggungjawab seorang suami itu memerlukan dia
ini juga bukan bermaksud keupayaan seseorang meninggalkan isterinya untuk mencari nafkah dan
untuk berkata-kata itu hilang atau sudah tiada tetapi keperluan hidup. Perkataan “dakap” di sini bukan
kemampuan, kekuatan, semangat itu seakan-akan merujuk kepada perlakuan yang ingin memeluk tetapi
hilang dan tertanam dalam jiwa apabila perasaan perasaan cinta, sayang, dan kasih terhadap isterinya.
takut, kalah, dan berundur wujud dalam diri. “Mahu dakap sampai mati” pula merujuk kepada
selagi hayat hidupnya di kandung badan perasaan
PUISI PAK UTIH kasih, cinta dan sayangnya terhadap isterinya tidak
akan luput dan berkekalan sehingga ke akhir nyawa.
Pak Utih, 1954 Rangkap yang kedua, baris yang pertama “Tapi
Punya satu isteri mahu dakap sampai mati, malaria senang menjenguk mereka” merujuk pada
Lima anak mahu makan setiap hari, malaria yang mengintai, menjenguk dan melihat apa
Teratak tua digayuti cerita pusaka, yang Pak Utih dan sekeluarga lakukan. “Malaria”
Sebidang tanah tandus untuk huma. merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada
nyamuk yang boleh mengakibatkan kematian.
Kulit tangan tegang belulang, Suasana kampung yang digambarkan dalam
Biasa keluarkan peluh beberapa saja, puisi Pak Utih ini kerana latar belakang Pak Utih
O Pak Utih, petani berjasa. itu sendiri sebagai seorang petani menunjukkan
Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin  63

kawasan tempat tinggal mereka berhampiran mewah setelah mencapai satu tahap dimana dia
atau di kelilingi hutan. Kawasan hutan ini yang mampu berdiri kukuh dengan kekuasaan yang ada.
mengakibatkan pembiakan nyamuk sehingga Dalam rangkap yang terakhir, baris keempat
menyebarkan penyakit yang membahayakan nyawa. “Pak Utih masih menanti dengan doa” merujuk
Baris seterusnya “Meski dalam sembahyang doa pada usaha Pak Utih yang masih tidak berputus asa
berjuta” merupakan kesinambungan bagi baris yang untuk memohon supaya kehidupan mereka lebih
sebelumnya iaitu “tapi malaria senang menjenguk baik . Namun dalam baris tersebut sebenarnya ingin
mereka” menunjukkan bahawa Pak Utih sekeluarga menyatakan tentang Pak Utih yang juga mengharap
tidak putus-putus memohon doa pada yang Satu kepada pemimpin yang di sokong supaya dapat
tetapi serangan malaria tetap menjadi – jadi dan tidak membantu dan membangunkan kampung mereka.
berkurangan. Penulis menggunakan “doa berjuta” Namun, janji hanya tinggal janji bila pemimpin
bagi menunjukkan usaha yang terlalu kerap kali dan memiliki kekuasaan yang diimpikan oleh mereka,
sentiasa berharap agar serangan malaria akan berhenti mereka mula melupakan tanggungjawab terhadap
daripada menyerang mereka sekeluarga. golongan rakyat. Misalnya, dalam puisi ini, Pak
“Lalu jampi mantera serapah berulang-ulang” Utih berharap supaya kehidupan mereka sekeluarga
merujuk kepada selain usaha memohon doa, mereka bebas daripada belenggu kemiskinan dan serangan
sekeluarga juga memanggil dukun untuk mengubati malaria yang membahayakan nyawa mereka.
penyakit malaria yang menyerang mereka sekeluarga.
“Jampi serapah” boleh difahami juga sebagai
mantera, kata-kata keramat, dan pemujaan terhadap KESIMPULAN
sesuatu kerana menginginkan sesuatu perkara yang
bermanfaat. Situasi ini menunjukkan masyarakat Makna bukan sahaja dibincangkan daripada sudut
dahulu masih berpegang pada amalan nenek moyang leksikal sahaja tetapi memperlihatkan keperibadian
mereka yang berfahaman animisme iaitu percaya penulis tersebut dan zaman yang mempengaruhi
pada kuasa alam yang mampu mendatangkan penulisannya pada ketika itu. Secara asasnya, dapat
kemudaratan jika tidak di puja atau di sembah. dirumuskan sesuatu perkataan memperoleh makna
Seterusnya dalam bahagian yang kedua melalui keperihalan keadaan dan konteks situasi
puisi, pada rangkap pertama, baris yang keempat yang wujud semasa perkataan itu digunakan. Selain
“Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat”. itu, keupayaan penggunaan kata dalam puisi Usman
“Emas” dalam baris ini boleh merujuk kepada Awang memperlihatkan makna sesuatu perkataan
kemewahan, kekayaan, dan kesenangan yang itu adalah luas dan tidak khusus. Oleh hal yang
diimpikan oleh individu kerana sukar untuk demikian, sesuatu makna yang serupa mungkin
memilikinya. Namun, dalam baris ini “jambatan mempunyai makna yang berlainan dalam bahasa
emas” merujuk kepada janji-janji yang di utarakan lain atau dalam konteks-konteks lain.
oleh pihak pemerintah semasa pilihan raya. Janji- Secara keseluruhannya, makna dalam puisi-puisi
janji tersebut digambarkan seperti “jambatan emas” Usman Awang melampaui pemikiran dasar pembaca
kerana janji yang diperkatakan oleh pemimpin- jika dilihat daripada sudut situasi serta latar zaman
pemimpin semasa pilihan raya tinggi menggunung puisi tersebut dihasilkan kerana karya - karyanya
sehingga menggambarkan yang indah-indah belaka. banyak menggunakan unsur - unsur simbolik.
Rakyat yang berharap kepada pemimpin yang Perkataan-perkataan yang digunakan dalam karya
di sokong mampu membawa seribu sinar dalam Usman Awang tidak semestinya menggambarkan satu
kehidupan mereka di masa yang akan datang. makna sahaja, iaitu mendukung makna denotatif tetapi
“Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya boleh memperjelaskan seribu makna yang tersirat di
terbuka” baris ini menggambarkan keadaan sebalik satu-satu perkataan tersebut. Pengaplikasian
pemimpin setelah kemenangan berpihak kepadanya. patah kata yang mampu mendukung kepelbagaian
“Dada terbuka” merujuk kepada belahan baju makna dalam puisi-puisi Usman Awang, menjadikan
yang tidak di butang sehingga menampakkan puisi beliau bukan sahaja indah pada indera dengar
bahagian dada atau mendedahkan bahagian dada. pembaca tetapi dalam masa yang sama sarat dengan
Ironinya keadaan ini sebenarnya menggambarkan mesej dan amanat yang ingin disampaikan.
seorang pemimpin itu setelah meraih kemenangan Kesimpulannya, karya Usman Awang
merasa megah dengan kekuasaan yang dimilikinya. menyumbang bukan sahaja kepada dunia
Pemimpin juga digambarkan dalam keadaan serba kesusasteraan tetapi juga turut menyumbang kepada
64  Nur Amirah Che Soh & Rohaidah Kamaruddin

bahasa dan linguistik. Pengolahan idea dalam karya Abdullah Hassan. 2007. Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS
beliau menjadikan pengaplikasian ilmu linguistik Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2001. Teori dan Teknik
mampu menghuraikan sudut semantik atau kajian
Terjemahan. Seri Kembangan: PTS Publications &
makna dengan lebih khusus. Kajian makna ini juga Distributors Sdn Bhd.
secara tidak langsung melihat puisi tersebut bukan Anis Sabirin. 1973. Mengenal Puisi. Kuala Lumpur: Dewan
sekadar penghibur duka lara atau alat melepaskan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.
emosi semata-mata tetapi sebagai suatu wadah Halilah Haji Khalid. 2006. Usman Awang dalam Esei dan
kebijaksanaan yang terkandung amanat dan suara Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh. 1984. Pengalaman Puisi. Kuala
juang golongan penulis suatu ketika dahulu. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian
Ketajaman mata pena yang akhirnya menghasilkan Pelajaran Malaysia.
suatu karya yang bukan sahaja dinilai secara kreatif Ruth M.Kempson. 1991. Teori Semantik. Kuala Lumpur:
tetapi juga sebagai suatu kajian yang bermakna. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
S.Nathesan. 2002. Makna dalam Bahasa Melayu, Edisi Kedua.
RUJUKAN Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Zurinah Hassan. 1990. Sasterawan Negara Usman Awang,
Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan, terj. 1989. Semantik. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Nur Amirah binti Che Soh


E-mel: miyranur@gmail.com

Rohaidah Kamaruddin (Ph.D)


Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.
E-mel: rohaidah_k@upm.edu.my

Diserahkan: 18 Mac 2015


Diterima: 19 Julai 2016

Anda mungkin juga menyukai