Anda di halaman 1dari 27

WAJAH KOTA DALAM PUISI

JEJEMARI BUKIT BINTANG


DAN NAFAS JAKARTA

ANALISIS DARI SUDUT SOSIOLOGI

ILHAM
PARIDAH BINTI MAMAT
PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
(Seminar Tamu Sasterawan Asia Tenggara)
‘Nafas Jakarta’

 Jakarta
 saat kutatapi sirat wajahmu
 antara Bandung ke Jakarta Pusat
 kurasa gugus nafasmu pastinya sama.
 Di sini
 manusia apapun; dari gedung ternama
 ke dagang asungan
 daripada gah Brahmin ke melukut marhain
 harus memecah ruyung telur rezeki dengan
 tega Sangkuriang
 di balik sabar Tangkuban Perahu
 lantas hela nafasmu menjadi sesak
 didobrak ribut desak perut yang mendesut
 disetiap lorong peluang rupiah
 dan, sakti Hanuman tidak mampu
 mengungkai serabut simpul sendumu.
 Di sini
 lautan orang, mobil, dan fikir
 lebih mengerti kais hidup daripada penat
 siang dan rehat malam
 lalu Ojek dan Bajai menjadi lelatu pesaing
 sisa penumpang yang tegar
 walau tidak bisa membeli hukum dengan
 manis si pelincir
 Di sini
 bau nafasmu berbaur hitam putih darjat diri
 yang mesti diterima seadanya
 dan pesanmu
 sesiapa sahaja harus menjadi sepemurah
 Osman Bin Affan
 biar hanya 500 rupiah
 kerana raudah reda Ilahi itu tampak dalam
 putih hatinya.

 Ismail Ag. Piut


‘Hijab Jejemari Bukit Bintang’

 Malam ini kami ramas jejemarimu


 dilaut kota manusia tanpa malam
 lalu kelembutan puramu meraba rasa
 dan waras fikir kami terkasima
 melihat gegadis Arab berwajah Eropah
 melihat orangan Timur berkulit Barat
 melihat canggih ICT kami ditelan zaman
 melihat masakan ibu kami hilang dalam beriani Pakistan
 Meski kami keliru sirat garis budayamu
 namun kehalusannya menyimpul
 bauran warna kemalaikatan dan kesyaitanan manusia
 di sini ada lorek kejujuran “orang warna”
 di sini ada lorek hipokrasi “massage bang”
 di sini ada lorek seronok ilusi ‘shisha’ dan “wanita rokok”
 di sini hotel bicara ... “di sini baring saja dan jangan tidur”
 di sini Mat Rock berkerusi roda merintih kehampaan
 di sini lorongnya bebas nilai dan ruang
 dan di sini kiblatnya “amarah kelangsungan duniawi”
 Biar apa pun warna kukumu
 biarpun canggung rentak jari jemarimu
 orang seperti selamanya tidak peduli
 kerana ...
 hati Abu Jahal mereka mempercayai kelumrahanmu
 mata munafik mereka menyukai kecelaruanmu
 hidung Firaun mereka merelai hapakmu
 lalu mereka mabuk dalam indah neraka kristalmu.

 Ismail Ag Piut

PENGENALAN
• Puisi adalah karangan berangkap yang padat
dengan pemilihan kata yang bermakna.
• Meneliti dua buah puisi hasil karya
Ismail Ag Piut (IAP) tergambar wajah dua buah kota
metropolitan di dua negara iaitu kotaraya Kuala Lumpur
dan kotaraya Jakarta.
• Pengkaji menggunakan pendekatan sosiologi
• Dikenali juga sebagai pendekatan masyarakat.
• Menilai segala macam wadah yang berkaitan
dengan masyarakat dan unsur-unsur luar yang
membangunkan sesebuah masyarakat
• Analisis sudut sosiologi mengambil kira aspek luar teks,
latar belakang pengarang, fungsi sastera, hubungan teks
dengan masyarakat, selain menilai teks sebagai kesan
pengaruh masyarakat terhadap kehidupan manusia
(Mana Sikana:2015)
• Teks sastera adalah gambaran sebenar masyarakat.
Olahan perlakuan masyarakat dengan pelbagai unsur
sosial politik dan ekonomi yang ketara dalam kedua puisi
ini, menjelaskan idea pengarang yang menghubungkan
aspek luaran teks, fungsi sastera dan hubungan teks
dengan masyarakat.
• Latar pengarang juga mempengaruhi imaginasi
pengarang dalam mewajahkan kedua kota.
• Ismail Awang Piut berasal dari sebuah pekan kecil
bernama Bongawan terletak di pantai Barat Selatan,
negeri Sabah. Pendidikan awal di Sekolah Agama Toh
Puan Kota Kinabalu.
Objektif Kajian

 1. Menilai kebenaran puisi sebagai satu refleksi


sosial yang dianggap cermin masyarakat.
 2. Melihat gambaran wajah dua kota dari
persepsi puitis pengarang.
Definisi bandar/kota

• Ahli-ahli geografi Barat mendefinisikan urban atau


bandar/kota sebagai suatu masyarakat yang lengkap di
dalam suatu lokasi geografi yang menghadkan saiz
penduduknya, lokasi dan saiz penduduk lebih
ditekankan berbandingkan dengan unsur-unsur
kemanusiaannya.
• Ahli-ahli ekonomi Barat misalnya Weber, cenderung
untuk mendefinisikan bandar sebagai pusat kegiatan
masyarakat yang berasaskan aktiviti perniagaan serta
perindustrian (Dalam: Zaini Ujang:1993).
• Dalam sajak Hijab Jejemari Bukit Bintang bilangan
penduduk kota yang ramai digambarkan oleh penyair
melalui ungkapan:
dilaut kota manusia tanpa malam
• Sensitiviti penyair melalui pilihan katanya berupaya
menggambarkan ramainya penghuni kota
• di laut kota manusia dan sambungan kata tanpa
malam telah menggabungkan antara saiz penduduk
dan kegiatan masyarakat yang sibuk sehingga waktu
malam juga dipenuhi dengan kegiatan manusia.
• Dalam sajak “Nafas Jakarta”. Ungkapan lautan orang, ...
jelas menunjukkan bilangan orang yang ramai.
• Hal ini bertepatan dengan definisi bandar yang dikemukakan
oleh kebanyakan perancang bandar barat yang
menggunakan kaedah statistik demografi, yang
menekankan kepada jumlah penduduk sebagai ukuran
sesebuah bandar.
• Gambaran penduduk yang ramai diimbangkan pula dengan
kenderaan yang banyak dan fikiran yang sentiasa menjurus
kepada pencarian rezeki tanpa mengira penat pada waktu
siang dan tetap meneruskan aktiviti tanpa rehat pada waktu
malam.
• Di sini lautan orang, mobil, dan fikir
 lebih mengerti kais hidup daripada penat siang dan
rehat malam
• Dalam Nafas jakarta, penulis memberikan fokus kepada
kegiatan manusia mencari rezeki yang jelas dilihat
daripada bait-bait kata:
• manusia apapun; dari gedung ternama
 ke dagang asungan
 daripada gah Brahmin ke melukut marhain
 harus memecah ruyung telur rezeki dengan
 tega Sangkuriang
• Manusia daripada golongan atasan sehinggalah golongan
bawahan, saling mencari rezeki di tempat masing-masing
mengikut tatatingkat kelas, sama ada di gedung ternama
atau pedagang kaki lima. golongan marhain begitu tabah
melariskan jualan dengan menggunakan istilah
“memecah telur”. Penyair mengambil kata-kata
“memecah ruyung telur rezeki dengan tega Sangkuriang”
• Kesibukan dan desakan mencari rezeki di Kota Jakarta
untuk mengisi perut disetiap lorong digambarkan oleh
penulis melalui baris: lantas hela nafasmu menjadi
sesak
 didobrak ribut desak perut yang mendesut
 Di setiap lorong peluang rupiah, dan sakti hanuman
 tidak mampu-mengungkai serabut simpul sendumu
• Pengarang mengambil watak Hanuman, (mewakili
golongan pemerintah) yang gagah perkasa, membela
rakyat dan memiliki kesaktian sebagaimana yang
tersurat dalam Hikayat Mahabratha dan Ramayana
sebagai gambaran kemampuan manusia walau
bagaimanapun luar biasapun tetap tertakluk kepada
suratan Illahi.
• Tidak mampu memberikan keajaiban terhadap rezeki
masyarakat pencari, malah tidak mampu menghapuskan
kedukaan mereka.
• Dalam “Nafas Jakarta” penulis menemukan kita
dengan kenderaan yang mencerminkan “gap” antara
masyarakat iaitu ‘mobil’ , ‘ojek’ dan ‘bajai’.
• Jelas mobil menjadi kenderaan golongan berada,
sementara ojak dan bajai yang terlalu banyak seperti
kelkatu yang menghurung lampu, berebut untuk
mendapat sisa penumpang.
• Mereka ini tidak mampu memberi wang sogokan
kepada pihak berkuasa sebagaimana pemilik mobil dan
bas menghulurkan wang yang disebut sebagai
‘pelincir’.
• Kecenderungan IAP mengambil watak dalam
menyempurnakan puisinya amat berkesan dalam
menggambarkan sosiologi masyarakat ‘antara yang
mampu dan tidak mampu’, yang mampu perlu bersikap
pemurah sebagaimana sahabat setia Rasulullah SAW,
yang tergolong sebagai as-sabiqunal awwalun.
• Saidina Uthman bin Affan hidup dalam limpahan harta,
namun terkenal kemurahan hatinya terhadap golongan
miskin dan yang memerlukan. Sikap derawan Usman
yang disisip oleh penulis puisi amat sesuai dengan
desakan hidup golongan marhain yang perlu diinfakkan
sebagaimana yang dicatat oleh Nor Fadilah (2015)
...Selama hidup Usman sentiasa menyedekahkan
hartanya kepada fakir dan orang yang memerlukan.
• Uthman adalah individu yang sesuai dijadikan teladan.
seorang yang kaya dan tidak pernah menahan hartanya.
Dia menghiasi hari-harinya dengan memberi derma
kepada sesama insan.
• Sesiapa sahaja harus menjadi sepemurah Osman bin
Affan”
• Ternyata Osman tidak pernah menutup dirinya dan tidak
pernah lari dari tanggungjawab sosial.
• “kerana raudah reda Illahi itu tampak dalam putih
hatinya”.
• Bertepatan dengan apa yang dicatatkan oleh Nor Fadilah
(2015), bagi Uthman memberi adalah salah satu bentuk
iman seseorang.
• IAP menutup puisi Nafas Jakarta dengan
mengenengahkan satu watak yang mengambil berat
keadaan sosial masyarakat sebagai teladan kepada
masyarakat kosmopolitan kota Jakarta malah sesiapa
sahaja dalam menggapai taman- taman syurga Allah.
• Satu cara penyelesaian masalah ekonomi dengan “infak”
• Menerusi Puisi “Hijab Jejemari Bukit Bintang” pengarang
melihat pengaruh budaya barat yang begitu berleluasa.
• Masyarakat yang berhijabkan kepura-puraan jelas dalam
ayat:
 melihat gegadis Arab berwajah Eropah
 melihat orangan Timur berkulit Barat
• Melalui kecanggihan teknologi barat yang
mempercepatkan budaya barat menular dan mampu
menggoncangkan keperibadian orang Arab, meskipun
bangsa Arab adalah bangsa yang kuat mental dan
fizikalnya.
• gelombang budaya barat yang meresap melalui
kecanggihan teknologinya. “Orangan Timur berkulit
barat” menggambarkan masyarakat timur yang
diistilahkan sebagai patung-patung yang menggamalkan
budaya barat, berkulit barat walau jasadnya tetap orang
timur.
• Lebih menyedihkan apabila pengaruh asing lain juga turut
mewajahkan budaya setempat melalui makanan. Ayat:
 “melihat masakan ibu kami hilang dalam beriani
Pakistan”
• Jelas membuktikan beryani Pakistan diminati ramai,
 Resepi tempatan terpinggir.
• Kota Kuala Lumpur (Bukit Bintang) juga berbaur antara
kebaikan/kemaksiatan
• wajah Kuala Lumpur menurut imaginasi pengarang
 di sini ada lorek kejujuran “orang warna”
 di sini ada lorek hipokrasi “massage bang”
 di sini ada lorek seronok ilusi ‘shisha’ dan “wanita rokok”
• Kejujuran yang menjadi mainan, hipokrasi,
keseronokan sementara melalui dadah dan kegiatan
wanita yang tidak bermoral “seronok ilusi ‘shisha’ dan
‘wanita rokok’,.
• Menerusi imaginasi pengarang juga hotel berkata
 di sini hotel bicara ... “di sini baring saja dan jangan
tidur”
• Penyewa hotel hanya merebahkan diri untuk
sementara sahaja, tidak sampai tertidur kerana
“panggilan” hiburan dan perkhidmatan di persekitaran
Bukit Bintang lebih tinggi pengaruhnya sehinggakan
penyewa hotel merasa rugi jika tidak keluar mencari
hiburan.
• Sebagaimana Nafas Jakarta, Kuala Lumpur juga menjadi
medan aktiviti manusia “di sini lorongnya bebas nilai dan
ruang”. Melalui ayat dan di sini kiblatnya “amarah
kelangsungan duniawi” membuktikan manusia kota
hidup dalam keadaan mementingkan nafsu amarah,
mencintai duniawi.
• Masyarakat kota juga tidak mengindahkan satu sama
lain, tiada konsep tegur menegur untuk kebaikan
bersama, sebagaimana yang digambarkan oleh IAP:
 Biar apa pun warna kukumu
 biarpun canggung rentak jari jemarimu
 orang seperti selamanya tidak peduli
 kerana ...
 hati Abu Jahal mereka mempercayai kelumrahanmu
 mata munafik mereka menyukai kecelaruanmu
 hidung Firaun mereka merelai hapakmu
• IAP mencedok watak Abu Jahal pemimpin kota Makkah, di
zaman jahiliah yang tiada perasaan belas kasihan bodoh
sombong dan materialistik, menolak kebenaran demi
kedudukan dan kekayaan. Golongan yang bersifat
munafik, dan pemimpin yang diistilahkan sebagai Firaun
merestuai sesuatu yang menjijikkan.
• Keseronokan menjadikan masyarakat kota Kuala Lumpur
lupa kerana terpesona dengan keindahan dan kepuasan
sementara,
 ‘lalu mereka mabuk dalam indah neraka kristalmu”
Dapatan kajian

• IAP dalam nafas Jakarta, mewajahkan kota tersebut


sebagai kota yang dipenuhi oleh kegiatan ekonomi.
• warna warni masyarakat bawahan yang tegar mencari
rezeki, nilai negetif dalam membeli hukum melalui wang
sogokan kepada pihak berkuasa.
• Kuasa politik/pemimpin gagal mengatasi masalah
ekonomi kecuali dengan ‘infak’ atau ‘memberi’ dalam
membantu golongan marhaim, dan masalah sosial yang
lain seperti rasuah.
• IAP lebih melihat sudut sosial masyarakat kota menerusi
sajak “Hijab Bukit Bintang”, masyarakat kota dan
pelancong yang hilang jati diri akibat pengaruh barat
yang menular melalui kecanggihan teknologi dan
mementingkan hiburan.
• Bergelumang dengan nilai negatif, dadah dan
perempuan juga bersifat individualistik.
• Pemilihan diksi Hijab seolah-olah menutup gambaran
wajah masyarakat kota metropolitan Kuala Lumpur yang
sebenar telah goyah jati dirinya dari segenap sudut
budayanya.
• Bagaimana penyair mewajahkan kota Jakarta dan Kota
Kuala Lumpur melalui Hijab Jejemari Bukit Bintang
berkait rapat dengan latar belakang pengarang.
• Pengarang merupakan warganegara Malaysia yang
kenal dan mampu menyelami budaya masyarakat
Malaysia, sedangkan wajah kota Jakarta dilukiskan
melalui pemerhatian kesibukan kota tersebut dengan
kegiatan ekonomi, lantas Nafas Jakarta sebagai judul
begitu sesuai dengan kesibukan mencari rezeki untuk
meneruskan hidup.
• Imaginasi pengarang berjaya mengungkap segalanya.
Gemerlap neon di Bukit Bintang
Melambai kasih kota Jakarta
Telah selesai hamba membentang
Mohon ampun maaf dipinta

Anda mungkin juga menyukai