Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Teori strukturalisme diasaskan oleh seorang professor linguistik dari Switzeland yang
bernama Ferdinand de Saussure pada awal abad ke-20 dan telah dikembangkan pada tahun
1960. Hasil penyelidikan beliau tentang teori bahasa menjadi asas kepada pendekatan
strukturalisme dalam bidang kesusasteraan pada hari ini. Menurut Saussure, tugas seorang
pakar bahasa adalah untuk mengetahui sistem atau struktur sesuatu bahasa dengan membuat
membuat analisis atas langue iaitu sebutan dan penulisan seorang individu. Oleh hal yang
demikian, seorang linguistik perlu meneliti sesuatu bahasa dari aspek diakronik dan sikronik.
Selain itu, seorang linguistik juga perlu membuat analisis keatas parole penelitian sebuah teks
secara keseluruhan serta mengambil kira apa yang ingin disampaikan oleh sebuah teks.
Saussure juga berpendapat bahawa perkataan adalah tanda-tanda (signs) yang terdiri daripada
penanda (signifier) iaitu perkataan yang disebut atau ditulis dan ditandai (signified) adalah
suatu konsep.

Untuk menghasilkan sesuatu makna itu sendiri, tanda-tanda ini dinilai dan dibandingkan
mengikut setiap individu dalam sistem bahasa yang berbeza. Sesuatu makna bergantung
kepada hubungan perbezaan konvension yang terdapat dalam suatu sistem bahasa. Dengan
adanya hubungan ini, lahirlah bidang semiotik iaitu satu bidang pembelajaran cara makna
dilahirkan menggunakan tanda-tanda atau simbol yang terdapat dalam berlainan budaya.
Terdapat perbezaan antara semiotik dan strukturalisme kerana semiotik merupakan suatu
bidang yang menggunakan kaedah linguistik untuk memahami budaya manakala strukturalisme
pula adalah suatu pendekatan yang digunakan untuk membuat analisis.

Para ahli linguistik yang menggunakan pendekatan strukturalisme dalam menilai


sesebuah karya percaya bahawa aspek sosial budaya dan komunikasi manusia dikawal oleh
kod-kod, tanda-tanda dan undang-undang tertentu. Justeru itu, para pengkritik strukturalisme
ingin membongkar kod-kod ekstrinsik dan intrinsik dalam analisis pelbagai bahasa seperti
bahasa, sastera, pendidikan dan sebagainya. Kod-kod ini dianggap sebagai realiti yang
tersembunyi. Dalam bidang sastera, pendekatan ini lebih menjurus kepada aspek langue iaitu
cara kesusasteraan menjana atau menyampaikan mesej kepada pembaca. Pendekatan ini
menanggap bahawa pengarang tidak berkuasa menentukan mesej yang disampaikan melalui
karyanya. Hal ini kerana, kuasa pemaknaan sesebuah karya itu terletak pada sistem universal.
2.0 PENDEKATAN INTRINSIK DALAM CERPEN API KL BELUM TERPADAM

Intrinsik merupakan suatu unsur yang wujud dalam naskah sesebuah karya tersebut.
Pendekatan intrinsik akan mengkaji plot, tema, watak, latar, gaya bahasa dan mesej yang ingin
disampaikan dalam sesebuah karya. Bagi memahami pendekatan intrinsik secara lebih lanjut,
cerpen Api Kl Belum Terpadam oleh Faisal Tehrani akan digunapakai untuk menghuraikan unsur
intrinsik dengan lebih mendalam.

2.1 PLOT

Api KL Belum Terpadam karya Faisal Tehrani merupakan kisah sepasang kekasih
yang berjuang membela nasib golongan bawahan. Permulaan cerita ini ialah penulis
diberi tugasan untuk menjejaki tokoh-tokoh penting yang pernah mewakili gerakan
pelajar sekitar tahun 60-an dan 70-an. Hasil daripada temu ramah tersebut akan
diterbitkan dalam majalah yang berjudul Peristiwa. Pada tanggapan awal penulis,
tokoh-tokoh tersebut nanti pasti akan bangga bertemu dengannya, namun sebaliknya
pula yang berlaku. Penulis telah sedia maklum bahawa terdapat sepasang kekasih yang
giat mengatur strategi setiap mogok, demonstrasi, rusuhan dan sebaginya di Kuala
Lumpur pada masa itu. Tokoh-tokoh ini adalah Basri dan Tengku Valizah. Penulis
kemudiannya lekas menziarahi kediaman Tengku Valizah setelah memperoleh maklumat
tentangnya. Kedatangan penulis ke banglo Tengku Valizah telah pun dimaklumkan
kepada orang gaji Tengku Valizah iaitu Kak Yan.

Perkembangan cerita ini bermula apabila tiba di banglo tersebut, penulis


disambut oleh Kak Yan. Kak Yan mempunyai seorang anak tetapi telah meninggal dunia
akibat keracunan makanan. Kak Yan ialah seorang janda muda dari Baling yang telah
dibantu oleh Tengku Valizah. Tanpa dipinta, Kak Yan dengan ringan mulut bercerita
tentang kisah cinta Basri dan Tengku Valizah sehinggalah Tengku Valizah dikahwinkan
dan diceraikan oleh Raja Hisyamuddin atas desakan keluarga dan kehilangan Basri.
Penulis juga sempat membaca beberapa keping surat yang diberikan oleh Tengku Val
kepada Basri dan surat balasan Basri kepada Tengku Valizah. Selain menceritakan
tentang kisah cinta mereka berdua, isi surat itu juga mengandungi perkembangan
tentang rusuhan yang berlaku di Kuala Lumpur semasa ketiadaan Basri. Di Baling, para
pelajar memberontak, membuat rusuhan untuk membela nasib golongan petani yang
miskin.

Konflik cerita muncul apabila Tengku Valizah menghidap penyakit skizofenia iaitu
sejenis penyakit kecelaruan otak seperti sawan, nyanyuk dan multiple sclerosis. Bekas
kekasih Tengku Valizah iaitu Basri telah menghilang ke London kerana diburu
disebabkan beliau merupakan sebahagian ahli politik. Ketika pemergian Basri, Tengku
Valizah berkahwin dengan Raja Hisyamuddin dan mempunyai seorang anak namun
setelah itu bercerai dengan suaminya disebabkan Tengku Valizah yang masih tidak
dapat melupakan Basri. Anak Tengku Valizah juga telah diambil oleh bekas suaminya.
Kedua orang tua Tengku Valizah sudah lama meninggal dunia. Meskipun begitu,
Tengku Valizah masih mempunyai seorang abang iaitu Tengku Saiful. Tengku Valizah
dan Basri berpisah kerana terdapat perselisihan faham antara keduanya. Basri
menganggap bahawa Tengku Valizah telah curang terhadapnya serta lebih memandang
harta dan kekayaan. Akhirnya, Tengku Valizah menjadi rusuh dan kacau jiwanya
setelah ditinggalkan oleh Basri yang kini telah mendapat pengganti Tengku Valizah yang
baharu.

2.2 TEMA

Elemen kedua yang menjadi topik perbincangan berdasarkan pendekatan


strukturalisme dalam cerpen Api KL Belum Terpadam adalah tema. Tema merupakan
elemen penting dalam sesebuah karya sastera. Tema juga merupakan idea utama bagi
pengarang untuk mengutarakan pemikirannya. Cerpen ini bertemakan ketidakadilan
dan kekejaman golongan atasan yang menindas golongan bawahan. Golongan atasan
yang mempunyai harta dan berpengaruh mengeksploitasi status dan kekuasaannya
untuk kepentingan diri sendiri. Dalam cerpen ini dapat kita ketahui bahawa golongan
pelajar memberontak untuk membela nasib kaum tani sehingga mengakibatkan ramai
pelajar yang terlibat dalam rusuhan tersebut disumbatkan ke dalam penjara.
Ketidakadilan yang berlaku ke atas golongan ini telah membangkitkan semangat Basri,
Tengku Valizah dan rakan-rakan seperjuangan untuk membela nasib golongan ini.
Keberanian yang dimiliki Basri dalam menegakkan hak kaum tani telah menyebabkan
beliau dibenci oleh golongan atasan. Malah, beliau menjadi buruan di tanah air sendiri.
Untuk menyelamatkan diri, Basri telah melarikan diri ke London.

2.3 WATAK DAN PERWATAKAN

Terdapat beberapa watak yang menjadi tulang belakang kepada cerpen ini iaitu
penulis (saya/wartawan), Kak Yan, Tengku Valizah dan Basri.

Watak saya yang terdapat dalam cerpen ini memainkan peranan sebagi seorang
penulis atau wartawan. Watak saya ini mewakili masyarakat yang bertanggungjawab
dalam menilai sejauh mana nilai kemanusiaan golongan atasan terhadap masalah yang
menimpa golongan bawahan. Tambahan pula, watak saya telah ditugaskan oleh ketua
jabatan untuk menemu bual tokoh-tokoh yang terlibat dalam rusuhan sekitar tahun
1960-an dan 1970-an. Perwatakan penulis digambarkan sebagai seorang yang rajin.
Buktinya, beliau telah membuat sedikit penyelidikan berkaitan tugasan yang telah
diberikan sebelum memulakan tugasannya. Hasil tugasan watak saya akan disiarkan
dalam majalah Peristiwa keluaran Februari.

Kak Yan merupakan orang gaji Tengku Valizah. Beliau merupakan seorang
janda muda yang berasal dari Baling Kedah. Kak Yan mempunyai seorang anak namun
telah meninggal dunia semasa kecil akibat termakan ubi gadung yang tidak dicuci
dengan bersih. Kehidupan Kak Yan sebelum bertemu dengan Tengku Valizah amat
susah. Kak Yan mewakili golongan marhaen yang ditindas oleh golongan atasan.
Perwatakan Kak Yan digambarkan sebagai seorang pembantu rumah yang setia dan
rajin. Buktinya, ketika menyambut penulis di rumah Tengku Valizah, Kak Yan segera
menyediakan minuman untuk tetamunya itu. Seterusnya, watak Kak Yan digambarkan
sebagai seorang yang setia. Meskipun Tengku Valizah menghidapi penyakit, dia masih
setia bekerja untuk Tengku Valizah kerana terhutang budi dengan insan yang bersusah
payah membela nasib kaum sepertinya.

Watak seterusnya ialah Tengku Valizah. Tengku Valizah merupakan anak


kepada Tengku Sandel dan Tengku Hilmiah dan mempunyai seorang abang bernama
Tengku Saiful. Selain itu, beliau juga merupakan kekasih kepada Basri dan janda
kepada Raja Hisyamuddin. Perwatakkan Tengku Valizah digambarkan sebagai seorang
pengatur strategi rusuhan yang giat aktif dalam membela nasib kaum petani.

Watak ketiga yang mewarnai cerpen ini ialah Basri. Basri merupakan kekasih
kepada Tengku Valizah dan juga ketua pemberontak yang mewakili masyarakat
bawahan. Dalam cerpen Api KL Belum Terpadam dapat kita lihat bahawa Basri
merupakan seorang yang berani. Basri dan rakan seperjuangannya termasuklah kekasih
beliau sama-sama berjuang membela nasib kaum petani yang serba kekurangan
lantaran kurang mendapat perhatian daripada golongan atasan. Kehidupan mereka
ditindas oleh golongan yang berpengaruh. Di samping itu, Basri menjadi buruan pihak
berkuasa di tanah air sendiri. Beliau terpaksa melarikan diri ke Kota London untuk
menyelamatkan diri dan seterusnya meninggalkan perjuangannya untuk membela kaum
petani. Walau bagaimanapun, Basri tidak pernah melupakan kekasihnya iaitu Tengku
Valizah.

2.4 LATAR
Latar dapat dibahagikan kepada tiga iaitu, latar masa, latar masyarakat dan latar
tempat. Peristiwa yang berlaku dalam cerpen Api KL Belum Terpadam berlaku sekitar
tahun 60-an dan 70-an. Pada masa tersebut, golongan mahasiwa sedang giat
mengadakan rusuhan di Kuala Lumpur. Cerpen ini juga menceritakan peristiwa yang
berlaku pada sekitar tahun 80-an. Pada tahun tersebut, Tengku Valizah dan Basri
berutusan surat dari Kuala Lumpur ke Kota London. Buktinya, surat Basri yang diutus
olehnya kepada Tengku Valizah bertarikh pada 23 Januari 1980. Seterusnya, pada 21
Mei 1982, Basri menerima surat daripada Tengku Valizah. Isi surat tersebut
menyatakan kekesalan Tengku Valizah terhadap Basri kerana telah meninggalkannya
tanpa berita. Dalam surat itu juga Tengku Valizah memberitahu bahawa beliau telah
menjadi isteri terhadap Raja Hisyamuddin. Pada 1 Julai 1982 pula, Basri telah
membalas surat Tengku Valizah yang bertarikh 21 Mei 1982 itu dan menyatakan betapa
kecewanya beliau dengan keputusan yang diambil oleh Tengku Valizah. Dalam surat
itulah, Basri menyatakan bahawa Tengku Valizah hanya memandang harta dan
kekayaan serta tidak ikhlas mencintainya. Dengan itu, Basri meminta Tengku Valizah
untuk melupakannya. Akhir sekali, Tengku Valizah telah mengutus surat kepada Basri
pada 12 Jun 1987. Dalam surat itu, Tengku Valizah menyatakan rasa menyesalnya
dengan sikap Basri yang masih meragui cintanya. Meskipun ramai lelaki yang
mendampingi Tengku Valizah, namun hati dan cintanya hanya untuk Basri. Tengku
Valizah juga menyatakan bahawa suasana di Kuala Lumpur semakin rancak kerana
ramai rakan-rakan seperjuangan mereka telah disumbatkan ke dalam penjara.
Latar masyarakat yang terdapat di dalam cerpen ini terbahagi kepada dua buah
kelas iaitu masyarakat golongan atasan dan masyarakat golongan bawahan.
Masyarakat golongan atasan diwakili oleh Tengku Valizah, Tengku Sandel, Tengku
Hilmiah dan Tengku Saiful serta Raja Hisyamuddin. Kesemua golongan ini kecuali
Tengku Valizah, memandang rendah terhadap masyarakat golongan bawahan. Sebagai
contoh, Tengku Sandel dan Tengku Hilmiah tidak merestui hubungan Tengku Valizah
dan Basri, malah mereka mendesak Tengku Valizah untuk berkahwin dengan Raja
Hisyamuddin yang sama taraf dengan keluarga mereka. Seterusnya, masyarakat
golongan bawahan diwakili oleh Basri dan Kak Yan. Kedua-dua individu merupakan
golongan yang lahir dari keluarga petani. Sebagai contoh, Kak Yan merupakan seorang
petani dan hidup serba kekurangan sebelum beliau bekerja sebagai pembantu di rumah
Tengku Valizah. Manakala Basri pula berasal dari sebuah keluarga yang menjalankan
kegiatan tani.
Selain itu, latar tempat bagi yang pertama bagi cerpen ini adalah Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur merupakan tempat berlakunya rusuhan yang dilakukan oleh Basri, Tengku
Valizah dan rakan seperjuangan. Mereka sama-sama menuntut di sebuah universiti
Kuala Lumpur. Latar tempat yang seterusnya adalah Kota London. Kota London adalah
tempat Basri melarikan diri dari menjadi buruan di negara sendiri. Terdapat juga latar
tempat Baling iaitu sebuah daerah pertanian di negeri Kedah. Buktinya, Baling
merupakan tempat asal Kak Yan sebelum beliau tinggal bersama-sama Tengku Valizah
di Kuala Lumpur. Latar tempat seterusnya adalah di rumah Tengku Valizah. Rumah
Tengku Valizah merupakan tempat dimana penulis menemu ramah Kak Yan dan
bertemu dengan Tengku Valizah. Di rumah ini juga, penulis mendapat peluang untuk
melihat gambar-gambar kenangan yang sudah lusuh dan membaca surat-surat antara
Tengku Valizah dengan Basri. Di rumah ini juga, penulis berkesempatan untuk melihat
sendiri wajah Tengku Valizah yang digambarkan cantik rupawan dan paras mukanya
mirip Uma Thurman. Justeru, perwatakan beliau digambarkan sebagai seorang yang
baik hati dan suka menolong.
2.5 GAYA BAHASA

Penggunaan gaya bahasa yang bersesuaian menambahkan lagi seri sesebuah


karya. Penggunaan gaya bahasa memberikan suatu keunikkan terhadap teks tersebut
dan mampu menghasilkan karya yang puitis bahasanya.

Penggunaan gaya bahasa yang pertama adalah sinkope. Sinkope adalah


singkatan terhadapa sesuatu perkataan. Sebagai contoh, Kak Yan memanggil Tengku
Valizah dengan Ku sahaja;

“Ku, ini ada orang datang nak tolong carikan Basri”.

Seterusnya adalah penggunaan gaya bahasa metafora. Metafora merupakan


gaya bahasa perbandingan yang tidak melibatkan kata-kata perbandingan ketika
membezakan sesuatu perkara. Gaya bahasa ini juga dikenali sebagai gabungan antara
konkrit dan abstrak. Sebagai contoh, dalam cerpen Apu KL Belum Terpadam ada
menyatakan bahawa pancaran hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh, manaala
rindu pula hanya boleh dirasai tetapi tidak boleh dilihat.

…cinta sudah seperti menggigit jaluran pelangi yang warnanya pancaran rindu…

Di samping itu, terdapat juga penggunaan gaya bahasa simile iaitu perbandingan
kata seperti bak, umpama, ibarat, bagai dan laksana. Penggunaan unsur ini dapat
dibuktikan melalui surat Tengku Valizah kepada Basri pada 12 Jun 1987;

…bagimu cinta membuatkan malam ibarat belayar di sungai kasih yang kosaknya
buih asmara. Cinta sudah seperti menggigit jaluran pelangi yang warnanya
pancaran rindu…

Penggunaan gaya bahasa yang seterusnya adalah gaya bahasa personafikasi.


Penggunaan gaya bahasa ini adalah untuk memberikan sifat manusia kepada sesuatu
benda atau objek yang tidak bernyawa. Sebagai contoh, surat Basri kepada Tengku
Valizah yang bertarikh 23 Januari 1980;

…di tengah geliat malam, jelingan bulan mesra dan tusukan Mozart di copeng
telinga, aku tambah berasa sunyi…

Dalam ayat ini, malam dan bulan telah diberikan sifat manusia iaitu geliat dan
jelingan.

Akhir sekali, gaya bahasa perlambangan pula dikenali sebagai pengimejan.


Penggunaan gaya bahasa ini boleh dilihat dalam surat Basri kepada Tengku Valizah
yang bertarikh 23 Januari 1980;

…ingat aku ini kategori pelarian politik – aku meninggalkan Kuala Lumpur kerana
diburu!...

Basri diibaratkan sebagai pelarian politik kerana beliaulah yang menyebabkan


segala rusuhan berlaku di Kuala Lumpur pada sekitar tahun 60-an dan 70-an. Basri
menyembunyikan diri di Kota London kerana beliau diburu oleh pihak pemerintah yang
tidak bersetuju dengan tindakannya.

2.6 MESEJ/NILAI DAN PENGAJARAN

Cerpen ini mengajar kita untuk saling menyayangi antara satu sama lain tanpa
mengira status, pangkat atau darjat. Semua manusia berhak mendapatkan kasih
sayang yng wujud dalam diri manusia. Di dalam ajaran agama juga mengajar kita
untuk saling mengasihi antara satu sama lain.

Selain itu, cerpen ini juga mengandungi mesej tentang kesetiaan. Kunci dalam
sesebuah hubungan adah setia. Tidak kira hubungan yang dijalinkan secara jarak jauh
mahupun dekat, sekiranya kedua-dua pihak memilih untuk setia, maka hubungan
tersebut akan tetap kekal.
Seterusnya, cerpen Api KL Belum Terpadam ini juga mengajar kita bahawa harta
dan kekayaan tidak menjamin sesuatu kebahagiaan. Hal ini dapat dinilai melalui
peristiwa Tengku Valizah yang telah diceraikan oleh Raja Hisyamuddin. Tengku Valizah
mengahwini seorang kerabat diraja, namun kehidupan beliau tidak bahagia selepas
bergelar isteri kepada Raja Hisyamuddin.

3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, cerpen ini telah berjaya mengangkat temanya iaitu ketidakadilan dan
kekejaman golongan atasan yang menindas golongan bawahan. Pengarang berjaya
menggunakan bahasa-bahasa puitis dalam menyampaikan pemikirannya kepada pembaca.
Penggunaan teori strukturalisme dalam menilai karya ini juga telah berjaya menonjolkan
keunikkan cerpen ini dimana mesejnya yang begitu bernilai sebagai bahan rujukan kepada
generasi muda. Di samping itu, pengarang juga berjaya mengutarakan mesej yang ingin
disampaikan oleh beliau melalui tulisan ini iaitu kritikan terhadap kerajaan. Sesungguhnya,
adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu golongan yang susah seperti
watak Kak Yan. Watak penulis yang mewakili golongan biasa mengajar kita untuk prihatin
terhadap golongan yang tidak berkemampuan dan tidak menindas golongan bawahan ini.
RUJUKAN

Ekstrinsik Dan Intrinsik Sebagai Pendekatan Dalam Kritikan Sastera. Dipetik dari
https://www.academia.edu/17137932/EKSTRINSIK_DAN_INTRINSIK_SEBAGAI_PENDEKATAN_
DALAM_KRITIKAN_SASTERA pada 6 Dis 2020

Faisal Tehrani. 1997. Api KL Belum Terpadam. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.

Hamzah, H. (1988). Konsep dan pendekatan sastera . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kritikan Api KL Belum Terpadam Karya Faisal Tehrani. Dipetik dari


https://www.scribd.com/document/323306584/KRITIKAN-API-KL-BELUM-TERPADAM-KARYA-
FAISAL-TEHRANI-docx pada 7 Dise 2020

Ulasan Buku: Cinta Hari-hari Rusuhan. Dipetik dari https://www.konfessbuku.com/ulasan-buku-


cinta-hari-hari-rusuhan/ pada 6 Dis 2020

Anda mungkin juga menyukai