Anda di halaman 1dari 13

Oleh: Jasman Bandar

KRITIKAN CERPEN API KL BELUM TERPADAM

PENGENALAN.
Teori strukturalisme merupakan suatu teori yang menjurus kepada penyampaian mesej dalam
sesebuah karya. Teori ini telah dikembangkan pada tahun 1960 dan diasaskan oleh seorang profesor
linguistik dari Switzerland iaitu Ferdinand de Saussure pada awal abad ke-20. Penyelidikan beliau tentang
teori bahasa merupakan asas kepada pendekatan strukturalisme dalam bidang kesusasteraan pada hari ini.
Beliau berpendapat bahawa, tugas seorang pakar bahasa adalah untuk mengetahui sistem atau struktur
sesuatu bahasa dengan membuat analisis keatas parole iaitu sebutan atau penulisan seseorang. Selain itu
seorang lingustik juga perlu meneliti sesuatu bahasa dari aspek diakronik dan sikronik. Saussure turut
menyatakan bahawa, perkataan adalah tanda tanda yang terdiri daripada penanda iaitu perkataan yang
disebut, ditulis dan ditandai.
Para ahli lingustik yang menggunakan teori ini dalam penelitian mereka keatas karya seseorang
pengarang percaya bahawa aspek social budaya dan komunikasi manusia dikawal oleh kod kod, tanda
tanda dan undang undang tertentu. Dalam bidang sastera, pendekatan ini lebih menjurus kepada aspek
langue yakni cara kesusasteraan menjana atau menyampaikan mesej kepada para pembaca dan bukannya
makna yang disampaikan oleh sesuatu teks. Teori ini mengungkapkan isi tersirat dalam sesuatu teks.
Pendekatan ini akan mendedahkan undang-undang yang mengawal interpretasi sastera dan bagaimana
cara pengarang menimbulkan mesej kepada khalayak. Walau bagaimanapun, pendekatan ini beranggapan
bahawa pengarang tidak berhak untuk menentukan mesej yang hendak disampaikan oleh karyanya kerana
kuasa pemaknaan terletak pada sistem universal.
Strukturalisme beranggapan bahawa bahasa adalah satu sistem hukum. Hal ini demikian kerana
semua bahasa terdiri daripada unit-unit asas yang dipanggil emes. Bahasa ditentukan oleh hukum yang
tersendiri.

SINOPSIS CERPEN API KL BELUM TERPADAM OLEH FAISAL TEHRANI.


Api KL Belum Terpadam karya Faisal Tehrani mengisahkan tentang sepasang kekasih yang berjuang
membela nasib kaum-kaum tani. Pada suatu hari, penulis (wartawan/saya) telah diarahkan oleh ketuanya
untuk menjejaki semula tokoh-tokoh penting yang pernah mewarnai gerakan pelajar pada tahun-tahun 60an dan 70-an. Hasil temu ramah tersebut akan disiarkan dalam majalah Peristiwa edisi Februari. Pada
fikiran penulis mereka tentu bangga bertemu dengannya tetapi sebaliknya pula yang telah berlaku.
Penulis melakukan banyak penyelidikan sebelum memulakan tugasan tersebut. Penulis telah diberitahu
oleh mereka yang terlibat bahawa terdapat sepasang kekasih yang sangat aktif mengatur strategi setiap
mogok, demontrasi, piket, ucapan dan rusuhan di sekitar Kuala Lumpur pada masa itu. Mereka adalah
Basri dan Tengku Valizah. Setelah memperolehi maklumat daripada mereka penulis lantas berkejar ke
kediaman Tengku Valizah. kedatangan penulis ke banglo tersebut telah pun dimaklumkan terlebih kepada
orang gaji Tengku Valizah iaitu Kak Yan.
Kak Yan menpersilakan penulis masuk kedalam rumah tersebut setelah menyedari
kedatangannya.Tanpa membuang masa Kak Yan lantas menghilangkan diri didapur dan sebentar
kemudian muncul dengan menatang dulang berisi jus oren dan sepiring biskut kering. Setelah itu beliau
membawa keluar sebeban gambar lama. Setiap gambar lusuh dan kuning tidak terjaga. Beliau
menyatakan bahawa keadaan mereka sungguh susah setelah kematian Tengku Sandel dan Tengku
Hilmiah. Dia dan Tengku Valizah disara oleh abang sulung Tengku Valizah iaitu Tengku Saiful. Setelah
penulis mengambil keterangan berkaitan dengan dirinya, beliau lantas membawa penulis bertemu dengan
Tengku Valizah di tingkat atas. Tanpa dipinta Kak Yan dengan ringan mulut bercerita tentang kisah cinta
Basri dan Tengku Valizah sehinggalah Tengku Valizah dikahwinkan dan diceraikan oleh Raja
Hisyamuddin atas desakan keluarga dan kehilangan Basri. Penulis sempat membaca beberapa keping
surat yang diberikan oleh Tengku Valizah kepada Basri dan surat Basri kepada Tengku Valizah. Antara
lain isi surat itu membicarakan tentang kisah cinta mereka berdua dan seterusnya perkembangan tentang
rusuhan yang berlaku di Kuala Lumpur semasa ketiadaan Basri.
Ternyata cinta Basri dan Tengku Valizah mekar dikala rusuhan giat berlaku di sekitar Kuala
Lumpur dan Peristiwa keluaran Febuari laris dipasaran. Walau bagaimanapun, penulis masih menunggu
panggilan daripada seseorang yakni Basri tetapi tidak ada.
2

TEMA DAN PERSOALAN.


Elemen pertama yang menjadi topik perbincangan berdasarkan pendekatan strukturalisme dalam
cerpen Api KL Belum Terpadam adalah tema. Tema merupakan elemen penting dalam sesebuah karya
sastera. Tanpa tema kita tidak memahami mesej cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang. Tema
memainkan peranan penting dalam menjadi pokok persoalan utama dalam sesebuah karya. Tema juga
dikenali sebagai idea utama sebagai satu usaha pengarang untuk mengutarakan pemikirannya. Cerpen ini
bertemakan tentang pemberontakan golongan pelajar dalam membela nasib kaum tani. Rusuhan yang
berlaku mengakibatkan ramai pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut disumbatkan kedalam penjara
dan tidak kurang juga yang telah melarikan diri ke luar negara. Sekitar tahun 60-an dan 70-an kehidupan
kaum tani amat daif sekali. Ketidakadilan yang berlaku keatas golongan ini, membangkitkan semangat
Basri, Tengku Valizah serta teman-teman yang lain untuk membela nasib golongan ini. Dalam cerpen ini,
Basri dianggap sebagai ketua pemberontak. Beliau berani melakukan apa sahaja termasuklah
perberontakan demi membela nasib golongan ini kerana dia juga anak kaum tani. Perjuangan beliau untuk
membela nasib golongan ini dibantu oleh kekasihnya iaitu Tengku Valizah. Meskipun Tengku Valizah
datang dari golongan atasan tetapi beliau sanggup membantu kekasihnya Basri kerana beliau berpendapat
adalah tidak adil sekiranya taraf hidup golongan ini masih ditakuk lama sedangkan negara sudah
merdeka. Oleh itu sebagai golongan intelek Tengku Valizah, Basri dan teman-teman yang lain telah
mengadakan rapat umum dengan tujuan membantah sikap segelintir golongan atasan yang tidak prihatin
dengan masalah yang dihadapi oleh kaum tani. Keberanian Basri dalam mengutarakan pendapat serta
mengadakan rusuhan telah mengakibatkan beliau dibenci oleh golongan atasan. Beliau menjadi buruan di
tanah air sendiri. Untuk menyelamatkan diri, beliau telah melarikan diri ke Kota London. Walau
bagaimanapun, perjuangan yang telah ditinggalkan oleh beliau masih bergiat aktif. Buktinya, Mahathir
Mohamad telah mengambil alih pucuk pimpinan perjuangan tersebut. Semua orang menaruh harapan
yang tinggi kepada beliau untuk mengubah nasib kaum tani. Ternyata bahawa, golongan intelek pada
masa itu yang diwakili oleh Basri, Tengku Valizah dan Mahathir Mohamad bersemangat waja dalam
membela nasib kaum-kaum tani. Mereka ada kesedaran bahawa bidang pertanian membawa manfaat
kepada negara dengan menyediakan prasarana pekerjaan kepada penduduk kampung bagi mengurangkan
kadar kemisikinan di luar bandar. Disamping itu, pertanian juga boleh meningkatkan ekonomi negara
dengan pengeksportan bahan-bahan pertanian ke luar negara.
3

Persoalan merupakan penyokong kepada idea utama yang telah diutarakan oleh pengarang.
Persoalan berperanan dalam membantu memantapkan tema cerita. Persoalan pertama yang terdapat dalam
cerpen ini adalah penindasan kepada golongan marhaen. Golongan ini ditindas sewenang-wenangnya
oleh golongan atasan. Taraf hidup mereka sungguh daif meskipun mereka tinggal didalam sebuah negara
yang merdeka. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat atasan yang prihatin dengan
keperitan hidup golongan ini. Dia adalah Tengku Valizah. Tengku Valizah tidak sombong dengan
golongan ini malahan beliau berusaha menyedarkan golongan atasan bahawa golongan tani juga berhak
untuk hidup mewah seperti mereka. Pelbagai cara telah dilakukan oleh beliau untuk menyedarkan
golongan atasan tetapi usaha beliau hanya sia sia. Dalam hal ini, keluarga beliau sendiri pun tidak
menyokong usaha yang dilakukan oleh beliau. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa. Beliau
tetap dengan pendiriannya iaitu membela nasib kaum tani. Ternyata, masih ada sebilangan kecil golongan
atasan yang bersimpati dengan nasib kaum tani.
Persoalan yang kedua adalah, percintaan antara dua darjat. Basri dan Tengku Valizah berasal
daripada dua keturunan yang berbeza. Basri dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan (golongan
biasa)

manakala Tengku Valizah

pula

dilahirkan dalam keluarga

yang

berada

(golongan

atasan/bangsawan/diraja). Perhubungan cinta diantara Basri dan Tengku Valizah tidak direstui oleh ahli
keluarga Tengku Valizah. Ibu bapa Tengku Valizah iaitu Tengku Sandel dan Tengku Hilmiah mewakili
golongan atasan yang mementingkan kemewahan semata-mata dan tidak ada perasaan belas terhadap
nasib yang menimpa kaum tani. Kehilangan Basri adalah peluang keemasan kepada mereka untuk
mendesak Tengku Valizah supaya menerima lamaran Raja Hisyamuddin. Meskipun demikian, cinta
Tengku Valizah terhadap Basri tetap utuh kerana beliau tetap menyimpan surat-surat yang dikirimkan
oleh Basri kepadanya. Malahan dalam suratnya yang bertarikh 12 Jun 1987, Tengku Valizah dengan jelas
menyatakan kerinduannya kepada Basri dan menyakinkan beliau bahawa cintanya tidak akan berbelah
bahagi. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa Tengku Valizah hanya mampu merancang dan
Tuhan yang menentukannya. Pada suratnya yang bertarikh 21 Mei 1982, Tengku Valizah dengan sedih
menyatakan bahawa dia kini sudah menjadi milik orang lain iaitu Raja Hisyamuddin. Namun demikian
Tengku Valizah akan tetap mengenang Basri sebagai lelaki pertama yang bertakhta dihatinya kerana
semua yang berlaku itu berada diluar kerelaannya. Tengku Valizah menjelaskan bahawa dia dan Basri
telah menjadi mangsa masa. Lewat daripada surat tersebut Tengku Valizah turut memohon maaf daripada
Basri kerana dia tidak mampu menepis desakan ibu bapanya setelah diberi keyakinan bahawa Basri sudah
meninggal dunia. Ternyata dalam cerpen ini cinta tidak mengenal darjat. Meskipun umum mengetahui
bahawa perhubungan diantara Basri dan Tengku Valizah tidak direstui oleh ibu bapa pihak perempuan
tetapi si anak tetap mengenang cinta pertamanya itu walaupun dia dikahwinkan dengan Raja
Hisyamuddin.
4

Persoalan seterusnya adalah perberontakan yang membawa kesedaran. Pemberontakan yang telah
dilakukan oleh golongan terpelajar pada tahun-tahun 60-an dan 70-an telah membuka mata semua pihak
betapa nasib kaum tani juga perlu diperjuangkan. Hal ini demikian kerana, bidang pertanian turut
memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Maka tidak hairanlah
Malaysia kini dikenali sebagai sebuah negara pertanian. Semua ini bertitik tolak daripada peristiwa
rusuhan pelajar yang membela nasib kaum tani.
WATAK DAN PERWATAKAN.
watak adalah manusia atau binatang yang membintangi sesuatu cerita. Manakala perwatakan pula
adalah sifat luaran dan dalaman seseorang watak. Terdapat beberapa watak yang membintangi cerpen ini
iaitu, Kak Yan, Saya (wartawan/penulis), Tengku Valizah, Basri, dan Raja Hisyamuddin. Kak Yan,
merupakan orang gaji Tengku Valizah. Beliau adalah seorang janda muda yang berasal dari Baling Kedah.
Anak Kak Yan sudah pun meninggal dunia semasa kecil kerana termakan ubi gadung yang tidak dicuci
dengan bersih. Kehidupan beliau semasa tinggal di Baling sungguh susah. Beliau mewakili kaum petani
yang ditindas oleh golongan atasan. Beliau digambarkan sebagai seorang pembantu rumah yang setia dan
rajin. Misalnya, semasa kedatangan saya (penulis/wartawan) kerumah Tengku Valizah beliau
mempersilakan saya masuk dengan tertib dan lantas menyediakan minuman untuk saya. Selain daripada
itu, beliau juga menjaga Tengku Valizah dengan baik dan penuh kasih sayang. Meskipun, Tengku Valizah
sakit tetapi tidak pernah terlintas difikiran beliau untuk berhenti kerja. Hal ini demikian kerana, beliau
berasa terhutang budi dengan Tengku Valizah yang bersusah payah membela nasib kaum tani sepertinya.
Watak seterusnya ialah Basri. Beliau merupakan kekasih kepada Tengku Valizah dan mewakili
masyarakat biasa/bawahan. Basri merupakan ketua pemberontak. Setiap rusuhan yang melibatkan pelajar
yang berlaku disekitar Kuala Lumpur pada tahun-tahun 60-an dan 70-an didalangi oleh beliau. Beliau
seorang yang berani. Misalnya, beliau telah mengetuai rapat-rapat umum yang diadakan disekitar Kuala
Lumpur pada masa itu. Pada masa tersebut beliau masih menuntut di sebuah universiti tempatan. Beliau
dan teman-teman seperjuangan membela nasib kaum tani yang hidup dalam serba kekurangan lantaran
kurang mendapat perhatian daripada golongan atasan. Mereka ditindas sewenang-wenangnya dalam
sebuah negara yang bebas. Lantaran dengan itu, Basri bangkit dan mempertahankan nasib mereka. Walau
bagaimanapun, kelantangan beliau bercakap telah menimbulkan hasad dengki di kalangan golongan
atasan. Basri menjadi buruan pihak berkuasa di tanah air sendiri. Untuk menyelamatkan diri, Basri
terpaksa melarikan diri ke Kota London dan seterusnya meninggalkan perjuangannya untuk membela
nasib kaum tani. Meskipun demikian, beliau tidak pernah melupakan kekasihnya iaitu Tengku Valizah.

Watak ketiga yang mewarnai cerpen ini ialah Tengku Valizah. Tengku Valizah merupakan anak
kepada Tengku sandel dan Tengku Hilmiah serta adik kepada Tengku Saiful. Selain daripada itu, Tengku
Valizah juga merupakan kekasih kepada Basri dan janda kepada Raja Hisyamuddin. Perkahwinan diantara
Tengku Valizah dan Raja Hisyamuddin berlangsung tanpa kerelaan hati Tengku Valizah. Hasil daripada
perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan

seorang cahaya mata tetapi anak tersebut tinggal

bersama-sama dengan Raja Hisyamuddin setelah mereka bercerai. Tengku Valizah menghidap penyakit
skizofenia. Dalam penulisannya, pengarang menggambarkan Tengku Valizah sebagai seorang yang cantik
rupawan dan paras mukanya mirip dengan Uma Thurman. Tengku Valizah mewakili golongan bangsawan
yang tidak mementingkan harta kekayaan dan amat prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh
golongan marhaen. Beliau sanggup menerima cinta Basri walaupun dia tahu Basri datang daripada
keluarga yang susah. Beliau sungguh setia kepada Basri. Misalnya, beliau masih menyimpan surat-surat
Basri yang dikirimkan kepadanya disamping gambar-gambar kenangan bersama-sama dengan Basri.
Meskipun sudah dimamah usia, Tengku Valizah masih cantik dan menawan kecuali bibirnya yang pucat
dan matanya yang sedikit bengkak. Tengku Valizah digambarkan sebagai seorang gadis yang baik hati
dan suka menolong. Tengku Valizah telah menolong Kak Yan dengan memberinya pekerjaan iaitu sebagai
orang gaji dirumahnya. Beliau turut memperjuangkan nasib kaum tani.
Seterusnya watak Raja Hisyamuddin. Watak ini mewakili golongan atasan yang tidak
bertanggungjawab dengan kebajikan masyarakat bawahannya. Beliau hanya tahu menindas golongan ini
tetapi tidak pernah mengambil berat akan keperluan mereka. Selain daripada itu, beliau juga digambarkan
sebagai seorang insan yang tidak berperikemanusiaan. Beliau telah menceraikan Tengku Valizah dan
membawa anak mereka tinggal bersama-sama dengannya. Beliau sanggup memisahkan seorang anak
daripada ibunya. Serba sedikit perbuatan Raja Hisyamuddin itu mendorong kepada kemurungan Tengku
Valizah. Anak yang telah dilahirkan itu mewakili golongan muda yang tidak mengerti apa-apa.
Mahathir Mohamad merupakan watak sampingan dalam cerpen ini. Beliau mewakili golongan
terpelajar yang mempunyai kesedaran bahawa bidang pertanian itu mendatangkan manfaat kepada
perkembangan ekonomi negara. Beliau seorang yang berani dalam menyuarakan pendiriannya untuk
membela nasib kaum tani. Beliau menjadi pengganti kepada Basri setelah Basri menghilangkan diri ke
Kota London. Masyarakat sekeliling memberikan sokongan penuh kepada beliau sebagai peneraju baru
kepada pucuk pimpinan yang telah diasaskan oleh Basri. Mahathir Mohamad merupakan penulis kepada
Malay Dilema. Beliau dengan berani mempertikaikan peranan golongan atasan dalam menjaga kebajikan
kaum-kaum tani.

Manakala, watak saya pula memainkan peranan sebagai penulis atau wartawan dalam cerpen ini.
Watak saya mewakili mata masyarakat yang bertanggungjawab dalam menilai sejauh mana keprihatinan
golongan atasan terhadap masalah yang menimpa golongan bawahan (petani). Watak saya telah
ditugaskan oleh ketua jabatan saya untuk menemu ramah tokoh-tokoh yang terlibat dalam rusuhan tahun
1960-an dan 1970-an. Watak saya digambarkan sebagai seorang yang rajin. Misalnya, sebelum watak
saya memulakan tugasan watak saya telah membuat sedikit penyelidikan berkaitan dengan tugasan yang
telah diberikan. Hasil tugasan watak saya akan disiarkan dalam majalah Peristiwa keluaran Februari.
Kemunculan beberapa orang watak dalam sesebuah cerita mudahkan para pembaca memahami jalan
cerita serta mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang.
LATAR.
Latar boleh dibahagikan kepada 3 iaitu, latar masa, latar masyarakat dan latar tempat. Peristiwa
yang berlaku dalam cerpen Api KL Belum Terpadam berlaku pada sekitar tahun 60-an dan 70-an. Pada
sekitar tahun tersebut, rusuhan sedang giat berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Selain daripada itu, terdapat
juga peristiwa yang berlaku dalam sekitar tahun 80-an.Sekitar tahun tersebut Tengku Valizah dan Basri
rancak berutusan surat dari Kuala Lumpur ke Kota London. Misalnya pada 23 Januari 1980, Basri telah
mengutus surat kepada Tengku Valizah. Dalam surat tersebut, Basri menyatakan bahawa dia amat
merindui TengkuValizah dan memohon maaf kerana tidak mengirim sebarang berita selama setahun
setengah dia berada di Kota London. Beliau terlalu dibebani dengan pelbagai urusan yang menuntut
perhatiannya.
Pada 21 Mei 1982, Basri telah menerima surat daripada Tengku Valizah. Dalam surat tersebut,
Tengku Valizah menyatakan kekesalannya terhadap sikap Basri yang telah meninggalkannya tanpa pamit.
Beliau turut menyatakan bahawa semasa ketiadaan Basri perjuangan yang dipelopori oleh mereka pada
suatu masa dahulu telah diambl alih oleh seorang anak muda yang lantang bersuara. Anak muda itu
bernama Mahathir Mohamad dan beliau merupakan penulis kepada Malay Dilema. Tengku Valizah
menyatakan bahawa kepulangan Basri tentu boleh diterima sama seperti teman-teman mereka yang lain.
Dalam pada itu, Tengku Valizah turut menyatakan bahawa dia sudah menjadi isteri orang. Beliau
menjelaskan bahawa semua yang berlaku itu berada diluar kerelaannya. Dia didesak oleh ibu bapanya
untuk menerima lamaran Raja Hisyamuddin. Beliau telah mengikuti suaminya yang bertugas di Sydney.
Beliau turut menyatakan bahawa surat Basri yang bertarikh 23 Januari 1980 itu baru sahaja diserahkan
oleh bapanya beberapa hari yang lalu. Walau bagaimanapun, Tengku Valizah tetap mengingati Basri dan
memohon maaf daripada beliau. Tengku Valizah menyatakan bahawa bercinta tidak semestinya bersatu.
Seterusnya, pada 1 Julai 1982 Basri telah memberi maklum balas kepada surat Tengku Valizah yang

bertarikh 21 Mei 1982. Basri kecewa dengan keputusan yang telah diambil oleh Tengku Valizah. Beliau
menyatakan bahawa Tengku Valizah hanya memandang harta kekayaan dan tidak ikhlas mencintainya.
Basri turut meminta Tengku Valizah supaya melupakannya kerana cintanya tidak memerlukan
ketidakjujuran dan prasangka buta.
Pada 12 Jun 1987, Tengku Valizah telah mengutus surat kepada Basri. Tengku Valizah dalam
suratnya itu menyatakan rasa sesalnya dengan sikap Basri yang masih meragui cintanya. Meskipun
Tengku Valizah mendampingi ramai lelaki tetapi dihatinya hanya ada Basri. Beliau turut menyatakan
bahawa suasana di Kuala Lumpur semakin hangat kerana ramai teman-teman seperjuangan mereka telah
disumbatkan ke dalam penjara. Tengku Valizah tidak mahu dirinya dipersalahkan oleh Basri kerana
mereka berdua adalah mangsa keadaan. Ternyata pengarang (Faisal Tehrani) sungguh bijak dalam
menyampaikan mesej karyanya. Beliau telah mengatur tarikh dan tahun surat tanpa mengikut urutan
sebenar. Maka dengan itu, pembaca perlu bijak menilai kesinambungan cerita yang disampaikan oleh
pengarang. Membaca sesebuah karya sastera tanpa memahami jalan cerita adalah sia-sia.
Masyarakat yang melatari cerpen ini terdiri daripada masyarakat atasan dan masyarakat biasa
serta masyarakat terpelajar. Masyarakat atasan diwakili oleh Tengku Valizah, Tengku Sandel, Tengku
Hilmiah dan Tengku Saiful serta Raja Hisyamuddin. Golongan ini memandang rendah masyarakat
bawahan (kecuali Tengku Valizah). Misalnya, ibu bapa Tengku Valizah menghalang percintaan Tengku
Valizah dan Basri. Mereka tidak mahu anak mereka bersuamikan orang miskin seperti Basri. Tengku
Sandel dan Tengku Hilmiah telah mendesak Tengku Valizah supaya menerima Raja Hisyamuddin sebagai
suaminya. Jelas sekali bahawa kedua-dua ibu bapa beliau hanya memandang harta kekayaan sematamata. Dalam hati mereka langsung tidak wujud sikap belas kasihan sesama insan. Walau bagaimanapun,
tidak semua kaum bangsawan ini bersikap tamak seperti ibu bapa Tengku Valizah. Tengku Valizah
misalnya, seorang kerabat diraja yang amat prihatin dengan kebajikan masyarakat bawahan. Beliau tidak
sombong dengan harta kekayaan yang dimilikinya, malahan tanpa segan silu beliau ikut merusuh
membantah sikap golongan atasan yang tidak memperdulikan nasib kaum tani.
Basri dan Kak Yan mewakili masyarakat bawahan dalam cerpen ini. Mereka lahir dalam keluarga
petani. Misalnya, sebelum Kak Yan bekerja sebagai orang gaji dirumah Tengku Valizah dia merupakan
seorang petani yang hidup dalam serba kekurangan di Baling Kedah. Mereka ditindas sewenangwenangnya oleh golongan atasan. Hal ini mengakibatkan taraf hidup mereka tidak boleh berkembang dan
masih berada ditakuk lama meskipun negara sudah merdeka. Manakala Basri pula merupakan anak tani
yang tidak suka melihat penindsan berlaku keatas golongannya. Oleh sebab itu, beliau bangkit
memberontak. Beliau tidak mahu golongan bawahan sepertinya diperlakukan seperti hamba ditanah air

sendiri. Meskipun Basri berasal daripada keluarga yang susah tetapi Basri telah membuktikan bahawa
anak tani sepertinya juga mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Atas kesedaran inilah, beliau tidak
mahu golongan atasan memandang rendah terhadap golongan masyarakat sepertinya. Ternyata dalam
cerpen ini, golongan atasan tidak menyedari betapa bidang pertanian juga mampu mempertingkatkan
ekonomi negara. Disamping itu, mereka juga tidak menyedari bahawa masyarakat tani juga mampu
menghantar anak mereka ke menara gading lewat daripada hasil pertanian mereka.
Selain daripada itu, terdapat juga golongan terpelajar dalam cerpen ini seperti Basri, Tengku
Valizah dan Mahathir Mohamad. Golongan inilah yang giat melakukan rapat-rapat umum yang
mempertikaikan tanggungjawab golongan atasan dalam menjaga kebajikan masyarakat tani. Dalam pada
itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang bersikap tidak berperikemanusiaan. Misalnya, Raja
Hisyamuddin. Beliau telah menceraikan Tengku Valizah dan memisahkan dia dengan anak mereka. Anak
tersebut tinggal bersama-sama dengan Raja Hisyamuddin dan sejak bercerai beliau tidak pernah
mengambil tahu perihal Tengku Valizah.
Latar tempat bagi cerpen ini adalah pelbagai. Kuala Lumpur merupakan tempat Basri, Tengku
Valizah dan teman-teman seperjuangan melakukan rusuhan. Basri serta teman-teman seperjuangan yang
lain menuntut di sebuah universiti di sekitar Kuala Lumpur. Tempat ini juga merupakan tempat Basri dan
Tengku Valizah menyemai bibit-bibit cinta mereka. Ia menjadi lambang kesetiaan Tengku Valizah
terhadap Basri. Hal ini dapat diperhatikan dalam surat Tengku Valizah kepada Basri yang bertarikh 12 Jun
1987. Pada masa tersebut Tengku Valizah berada di Kuala Lumpur dan beliau masih setia
mempertahankan janji-janji mereka meskipun pada waktu itu terlalu ramai lelaki yang cuba mendampingi
dirinya.
Kota Londan merupakan tempat Basri menyembunyikan diri. Beliau meninggalkan Malaysia
kerana beliau menjadi buruan di tanah air sendiri. Beliau seolah-olah menjadi pelarian politik. Disana
hidup beliau terlalu dibebani oleh pelbagai urusan yang memerlukan perhatian darinya. Manakala Baling
pula merupakan satu daerah pertanian yang terletak di negeri Kedah. Ia merupakan tempat asal Kak Yan.
Sebelum Kak Yan tinggal bersama-sama dengan Tengku Valizah, beliau menetap disana dan bekerja
sebagai petani. Kehidupan masyarakat petani di Baling amat menyedihkan. Pertolongan yang dipinta
tidak diperdulikan oleh masyarakat atasan. Rumah Tengku Valizah pula merupakan tempat saya
(wartawan/penulis) menemu ramah Kak Yan dan seterusnya melihat keadaan diri Tengku Valizah yang
menyentuh perasaan. Di sini, saya (wartawan/penulis) telah disajikan dengan gambar-gambar kenangan
yang sudah lusuh dan berwarna kuning. Di rumah ini juga, saya (wartawan/penulis) dengan jelas melihat
penderitaan yang dialami oleh Tengku Valizah yang kecewa dengan sikap suami yang telah

menceraikannya dan sikap sang kekasih yang meragui cintanya. Selain daripada itu, di rumah ini juga
saya (wartawan/penulis) melihat betapa Kak Yan amat menyayangi Tengku Valizah. Meskipun Tengku
Valizah sakit, tetapi Kak Yan tetap menjaganya.

GAYA BAHASA.
Penggunaan gaya bahasa yang bersesuaian dengan tema cerita membantu pembaca untuk
menikmati keseronokkan yang disajikan oleh pengarang. Faisal Tehrani misalnya, telah menggunakan
bahasa-bahasa yang puitis dalam penghasilan karyanya. Penggunaan bahasa seperti ini memberikan suatu
keunikkan kepada beliau. Hal ini demikian, kerana tidak semua penulis mampu menghasilkan karya
dengan menggunakan bahasa puitis dalam keseluruhan hasil karyanya. Tetapi, ternyata Faisal Tehrani
sudahpun membuktikan kemampuannya dalam konteks ini. Bahasa yang digunakan oleh beliau terlalu
puitis. Jika tidak diperhatikan secara mendalam, agak sukar seseorang pembaca itu memahami mesej
yang cuba diutarakan oleh beliau.
Selain daripada menggunakan bahasa-bahasa yang puitis, pengarang turut menggunakan gaya
bahasa seperti simile, singkof, metaphora, perlambangan, personifikasi dan banyak lagi. Gaya bahasa
simile bermaksud perbandingan iaitu kata-kata perbandingan yang melibatkan kata-kata perbandingan
seperti; bak, umpama, ibarat, bagai dan laksana. Penggunaan unsur gaya bahasa ini boleh diperhatikan
dalam surat Tengku Valizah kepada Basri yang bertarikh 12 Jun 1987;
bagimu cinta membuatkan malam ibarat belayar di sungai kasih yang kosaknya buih asmara. Cinta
sudah seperti menggigit jaluran pelangi yang warnanya pancaran rindu
Seterusnya adalah penggunaan gaya bahasa singkof. Singkof adalah singkatan perkataan. Gaya
bahasa ini berperanan dalam memudahkan seseorang watak menyebut atau memanggil nama watak lain
yang terlalu panjang. Misalnya Kak Yan memanggil Tengku Valizah sebagai Ku sahaja. Contohnya;
Ku, ini ada orang datang nak tolong carikan Basri.
Metaphora merupakan gaya bahasa perbandingan yang tidak melibatkan kata-kata perbandingan
apabila membandingkan sesuatu perkara. Gaya bahasa ini membandingkan dua hal secara langsung tetapi
secara singkat sahaja. Dengan kata lain gaya bahasa ini juga dikenali sebagai gabungan diantara konkrit
dan abstrak. Misalnya, dalam surat Tengku Valizah kepada Basri yang bertarikh 12 Jun 1987, iaitu
pancaran hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh manakala rindu pula hanya boleh dirasai tetapi
tidak boleh dilihat.
10

cinta sudah seperti menggigit jaluran pelangi yang warnanya pancaran rindu
Gaya bahasa perlambangan pula dikenali sebagai pengimejan. Penggunaan gaya bahasa seperti
ini boleh diperhatikan dalam surat Basri kepada Tengku Valizah yang bertarikh 23 Januari 1980;
ingat aku ini kategori pelarian politik aku meninggalkan Kuala Lumpur kerana diburu!..
Dalam cerpen ini, Basri diibaratkan sebagai pelarian politik kerana beliaulah yang menjadi dalang kepada
semua rusuhan yang berlaku di Kuala Lumpur pada sekitar tahun 60-an dan 70-an. Basri telah
meninggalkan Kualu Lumpur kerana beliau diburu oleh pihak pemerintah yang tidak bersetuju dengan
perbuatannya.
Gaya bahasa personifikasi bermaksud perorangan iaitu, memberikan sifat manusia kepada sesuatu
benda yang tidak bernyawa. Misalnya, dalam surat Basri kepada Tengku Valizah yang bertarikh 23
Januari 1980;
di tengah geliat malam, jelingan bulan mesra dan tusukan Mozart di copeng telinga, aku tambah
berasa sunyi
Dalam konteks ayat ini, malam dan bulan telah diberikan sifat manusia iaitu geliat dan jelingan. Ternyata
penggunaan gaya bahasa yang pelbagai dalam penghasilan sesuatu karya memantapkan lagi isi cerita
pengarang.
NILAI/MESEJ DAN PENGAJARAN.
Nilai dan pengajaran yang boleh kita pelajari daripada cerpen ini adalah kesetiaan. Misalnya, kita
mestilah setia dalam sesebuah perhubungan. Tanpa kesetiaan diantara kedua-dua belah pihak maka
perhubungan itu tidak akan membawa apa-apa makna. Kesetiaan dalam percintaan amat penting dalam
membuktikan cinta kita kepada orang yang kita sayangi. Selain daripada setia dalam percintaan, kita juga
disarankan supaya bersikap setia apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Kak Yan misalnya, sangat setia
dengan Tengku Valizah iaitu taunnya. Kak Yan menjaga makan minum Tengku Valizah dengan baik dan
penuh kesetiaan. Dia tetap bersama-sama dengan Tengku Valizah walaupun Tengku Valizah sakit.
Selain daripada itu, kita juga mesti bersikap sabar dalam menghadapi segala rintangan. Basri
misalnya, sabar dalam menghadapai dugaan hidup. Misalnya, dia tetap meneruskan sisa-sisa hidupnya
diperantauan meskipun dia tahu hidup dinegara orang amat susah. Basri juga masih mampu bersabar
dengan keputusan Tengku Valizah yang telah menikahi Raja Hisyamuddin. Meskipun pada mulanya,

11

Basri tidak dapat menerima kenyataan itu tetapi lama-kelamaan beliau boleh melupakan kisah tersebut
kerana bercinta tidak semestinya bersatu.
Disamping itu, kita juga disarankan supaya saling sayang menyayangi diantara satu dengan yang
lain. Kak Yan misalnya, amat menyayangi Tengku Valizah. Dia menjaga Tengku Valizah dengan penuh
dedikasi. Tengku Valizah juga amat menyayangi dan mencintai Basri. Meskipun, beliau telah menerima
lamaran Raja Hisyamuddin tetapi jauh disudut hati kecilnya dia masih mengenang Basri sebagai lelaki
pertama yang pernah bertakhta dihatinya.
Selain itu, kita juga diseru supaya saling tolong-menolong diantara satu dengan yang lain.
Maksudnya, golongan berada perlu menolong mereka yang kurang berkemampuan. Sikap seperti ini amat
penting dalam mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Jika semua orang bersikap meninggi diri
maka kemakmuran yang dinikmati sekarang ini tidak akan kekal lama. Tengku Valizah misalnya, telah
menolong kaum tani seperti Kak Yan keluar dari kemelut kesusahan hidup yang membelenggunya dengan
menggajikannya sebagai pembantu rumah. Sebagai manusia, kita tidak boleh bersikap riak dengan
kekayaan yang kita miliki.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, cerpen ini telah berjaya mengangkat temanya iaitu pemberontakan
golongan pelajar dalam membela nasib kaum tani. Olahan yang baik dan cara penyampaian yang unik
mendorong kepada penonjolan mesej yang hendak diutarakan oleh pengarang. Pengarang telah
menggunakan bahasa-bahasa yang puitis dalam mengutarakan pemikirannya kepada pembaca. Selain
daripada itu, olahan cerita yang menarik dan cara penyampaian cerita yang menyelitkan beberapa keping
surat ternyata tidak melupuskan minat pembaca untuk menikmati cerita tersebut. Meskipun cerita ini agak
ringan tetapi mesej yang terkandung dalam cerita ini amat bernilai dalam usaha mengekalkan keamanan
di negara ini. Kita tidak mahu negara kita Malaysia dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain di dunia
ini. Sikap mengambil berat diantara golongan atasan dan bawahan amat penting bagi mengelakkan
Rusuhan Baling berulang kembali. Ternyata rusuhan yang diketuai oleh Basri dahulu telah menimbulkan
kesedaran dalam kalangan pemeritah bahawa kaum tani juga boleh membantu dalam meningkatkan
ekonomi negara. Penggunaan teori strukturalisme dalam pemerhatian telah berjaya menonjolkan
keunikkan cerpen ini yakni mesejnya yang berharga sebagai bahan rujukan generasi muda.

12

13

Anda mungkin juga menyukai