Anda di halaman 1dari 30

1

HUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA



Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit,
India, dan China .

Hubungan dengan Kerajaan Siam

Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana
Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, tidak berkelahi dan tidak berdamai."

Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu
tanda menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah:

"Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani,
terlalu takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka
menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108)

Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna
"Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah
daripada segala seterunya."

Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua,
berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak
luka sebaliknya lembing terpelanting ke tanah.

Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka
berjaya meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah
dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan
kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan
dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan
kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat
menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran
Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka. Soal keselamatan
dapat diatasi.

Hubungan Melaka dengan Majapahit

Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah
menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri
Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu
berhasrat meminang puteri Majapahit itu.

Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan
Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang
tiga dari Singapura.
2


Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang
Majapahit. Selain itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja
Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk
ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan.
Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing
ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara.

Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau
bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan
keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan
kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui
kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya
berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan
Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

Hubungan Melaka dengan China

Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke
China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja
China. Raja China telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang
memberi maksud akan kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan
membawa pilau yang sarat diisi sagu rendang.

Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka
menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat
Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan.

Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan
memberi cincin itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih
memberitahu makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat.
Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak
dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam mongkor
kaca.

Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin
dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja
Melaka mengirim surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak
dapat datang kerana Melaka berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih
erat bukan sahaja hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu
beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas,
dan orang China jugagemar makan kangkung.

Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat
3

sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh
Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke
Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan
Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja
Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa
rombongan itu kembali dari China.

Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh
badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan
supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China
menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki
Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China
kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.

Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang
mengatasi kebesaran raja China.

Hubungan Melaka dengan Benua Keling

Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Syah. Kali ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan
melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain
serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai 40 perkara.

Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-
pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki
oleh raja Melaka. Kemudian pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang
Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum
itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang
berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap mengaku telah
melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang Isap masih
berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang
dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja
Melaka.
5.0 KEMEGAHAN DAN KEHEBATAN MELAKA

Dalam Sulalatus Sulalatus Salatin kebesaran raja yang memerintah digambarkan melalui
perkaitan keturunan raja dengan legenda Iskandar Zul-karnain. Unsur mitos juga dimasukkan
bagi mengesahkan dan mengukuhkan martabat raja-raja Malayu.

Pembukaan negeri Melaka turut dikaitkan dengan mitos dan peristiwa luar biasa. Umpamanya
kegagahan pelanduk yang menentang anjing perburuan. Kehebatan Melaka juga tergambar
melalui mitos kemasukan Islam.

Kehebatan Melaka juga digambarkan melalui adat-istiadat raja-raja Melaka serta langan-
larangan terhadap rakyat..
4


Turut digambarkan ialah keluasan empayar dan jajahan takluk yang luas meliputi Pahang,
Terengganu, Siak dan Inderagiri di Sumatera.

Melaka diceritakan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.Walau
bagaimanapun kehebatan Melaka sering ditonjolkan mengatasi negara-negara berkenaan dari
pelbagai sudut. Sulalatus Salatin memperkecilkan dan memandang rendah martabat raja negeri-
negeri lain. Diceritakan kisah Raja Pasai, Sultan Malikus-Salleh tertipu mengahwini anak gundik
Raja Perlak aitu Puteri Ganggang. Raja Pasai pernah ditangkap Awi Dicu dan dibawa ke Siam
untuk dijadikan gembala ayam.

Ratu Majapahit pula disindir kerana tiada putera pewaris takhta. Diceritakan Puteri Majapahit
iaitu Raden Galoh Awi Kesuma berkahwin dengan anak angkat penyadap iaitu budak yang
ditemui hanyut. Penyadap dilantik pula sebagai Bentara Majapahit.

Tidak ketinggalan, raja China turut diperkecil-kecilkan kedudukannya. Sulalatus Salatin
menunjukkan kebijaksanaan utusan Melaka mengatasi pembesar-pembesar China, umpamanya
Tun Perpatih Putih berjaya melihat wajah Maharaja China melalui tipu muslihat. Beliau
memberitahu makanan kegemaran orang Melaka ialah sayur kangkung dimasak tanpa dipotong .
Ketika waktu makan terpaksa mendongak kepala untuk disuapkan ke mulut. Ketika mendongak,
dapatlah melihat wajah raja China, sedangkan rakyat China sendiri tidak pernah dapat melihat
wajah raja mereka.

Sulalatus Salatin mencertitakan kisah raja China mendapat penyakit kedal kerana menerima
kiriman sembah daripada Sultan Melaka. Untuk mengubati penyakit kedal itu, raja China
terpaksa minurn air basuh kaki raja Melaka.

Kehebatan dan kebesaran Melaka turut digambarkan melalui kewibawaan pembesar-pembesar
negeri seperti Bendahara, Temenggung dan Laksamana. Sulalatus Salatin menggambarkan
tentang ketokohan dan kebijaksanaan Bendahara Paduka RajaTun Perak dan Bendahara Seri
Maharaja. Mereka memiliki sifat kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Raja Melaka.

Tun Perak tidak pun menuntut bela ke atas Raja Muhammad Shah yang telah membunuh
anaknya Tun Besar kerana tidak mahu menderhaka. Tun Mutahir pula , kerana tidak mahu
menderhaka, menerima sahaja hukuman bunuh yang dikenakan kepadanya dan ahli keluarganya
oleh Sultan mahmud Syah, walaupun beliau tidak bersalah.

Pembesar Melaka digambarkan memiliki sifat keperwiraan dan semangat juang yang tinggi
dalam mempertahankan kedaulatan Melaka. Mereka juga memliki sifat pintar dan bijaksana
dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang tergambar pada utusan Melaka ke
luar negeri. Misalnya Menteri Jana Putera dan TunTelanai. Keagungan dan kebesaran Melaka
ditegakkan hasil sokongan padu serta kewibawaan para pembesar-pembesar.

Sulalatus Salatin tidak ketinggalan mengemukakan kisah keberanian panglima dan hulubalang
Melaka seperti Laksamana Hang Tuah, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Sura. Hulubalang
Melaka begitu gagah perkasa, berani dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka.
5


Tun Perak sendiri mengetuai angkatan perang angkatan Melaka menghadapi ancaman Siam.
beliau menggunakan kebijaksanaannya hingga berjaya mengusir angkatan Siam dengan
menggunakan tipu helah. Tun Perak turut mengetuai angkatan Melaka menyerang Pahang.

Tidak ketinggalan digambarkan juga kehebatan pahlawan-pahlawan lain seperti Seri Bija
Pikrama, Tun Bijaya Sura dan Seri Bija Diraja berjaya menakluki Pahang dan menangkap
Maharaja Dewa Sura.
4.1 MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAM

Melaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan
Muhammad Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan
rakyat jelata. Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan
menerima Islam secara langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi.

Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah
berpandangan dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap
dua kalimah syahadat.

Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah.
Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal
dari Jeddah dan orang-orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah
menitahkan baginda menurut kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan
menurut segala kata-kata dan perintah Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda
terjaga dari mimpi.

Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam"
baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-
henti.

Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat
perlakuan raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut
"la ilaha i'l Allah, Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73).

Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata
baginda adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang.
Baginda juga menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada
waktu Asar nanti.

Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari
Jeddah berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun
bersembahyang di pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang
bersembahyang, "Mengapa orang itu tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73)

Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan
6

rombongan ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh
Makhdum.
4 UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS SALATIN
Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan
untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya
memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana
Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam
ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja
Melaka memeluk Islam.

Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-
ulama Islam.

Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah
dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul
keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.

Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah,
tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan
pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi
Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang
ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana
Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan
Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana
Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal
keagamaan.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan
yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan
perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja
Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.


Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada
pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan
Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak
didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-
karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir
Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat
keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)

7

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi
atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada
teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera
ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan
Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut
melalui syair Arab;

Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak
mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman.
Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai
pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat
pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar
Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut
belajar ilmu agama.

Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan
diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang
utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di
Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah
Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam
bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-
Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-
sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan
ayat " Wa'llahu a'lam."

Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat
yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat
antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.
3.1 Pembesar Melaka
Pembesar Melaka

Bendahara

Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada
sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya
Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah
8

kecil.

Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya
Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura
Dewana.

Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak
sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.

Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara
Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi
pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan
menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.

Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja
mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan
dengan anak raja.


Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut
hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.

Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan
dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar,
menggantung tabir dan langit-iangit.

Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat
secara berusungan pada hari raya.

Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.


Temenggung

Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama
mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.

Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka
diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis
mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.
Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.

9


Syahbandar

Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala
urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar

menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai
daripada pedagang- pedagang.


Laksamana

Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga
negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang
Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.

Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan
bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan
membunuh Hang Jebat yang menderhaka.

Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja
bergajah. Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.

Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang
menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak
teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar
dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal
istana.
3 ASPEK KETATANEGARAAN
ASPEK KETATANEGARAAN

Takrif ketatanegaraan

Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara."
(Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)

Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk
pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara
seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)


KONSEP RAJA

Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang
sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan
raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka
10

Raja Tun Perak)

Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.

Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat
terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan
Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.

Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya
keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja
Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.

Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur
Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh
kaki raja Melaka.

Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi
batu.


KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa
derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.

Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun
dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan
raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya
Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas
Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh. Bendahara Seri Maharaja pula tidak
menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak
bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.

Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan,
larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.

KONSEP KERAJAAN

Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada "satu organisasi besar yang dipimpin
oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat
bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)

Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa
raja yang memerintah.Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru
turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing
11

serta cap kempa.Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.

KONSEP NEGERI

Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau
jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97)

Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang-
undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.Raja
memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri
biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan
sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka
itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri.


SISTEM PEMERINTAHAN

Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja
secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah raja berkuasa sepenuhnya. Raja
menduduki strata paling tinggi dan mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan
berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.

Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah.
Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.

Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh
dibantah, misalnya dalam menjatuhkan hukuman mati.

Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain
itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah
sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah
raja.Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya
puteri Bendahara dikahwini oleh sultan. Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan
Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar.
Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas
masing-masing;


KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK

Kuasa politik Melaka melalui empat tahap perkembangan. Tahap pertama meliputi tahap
pembukaan Melaka semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja
Tengah .

12

Pada tahap kedua ianya meliputi maman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada
zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid. Manakala tahap ketiga
iaitu zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.


Tahap empat merupakan zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan
Sultan Mahmud Syah.

Pembukaan Melaka

Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura.
Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu
seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja
Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka. Melaka mula bertapak
sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi
ancaman daripada Siam.

Tahap Kegemilangan

Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur
Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat
dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan
pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan
Melayu.

Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya
mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan. Ketika ini Melaka melaksanakan dasar
perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah
Pahang misalnya Raja Muhammad. Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar
dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu.

Tahap Kejatuhan

Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan
Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang
lemah.Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat.
Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan.

Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa.
Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan
membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada
baginda.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri.
Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai.
13

Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan
tertentu. Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya
berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.

Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan serangan dan penaklukan oleh Portugis
yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquuerque.

2 SIFAT SASTERA SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN

1. Tujuan Penulisan:
Untuk kegunaan kelompok istana seperti raja dan bangsawan.
Merakamkan kebesaran negara kota Melaka
Menggambarkan ketinggian martabat kerajaan Melaka
Mengagungkan kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka

2. Corak Penceritaan:
Mengandungi dua corak peristiwa iaitu peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan peristiwa
fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.
Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.
Sifat sastera dilihat dari segi penggunaan bahasa dan teknik penulisan yang memasukkan
unsur puisi seperti syair dan pantun.
Selain itu sifat sastera dapat dilihat dengan adanya penggunaan dialog-dialog.

3. Kisah Negara Kota Melaka

Menitikberatkan peristiwa-peristiwa yang mengagungkan keturunan raja dengan mengaitkan
dengan unsur ajaib.
Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat iaitu keturunan
Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat
kepahlawanan.
Gambaran pemerintahan penuh kebaikan seperti adil, gagah, perkasa, berani dan
berdaulat. Contohnya kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah
seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.
Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui
gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan seperti mementingkan protokol dan adat-
istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.
larangan memakai kain berwarna kuning, larangan memakai emas, keris tertentu dan
sebagainya.
Larangan bertujuan bertujuan mengekalkan status quo, kehebatan dan keistimewaan raja.

Membanggakan kejayaan Melaka mengatasi negara lain seperti dalam hubungan Melaka dengan
China, Melaka- Pasai dan lain-Iain .
14


4. Dari Segi Pertarikhan:
Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama
peristiwa sejarah sebenar.Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak
disertai tarikh. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.
Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.
Pengisahan berpusat kepada satu keturunan dan tumpuan diberikan kepada keturunan raja
Melaka.
Sultan Muhammad Syah diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah' iaitu Sultan
Muzaffar Syah,Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah.
5. Gaya Penceritaan:
Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.
Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota dengan cerita dikaitkan
dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.
Mengagungkan negara-kota dan kehebatan pemerintahan raja-raja dan ketokohan
pembesar negeri.
Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah
tentang kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya, hubungan diplomatik Melaka
dengan Siam, China,dan Pasai.
Menceritakan tentang kedatangan Islam ke Melaka dan Pasai

6 Watak-watak yang terdapat dalam Sulalatus Salatin terdiri dari watak-watak dari kalangan
Manusia seperti golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri,
bangsawan, rakyat jelata, hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.
Watak bukan manusia seperti seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing
perburuan, cacing gelang-gelang; orang-orang halus seperti hantu,dan Puteri Gunung Ledang.

7 Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak
sastera sejarah yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian awal yang meliputi pengasasan
negeri, bahagian kedua yang berkaitan dengan kegemilangan danian ketiga yang meliputi
bahagian kemerosotan negeri.

Bahagian awal mengisahkan peristiwa penubuhan kerajaan negara kota yang meliputi
asal-usul keturunan raja- raja
kisah pembukaan negara kota
kemasukan Islam
Peristiwa-peristiwa tersebut dikaitkan dengan mitos, legenda, dongeng dan fantasi. Asal usul
raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain. Pembukaan Melaka dikaitkan
dengan kejadian aneh iaitu anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan
kemudian ghaib. Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu
Rasulullah.

Bahagian Kegemilangan: meliputi
15

Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.
Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.
Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam
dan lain-lain.
Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka dicapai sewaktu
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Melaka muncul sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang
dan Terengganu.

Sulalatus Salatin menggambarkan juga peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di
rantau ini. termasuk peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam
serta Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.

Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah
kekejaman dan kezaliman raja yangmemerintah.
Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.
Fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya berleluasa dalam
kalangan rakyat dan pemerintah.
Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.

Sulalatus Salatin menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah yang menggguna
kuasa dan kedudukannya untuk kepentingan diri, dan kepuasan seks. Sultan Mahmud Syah
mengabaikan rakyat, melakukan ketidakadilan, terkait dengan amalan rasuah dan pilih kasih.

Digambarkan juga pada bahagian kemerosotan ini pentadbiran menjadi lemah dan kucar-kacir,
serta pertahanan negara kota yang lemah.Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan
dan menawan Melaka.

UNSUR SASTERA DALAM SULALATUS SALATIN


Sastera bermaksud hasil seni sama ada berbentuk prosa mahupun puisi. Oleh itu, segala bentuk
karangan sama ada hikayat, puisi, buku, serta risalah yang dianggap fenomena sastera dapat
dikatakan sebagai hasil-hasil kesusasteraan. Antara unsur-unsur sastera yang terkandung dalam
karya ini ialah:

Contoh pertama yang jelas dilihat adalah mengenai pengarang dan tarikh penulisan teksSulalatus
Salatin itu sendiri. Sulalatus Salatin adalah karya yang ditulis oleh Tun Muhammad atau nama
timang-timangannya Tun Sri Lanang dan bergelar Bendahara Paduka Raja.
Mukadimah yang terdapat pada halaman dua dan tiga antara lain mencatatkan:

"Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-
raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang
16

kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia
daripadanya."
(Halaman: 3)

Tarikh Sulalatus Salatin ditulis adalah pada 'seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada
dua belas hari bulan Rabiulawal, kepada hari Khamis, waktu 'alduha..., Tarikh itu bersamaan 13
Mei 1612.

Perkara lain yang memperlihatkan adanya sifat sastera dalam teks Sulalatus Salatin adalah dari
segi gaya bahasa dan teknik penulisannya. Contoh yang jelas dalam teks ini ialah penggunaan
bahasa berirama sama ada pantun mahupun syair. Salah satu syair yang terdapat dalam teks ini
ialah:

Cau Panden anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung air mata.
(Halaman: 96)

Unsur-unsur puisi ini adalah untuk menggambarkan sesuatu peristiwa. Selain itu dapat
mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik.

Teknik penceritaan Sulalatus Salatin memperlihatkan adanya unsur sastera kerana terdapatnya
penyelitan dialog oleh pengarang. Dialog dan aksi-aksi antara seseorang watak dengan watak
yang lain adalah ciri-ciri sastera menyimpang daripada tulisan-tulisan atau buku-buku sejarah
yang lebih mengutamakan fakta atau penulisan secara langsung. Contohnya dialog antara
Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana:

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi?
Kerana sembah patik ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada hamba Melayu itu dapat
menyalahi kehendak tuannya." Maka titah baginda, "Adalah hamba mendengar khabar paman
konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik parasnya, Jikalau dengan ikhlas paman,
initah yang hamba pohonkan".
(Halaman: 25)

Unsur mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin merupakan satu ciri sastera kerana unsur ini
mempunyai tujuan tertentu, seperti mengangkat martabat raja, bangsa, dan sebagainya. Mitos
Raja Suran turun ke laut memperlihatkan bagaimana golongan raja mampu melakukan sesuatu
perkara yang sukar dilakukan oleh rakyat.

Peristiwa kedatangan Islam ke Melaka juga dianggap sebagai satu mitos. Raja Kecil Besar
berpandangan dengan Rasulullah yang menunjukkan kejadian-kejadian dan pewarnaan sifat raja
yang luar biasa.
Raja China misalnya, mendapat kedal kerana menerima sembah daripada Sultan Mansur
Syah.dan dan hanya dapat diatasi dengan air basuh kaki Sultan Mansur Syah sendiri.

17

Sifat-sifat sastera dalam Sulalatus Salatin juga jelas dikesan melalui pembukaan-pembukaan
negeri atau tempat tertentu yang berunsur mitos. Melaka mendapat nama berdasarkan peristiwa
pelanduk putih menendang anjing perburuan Raja Iskandar Syah, dan peristiwa itu dilihat dari
bawah pokok Melaka. Singapura mendapat mendapat berdasarkan seekor singa yang dilihat oleh
Sang Nila Utama; dan kerana binatang itu kelihatan tangkas,
Dipercayai bahawa negeri yang dibuka akan maju dan kuat. Oleh itu, peristiwa-peristiwa aneh
berhubung kait dengan kepercayaan sehingga munculnya sesebuah negeri dalam Sulalatus
Salatin.

Unsur epik atau kepahlawanan dalam Sulalatus Salatin merupakan satu penonjolan sifat sastera
yang amat ketara. Melebih-lebihkan taat setia watak serta kekuatan yang luar biasa adalah
sebagai usaha menarik minat pembaca mendekati teks sastera.

Tuan Saidi Arab umpamanya, berjaya membunuh Cau Panden dengan memanah dari Melakadan
Cau Panden mati di Siam. Tun Omar, Seri Bija Diraja, Tun Bija Sura, Tuan Jana Khatib, dan
beberapa watak lagi masing-masing memperlihatkan legenda. Tuan Jana Khatib umpamanya,
berjaya membelah batang pinang hanya melaui tilikannya.

Sifat sastera lain yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin ialah plot. Plot ialah susunan atau
jalinan peristiwa yang ada kaitan dengan hukum, sebab, dan akibat. Plot adalah ciri penting bagi
penulisan hasil-hasi sastera berbentuk prosa sama ada cerpen, novel, mahupun hikayat-hikayat.

Penceritaan tentang negeri-negeri Singapura dan Melaka dalam Sulalatus Salatin adalah
berdasarkan pembinaan

plot yang kompleks. Dijelaskan tentang bahagian awal cerita, iaitu
tentang pembukaan-pembukaan; bahagia-perkembangan plot diceritakan tentang perkembangan
kerajaan-kerajaan berkenaan manakala, bahagian akhir plot dijelaskan tentang kejatuhan negeri.

Pemaparan tentang sastera undang-undang merupakan sifat-sifat sastera yang terkandung
dalam Sulalatus Salatin. Dalam Sulalatus Salatin terutamanya semasa pemerintahan Raja Kecil
Besar atau Sultan Muhammad Syah. terdapat larangan-larangan yang bukan hanya perlu dipatuhi
oleh rakyat tetapi juga oleh goiongan pembesar-pembesar negeri. Hal-hal yang berkaitan dengan
pantang larang dan peraturan ini terkandung dalam Hukum Kanun Melaka.

UNSUR SEJARAH DALAM SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku dan
diketahui oleh masyarakat umum cuma agak kabur kerana adanya unsur-unsur sastera di
samping tiada catatan tarikh bagi setiap peristiwa sejarah yang dikemukakan. Tokoh-tokoh yang
dipaparkan dalam Sulalatus Salatin merupakan tokoh-tokoh Melayu
Melaka yangmemperlihatkan keunggulan pemerintahan seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah,dan Sultan Alau'd-din Riayat Syah Turut digambarkan ialah pembesar-pembesar
Melaka seperti Tun Ali dan Tun Perak dan Tun Mutahir.

18

Sifat sejarah dalam Sulalatus Salatin juga dapat dikesan melalui peristiwa-peristiwa yang tercatat
di dalamnya. Peristiwa seperti pembukaan Melaka dan Singapura, kejatuhan Melaka, penyebaran
Islam di Melaka, hubungan diplomatik Melaka dengan kuasa-kuasa lain adalah catatan sejarah
yang jelas.

Kelompok masyarakat yang didedahkan dalam Sulalatus Salatin memperlihatkan satu kelompok
yang tertulis di dalam sejarah. Golongan yang diceritakan ialah golongan raja, pembesar, rakyat
dan hamba abdi.

Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan merupakan sifat sejarah yang dapat ditinjau
melalui karya S u l a l a t u s Salatin. Ekonomi Melaka begitu kukuh kerana Melaka menjadi
tumpuan pedagang dan saudagar-saudagar dari Arab, benua Keling, dan China. Antara saudagar-
saudagar yang disebutkan dalam Sulalatus Salatin termasuklah Raja Mendaliar, Ali Manu Nayan,
dan Nina Sura Dewana.
Dalam aspek politik, jelas bahawa sejarah telah menunjukkan Melaka suatu ketika dahulu
merupakan kuasa besar dan berpengaruh. Dari segi penaklukan dan hubungan diplomatik,
Melaka dianggap sebagai kuasa yang berjaya menewaskan negeri-negeri tertentu denganmudah.
Melaka menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit, Pasai, Haru, dan
Siam.

Kedatangan agama Islam di alam Melayu seperti yang diperkatakan dalam Sulalatus
Salatinmerupakan satu sifat sejarah. Walaupun dalam Sulalatus Salatin tidak disebut tarikh-
tarikh penerimaan Islam di Pasai dan Melaka tetapi pada hakikatnya kedatangan Islam ke
tempat-tempat berkenaan adalah fakta yang tidak boleh ditolak. Kedatangan Islam telah
melahirkan tokoh-tokoh agama seperti Kadi Menawar, Kadi Maulana Abu Bakar, dan beberapa
lagi manakala, Sultan Alau'd-Din pula mengenakan undang-undang Islam dalam pemerintahan
baginda di Melaka.

Kedatangan Portugis atau Benggali Putih dalam Sulalatus Salatin juga merupakan peristiwa
sejarah sebenar. Pada saat kemerosotan Melaka, pentadbiran menjadi lemah dan kucar-
kacir,danlemah. Apabila Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan
Melaka.








19

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
KRITIKAN SOSIAL DALAM SULALATUS SALATIN

1. Mengkritik/kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja.
Contoh cerita: Singapura Dilanggar Todak.
Dari cerita ini kekejaman raja yang dipaparkan ialah;
- Raja menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu melihat
keistimewaan ilmu menilikTuan Jana Khatib -> tilik batang pinang hingga terbelah
dua di hadapan raja perempuan.
- Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala -> iaitu huru hara, kematian
kejam akibat serangan todak.
- kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti;
membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang
pisang.

2. Kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah.
- Cerita Singapura di langgar todak.
- Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran
dan tidak berpandangan jauh.
- Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya
membawa kebaikan.
- Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masing-masing untuk menahan serangan todak".
- Akibatnya ramai rakyat/hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena
tikaman jongor todak.

3. Kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja/pemerintah.
Cerita Singapura dilanggar todak.
- Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada budak cerdik yang telah
menyelamatkan Singapura. Golongan pembesar negeri merasa dengki dan bimbing kedudukan
mereka akan terancam apabila budak cerdik dari keturunan rakyat biasa ini dewasa nanti kerana
dia sangat cerdik dan pintar.
. - Pembesar mencadangkan agar budak cerdik segera "dihapuskan" (dihukum bunuh).
- Jelas menunjukkan golongan raja mengguna-kan kuasa mutlak yang dimiliki untuk menjaga
kepentingan golongan mereka sahaja.
- rakyat tidak mempunyai hak dan tidak boleh samasekali menentang rajawalaupunternyata
rakyat berada di pihak yang benar.

4. Kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan
ingin sesuatu yang luar biasa/berbeza dengan orang lain.
- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang -> kritikan terhadap sikap Sultan Mahmud Syah
yang ingin seorang wanita yang sangat cantik dan istimewa bukan dari golongan manusia biasa.
- Gambaran keangkuhan Sultan Mahmud Syah -> bersedia memenuhi syarat-syarat peminangan
iaitu menyediakan barang-barang hantaran yang diminta seperti hati nyamuk, air mata, air pinang
muda dan lain-lain. Barang-barang ini sukar diperolehi dan agak luar biasa tetapi kerana
keegoannya yang tinggi Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan barang-barang tersebut.
20

5. Kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata.
- Contoh: cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.
- Gambaran kekejaman -> Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan jambatan emas dan
perak merentangi dari istana Melaka ke Gunung Ledang.
- Menunjukkan sultan sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya.
- Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati
nyamuk, air mata dan air pinang muda.
- Cerita Singapura dilanggar todak -> raja tidak menilai/menghargai nyawa rakyatjelata hingga
sanggup menitahkan rakyat berkubukan betis masing-masing (sanggup memperalatkan nyawa
rakyatjelata demi kepentingan diri).
6. Kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih
kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan
sebagainya.
- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.
- Gambaran Sultan Mahmud tidak sanggup menyediakan darah Raja Ahmad semangkuk (salah
satu syarat peminangan).
- Sultan Mahmud Syah tidak sampai hati membunuh putera sendiri demi untuk dirinya (tetapi
sanggup menyiksa rakyat) demi memuaskan nafsu serakahnya.


Latihan Sulalatus Salatin
Senaraikan Peristiwa Yang Berlaku Mengikut Raja Yang Memerintah .

Tahap Sebelum Melaka
1.Raja Iskandar Syah
2.Raja Suran
3.Sei Teri Buana
4.Merah Silu
5.Paduka Seri Maharaja

Tahap Pembukaan Melaka ( Awal Melaka)
1.Raja Iskandar Syah
2.Raja Kecil Besar
Tahap Kegemilangan Melaka
1.Sultan Muzaffar Syah
2.Sultan Mansur Syah
3.Sultan Alaudin Riayat Syah

Tahap Kejatuhan Melaka
1.Sultan Mahmud Syah






21


MENGENALI KESUSASTERAAN .

Kesusasteraan dapat dikatakan sebagai ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa
yang indah dan mengandungi isi yang baik lagi berfaedah. Kesusasteraan bukan
sahaja mempunyai hubungan yang amat erat dengan masyarakat penulisnya, tetapi
kesusasteraan juga terlibat dengan pergolakan yang belaku dalam masyarakat.
Sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu di Malaysia boleh dilihat dalam
pelbagai sudut . Pengenalan kesusasteraan itu sendiri membawa makna yang jelas
tentang korpus kesusasteraan . Kesusasteraan menggunakan bahasa sebagai alat
penyampaian. Keindahan ciptaan sastera diperlihatkan melalui bahasanya Melalui
bahasa pembaca dapat merasakan keindahan yang ada pada kesusasteraan.
Segala isi dan tujuan yang mahu disampaikan membolehkan pembaca menghayati
pengalaman dan perasaan yang terpapar dalam kesusasteraan . Sejarah
Perkembangan genre Kesusasteraan Melayu Tradisional melibatkan Kesusasteraan
Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Masyarakat akan lebih
terdedah dan tertarik dengan perkembangan Kesusasteraan Melayu jika sejarahnya
dapat dianalisis serta digarap secara bersepadu
Kesusasteraan ialah cerminan masyarakat dan mempunyai hubungan dengan
manusia. Perkataan Sastera berasal daripadaBahasa Sanskrit iaitu castra disebut
syastera yang bermakna kitab suci. Susastera bermakna seni sastera atau seni bahasa
. Istilah kesusasteraan juga dipanggil persuratan. susastera menyimpul maksud yang
terdekat iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah .
Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang penting
kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang
terpenting daripada semua cabang kebudayaan itu.
















22

Relevankah Sulalatus Salatin [Sejarah Melayu]
Dalam Memartabatkan Bangsa .

Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang penting kebudayaan, bahkan
ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang terpenting daripada semua cabang
kebudayaan itu. Hal Ini boleh dilihat pada pengiktirafan dunia terhadap keagungan kesusasteraan
sesuatu bangsa sebagai pengakuan keagungan kebudaayan bangsa itu.
Secara peribadi , bagi saya seorang pembaca teks sastera tradisional dan peminat karya-
karya melayu lama merasakan ia sangat relevan dalam memartabatkan bangsa Melayu
kita. Banyak panduan dan kisah-kisah dlm pentadbiran raja Melayu dahulu yang wajar dijadikan
pedoman masa ini.
Bukan saja kepada golongan raja-raja , malah rakat jelata sekalipun.
Malahan kita sedar bahawa hasil-hasil karya Melayu lama daripada korpus kesusasteraan Melayu
trasisional ini menjadi sebuah jendela untuk masyarakat kini melihat , dan berinteraksi dengan
masyarakat lampau . Bertitik tolak dari sini kita menyaksikan susur galur kehidupan masyarakat
zaman dahulu, peristiwa-peristiwa yang berlaku dan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan Melayu
itu. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu menjadi wadah nukilan minda komuniti dahulukala dan
menjadi jambatan yang menghubungkan dunia hari ini.
Terdapat banyak kajian untuk memajukan kesusasteraan Melayu agar kesusasteraan Melayu itu
mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu kesusasteraan yang agung di dunia. Yang
dimaksudkan di sini dengan kesusasteraan Melayu di atas adalah segala karya tulisan dan lisan
orang Melayu dalam Bahasa Melayu yang mengandungi nilai yang agung dan abadi dalam
pengertian yang luas. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat diambil kira dalam konteks
masyarakat semasa. Dalam hal ini, pastinya sesebuah teks ditulis buat pembacaan khalayak
sasaran tertentu. Senada itu, dapatlah kita anggarkan bahawa teks Sejarah Melayu sebenarnya
ditulis buat generasi-generasi seterusnya bermula dari zaman teks ditulis .

Sebagaimana yang kita tahu , Sulatus salatin ini ialah karya Agung yang menjadi panduan
kepada salasilah raja-raja sebenarnya . Dari sini lah bermulanya perjanjian atau waad antara raja
dan rakyat yang mencetuskan sistem daulat dan derhaka.Masyarakat Melayu amat wajar
membaca dan memahami kandungan teks ini yang kaya dgn pelbagai panduan, nasihat malah
sindiran yg boleh mematangkan kita.
Karya-karya sebeginilah yang akan mendekatkan kita kepada khazanah bangsa kita bukannya
terhindar drpd sejarah bangsa.Persoalan yang masih lagi berlegar-legar ialah apakah Sejarah
Melayu ini sekadar bahan orientasi peperiksaan sahaja ? atau lebih kepada mendekatkan Melayu
dengan akar umbinya .
Sulalatus Salatin tidak pernah terhasil atas dasar peperiksaan, latihan dalam kelas dan
sebagainya. Hakikatnya, terhasilnya teks tersebut adalah sebagai sebuah teks dokumentasi yang
secara tidak langsung merakamkan segala peristiwa suka, duka dan luka yang pernah mengambil
tempat dalam dunia peradaban Melayu. Sealiran itu, gagasan seseparuh pihak yang merasakan
seolah-olah Sulalatus Salatin tidak lagi relevan adalah kurang tepat. Mentelah lagi, Sulalatus
Salatin tidak secara eksplisitnya membicarakan peradaban dalam Istana semata.
Dari sudut sosiologi pula, yakni dengan penggunaan teori memori sosial, kita harus sentiasa
menyedari bahawa apa yang pernah berlaku dalam masyarakat lampau secara langsung
membentuk fenomena masyarakat kontemporari. Dalam erti kata yang lain, masyarakat lampau
23

membentuk dan mendasari fabrik sosial masyarakat semasa. Kita turut harus ingat bahawa
terdapat banyak perkara yang tidak dapat dirungkaikan dengan jelas daripada gambaran kabur
dalam minda manusia, daripada itu, SM memberikan wadah yang baik untuk kita mengenal diri
kita dengan lebih baik - asal sahaja pembaca berusaha untuk mendekati teks tersebut dengan niat
yang betul.

Kerelevanan teks tersebut sebenarnya juga bergantung pada tenaga pengajar yang mengajarnya
(adakah mereka mampu untuk membuat pelajar sedar akan kerelevanannya) serta pelajar sendiri
(adakah mereka ingin mengenal diri mereka sendiri). Sebenarnya, terdapat banyak masalah
sosial hari ini yang kalau kita kaji selidik sudahpun ada sejak dahulu lagi. Misalnya, dalam
Sejarah Melayusendiri, pergaduhan dalaman antara masyarakat Melayu sendiri jauh lebih banyak
daripada masyarakat luar.

Pendek kata, ia bukan sekadar sebagai bahan peperiksaan malahan sebagai teks mengenal
kelebihan dan kekurangan budaya dan tamadun kita. Sejarah Melayu ini sebenarnya sumber ilmu
tentang diri dan masyarakat kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan memartabatkan
bangsa sendiri . Suka atau tidak ini bangsa kita , ini darah kita , ini dunia kita . Dunia bangsa
Melayu yang perlu dibela dan dijaga . Dunia warisan Melayu yang perlu digilap dan dikongsi
dengan anak-anak baru yang kian luntur cinta kasihnya pada tamadun lama dan sejarah
kesusasteraan yang kian luput dari mekar . Jangan biarkan sinar kesusasteraan itu sirna .
Peristiwa Penting Dlm Sulalatus Salatin [Edisi
Pelajar]

1. Raja Suran hendak menakluk China ms 13-14
2. Raja Suran turun ke dalam laut ms 14 15
3. Kisah kedatangan anak2 Raja Suran ke bumi ms 19- 22
4. Waad dimeterai ms 23- 26
5. Kemunculan Puteri Tanjung Buih ms 27
6. Asal usul Batala ms 22
7. Ular Sakti Mona dibunuh ms 28
8. S.T.B menawarkan air masin ms 31
9. S.T. B meredakan ribut di Teluk Belanga 39 -40
10. Temasik dijumpai Singapura dibuka. Ms 40
11. Badang menjadi gagah 47-54
12. Pembukaan Semundra ms 55
13. Merah Silu memeluk Islam ms 57
14. Pembukaan Pasai ms 59
15. Pembunuhan Tuan Jana Khatib- ms 67- 69
16. Singapura dilanggar todak ms 68-69
17. Pembunuhan Puteri Sang Rajuna Tapa ms 69
18. Sang Rajuna Tapa belot 69-70
19. Pembukaan Melaka ms 70 71
20. Islam di Melaka ms 72-74
21. Raja Kassim merampas kuasa ms 85 -86
22. Asal Hang Tuah ms 103
24

23. Hang Tuah dihukum ms 130-131
24. Maharaja China kedal ms 135 -137
25. Hang Jebat menderhaka ms 138-140
26. Pertarungan Tuah-Jebat 141-142
27. Tun Besar dibunuh ms 152-153
28. Sultan Mahmud dan Tun Biajid - ms 193
29. Tun Ali Sandang dibunuh ms 194
30. Meminang PGL ms 212 215
31. Tun Teja diculik ms 228-230
32. Ai Kening dilarikan ms 231 233
33. Raja Zainal dibunuh ms 235-236
34. Bendahara Tun Mutahir dibunuh ms 255 257
35. Kisah Tun Fatimah selepas kahwin ms 264 266
36. Sultan Mahmud melarikan diri, sultan Ahmad mati ms 270 271
37. Sultan Mahmud mangkat ms 287

Jurai Pemerintahan Melaka

1. Pemerintahan Raja Iskandar Syah - ms 71 ( 3 tahun atas takhta )
Anak : Raja Muda .
Raja Muda dpt anak : Raden Bagus, Raja Tengah, Raden Anum .
Raja Tengah naik takhta : anaknya Raja Kecil Besar .

2. Pemerintahan Raja Kecil Besar Sultan Muhammad Syah ms 72 83
(67 tahun atas takhta )
Anak : Raja Kecil Lambang , Raja Mahkota
Kahwin lagi (Tun Ratna Wati) dpt anak Raja Kassim
Kahwin anak Raja Rekan dpat anak Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid)

3. Raja Ibrahim (naik takhta ) Sultan Abu Syahid ms 83-86 .
Atas takhta 1 tahun 3 bulan .

4. Raja Kassim ( Sultan Muzaffar Syah ) ms 85 96
. ( 42 thn memerintah)
Anak : ( Raja Abdullah - Sultan Mansur Syah ) naik takhta umur 27 .

5. Sultan Mansur Syah . (Raja Abdullah ) Ms 96 172
Kahwin dgn Tun Putih iaitu anak Seri Nara Diraja - dpt anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja
Cendera ( Peremupuan)
Dapat anak dgn gundik Puteri Bakal
Kahwin dgn Puteri Onang Sari (anak Maharaja Dewa Sura- Indera Pura )
Dpt anak : Raja Ahmad (nama timangan Raja Hussain) , dan Raja Muhammad .
Kahwin dgn Raden Galuh Cendera Kirana dapat anak iait Raden Dikelang
Kahwin dgn saudara Bendahara Paduka Raja dpt anak Raja Hussain
Kahwin dgn Puteri Hang Liu Paduka Hamimat ( anak)

25

6. Raja Ahmad /Raja Hussain / Sultan Alaud-Din Riayat Syah ms 172 186
Kahwin sama anak raja - Dapat anak Raja Menawar dan Raja Zainal .
Kahwin dgn Tun Naja dpt anak Raja Hitam, Raja Muhammad, Raja Fatimah
Kahwin dpt anak Raja Mamad / Sultan Mahmud .

7. Sultan Mahmud Syah ms 187 - 288 Bendahara Paduka Raja mati ( ms 191)
S.Mahmud kahwin dgn anak Sultan Muhammad Syah ( Pahang) dpt anak Raja Ahmad dan 2
perempuan.
Meminang PGL
Hang Tuah meninggal 220
Kahwin Tun Teja Puteri Adma Dewi
Tun Fatimah dpt anak Raja Putih , Raja Khadijah , Raja Ali ( Timangan Raja Kecil Besar )
Gelaran Sultan Muda .

































26

PERISTIWA WAAD YANG MEMBAWA KEPADA KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
DALAM SULALATUS SALATIN
Konsep waad dalam teks Sulalatus Salatin adalah menjurus kepada:
1. Perkaitan konsep daulat dan derhaka
2. Akibat yang berlaku kesan daripada perlanggaran waad itu
3. Pengajaran hasil daripada perjanjian yang telah dibuat sebagai renungan.

Perkataan waad menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga halaman 1540 telah menyatakan maksud
iaitu janji. Manakala perkataan janji menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga halaman 518 dapat
ditakrifkan sebagai pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu. Jadi dalam
petikan ini jelas bahawa sesuatu perjanjian yang telah diatur dan ditetapkan dan dipersetujui
dengan rela hati oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu antara kedua-dua belah pihak.

Dalam petikan ini dapat dilihat bahawa perjanjian telah dibuat antara Demang Lebar Daun
dengan Seri Teri Buana. Permulaan kepada waad ini yang merujuk kepada petikan iaitu
merupakan perjanjian yang dilakukan oleh Seri Teri Buana (mewakili golongan pemerintah atau
raja) dan Demang Lebar Daun (mewakili golongan diperintah atau rakyat). Punca berlakunya
waad ini adalah disebabkan oleh permintaan Seri Teri Buana yang berkehendakkan anak
perempuan Demang Lebar Daun untuk dijadikan isteri. Oleh sebab itu Demang Lebar Daun
terpaksa membuat perjanjian dengan Seri Teri Buana sebelum dia bersetuju bermenantukan
Seri Teri Buana memandangkan kedua-dua pihak berlainan darjat dan keturunan.

Sebelum permintaan Seri Teri Buana untuk mengahwini anak perempuan Demang Lebar Daun,
baginda telah berkahwin dengan wanita kebanyakan tetapi terjadi peristiwa pelik apabila
wanita-wanita itu mendapat penyakit misteri. Oleh yang demikian Seri Teri Buana bertindak
menghalau wanita-wanita itu keluar dari istana. Tindakan baginda telah memberi aib kepada
wanita itu. Oleh yang demikian Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri
Teri Buana bagi mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-isteri baginda yang
sebelumnya di samping dapat menjaga maruah diri anak perempuannya. Dengan demikian
Demang Lebar Daun telah meminta Seri Teri Buana supaya mengekalkan anak perempuanya
di dalam istana dengan tidak dihalau keluar. Menurut Demang Lebar Daun dia sanggup
membiarkan anaknya menjadi hamba suruhan samada di dapur atau di dalam kawasan istana
yang lain daripada membiarkan anak perempuannya dihalau keluar daripada istana.
27


Keadaan ini disebabkan Demang Lebar Daun juga perlu menjaga maruah dirinya sebagai ayah
serta maruah ahli keluarganya yang lain. Hal ini bertetapan dengan peranannya sebagai orang
yang dihormati dalam kelompok kehidupan masyarakat iaitu di luar kawasan istana yang dapat
difahami daripada petikan bahawa dia merupakan suara utama yang mewakili hamba rakyat.

Selain itu hak untuk menjaga maruah diri juga turut dituntut dalam hukum syarak Agama Islam
yang mengesa umatnya menjaga maruah diri kerana maruah merupakan senjata diri utama
bagi perlambangan hidup seseorang yang baik. Hal ini bermakna tidak mempunyai hak untuk
sesiapapun samada mempunyai kuasa atau sebaliknya bertindak melakukan sesuatu
perbuatan kepada seseorang yang lain yang boleh menjatuhkan maruah diri orang itu walaupun
orang itu lebih rendah status kehidupan.

Walaupun Seri Teri Buana merupakan seorang raja, baginda tidak mempunyai hak untuk
menjatuhkan hukuman iaitu dengan bertindak menghalau isteri-isteri baginda yang berpenyakit
misteri keluar daripada istana. Hal ini menyebabkan perkara itu bukan sahaja boleh
menjatuhkan maruah diri perempuan itu tetapi ia turut memberi keaibban kepada ahli
keluarganya juga. Disebabkan keadaan itu juga perempuan yang dihalau itu dan ahli
keluarganya akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Kesan daripada keadaan itu
perempuan dan keluarganya akan hidup dalam tekanan akibat cemuhan masyarakat sekeliling.

Oleh yang demikian dapat difahami dengan jelas bahawa tindakan Demang Lebar Daun adalah
untuk menyedarkan Seri Teri Buana untuk menjadi seorang raja yang baik. Hal ini dapat dilihat
apabila Seri Teri Buana perlu bijak sebagai seorang raja perlu menunjukkan sifat yang baik
kepada masyarakat. Perlakuan sifat ini perlu seimbang dengan keperibadian dirinya sebagai
seorang raja yang amat di hormati dalam masyarakat.

Daripada perjanjian yang dibuat oleh Demang Lebar Daun menyebabkan timbulnya konsep
daulat dan derhaka. Konsep daulat dan derhaka ini telah menampakkan perbezaan golongan
pemerintah iaitu raja dan golongan yang diperintah iaitu rakyat. Kupasan mengenai konsep
daulat dan derhaka dapat dilihat apabila perkataan daulat menurut kamus dewan edisi ketiga
halaman 276 telah membawa maksud bahagia dan kebahagian.

28

Selain itu daulat juga membawa pengertian kekuasaan yang tertinggi yang dimiliki oleh seorang
pemerintah atau raja yang mempunyai hak menjalankan pemerintahan yang tersendiri dalam
kerajaannya dan ia diakui oleh perlembagaan. Oleh yang demikian golongan raja yang
berdaulat perlu disembah dan dijunjung oleh golongan rakyat yang menduduki negara yang
diperintah oleh raja tersebut. Manakala perkataan derhaka menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga halaman 296 membawa maksud tidak taat atau khianat. Derhaka boleh diperlakukan
kepada negara,raja,dan manusia. Perlakuan derhaka ini dapat dilihat dilakukan antara manusia
dengan Allah dan manusia sesama manusia.

Manusia dikatakan derhaka kepada Allah apabila mengingkari perintah-Nya manakala manusia
yang menderhaka sesama manusia dapat dilihat apabila golongan rakyat telah mengingkari
perintah raja dengan tidak menumpahkan kesetiaan dan ketaatan kepada raja. Walaupun
begitu Seri Teri Buana turut membuat permintaan dengan Demang Lebar Daun supaya rakyat
jelata tidak menderhaka kapada raja yang diberi mandat memerintah negeri itu. Hal ini dapat
dilihat rakyat perlu membiarkan raja yang tidak baik keluar untuk mencari negeri lain untuk
didiami.

Dengan demikian pengekalan konsep daulat dan derhaka dapat dilakukan apabila diperlihatkan
jurang taraf antara golongan raja dan rakyat. Melalui petikan klasik ini juga ada mengandungi
kandungan isi perjanjian diantara golongan raja dan rakyat. Ini dapat dilihat apabila bagi
golongan yang memerintah iaitu raja perlu melakukan perbuatan yang baik dan beradab sopan
yang melambangkan ketertinggian budi pekerti sebagai ikutan kepada golongan rakyat. Oleh
yang demikian keadaan ini membawa makna raja atau golongan pemerintah sama sekali tidak
boleh melakukan kezaliman kepada rakyat kerana ia boleh mendatangkan malu dan keaiban
kepada rakyat yang dizalimi.

Membuat kezaliman terhadap orang lain juga boleh mendatangkan kemurkaan daripada Allah
dan perbuatan itu amat ditegah oleh syarak. Bagi golongan yang diperintah iaitu rakyat perlu
menumpahkan ketaatan dan kesetiaan pemerintah walhal raja itu telah mendatangkan
kecelakaan kepada rakyat. Jika perkara itu terjadi rakyat sama sekali tidak boleh menderhakai
raja dan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan kepada raja.

Jika raja telah melakukan kezaliman kepada rakyat maka raja itu perlu mengundurkan diri
daripada menjadi pemerintah dalam negeri itu. Pengunduran raja amat penting
bagimengelakkan berlakunya kekecohan dan peperangan dalam negeri itu. Di samping itu
29

pengunduran raja juga dapat memberi peluang kepada pemerintah yang lain dengan
mempunyai keperibadian yang tinggi untuk menjadi pemerintah yang baik kepada rakyat dalam
sesebuah negeri itu.

Hasil daripada perjanjian yang dibuat, persetujuan telah dicapai oleh Demang Lebar Daun dan
Seri Teri Buana. Walaupun begitu Demang Lebar Daun turut menyatakan bahawa isi
kandungan perjanjian tidak boleh dilanggar oleh kedua-dua pihak. Keadaan ini telah dinyatakan
oleh Demang Lebar Daun iaitu keturunan golongan raja tidak boleh melanggar isi kandungan
perjanjian kerana jika perubahan dilakukan oleh raja maka akan terjadi golongan yang
diperintah iaitu rakyat akan turut berubah laku.

Jika keadaan itu terjadi kedua-dua pihak merupakan golongan yang akan dipersalahkan. Oleh
yang demikian samada golongan raja atau rakyat perlu sentiasa berwaspada bagi mengekalkan
keamanan dan keharmonian dalam kehidupan. Dengan itu persetujuan telah dicapai oleh
kedua-dua pihak. Keadaan ini menampakkan lagi pengukuhan konsep daulat dan derhaka
dalam peraturan kehidupan manusia.

Selain itu peraturan perjanjian turut melambangkan bahawa masyarakat Melayu amat kaya
dengan persefahaman dan sikap bermusyawarah dalam kehidupan. Ia juga melambangkan
bahawa persepakatan membawa kepada keberkatan. Walaupun demikian melalui petikan ini
turut menyatakan akibat-akibat yang akan berlaku apabila adanya golongan pemerintah iaitu
raja dan golongan diperintah iaitu rakyat yang melanggar isi kandungan perjanjian yang telah
dipersetujui bersama.

Perkataan lain yang dispesifikkan berkaitan pelanggaaran perjanjian adalah tulah. Menurut
Kamus Dewan edisi ketiga, halaman 1481 mendefinisikan kata tulah dapat dimaksudkan
sebagai kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan. Keadaan ini disebabkan
penderhakaan yang dilakukan yang boleh meruntuhkan kerajaan dalam sesebuah
pemerintahan manakala bagi rakyat pula boleh menyebabkan kesengsaraan dalam kehidupan.
Di dalam petikan karya ini turut menyenaraikan akibat yang akan terjadi samada golongan raja
atau pemerintah dan golongan rakyat melakukan pelanggaran kepada isi kandungan waad.

Hal ini dapat digambarkan jika rakyat melakukan penderhakaan kepada raja maka Allah akan
membalikkan rumah penderhaka bumbungan ke bawah manakala tiang rumah ke atas.
30

Manakala bagi raja yang zalim akan dibinasakan negerinya. Keadaan ini menunjukkan bahawa
konsep daulat dan derhaka dalam masyarakat Melayu bukan perkara remeh tetapi merupakan
sesuatu yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh raja dan rakyat.

Sebagai rumusan tentang keseluruhan perbincangan ini, konsep waad telah dapat membentuk
peraturan kehidupan samada kepada golongan pemerintah iaitu raja dan juga kepada golongan
yang diperintah iaitu rakyat.

Anda mungkin juga menyukai