Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

CERPEN, novel dan drama, tiga genre kreatif moden yang memerlukan aspek
perwatakan di samping aspek-aspek intrinsik dan ekstrinsik lainnya. Pengarang genre ini
harus mempelajari dan menggunakan pemilihan sumber dan gaya penulisan serta
pengetahuan terbaik dalam hal ini. Selok-belok perwatakan sebagai satu sistem kreativiti
penulisan harus dimahirkan demi mencapai suatu tingkat hasl,karyayang baik. Masa dan
latihan amat diperlukan. Tidak ada pengarang secara tiba-tiba muncul dengan karya
cemerlang tanpa ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang mendahului langkahnya itu.
Pengalaman mematangkan; latihan menyempurnakan dan pengilmuan memertabatkan.
Tiga resipi penulisan seperti yang disebut di atas amat efektif bagi setiap individu
untuk sampai ke tahap kejayaan dalam dunia penulisan sama ada yang kreatif atau yang
deskripsi. Keberkesanan pencapaian seseorang dinilai dan diterimaq khalayak
termasuk golongan kritikawan dan sarjana (selain pemaca) yang ada kalanya melakukan
kajian ilmiah atas karya kreatif sastera. Dalam konteks cerpen, aspek perwatakan tidak
pernah diabaikan dan turit nilai bersama-sama aspek lain.
Perwatakan, dari segi peranan dan fungsinya dalam sebuah cetpen, tidak sama
dengan watak, namun perbincangan tetap membetikan perkaitan kerana masing-masing
ada peranannya. Watak-watak karya kreaaf tinggal dalam suatu sistem kehidupan,
mungkin saja dalam konteks realiti kreatif perwatakan yang kadang kala tidak sama jika
dibandingkan dengan reliti kehidupan kita. Hubungan sebab-akibat kejadian dalam
kehidupan ini mudah dicari susunannya. dalam cerpen hal ini kadangkala tersirat tidak
tersurat, dan pembaca terpaksa mencari dengan penuh teliti serta kritiscara membacanya.
Setiap satunya telah diberikan peranan masing-masing oleh pengarang. Bagaimana
interaksi saling melengkapi dalam sistem itu bergantung besar kepada kebiiaksanaan dan
keterampilan pengarangnya.
Pada setiap olahan perwatakan sebuah cerpn, pemberian peranan watak-watak
menuntut kebijaksanaan pengarang bersama dengan keterampilannya. Keterampilan
mengolah perwatakan memungkinkan sesebuah cerpen menjadi lebih menarik dan nilai
estitikanya lebih tinggi. Penilaian itu hanya dilakukan oleh pembaca, kritikawan dan
sariana yang jugamemiliki ketinggian keterampiian terhadap penulisan kreatif serta
selok- beloknya.
Walau bagaimanapun, tiga perkara yang disebutkan sebagai resipi perlu diiadikan
perhatian utama setiap pengarang yang melibatkan sistem perwatakan dalam karyanya.
Ilmu mesti dicari, diperdalami dan dimanfaatkan pada ketika dan situasi terbaik. Latihan
yang berbentuk penu[isan cerpen mesti dilakukan secara tekal tanpa merasa payah.
Perbezaan tahap iltizam yang dituang masing-masing ke dalam dunia penulisan secara
berterusan, kecenderungan memilih, tema, persoalan dan aliran,latarbudaya dan beberapa
faktor lain mempengaruhi penampilan setiap seorang. Namun fokus kita tetap kepada
satu aspek kreatrviti iaitu perwatakan; dan perbincangan tetap memperkaitkan aspek itu
dengan aspek-aspek kreativiti lain seperri persoalan, plot, lata, gaya, jurus pandangan,
gaya bahasa serta beberapa yang lain, kerana setiap aspek itu ada peranannya unfuk
menjadikan wacana sebuah cerpen itu lengkap.
Secara kolektif mereka bermukim dalam satu wilayah kreativiti cerpen dan segala
bentuk dan reknik yang merek a man1aatkan dalam sisrem berkarya kita istilahkan
sebagai suatu kesatuan organik (organic anity). Sekiranya dicabut keiuar satu daripada
unsur kesatuan organik itu maka rosak dan pincanglah ke selutuhan wacana itu. Sebagai
contoh, jlka latar cerpen itu ditiadakan atau dicabut daripada cerita, pembaca pasti
tertanya-tanya: di mana, bila dan bentuk budaya apa reliti kehidupan cerpen ini? Dari situ
wujudlah suatu kekurangan yang merosakkan cerpen itu dan sudah pasti menurunkan
nilainya.
Perwatakan paling utama peranannya dalam kesatuan organik wacana ini kerana
watak-watak yang mendiami setiap cerpen itu hidup seperti hidupnya manusia biasa
dalam alam ini; hanya ada ketika- ketikanya mereka tidak berinteraksi seperti manusia
biasa kerana kadang-kadang pengarang memberikan mereka dunia tersendiri dan mereka
unggal dalam satu realiti kreatif yang mungkin tidak sama dengan realiti dunia kita dari
segi tautan sebab-akibat peristiwa plotnya. pengarang yang memiliki kebebasan puitik
tetap bebas menjurai perwatakannya asalkan realitinya dapat diyakini oleh khalayak
pembaca. Contohnya, pengurang bebas memilih nama dan latar tempr serta latar budaya
cerpennya, namun dia tetap dikuasai oleh hukum sebab-akibat ketika menjurai peristiwa
yang diberikan kepada watak-wataknya.
Pada perbicaraan iri kita temui lenggok kreativiti penulisan yang dipancarkan
(Sitti Rahmah G. Ibtahim, N.R. Rahim - tanpa izin mereka, tak dpt saya siarkan di blog
kita ni) dan Azmah Nordin. Persamaan mereka memberikan peranan watak sangat
banyak dapat dikesan, petbezaannya amat sedikit. Perbezaan inilah yang meletakkan
setiap mereka pada takah yang tidak sama. Cara meteka memilih dan menggaulkan
watak_watak mereka mengikut selera cerita dan keterampilan yang mereka miliki.
Azmah Nordin yang tampil dengan cerpen "Tangan Ini" yang turut berkisar di
sekitar kehidupan pesakit dan doktor seperti dalam cerpen "Ain" Sitti Rahmah. Namun,
cerpen ini mempanoramakan kompleksiti dunia pentadbiran dan perlaksanaan bahagian
pembedahan, bukannya hubungan pesakit dengan doktor perawatnya. Kompleksiti plot
sangat tinggi kerana rajutan pemikiran watak-watak utamanya disekalikan ke dalam sikap
dan perlakuan dua pakar bedah yang digambarkan pengarang berkonflik zahir dan batin.
Dengan gaya penceritaan mengikutsertakan profesionalisme dengan konflik peribadi
serta perebutan jawatan, serta istilah-istilah perubatan dan fisiologi yang jarang
digunakan penulis cerpen lain, cerpen ini tidak mudah dihayati pembaca yang baru
berjinak-jinak dengan genreini.
Azmah Nordin benar-benar menyelami hakikat zahir dan batin dua watak pakar
bedah yang sedang berkonflik atas kepentingan masing-masing. Mantan Pengarah yang
cuba disingkirkan oleh Dr Nur Jazmin dan konco-konconva kebetulan bapa angkat Dr
Husaini. Secara logik Dr Husaini tentu mencurigai tindak-tanduk Dr Nur Jazmin terutama
dalam sesi-sesi mesyuarat. Secara tersirat juga Dr Nur Jazmin amat arif tentang hal itu.
Pemanfaatan unsur psikotogi kesetiakawanan telah meleraikan perbalahan antara
dua doktor pakar ini. Ternyata setelah kejayaan pembedahan kedua ke atas pesakit Dr
Husaini yang bernama Ria yang turut melibatkan Dr NurJazmin telah memutarkan
konflik kepada seratus lapan puluh dalah. Keterlibatan serta kepatuhan Dr Nur Jazmin
telah memikat hati dan perasaan negatif Dr Husaini. Lantas selepas itu dia pula yang
secara hius dan ikhlas telah bersetuju jawatan Pengarah itu disandang Dr Nur Jazmin,
sekali gus menyingkirkan bapa angkatnya yang hanya disebut pengarang sebagai Bos. Di
situlah letaknya kesetiakawanan profesionalisme. Prasangka boleh dinyahkan dengan
kesetiakawanan. Sesungguhnya Dr Nur Jazmin adalahpakar psikologi tulen yang tidak
mengada-ada untuk menawan hati orang lain. Dia sendiri mesti sanggup mengorbankan
egonya untuk mendapat sokongan yang amat-amat diperlukan. Itu telah dibuktikannya
dengan dialog tegasnya ... "dengan tangan ini!"
Secara tersirat, cerpen ini membawakan konvensi payahnya seorang penjawat
wanita bersaing dalam bidang profesionalisme. Lelaki selalunya punya ptasangka
terhadap wanita. Azmah Nordin menempiaskannya melalui dialog seorang watak
lelakinya yang bernama Mojolo dengan mantan Pengarah Bos: "Wanita, kalau jadi bos,
memang leceh"
Hakikat itu diperkuatkan pula oleh bebelan ketua jururawat yang disampikan
kepada Dr Husaini: "Doktor Husaini, pesakit bernama Ria itu cari pasal lagi. Dia ingat
kami, para jururawat iniapa? Mengarah sana sini, memanipulasi keadaan sesuka hati,
hisy! Macam-macamlah lagi. Berangan mahu keluar berlibur pada hulung minggu.
Bergayut di telefon berjam- jam dengan teman lelaki, dan keluarganva. Mahu menonton
tv sampai dinihari. Dia mahu segala - galanyalah,tuan doktor! " Persamaan dan
Perbezaan.
Ketiga-tiga cerpen yang dibincangkan kali ini telah memperlihatkan jurang-jurang
p erbezaan yang amat ketara. Walaupun persamaan wacananya dapat dilihat jelas, cara
setiap pengarang menaratifkan serta mendramakan watak-wataknya tetap berbeza dan
perbezaan-perbezaan tersebut walaupun kecil namun amat berkesan kepada keseluruhan
cerpen yang dipersembahkan.
Cerpen "Ain" sangat lembut dan sentimental pembawaan watak utamanya,
berlawanan cerpen "Rokok" ,vang sangat keras bukan saja diaiog antara watak suami dan
isteri tetapi pendirian dan sikap sang suami. Sifat keras itu tidak terlihat apatah lagi terasa
pada cerpen "Tangan Ini" walaupun konflik yang tersangkut padanya sebenarnya serius
dan menyakitkan kalau tertusuk kekalahan. Pada cerpen Azmah Nordin ini tersulam
benang-benang halus dan seni psikologi watak yang secara seni dan halus juga
mendapatkan hajat dihatinva (pada konteks ini Dr Nur Jazmin melembutkan kekerasan
hati Dr Husaini).
Secara umum, sistem perwatakan dapat dilestarikan pengarang melalui tiga cara;
naratifnya, dialog-dialog wataknya dan peranan intra-watak melaiui sifat, sikap dan
pandangan antara satu sama lain. Pengarang yang berhasil memanfaatkan ketiga- tiga
unsur itu lazimnya adalah pengarang yang telah memiliki pengalaman dan ketetampilan
tinggi. Cerpen yang dihasilkan Azmah Nordin ternyata memiliki ketiga-tiga unsur itu,
namun kerana kemampuan kebahasaannya yang melampaui kebiasaan penulis cerpen
lain, cerpen ini telah menjadi terlalu sarat dengan ayat-ayat yang bawaan semantiknya
amat berat dan perlu perlahann serta berhati-hati membacanya. Kelaziman begini
terlaksana dalam penulisan novel dengan rincian yang begitu teliti tentang zahir dan
bantn watak, alam sekitar, latarlatar waktu, budaya dan tempat cerita itu.
Daripada cerpen "Tangan Ini", pembaca mendapatkan katarsis melalui kejayaan
Dr Nur Jazmin meraih sokongan daripada Dr Husaini yang diketahuinya sebagai
halangan paling sukar. Itu juga merupakan suatu implikasi perjuangan wanita dalam
persaingan di pasaran merebut jawatan yang selalunya dikuasai kaum lelaki. Kelembutan
wanita dengan segala daya psikologi atau sahsiah positif pasti direstui Allah SWT untuk
sesuatu matlamat baik demi kesejahteraan bersama.

Anda mungkin juga menyukai