Anda di halaman 1dari 5

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang betul-betul jujur

dan baik. Dia sangat ramah dan pemurah. Orang-orang


memanggilnya Sahabat. Pada suatu hari Sahabat memutuskan
hendak mengembara. Dia menjual semua harta bendanya dan
membeli seekor kuda yang sihat. Dia mengenakan pelana
dibelakang kuda itu. Didalam beg pelana itu diisinya makanan
dan barang-barang keperluannya. Dia pun menunggang
meninggalkan bandar kediamannya itu.
Belum berapa jauh dia berjalan, dilihatnya ada seorang ada
seorang penunggang lain mengikutnya dari belakang. Sahabat
berhenti sehingga orang itu sampai kepadanya. Dia menyapa
orang itu dan bertanyakan namanya.
Namaku Seteru, jawabnya.
Sungguh buruk nama itu! seru sahabat. Siapa yang
menamakan engkau?
Ibu bapa akulah, dan semua memanggilku Seteru. Apa yang
boleh kubuat? Namamu siapa?
Sahabat, dia menjawab.
Sahabat dan Seteru setuju mengembara bersama. Mereka terus
menunggang sehingga sampai di sebuah mata air yang sungguh
jernih. Pada waktu tengahari mereka pun berhenti makan.
Oleh sebab kita mengembara bersama, eloklah kita berkongsi
makanan. Tak payahlah kedua-dua kita membuka beg pelana.
Kita mulakan dengan bekalan engkau dahulu. Setelah ia habis
nanti, kita makan pula hak aku, kata Seteru. Sahabat
memikirkan cadangan itu sungguh baik. Dia pun membuka beg
pelananya lalu berkongsi makanan dan minumannya dengan
Seteru. Mereka terus memakan bekalan Sahabat dan
mengembara selama beberapa hari lagi sehingga bekalan itu
habis.
Tibalah masanya bagi Seteru berkongsi bekalannya dengan
Sahabat. Tetapi apabila sampai waktu makan, Seteru membawa
makanannya jauh sedikit lalu makan seorang diri. Sahabat tidak
berkata apa-apa kerana dia pemalu dan sopan orangnya. Tetapi
beberapa waktu kemudian dia berasa sangat lapar dan terlalu
lemah. Dia pun berkata kepada Seteru, Kita telah berkongsi
makanan. Engkau telah makan aku punya tapi sekarang tidak
mahu pula berkongsi hak engkau dengan aku.

Aku orang bijak, jawab Seteru. Perjalanan kita mungkin jauh.


Jika aku berkongsi bekalanku dengan engkau, cepatlah ia habis
nanti. Kita akan sama-sama lapar. Jika aku simpan bekalan itu
untukku sendiri, selamatlah aku.
Kalau begitulah sikap kau,tak usahlah kita mengembara
bersama lagi, kata Sahabat.
Bila sampai di satu persimpangan di hadapan, mereka pun
berpisah. Sahabat terus menunggang beberapa lama dan apabila
malam tiba, dia sampai di sebuah kilang lama. Dia melepaskan
kuda di kawasan rumput di situ. Kemudian dia masuk ke kilang
kosong itu untuk bermalam. Sampai di dalam dilihatnya
sebongkah batu yang besar melindungi suatu sudut. Dia pun
memanjat untuk berlindung di sebalik batu. Dia tidur
berbantalkan beg pelananya.
Tiba-tiba dia terjaga kerana terdengar bunyi suara. Dia meninjau
dari atas batu itu. Dalam dalam cahaya bulan tiu dia ternampak
seekor singa, harimau, serigala dan musang. Dia berasa ngeri
apabila didengarnya singa berkata, Aku tercium bau manusia!
Tetapi harimau menjawab, Mana ada manusia yang berani
masuk ke kilang ini. Kemudian serigala menambah, Orang
yang keras semangat saja berani masuk ke tempat berpenunggu
macam ini. Musang menyokong dan berkata, Janganlah
bimbang. Kita boleh bercerita seperti biasa.
Mari kita bercerita tentang segala rahsia yang kita tahu, singa
mencadangkan.
Aku tahu satu rahsia yang sangat hampir dengan kita, harimau
memulakan. Dalam kilang ini tedapat banyak tikus yang telah
mengumpulkan banyak wang emas. Di waktu malam dalam
bulan terang, mereka membawa harta itu dan mengaturnya di
atas bumbung. Kemudian dalam cahaya bulan itu mereka
menari dan bermain-main dengan emas yang berkilau-kilau itu.
Mereka akan menyimpan wang emas itu ke dalam lubang
mereka yang gelap sebaik-baik saja pagi tiba.
Sampailah giliran serigala pula. Aku tahu ada seorang raja
mempunyai puteri yang telah gila, katanya. Puteri itu
bertambah kurus dari sehari ke sehari. Dia hanya dapat
dipulihkan dengan sejenis rumput. Seorang gembala ada
menanamnya dan memberi biri-birinya makan akar rumput ini.

Biri-birinya adalah yang paling sihat di negeri ini! Jika sedikit


akar itu dimasak dengan susu, ia akan menyembuhkan penyakit
gila puteri itu.
Kini musang pula bercerita tentang rahsianya. Aku tahu ada
sebuah istana lama lebih kurang sebatu dari kilang ini. Di
bawahnya ada sebuah mata air yang jernih dan sedap rasanya
yang sudah lama tersumbat dengan keledak dan kotoran. Di
zaman lampau, semasa airnya masih mengalir keluar, ada
sebuah kebun bunga dan buah-buahan yang sungguh indah.
Sekarang tanah di situ sudah gersang.
Setelah selesai, binatang-binatang itu balik ke tempat masingmasing. Apabila Sahabat telah yakin yang mereka sudah pergi,
dia pun keluar dari tempat persembunyiannya kerana hendak
memastikan sama ada cerita harimau tadi betul atau tidak. Dia
naik ke atas bumbung kilang dan dalam cahaya bulan itu
didapatinya banyak wang emas berkilau-kilauan. Di atasnya
banyak tikus sedang menari dengan gembiranya. Sahabat pun
melontar seketul batu kecil untuk menakutkan mereka. Dengan
serta-merta mereka lari masuk lubang masing-masing. Dia pun
mengisi sakunya dengan wang emas. Kemudian dia mengambil
kudanya lalu menunggang ke kampong yang paling dekat untuk
terus bermalam.
Pagi esoknya dia pergi ke pinggir kampong itu. Dia bertemu
dengan seorang gembala yang sedang duduk di tengah-tengah
kumpulan biri-birinya yang gemuk dan sihat itu. Dia teringat
akan cerita serigala semalam, lalu dia pun mendapatkan gembala
itu dan meminta sedikit akar rumput yang istimewa itu. Pada
mulanya gembala itu tidak mahu memberinya tetapi apabila
Sahabat menawarkannya wang emas yang diperolehinya dari
tikus itu, dengan senang hati gembala itu memberikan akar
rumput yang ajaib dan sukar dicari itu.
Sahabat terus pergi ke kota tempat tinggal puteri yang sakit itu
tinggal. Semua orang kelihatan muram dan sedih. Mereka
menceritakan cerita yang sama yang didengarnya dari serigala.
Apabila dia menyatakan bahawa dia boleh mengubat puteri itu,
mereka mengingatkannya jika dia gagal, dia akan dihukum
bunuh. Sahabat tidak gentar. Dia pergi ke istana dan terus
dibawa kepada tuan puteri. Dia meminta sedikit susu. Setelah

memasaknya dengan akar tadi, dia memberi tuan puteri itu


minum. Beberapa jam kemudian, mukanya berseri-seri dan dia
telah sihat serta riang semula.
Semua orang dalam negeri itu sungguh gembira. Tuan puteri dan
Sahabat jatuh cinta lalu berkahwin. Raja yang kebetulan tidak
mempunyai putera ingin menabalkan Sahabat menjadi Raja
Muda, tetapi Sahabat ada rancangan yang lebih baik.
Dia membawa isterinya ke tempat runtuhan yang didengarnya
dari musang dahulu. Di sana dia menggali mata air yang jernih
dan lazat itu. Kemudian dibinanya sebuah rumah yang sungguh
cantik. Dalam masa beberapa tahun sahaja, tempat itu bertukar
menjadi taman yang paling indah pernah dilihat di dunia ini.
Pada suatu hari dalam musim bunga Sahabat bersiar-siar dalam
taman bersama isteri dan anak-anaknya. Dilihatnya ada seorang
penunggang kuda jauh di sana. Apabila bertambah dekat,
Sahabat dapati orang itu ialah Seteru, rakan mengembaranya
dahulu. Seteru bertanya bagaimana Sahabat menjadi begitu
kaya. Sahabat pun memberitahu seluruh ceritanya. Oleh kerana
iri hati dengan kekayaan Sahabat, Seteru memutuskan hendak
pergi ke kilang lama itu sendiri. Mungkin dia akan mendapat
rahsia baru dari binatang-binatang di situ dan menjadi kaya
seperti Sahabat.
Dia pergi ke kilang lama itu dan bersembunyi di sebalik batu di
sudut. Tidak berapa lama kemudian, singa, harimau, serigala
dan musang pun masuk ke situ, tepat sebagaimana kata Sahabat.
Seteru cukup puas hati. Kini, tentu dia akan mendapat berita
baik. Aku tercium bau manusia! seru singa. Tentu orang yang
mendengar dulu tu, kata harimau. Binatang-binatang lain telah
mengetahui bahawa wang emas tikus telah dicuri orang. Mereka
sedar dahulunya singa memang betul apabila ia menyatakan ada
bau manusia di kilang itu. Boleh jadi dia bersembunyi, celah
serigala pula. Mari kita cari, musang mencadangkan.
Dalam sekejap masa sahaja mereka jumpa Seteru mencangkung
di balik batu. Binatang-binatang itu menariknya keluar lalu
mengoyakkannya dan membahagikannya kepada empat
bahagian. Kemudian mereka makan bahagian masing-masing.
Demikianlah tamatnya riwayat hidup Seteru. Sahabat pula hidup
aman damai bersama tuan puteri selama-lamanya.

Cerita Rakyat Asia. 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Pengajaran
1. Jadilah orang yang jujur.
2. Jangan putus asa. Rezaki ada di mana-mana.
3. Elakkan dari cakap tak serupa bikin.
4. Usaha tangga kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai