Anda di halaman 1dari 5

Tersebutlah kisah seorang putera, Tunku Abdul Rahman diberi nama; Dikasihi semua rakyat jelata, Baik budinya

tidak terkira. Menyayangi rakyat sepenuh hati, Perjuangannya tidak pernah terhenti; Disambung oleh pemimpin terkini, Cintakan perjuangan tidak bertepi. Sokongan rakyat Tunku gembira, Rela berkorban harta dan nyawa; Demi kerana negara tercinta. Asalkan rakyat hidup bahagia. Bersama Tun Razak Tunku ke London, Untuk bincangkan tentang kemerdekaan; Penat dan lelah tidak dihiraukan, Asalkan pulang membawa kejayaan. Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan, Disambut penuh dengan kegembiraan; Ribuan rakyat ceria bersorakkan, Tersenyum Tunku tanda kepuasan. Tunku laungkan merdeka penuh membara, Rakyat menyambut laungan membara-bara; Demi kerana negara merdeka, Untuk diwarisi rakyat jelata.

Kemerdekaan dituntut bukannya mudah, Penuh dengan penat dan lelah; Walaupun tiada pertumpahan darah, Agar generasi dapat berteduh. Pemimpin dan rakyat harus bersatu, Pertahankan negara tanpa jemu; Rakyat aman sudahlah tentu, Generasi mendatang mendapat restu. Tanpa diduga komunis bertandang, Menceroboh masuk terus meradang; Tunku memikir merasa bimbang, Keselamatan negara tidak tergoyang. Tunku berbincang secara aman, Dengan Chin Peng membuat keputusan; Komunis berundur dengan aman, Terima kasih Tunku Abdul Rahman. Jepun menyerang ke negara kita, Ingin berkuasa merebut tahta; Kekejaman Jepun rakyat sengsara, Makan dan minum berair mata. Sana sini mayat bergelimpangan, Jepun mengganas tanpa kemanusiaan; Asalkan hati penuh kepuasan, Kerana hati bertuhankan syaitan. Para perajurit ramai terkorban, Mempertahankan negara habis-habisan; Nyawa di badan jadi taruhan, Asalkan negara menjadi aman.

Perajurit dibantu tentera Inggeris, Jepun terus bermuka bengis; Berlawan mereka terus menerus, Gugurnya perajurit terus ditangis. Pergilah perajuritku dengan aman, Perjuanganmu menjadi kenangan; Kau gugur dalam kemenangan, Kuingat dikau di tugu kepahlawanan. Jepun mengalah lalu berundur, Hiroshima dan Nagasaki bom digugur; Sudah terlambat Jepun nak sedar, Rakyat mereka ramai yang gugur. Tunku hargai jasa perwira, Pertahankan negara ke hujung nyawa; Rakyat juga amat berbangga, Kerana jasamu rakyat terbela. Tungku memerintah penuh berhati, Rakyat hidup bersatu hati; Ke mana pergi Tunku dihormati, Pengorbanamu Tunku terus diingati. Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan, Memerdekakan negara demi keamanan; Agar generasi turut pertahankan, Menjadi warisan sejak berzaman.

TUNKU ABDUL RAHMAN

KIASYAHINDAH BT OTHMAN 4 YAKIN

KIASYAHINDAH BT OTHMAN 4 YAKIN

Anda mungkin juga menyukai