Anda di halaman 1dari 6

MENGULAS NILAI-NILAI DAN FALSAFAH HIDUP DI SRI MERSING

Filem Sri Mersing



4.0 Pengenalan
Cerita Sri Mersing merupa sebuah filem Melayu arahan Salleh Ghani yang
ditayangkan di pawagam pada tahun 1961 dalam bentuk hitam putih. Ia merupakan
sebuah cerita melayu lama yang menceritakan tentang cinta yang terhalang dan juga
cinta tiga segi yang menjurus kepada rasa dengki dan dendam. Cerita mengisahkan
seorang pemuda iaitu Damak (lakonan Nordin Ahmad) yang berasal dari Pahang telah
merantau ke Mersing bersama adiknya Deli (lakonan Mustafa Maarof) dan ibunya
Tanjong untuk memulakan hidup baru. Damak digambarkan sebagai seorang pemuda
yang jujur, ikhlas, rajin bekerja dan handal dalam ilmu persilatan. Damak menjadi
rebutan di antara Sri Mersing (lakonan Rosnani Jamil) dan Siantan (lakonan
Roseyatimah). Pada masa yang sama Awang Sulung (lakonan Mahmud June) anak
Penghulu Lancang Kuning juga berminat dengan Sri Mersing. Oleh itu wujud sikap
dendam, iri hati sehingga menyebabkan Damak dan keluarganya dihalau dari Sri
Mersing. Pada malam perkahwinan Sri Mersing dan Awang Sulung, Sri Mersing telah
melarikan diri ke rumah Damak yang jauh dari kampung. Malam itu juga orang kampung
mencari Damak dan menangkapnya.. Deli telah meminta bantuan orang asli di kawasan
tersebut untuk membantu membebaskan Damak yang telah ditangkap oleh Penghulu
Lanchang Kuning dan orang suruhan Awang Sulung sehingga menyebabkan kematian
Penghulu Lanchang Kuning, Awang Sulung dan Siantan. Pak Malau ayah Sri Mersing
cuba memujuk Damak berkahwin dengan Sri Mersing dan jangan balik semula ke
Pahang tempat asal Damak. Namun Damak merasa amat marah dan kecewa di atas
apa yang telah berlaku kepada keluarganya dan beliau tetap dengan pendiriannya untuk
balik semula ke Pahang.

4.1 Ulasan tentang nilai dan falsafah dalam cerita Sri Mersing.

Dalam cerita Sri Mersing ini, Pengarah Allahyarham Salleh Ghani menceritakan
tentang sikap buruk orang Melayu ketika itu yang gilakan kuasa, salah guna kuasa,
tamak, mementingkan diri sendiri, dengki khianat, suka membazir masa, malahan ada
unsur kronisme dan nepotisme. Walaupun demikian, di sebalik sikap buruk itu
digambarkan sikap orang Melayu yang sensitif dengan soal maruah dan kekuatan jati
diri orang Melayu dalam menentukan harga diri bangsa.

Orang melayu kaya dengan adap sopan santun dan hormat kepada orang yang
lebih tua. Dalam cerita ini kita dapat dilihat orang Melayu sangat bersopan-santun dan
amat menghormati orang tua. Ini dapat dilihat pada watak Sri Mersing dan kawan-
kawannya yang amat bersopan santun dan menghormati orang tua. Dalam satu babak
digambarkan Sri Mersing telah menutup mukanya dari Damak sewaktu dia dan Pak
Malau terserempak dengan Damak dalam perjalanan balik kerumah.

Cerita Sri Mersing ini banyak menerapkan sikap seorang yang amanah,
bertanggungjawab dalam watak Damak yang merupakan watak utama cerita ini. Beliau
seorang yang amat bertanggungjawab dan amanah. Apabila Pak Sireh yang
diamanahkan oleh Pak Malau menjaga keluarganya sewaktu beliau tiada di rumah
kerana menjenguk kebun pisangnya telah memberi tanggungjawab tersebut kepada
Damak kerana beliau sendiri ada urusan penting yang hendak dibuat. Disini kita dapat
simpulkan bahawa, Pak Sireh menaruh kepercayaan kepada Damak kerana dia tahu
Damak seorang yang bertanggungjawab dan amanah.dan dapat diberi kepercayaan
untuk menjaga keluarga Pak Malau.
Kita dapat melihat banyak nilai-nilai yang baik pada watak Damak. Walaupun
beliau seorang pemuda yang masih muda usianya tetapi beliau digambarkan seorang
yang amat rajin dan gigih berusaha demi untuk menyara keluarganya..Beliau mengambil
upah memetik buah kelapa dan pada masa yang sama pergi menangkap ikan dilaut. Ini
sebaliknya kepada sikap Awang Sulung dan rakan-rakannya yang sebaya dengan
Damak. Mereka lebih suka membuang masa.

Sikap tolong menolong memang lama wujud dalam masyarakat Melayu seperti
pepatah Melayu, ringan sama dipikul berat sama dijinjing. Kita dapat lihat sikap ini
digambarkan dengan jelas di dalam cerita Sri Mersing ini. Dalam cerita ini, penduduk
kampung bergotong-royong membantu keluarga Pak Malau dalam majlis perkahwinan
Sri Mersing dan Awang Sulung. Malah digambarkan orang-orang kampung
menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan dan makanan untuk
meringankan bebanan keluarga Pak Malau. Dalam cerita ini Damak sendiri suka
membantu orang, . Beliau telah menolong Sri dan rakan-rakannya yang diganggu oleh
Tambah dan Jalak. Damak juga membantu menjaga keluarga Pak Malau sewaktu Pak
Malau tidak ada dirumah .

Dalam masyarakat Melayu memang tidak dapat lari dari penyalahgunaan kuasa
oleh pemimpin walaupun tidak semua pemimpin bersikap demikian tetapi ia memang
ada wujud sehingga sekarang ini. Gejala ini adalah digambarkan di dalam cerita Sri
Mersing ini melalui watak Penghulu Lanchang Kuning, Beliau sentiasa membuat
keputusan tanpa menyiasat dengan teliti terlebih dulu dan meminta pandangan orang
lain. Keputusan yang dibuat banyak dipengaruhi oleh anaknya Awang Sulung. Segala
tindakan dan keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa mengikut pandangan
beliau sahaja. Walaupun demikian seorang pemimpin yang baik ditunjukkan oleh penulis
skrip melalui watak Tok Batin yang merupakan pemimpin orang asli yang baik hati dan
sanggup menolong Deli menyelamatkan Damak.

Gansterism dan buli bukan sahaja wujud dalam masyarakat kita sekarang malah
ianya telah lama berada dalam masayarakat Melayu kita dari dulu lagi. Ini dapat dilihat
dari watak Awang Sulung, Tambah dan pengikut-pengikutnya. Mereka suka
mengganggu gadis-gadis kampung dan juga Damak. Sikap yang tidak bermoral ini
wujud bersama-sama dengan sikap malas , suka membuang masa., mementingkan diri
sendiri.dan sikap berpura-pura. Awang Sulung sanggup memfitnah Damak untuk
mendapatkan Sri Mersing . Awang berpura-pura tidak tahu tentang penculikan Sri -
Mersing walaupun beliau adalah dalang dalam penculikan itu demi untuk memfitnah
Damak dan menhalau Damak dari kampung. Sikap berpura-pura ini juga ada pada
watak Jalak Lenteng. Beliau selalu bercakap besar di belakang Damak tetapi takut
berhadapan dengan Damak dan selalu memberi alasan yang remeh-temeh semata-
mata mahu lari dari tugas yang membahayakan. Apabila keadaan tidak merbahaya
kepada dirinya, beliau akan muncul semula. Walau demikian watak Jalak Lenteng
adalah watak humor dalam cerita Sri Mersing untuk mengimbangi jalan cerita yang agak
serius.

Sikap irihati dan dendam biasa terjadi di dalam perhubungan cinta tiga penjuru.
Siantan yang menaruh hati kepada Damak irihati kepada Sri Mersing dan Damak kerana
dia juga meminati Damak..Pada masa yang sama Awang Sulung pun irihati dengan
Damak yang dapat mencuri hati Sri Mersing yang merupa gadis idamannya. Bertiti tolak
dari sikap irihati inilah wujud dendam yang membara di hati Awang Sulung dan Siantan
terhadap Sri Mersing dan Damak sehingga menyebabkan Damak dihalau dari kampung
dan Sri Mersing hampir-hampir berkahwin dengan Awang Sulung.

Penulis skrip cerita ini menggambarkan wujudnya sistem perundangan yang
tidak formal dalam masyarakat Melayu ketika itu. Di mana dapat dilihat pembunuhan
bebas berlaku. Jalak Lenteng telah dibunuh oleh Awang Sulung hanya kerana dia
mengkhianati beliau. Pergaduhan yang menyebabkan pembunuhan di mana
digambarkan beberapa orang suruhan Awang Sulung telah dibunuh oleh Damak dan
orang-orang asli yang membantunya. Jika kita nilai semula sikap masyarakat Melayu
dalan cerita Sri Mersing ini, seolah-olah masyarakatnya hidup dalam kelompok
masyarakat yang ilmu agamanya agak longgar. Di mana pembunuhan berlaku
sewenang-wenangnya tanpa mengira dosa dan balasan selepas mati kelak(akhirat)

Sudah menjadi lumrah kehidupan sikap prasangka buruk kepada orang yang
baru di kenali wujud dalam masyarakat Melayu lebih-lebih lagi dalam masyarakt Melayu
kuno seperti yang digambarkan didalam cerita Sri Mersing. Damak seorang perantau
selalu dipandang serong oleh penduduk setempat selepas di fitnah oleh Awang Sulung
dan Siantan. Pak Malau tanpa usul periksa terus menuduh Damak yang merancang
menculik Sri Mersing kerana dia seorang perantau yang tidak diketahui asal usulnya.
Tetapi sebaliknya Awang Sulung yang berpura-pura baik di sanjung dan diterima
pandangannya tanpa mengetahui beliau adalah dalang sebenarnya .

Pengorbanan seorang sahabat kepada sahabatnya, seorang adik kepada
abangnya dan seorang anak kepada ibunya ada ditunjukkan dalam cerita Sri Mersing
ini. Siti Payung merupakan sahabat baik Sri Mersing sentiasa setia kepada
persahabatan mereka sehingga Siti Payung sanggup berkorban membantu Sri Mersing
lari dari rumah supaya perkahwinan Awang Sulung dengan Sri Mersing tidak menjadi.
Pengorbanan Deli yang sanggup bergadai nyawa dan sanggup meminta pertolongan
orang asli dibawah pimpinan Tok Batin untuk menyelamatkan nyawa abangnya
sehingga dia cedera . Damak pula sanggup berkorban untuk ibunya dan keluarganya
dengan berhijrah ke Mersing untuk mencari rezeki dan bekerja keras untuk memastikan
keluarganya terutama ibunya dapat hidup senang.

FALSAFAH



Penulis skrip cerita ini cuba memaparkan perjalanan kehidupan harian sebuah
masyarakat yang cetek ilmu agamanya dan masih percaya kepada perkara-perkara syirik.
Contoh yang ketara ialah nama watak-watak dalam cerita tidak mempunyai unsur-unsur
keislaman. Contohnya nama Penghulu Lanchang Kuning, Jalak Lenteng, Tambak, Mak Banang
dan Mak Tanjung . Pembunuhan yang dibuat dengan sesuka hati tanpa mengira soal dosa dan
balasan selepas mati(akhirat) nanti. Kepercayaan kepada ilmu hitam juga ada ditunjukkan
dalam cerita ini kerana dalam masyarakat Melayu kuno amalan ilmu hitam memang ada
diamalkan . Penulis skrip cuba untuk mengambarkan amalan ilmu hitam ini dalam babak
Siantan jatuh sakit dengan tiba-tiba dan berlagak seolah-olah dia di polong oleh Damak
dengan menyebut nama Damak berulang kali.


Penulis skrip menggambarkan kehidupan seorang perantau yang sering mendapat
kesusahan akibat daripada rasa dengki dan dendam walaupun si perantau seorang yang baik
budi pekertinya. Dipaparkan ketidakadilan sering berlaku kepada perantau walaupun mereka
hanya hendak berkongsi mencari rezeki di tempat orang untuk menyara keluarga. . Dalam
cerita Sri Mersing , Damak adalah seorang perantau yang menumpang di Kampung Mersing
untuk menyara ibu dan adiknya, sentiasa dipandang rendah dan difitnah walaupun beliau baik
tingkah lakunya. Kesabaran Damak tidak dapat ditahan lagi selepas beliau di halau dari
kampung ,ditangkap dan adiknya dicederakan, yang menyebabkan Damak dan keluarganya
balik ke Pahang tempat asalnya. Damak beranggapan kehidupan ditempat orang amat sukar
berbanding dengan tempat sendiri. Ini di luahkan oleh Damak kepada Pak Malau dalam dialog
beliau Saya nak pulang ke Pahang. Itulah hajat saya. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu
di negeri saya. Lebih baik di negeri saya.

Dalam cerita ini juga digambarkan yang keputusan yang dibuat oleh ketua keluarga adalah
muktamad tanpa mendengar penjelasan dari pihak lain. Contohnya , Pak Malau telah
memerintahkan Sri Mersing untuk berkahwin dengan Awang Sulung kerana beliau telah
menyelamatkan Sri Mersing walaupun pada hakikatnya Awang Sulung itulah yang menjadi
dalang dalam penculikan Sri Mersing.. Damak digambarkan membuat keputusan dalam
keluarganya , beliau berpegang teguh dengan keputusannya untuk balik ke Pahang walaupun
telah dipujuk oleh Pak Malau. Ini di kuatkan lagi oleh dialog ibu Damak sewaktu Pak Malau
meminta ibu Damak memujuk Damak untuk tidak meninggalkan Mersing, dari kecil aku jaga
dan timang dia tetapi sekarang dia sudah besar dia pandai membuat keputusannya


Didalam cerita ini ada beberapa adat resam masayrakat Melayu yang masih diamalkan
Kedua ibu bapa boleh menjodohkan anak mereka kepada sesiapa yang mereka suka tanpa
meminta pandangan dari anak seperti yang telah dilakukan oleh Pak Malau kepada Sri Mersing
yang telah menjodohkan Awang Sulung dengan Sri Mersing. Budaya berhibur semasa majlis
perkahwinan seperti berjoget dan menyanyi masih di amalkan sehingga ke hari ini. Kita dapat
lihat orang-orang kampung berjoget dan menanyi sewaktu malam perkahwinan Awang Sulung
dengan Sri. Sikap tolong-menolong semasa kenduri kahwin juga menjadi amalan orang melayu
sehingga ke hari ini walaupun tidak dalam bentuk barangan seperti yang di gambarkan di dalam
cerita ini, tetapi konsepnya sama, Cuma sekarang pihak empunya majlis akan mendapat
sumbangan berbentuk wang.

Masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin dan orang yang lebih tua. Orang
kampung amat menghormati penghulu dan akur dengan segala keputusan yang dibuat olehnya.
Ini dapat kita saksikan dalam babak orang kampung bertindak menghalau Damak dan
keluarganya setelah mendapat arahan daripada penghulu Lanchang Kuning. Tambak dan
orang-orangnya patuh kepada Awang Sulung yang menjadi ketua mereka.

Nilai dan falsafah yang terdapat dalam cerita Sri Mersing ini sebahagiannya dapat
dijadikan teladan untuk masyarakat sekarang dan sebahagian lagi tidak bersesuaian..
Memandangkan masyarakat Melayu sekarang lebih baik pegangan agamanya dan sistem
perundangan juga jauh lebih baik dan adil.

Anda mungkin juga menyukai