Anda di halaman 1dari 12

TEKS PERDANA MENTERI @ MENTERI 1

DELEGASI KERAJAAN

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya membuka arena perdebatan pada hari ini.
Sekalung apresiasi buat Tuan Yang Dipertua Dewan, angkatan delegasi kehakiman yang
bermahkotakan keadilan, barisan pembangkang yang dihormati tetapi tidak sekali-kali kami
geruni, seterusnya pejuang-pejuang delegasi kerajaan intelektif, serta kulawangsa dewan
yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Perbahasan

Tuan Yang Dipertua, ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana berkat
keamanan dan keharmonian dibawah kepimpinan kerajaan pada hari ini dewan kembali
bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Usul dicanang pada hari ini dan kami berpendirian bahawasanya ‘Ekopelancongan Sumber
Ekonomi Negara’

Sebelum saya meneruskan hujah-hujah saya izinkan saya menyatakan di sini saya sebagai
Perdana Menteri akan memberikan penakrifan terhadap usul dan menyampaikan hujah utama
sebagai menyokong usul pada hari ini. Manakala barisan Menteri Kedua akan
mengemukakan dan mempertahankan pendirian kami melalui fakta dan bukti-bukti yang
sahih seterusnya menyangkal usul daripada pihak pembangkang. Pengukuhan hujah akan
diteguhkan lagi melalui Menteri ketiga kerajaan dengan fakta dan hujahan yang pastinya
mengoyahkan pegangan barisan pihak pembangkang.

Yang DiPertua dan sidang Dewan yang dihormati,

Pertama, izinkan saya melakukan penakrifan usul secara literal. Eko-pelancongan


mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu.
Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan
yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa
menjejaskan sumber asalnya. Konsep ekopelancongan bermaksud pelancongan yang
bersandarkan kepada penghayatan ekologi yang bertanggungjawab dan berdaya tahan.

Tuan Yang dipertua,


Izinkan saya menganalogikan canangan kami delegasi kerajaan yang intelektual .
Ekopelancongan merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin
popular dewasa ini. Ia telah diperkenalkan bukan sahaja di luar negara malah
termasuk di Malaysia. Ekopelancongan telah diberi perhatian dan mula
dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7) dan Rancangan
Malaysia Kelapan (RMK ke-8) dan dilaksanakan secara serius melalui
penubuhan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025) pada tahun 2015.

Ekopelancongan berbeza dengan pelancongan buatan manusia seperti di Menara


Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Zoo Negara dan sebagainya. Ia juga
berbeza dengan konsep pelancongan massa “ mass tourism” yang hanya memberi
tumpuan dalam mempromosikan dan membangunkan destinasi pelancongan
tanpa mengambil kira tentang penjagaan alam sekitar. Ini kerana,
ekopelancongan adalah berkonsepkan alam semula jadi dan melibatkan elemen
pendidikan dan pembelajaran kepada pelancong dan penduduk tempatan melalui
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi serta
menyumbang faedah kepada ekonomi setempat disamping mereka boleh
berhibur, merasai keseronokan dan menikmati keindahan alam.

Sidang kulawangsa dewan,

Aktiviti ekopelancongan jelas sekali memberi impak yang sangat nyata kepada
sosioekonomi sesebuah negara. Khususnya negara kita sendiri. Berbalik kepada
usul dicanang pada hari ini, Eko Pelancongan sumber pendapatan negara.
Sudah terang, lagi bersuluh. Pendirian kami delegasi kerajaan yang bijaksana
sudah tentu amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pendirian kami bukan
sekadar indah khabar dari rupa. Pendirian kami akan disusuli fakta dan bukti-
bukti yang jelas kenapa barisan kami tetap teguh berdiri di barisan delegasi
kerajaan .

Yang Dipertua,

Aktiviti ekopelancongan sumber pendapatan negara. Memang benar


berdasarkan fakta saya yang pertama Peningkatan SosioEkonomi Setempat.
Tidak dapat dinafikan ekopelancongan merupakan salah satu aktiviti
pelancongan yang semakin popular dan digemari oleh pelancong pada masa
kini. Secara amnya, produk ekopelancongan dilihat amat memberikan impak
yang positif dari sudut pembangunan industri pelancongan negara dan juga
menghasilkan faedah dalam bentuk ekonomi kepada penduduk tempatan dan
kerajaan. Ini dapat dilihat contoh destinasi ekopelancongan di Pusat Konservasi
Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang di mana wujudnya
kepelbagaian sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat
dalam usaha pembangunan diri dan komuniti dalam ruang pembangunan
tersebut. Dengan kehadiran pelancong yang ramai bukan sahaja dalam negara
bahkan pelancong dari luar negara dapat meningkatkan lagi ekonomi setempat
dan juga ekonomi negara khususnya melalui pendapatan tukaran wang asing
yang mengalir masuk ke dalam negara.

Ekopelancongan dilihat konsisten dari tahun ke tahun walaupun kadangkala berlaku sedikit
penurunan. Jika kita lihat sumbangan pendapatan mengikut laporan prestasi kehadiran
pelancong pada 2018 dikeluarkan Februari lalu, perbelanjaan pelancong bagi tahun 2018
adalah sebanyak (RM84.1 bilion) berbanding (RM82.2 bilion) pada tahun 2017, ini
menyaksikan peningkatan sebanyak 2.4 peratus. Mengikut data terkini, ramai pelancong dari
Asia memasuki dan melancong dalam negara kita dengan yang tertinggi dicatatkan adalah
dari Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, Korea Selatan, India Australia, Filipina
dan Jepun manakala United Kingdom merupakan negara Eropah tertinggi yang datang
melancong ke negara ini.

Berdasarkan huraian fakta saya tadi, adalah jelas aktiviti ekopelancongan memacu
pendapatan negara kita. Saya fikir moleklah kiranya barisan pembangkang duduk sebaris
dengan kami untuk sama-sama mempersetujui usul pada hari ini. Izinkan saya mengundur
diri seketika. Seterusnya hujah-hujah saya akan diperkukuhkan lagi dengan bukti-bukti yang
sahih oleh barisan Menteri kerajaan yang intelektual.

Sekian, Terima Kasih


TEKS MENTERI KEDUA

(DELEGASI KERAJAAN )

Hujah saya yang kedua berdasarkan pernyataan Peneraju Utama Ekonomi Negara kesan
kemasukan delegasi antarabangsa.

Industri ekopelancongan di Malaysia merupakan salah satu sektor yang menjadi peneraju
utama dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini. Industri ini telah dikategorikan
sebagai salah satu dari 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang telah dikenalpasti
oleh kerajaan sebagai bidang utama yang menyumbang terhadap pencapaian kemajuan
ekonomi sejagat (Economic Planning Unit, 2013; Redzuan & Norlida, 2010). Industri
pelancongan menjadi tumpuan kerajaan di atas keupayaan sektor ini mampu menjana
pulangan yang lumayan serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat terutamanya dalam
sektor perkhidmatan. Malaysia merupakan negara ke-9 paling ramai dikunjungi di dunia oleh
pelancong-pelancong antarabangsa yang memperolehi kira-kira RM1 bilion penerimaan
daripada pengunjung asing setiap minggu (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia, 2013). Kelebihan Malaysia dalam keindahan alam semulajadi, kepelbagaian flora
dan fauna serta kekayaan ekosistem biodiversitinya menarik minat pelancong-pelancong
mahupun dari dalam mahupun dari luar negara. Tidak ketinggalan, keindahan persisiran
pantai di Malaysia serta suhu yang optimum turut mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

Secara statistiknya, Malaysia memperolehi penerimaan sebanyak RM55 bilion pada tahun
2009 diikuti dengan RM58 bilion dan RM60 bilion masing-masing pada tahun 2010 dan
2011 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012). Angka ini telah meletakkan industri pelancongan
sebagai sektor yang penting dan berperanan dalam memacu ekonomi negara sejak
kebelakangan ini. Hal ini terbukti dengan perjanjian kerjasama pembangunan industri
pelancongan Malaysia dengan negara-negara luar seperti China, Jepun dan Kesatuan Korea
melalui Pelan Strategik Pembangunan Pelancongan ASEAN 2011-2015 (Siti Rohaiza, 2012).
Malaysia telah meletakkan sasaran perkembangan industri pelancongan seramai 36 juta
ketibaan pelancong dengan pendapatan sebanyak RM168 bilion melalui industri ini pada
tahun 2020 (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, 2013). Sasaran ini
menyaksikan peningkatan sebanyak 3 kali ganda daripada statistik pada tahun 2011.
Kesedaran kerajaan tentang kelebihan yang ada secara semulajadi dalam negara memberi
keyakinan kepada pembangunan industri ini. Antara kelebihan dalam Malaysia adalah
keunikan dan keindahan panorama pantai yang cantik serta kepelbagaian sumber semulajadi
daratan dan lautan yang memikat hati pelancong untuk meluangkan masa riadah dan
percutian bersama keluarga serta rakan-rakan. Penekanan terhadap pembangunan sektor
pelancongan dalam agenda pembangunan ekonomi negara telah giat diusahakan di beberapa
tempat strategik dalam negara. Antaranya adalah pembangunan ekopelancongan yang
menjadi komponen penting dalam pembangunan sektor pelancongan. Ekopelancongan
merupakan satu aktiviti pelancongan yang berterusan dalam memulihara serta menyediakan
satu ruangan tarikan pelancongan yang berkonsepkan kepada alam sekitar semulajadi atau
ekologi buatan (Er & Nurul, 2013). Komponen ekopelancongan yang bercirikan kepada
pembangunan lestari akan menyediakan kemudahan-kemudahan pelancongan dalam ruangan
tersebut tanpa memusnahkan atau mengancamkan persekitaran ekologi semulajadi yang sedia
ada. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 4 (94 - 108)
96 © 2016, ISSN 2180-2491

Secara rumusannya, eko-pelancongan merupakan pelancongan yang berasaskan alam


semulajadi, di mana, diharapkan agar pelancongan ini akan dapat menyumbang kepada
penyelenggaraan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar.
Bagi memastikan alam semulajadi ini terus terpelihara, sumber bagi eko-pelancongan ini
hendaklah dimajukan secara terkawal bagi meminimumkan impak ke atas alam sekitar.

Aktiviti ekopelancongan akan memberi peluang kepada pelancong melawat


kawasan-kawasan yang agak belum dimajukan untuk menyemai dan
membangkitkan semangat penghargaan, penyertaan dan kepekaan penduduk
tempatan khususnya dan pelancong. Pelancong dan penduduk setempat akan
didedahkan tentang bagaimana mereka perlu menghargai alam sekitar di
samping menikmati keindahannya pada masa yang sama. Di Malaysia terdapat
banyak destinasi ekopelancongan yang telah diwujudkan untuk memberi
pengalaman kepada pelancong sama ada dari dalam dan luar negara menikmati
keindahan di kawasan semula jadi. Antara destinasi ekopelancongan yang
popular yang boleh disenaraikan ialah di Taman Negara Kuala Tahan (Pahang),
Taman Negara Pulau Pinang (Pulau Pinang), Pulau Perhentian dan Pulau
Redang, (Terengganu), Taman Negara Gua Mulu (Sarawak), Santuari Gajah
Kuala Gandah (Pahang), Taman Geo Kilim Karst, Langkawi (Kedah), Pulau
Sipadan dan Pulau Mabul (Sabah), Firefly Park Kuala Selangor, dan lain – lain
destinasi ekopelancongan yang telah dibangunkan di seluruh negara.
Faktor-Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Eko-Pelancongan

Tarikan pelancong dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza, kesemuanya


berasaskan logik. Walaubagaimanapun, segala pendekatan ini membandingkan tarikan
berdasarkan aspek sejarah, lokasi, dan penilaian. SIstem pengelasan yang lazim digunakan
adalah:

1) Tarikan semulajadi yang berdasarkan ciri persekitaran semulajadi

2) Tarikan budaya berdasarkan kegiatan manusia

3) Jenis tarikan istimewa yang dicipta secara buatan.

Bagi eko-pelancongan, tarikan semulajadi merupakan aspek utama yang mempromosikan


sesuatu tempat itu, selain dari sejarah tempat tersebut. Antara tarikan semulajadi yang utama
adalah:

· Iklim
Lazimnya iklim yang panas, cerah digemari oleh kebanyakan pelancong, khususnya dari
pelancong dari luar negara, terutamanya apabila dikaitkan dengan tarikan lain seperti
kawasan pantai, laut, dan gunung-ganang yang menyediakan kegiatan rekreasi. ‘
pemuliharaan ’ iklim yang diingini menerusi pengawalan pencemaran udara diperlukan untuk
pelancongan.

· Keindahan Pelancongan

Secara keseluruhannya keindahan pemandangan semulajadi menjadi dorongan utama untuk


dilawati, khususnya jika langkah pemuliharaan telah digunakan untuk mengekalkan
kebersihan dan sifat semulajadi dalam persekitaran. Landskap semulajadi yang indah seperti
Hutan Lipur Sekayu,yang mempunyai air terjun Sekayu yang begitu nmendamaikan.

· Kawasan Pantai dan Laut

Rangkaian pantai yang memutih, antaranya Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu Buruk
dan sebagainya menjadi dorongan untuk para pelancong dari dalam dan luar Negara
mengunjungi negeri Terengganu ini. Kawasan ini juga dikaitkan dengan pelbagai kegiatan
rekreasi air seperti menaiki bot, luncur air, berenang dan sebagainya.

Penekanan kerajaan terhadap ekopelancongan akan membantu pemain industri itu


mengatasi kegawatan ekonomi.

Turut disokong, komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi


komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman
negara di bawah Belanjawan 2021.

Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mendidik para pengunjung mengenai
betapa pentingnya memelihara alam sekitar. Dengan mengurangkan yuran masuk ke
taman-taman negara, rakyat lebih mudah menikmati alam semula jadi, melakukan
senaman, berehat dan melepaskan tekanan melalui aktiviti berjoging dan mendaki

ndustri pelancongan merupakan antara sektor utama dalam ekonomi negara Malaysia. Pembukaan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta penganjuran Sukan Komanwel pada
tahun 1998 telah membuka mata dunia terhadap negara Malaysia. Sejak dari tahun itu, kerajaan
Malaysia bersama-sama sektor swasta telah menyemarakkan industri pelancongan negara dengan
jayanya. Kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa dan beriklim panas dan lembap
telah membentuk pelbagai kekayaan alam semulajadi yang menjadi penarik utama para pelancong.
Daripada puncak Gunung Kinabalu kepada keindahan terumbu karang di Pulau Tioman, Malaysia
menerima kunjungan yang amat ramai saban tahun, maka adalah penting untuk mengekalkan
konsistensi dalam pembangunan dan pelaksanaan industri pelancongan negara

isi 1

Antara kepentingan ulung industri pelancongan adalah ekonomi. Ekonomi negara bergantung kepada
industri pelancongan. Sebagai contoh, sosio-ekonomi di luar bandar dapat berkembang apabila
mendapat peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong atau membuka rumah inap dan restoran
untuk menampung kehadiran pelancong. Dalam kawasan bandar pula, pelancongan kesihatan dapat
dijana oleh hospital-hospital swasta sekaligus menambah bilangan pengunjung dan hotel di kawasan
sekitar. Hal ini kerana perkhidmatan kesihatan di negara adalah berpatutan berbanding di negara asal
pelancong dan mereka melakukan aktiviti pelancongan kesihatan untuk menjimatkan kos
perkhidmatan

yang mereka inginkan.

Isi 2

Selain itu, industri pelancongan secara tidak langsung telah menggalakkan penambah-baikan
infrastruktur di dalam negara kita di mana rakyat juga mendapat tempias manfaatnya. Hari ini, hampir
setiap negeri sudah mempunyai lapangan terbang dan beberapa diantaranya menawarkan
penerbangan antarabangsa seperti di Lapangan Antarabangsa Langkawi. Pelancong mendapat
akses yang mudah untuk ke tempat yang ditujui tanpa perlu mengharungi perjalanan yang jauh
seperti dahulu kala. Infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan awam juga menjadi semakin
baik apabila kawasan luar bandar yang mempunyai kawasan tarikan pelancong seperti pantai atau air
terjun dan gua memerlukan tahap ketersampaian oleh pelancong-pelancong.

Tambahan pula, industri pelancongan telah menarik pelbagai pelabur asing untuk melabur di dalam
negara kita. Antaranya adalah dari segi hospitaliti dimana pelabur berminat untuk mengusahakan
hotel, pusat membeli belah dan juga membina taman tema. Sebagai contoh, pembukaan Legoland di
negeri Johor telah menarik minat ramai pelancong terutamanya dari negara luar kerana ia merupakan
taman tema berjenama Lego yang pertama di Asia tenggara. Kehadiran pelabur asing dapat
membantu kerajaan mengurangkan kos yang digunakan dalam sektor pelancongan sekaligus
memberi lebih faedah kepada rakyat dan negara khususnya.

Penutup Konklusinya, pelbagai manfaat dapat dinikmati oleh rakyat serta negara sekiranya industri
pelancongan di Malaysia berjaya dan diuruskan dengan efisien. Justeru, penggubal undang-undang
dan polisi negara seharusnya mnyusun rangka terbaik dalam membentuk formula dalam industri
pelancongan negara supaya dapat memberi pulangan maksima kepada rakyat dan negara. Industri
pelancongan adalah industri yang sihat dan wajar untuk diteruskan dan disandarkan pada ekonomi
negara sekiranya diurus dengan baik. Maka, promosi pelancongan negara perlu dilaksanakan dengan
lebih jitu dan berkesan agar seluruh pelusuk dunia tahu dan berminat untuk melawat negara kita
suatu hari nanti. Bak kata pepatah,”tidak kenal maka tidak cinta” yang bermaksud kita perlulah
memperkenalkan negara kita sehingga perasaan minat dan cinta akan Malaysia itu timbul kelak.

Impak sumbangan pelancongan dilihat konsisten dari tahun ke tahun walaupun


kadangkala berlaku sedikit penurunan. Jika kita lihat sumbangan pendapatan mengikut
laporan prestasi kehadiran pelancong pada 2018 dikeluarkan Februari lalu,
perbelanjaan pelancong bagi tahun 2018 adalah sebanyak (RM84.1 bilion) berbanding
(RM82.2 bilion) pada tahun 2017, ini menyaksikan peningkatan sebanyak 2.4 peratus.
Mengikut data terkini, ramai pelancong dari Asia memasuki dan melancong dalam
negara kita dengan yang tertinggi dicatatkan adalah dari Singapura, Indonesia, China,
Thailand, Brunei, Korea Selatan, India Australia, Filipina dan Jepun manakala United
Kingdom merupakan negara Eropah tertinggi yang datang melancong ke negara ini.

KUALA LUMPUR: Seramai 20.1 juta pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia


sepanjang Januari hingga September tahun lalu yang menjana pendapatan sebanyak RM66.1
bilion.

Perkara itu disebut dalam Laporan Pencapaian 2019 Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya (MOTAC) diterajui Datuk Mohamaddin Ketapi, hasil pelbagai usaha kementerian itu
dalam menjadikan negara sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia
menjelang 2020.

Menurut laporan yang dimuat naik di portal rasmi kementerian itu baru-baru ini, 2019 turut
menyaksikan Program Pengalaman Homestay Malaysia (Homestay) yang bertujuan
memperkasa ekonomi luar bandar, menjana pendapatan sebanyak RM29.7 juta membabitkan
kedatangan seramai 458,899 pelancong

Selain itu, bagi kluster Pelancongan Perniagaan, seramai 109,838 delegasi antarabangsa
membawa anggaran impak ekonomi sebanyak RM1.8 bilion dicatat menerusi program
Pelancongan Perniagaan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCeB).

Di samping itu, pembangunan ekopelancongan memberi peluang kepada komuniti lokal dalam usaha
pembangunan diri dan komuniti dalam ruang pembangunan tersebut. Pembangunan
ekopelancongan akan memberi impak positif kepada aktiviti sosio-ekonomi komuniti lokal dengan
penglibatan bersama dalam pembangunan ekopelancongan (Er & Nurul, 2013; Ceballos-Lascurain,
1996; Butler, 1980). Pembangunan ekopelancongan akan mendorong kepada peningkatan peluang
pekerjaan dan perniagaan kepada komuniti lokal serta penaiktarafan kemudahan infrastruktur
dalam menjayakan ruang tersebut kepada ruang pelancongan. Selain itu, pembangunan
ekopelancongan akan memberi kesan positif terhadap aspek-aspek lain dalam pembangunan
komuniti antaranya dari aspek kesihatan, pendidikan, kemudahan asas, kepuasan hidup, emosi,
budaya dan prasarana imej ruang tersebut (Kim, Uysal & Sirgy, 2013). Hal ini disebabkan
pembangunan ekopelancongan akan mewujudkan aliran wang masuk ke ruang pelancongan yang
membawa kepada aspek pembangunan kepada komuniti lokal. Berdasarkan perbincangan kajian-
kajian lepas, didapati bahawa pembangunan ekopelancongan di global amat digalakkan atas sebab
elemen-elemen pembangunan ini memberi impak yang minimun kepada ekologi serta prinsip
pembangunan ekopelancongan adalah untuk memulihara sistem ekosistem persekitaran yang sedia
ada bagi menarik pelancong-pelancong (Er & Nurul, 2013; Scheyvens, 1999). Perancangan yang
bersistematik dalam pembangunan ekopelancongan akan bercirikan lestari dan berterusan serta
meningkatkan sosio-ekonomi komuniti lokal dan ekonomi KDNK negara secara amnya. Namun
demikian, bukan setiap pembangunan ekopelancongan mewujudkan impak positif secara 100
peratus. Tidak dinafikan setiap pembangunan akan mengubah status quo ruang pembangunan.
Dalam konteks ini, sesuatu perancangan dan pelaksanaan pembangunan akan memberi impak
positif ataupun negatif terhadap ekosistem sekitaran dan sosio-ekonomi komuniti lokal di ruang
tersebut. Setiap pembangunan juga akan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.
Namun, terdapat juga laporan yang mengulas bahawa komuniti yang tidak terlibat secara langsung
terpaksa menanggung kos lepas pembangunan atas faktor lokasi dan persekitaran yang saling
bergantung dengan budaya dan gaya hidup harian mereka. Rentetan itu, kajian yang bertajuk 'Impak
Pembangunan Ekopelancongan Sepang Gold Coast terhadap Komuniti Nelayan di Bagan Lalang' telah
dilakukan bagi meneliti impak pembangunan ekopelancongan melalui projek pembangunan Sepang
Gold Coast terhadap komuniti nelayan. Dalam konteks ini, kajian akan mengenalpasti impak
mahupun dari segi positif atau negatif yang memberi kesan kepada perubahan persekitaran manusia
komuniti nelayan. Pembangunan ekopelancongan Sepang Gold Coast

Kerajaan akan terus mengembangkan sektor ekopelancongan dalam usahanya


memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai sasaran
unjuran pertumbuhan antara 4 hingga 4.5 peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini merupakan salah satu
usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan bagi menampung
kekurangan pendapatan negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.
"Malaysia mempunyai pantai-pantai yang indah serta hutan hujan tropika yang kaya
dengan spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
"Oleh itu, usaha untuk mempromosikan percutian ke Malaysia di luar negara terus
digiatkan bagi menarik minat pelancong asing," kata Najib dalam mesej mingguan
beliau yang disiarkan di stesen radio tempatan.

Anda mungkin juga menyukai