Anda di halaman 1dari 4

DISEDIAKAN OLEH NUR FAIRUZ BINTI SAMSUDIN

BAB 35 SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR


MAT AKIL
Mat Akil menerima surat daripada Sudin dan memasukkannya ke dalam saku seluar.
Mat Akil tersengih smbil memasukkan tangannya kembali ke dalam saku
mempastikan bahawa sampul itu berada dalam keadaan selamat di situ.
Mat Akil berlalu pergi,dia menuju kembali kekedai Pak Salim.
Selepas solat jumaat Mat Akil dengan kawan-kawannya singgah di kedai Pak Salim
Mat Akil mendengar beberapa orang sedang bertanya kepada Pak Salim apa halnya
Jamaludin (anak Pak Salim) bercakap sepeti itu didalam majlis perjumpaan dengan
Encik Muhammad tadi.
Mat Akil bertanya Lebai Maaruf manamalah tiada seorang pun yang berada di
dalam kedai itu yang menjawab soalan Mat Akil.
Tiada orang yang menjawab pertanyaannya Mat Akil meneruskan katakatanya,Lebai itu nak kena ajar juga satu kali ini
Mat Akil bercakap lagi dengan suara yang kasar tak fasal-fasal dia tuduh Cik Mat
itu nak bawa maksiat .Mana dia tahu ada rancangan hendak dirikan Hotel peranginan
di Jeram Medang.
Mat Akil memberitahu kepada Pak Salim bahawa sekarang ini banyak orang menjadi
ejen sulit:
Ejen tauke-tauke cina yang nak halang orang melayu berniaga.
Ejen parti-parti politik pun ada
Ejen komunis,pengganas pun ada.
Mat Akil semakin berani dengan percakapannya iaitu mengenaiEjen-ejen spy inilah
yang akan mengintip segala gerak-geri kita dimana ada kesempatan,dia masuk jarum.
Mat Akil memberitahu Man bahawa Milah itu anak murid Lebai Maarup.Anak dara
Bilal Endutdan Puaka macam engkau ini takkan jadi menantu Tuk BilalMat Akil
menjatuhkan hukum.
Mat Akil menyuruh supaya lilin dinyalakan kerana suasana di pondok itu tidak
berlampu.
Mat Akil mengeluarkan sampul surat yang berisi wang yang diberikan oleh Sudin itu
tadi.
Mat Akil sendiri pun belum tahu berapa jumlahnya di dalam sampul itu.
Mat Akil menghitung jumlah wang itu dahulu Dua Ratus Lima Puluh
Ringgit
Mat Akil menaksir bahawa dia berhak seratus ringgit dan tiap seorang
kawannya itu akan diberi sebanyak lima puluh ringgit sahaja setiap orang.
Mat Akil perlu pandai bertindak untuk kepentingannya sekarang dan yang
akan datang.
Taktik sudin amat menguntungkan Mat Akil kerana bila-bila Sudin memberi
wang melalui dia maka dia pandai mengelentongkannya.
Ini sepuluh ringgit seorang wang saguhati dari SudinMat Akil
menghulurkan wang kepada kawan-kawannya.
Seterusya ini aku bayar hutangMat Akil mengunjukkan, mula-mula

kepada Man.
Mat Akil menyahut kata-kata Man dengan Alaa.Sepuluh ringgit itu pun engkau kira
sangat.Halal sudahlah.
Diakhir cerita sedih Mat Akil tentang kegagaglannya untuk memikat Gayah,dia
meminta maaf sungguh-sungguh kerana tidak dapat membelikan barang-barang yang
dipesan oleh kawan-kawannya.
Setelah selesai membayar hutangnya kepada ketiga-tiga kawannya dan meminta
Halal yakatanya tersenyum danmemasukkan baki wang yang banyak itu ke dalam
sakunya.
Sudin menjawab soalan yang dilemparkan oleh Man Dia tidak kata apa-apa.Aku
yang kata,Jawab Mat Akil angkuh.
Aku katakan kepadanya di kampung ini sudah ada spy ,ada ejen,yang
menghasut orang kampung supaya menjual tanah kepada Syarikat Lombong
Encik Muhammad itu.
Setelah itu dia tak percayalah akan kata-kata aku itu dan sesudahnya dia beri
duit seratus ringgit.Dia meminta kita tolong siasat.
Mat Akil menyeluk sakunya dan mengeluarkan kembali segumpal sampulnya yang
dikeluarkan tadi.
Ini, katanya, engkau ambil dua puluhringgit seorang.Aku ambil empat puluh.
Mat Akil berkata tak adil ape pulak.Aku yang jadi ketua.Aku yang akan rancangkan
kerja ini.Lagi pun kita akan selalu belanja orang.Akulah nanti yang bayar.
Mat Akil seorang yang cerdik,ada-ada saja muslihatnya.
Kira-kira pukul sembilan malam Mat Akil dan kawan-kawannya turun lalu pergi.
Kita berpisah di sini dan besok kita akan berjumpa di sini juga.Mat Akil memberi
arahan seperti berbisik.
Kemudian Mat Akil meneruskan perjalanannya dalam gelap-gelep samar itu menuju
rumah Imam Saad.
Itulah kali kedua Mat Akil datang ke rumah itu semenjak Gayah telah
menjadi isteri Sudin.
Kali pertama dahulu dia datang untuk menemui Sudin .
Sebelum Sudin sempat keluar dia telah dihalau oleh Mak Minah.
Mujurlah Sudin segera keluar membuka pintu menyambarkan
emaknya.
Mat Akil tidak jadi naik kerana Sudin mengajaknya pergi saja ke kedai
Pak Salim.
Ada dicubanya memerhatikan kalau Gayah menjengukkan muka di
jendela depan atau jendela dapur tetapi gagal.
Sekarang dia datang pada waktu malam.siapakah gerangan yang duduk di serambi
itu,Mat Akil berharap Sudinlah sahaja yang masih berjaga,tetepi kalau Imam Saad
yang menyahut salamnya tidak juga mengapa.
Mat Akil tahu Imam Saad mudah memaafkan orang.

Mat Akil akan mencuba untuk menunjukkan kebaikansahaja kepada keluarga ini
sehingga pada suatu masa nantidia boleh diterima oleh Mak Minah dan juga Gayah
sebagai shabat Sudin yang penting.
Pada masa itulah tiba masanya membalas sakit hati.
Dia mesti mendapatkan Gayah walaupun sekali sahaja dalam hidupnya.
Dengan rela atau terpaksa dia mesti mendapatkan Gayah.
Selepas itu dia akan meng hadapi Sudin seperti dahulu (musuh yang tidak boleh
diampunkan)
Sekarang dia perlu bekerja menolong Sudin sambil pula mendapat kesenangan
mencari wang yang akan mencurah dari Tauke besar dari Kuala Lumpur itu.
Mat Akil memberi salam.Sekali tak menjawab.Kali kedua mendengar kaki
melangkah ke pintu.
Bila terbuka pintu maka kelihatanlah muka Sudin tersenyum sambil menjawab
salamnya. Mat Akil diajak naik oleh Sudin.
Mat Akil terasa semacam getaran dalam hatinya.
Mat Akil duduk di kerusi rotan di hujung serambi itu,hatinya menjadi
berdebar-debar kerana hanya dinding serambi itu sahaja sekarang yang
memisahkannya dari Gayah.

SUDIN
Sudin mengingati Mat Akil supaya menjaga duit itu dengan baik-baik kerana
jumlahnya banyak.
Sudin mengingatkan Mat Akil bahawa semua yang bekerja mesti dibayar.
Sudin tiba-tiba sampai dengan keretanya saat itu ada satu suara bertanyakan soalan
kepada Mat Akilmasuk jarum macam mana.

PAK SALIM
Pak Salim memberanikan diri dengan bertanyakan kepada Mat Akil yang sedang
marah itu , spy ? Spy sapa?
Aku pun hairan juga menengok telatah lebai itu taditapi kita tidak boleh menuduh
orang sebegitu sepai-menyepai ini bukan perkara kecil.Pak Salim cuba memeberi
pendapat kepada Mat Akil.

MAK NGAH
Mak Ngah menerangkan kepada Mat Akil bahawa Milah baru sahaja balik daripada
tempat mengaji.

MILAH (ANAK MAK NGAH)


Milah tersipu-sipu setelah namanya disebut dan matanya terlekat pada wajah orang
muda yang baik hati itu.

Milah mengucapkan terima kasih kepada Man dengan suara yang lunak dan merdu.

MAN
Man menolong milah mengangkat getah daripada tangan Mak Ngah untuk diletakkan
kedalam basikal tua milik Milah.
Pandangan mata Man tidak terlepas daripada melihat wajah Milah.
Untuk seketika Man tercegat disitu memerhatikan Mak Ngah dan anak
gadisnya,Milah,pergi denagan basikal tua dan getah keping yang separuh kering.
Kemudian Man seperti disengat lipan terloncat dan melaung Ooooi! Nanti aku.
Man berlari terlompat-lompat,terlambung-lambung seperti olahragawan lompat
kijang sedang menguja.
Tiba dekat kawan-kawannya dia senyum-senyum bangga.
Man mengiakan kata-kata salah seorang kawannya yang bertanyakan soal duitnya
yang dulu kepada Mat Akil kerana mereka semua sudah pokai.
Man menerima duit yang dihulurkan oleh Mat Akil dengan perasaan yang tidak puas
hati yang terbayang di matanya.
Man juga meminta lagi duitnya yang selebihnya dari Mat akil mana sepuluh ringgit
lagi?.
wang engkau orang terpaksa aku pakai dulu.Nantilah ada rezeki aku bayar
balik.Man masih ingat kata-kata yang diucapkan oleh Mat Akil ketika dulu.
Oleh itu Man tidak apa-apa kalau sekarang menerima kurang sepuluh ringgit sahaja
setelah tiga kali dibayar secara beransur-ansur oleh Mat Akil.
Tadi engkau jumpa Sudin.Apa kata dia.Ada apa-apa yang baru?Man mencecah
kesunyian itu dengan menyakan soalan itu kepada Mat Akil.

Anda mungkin juga menyukai