Anda di halaman 1dari 3

BIODATA NGAH IBRAHIM (1836-1895)

A. USAHAWAN
1. Merupakan pengusaha lombong bijih timah pada tahun 1850-an.

2. Merupakan pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang.

3. Merupakan pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang,Taiping.

Nota:-Tebu dihantar ke Pulau Pinang melalui Kuala Gula untuk diproses

menjadi gula.Di Kuala Gula terdapat ramai penyokong Ghee Hin.

B. HARTA
1. Mempunyai bangunan kediaman dan kota di Matang

1.1 Sebagai Pusat Pertahanan.

1.2 Sebagai Pusat Pentadbiran

1.3 Sebagai gudang simpan bijih timah, gula dan kopi.

1.4 Sebagai gudang bekalan makanan, perubatan dan lain-lain.

2. Mempunyai tanah dan kediaman di Makkah.

3. Membawa masuk lebih ramai orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih

timah telah berkembang. Memiliki beberapa kapal wap yang terkenal `bahtera Bayu’

yang berharga $25,000.00.

5. Hasil terbesar dalam tahun 1867 sebanyak $6 juta.

6. Memiliki tanah lombong, lading tebu dan kopi.

7. Diberi kuasa memunggut cukai di Daerah Larut hingga ke Kerian.

8. Pada 23.10.1863, Sultan Jaafar Mua’azzam Syah (Sultan Perak ke -23) telah

mengurniakan gelaran `Orang Kaya Menteri Paduka Tuan’ (yang pertama)

kepada Ngah Ibrahim.Nota:Gelaran tersebut disandang oleh Dato’Seri Wan Omar


bin Wan Ahmad Rasdi, sekarang (Warisan ke -7)

C. PERTAHANAN
1. Mempunyai Kota, sebagai pusat pertahanan di Matang.

2. Mempunyai gudang simpan senjata seperti meriam,senapang, ubat bedil, lembing,

tombak dan lain-lain senjata.

3. Mempunyai pengawal dan pahlawan yang terdiri daripada orang Melayu dan Habshi.

4. Mempunyai pasukan bergajah,kereta lembu,kerbau, kuda sebagai pertahanan dan

pengagkutan.

5. Pasukan polis ( Melayu,Pattan dan Benggali) di ketuai oleh Kapten Speedy pada tahun

1873.

D. AGAMA DAN KEBAJIKAN


1. Mewakafkan tapah untuk didirikan surau , masjid dan tanah perkuburan di Matang

dan Taiping.

2. Mendirikan pusat fardu ain dan kifayah.

3. Mengadakan guru agama.

4. Mendirikan pendidikan tidak formal seperti Sekolah Melayu Matang Gelugor yang

dibina pada tahun 1873.

E. POLITIK DAN DIPLOMATIK


1. Berjiwa nasionalis, berhemah tinggi, berwawasan dan berdiplomasi.

2. Mengadakan perhubungan dengan kuasa asing untuk perdagangan dan pertahanan.

3. Mengadakan perhubungan baik dengan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu.

4. Memerintah orang-orang Melayu di Bukit Gantang ,Matang, Larut,Klian

Pauh dan Kamunting sebagai wakil Sultan Perak.

5. Menentang Perjanjian Pangkor 20.1.1874.

6. Masyarakat majmuk telah wujud diMatang sejak tahun 1860-an.

F. MENINGGAL DUNIA
1. Ketika berusia 20 tahun,Ngah Ibrahim mewarisi arena korporat.

2. Mengendalikan perusahaan lombong bijih timah yang banyak, lading tebu dan kopi.

3. Pada tahun 1877, dibuang negeri ke Pulau Seycelles oleh Inggeris.

4. Semasa dalam keadaan keuzuran dan hampir buta belia dibawa balik dan dipaksa

tinggal di Singapura.

5. Meninggal dunia pada tahun 1895 dimakamkan di Singapura.

G. JASA DAN BAKTI


1. Memperkukuhkan ekonomi,keselamatan,martabat dan maruah orang

Melayu.

2. Merupakan tokoh korporat dan `tokoh Politik Melayu’ terulung.

3. Pengasas bandar Taiping.

Anda mungkin juga menyukai