Anda di halaman 1dari 2

TSAR NICHOLAS II (1894-1917)

1. PENGENALAN TSAR NICHOLAS II


 Merupakan pemerintah Rusia [1894~1917]]
 Baginda merupakan anggota keluarga Romanov.
 Baginda adalah pemerintah terakhir dinasti Romanov dan pemerintah terakhir Empayar Rusia.
 Nicholas dikenali sebagai pemimpin konservatif dan terhad dalam menangani perubahan sosial dan
politik.
 Pemerintahannya ditandai dengan kegagalan untuk menangani masalah ekonomi, rasa tidak puas hati
rakyat, dan penglibatannya dalam Perang Dunia I.
 Ketegangan dalam pemerintahannya akhirnya mencetuskan Revolusi Rusia 1917 yang menamatkan
monarki dan membuka jalan kepada pembentukan kerajaan Bolshevik di bawah Vladimir Lenin

2. LATAR BELAKANG
 Nama Lengkap : Nicholas Alexandrovich Romanov.
 Lahir : 18 Mei 1868
 Tempat Lahir : Alexander Palace, Tsarskoye Selo, terletak berhampiran bandar Saint Petersburg, Rusia.
 Meninggal Dunia : 17 Julai 1918
 Punca kematian : Tsar Nicholas II dan keluarganya telah dihukum bunuh oleh tentera Bolshevik.
Mereka telah dibunuh sebagai sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai "Pembunuhan Beramai-
ramai Yekaterinburg." Ini berlaku selepas Nicholas II digulingkan daripada kuasa akibat Revolusi Rusia
pada tahun 1917
 Anak pertama Tsar Alexander III dan Tsarina Maria Feodorovna

3. BERIKUT MERUPAKAN DASAR YANG DIJALANKAN SEMASA PEMERINTAHAN TSAR


ALEXANDER I.
1. Tsar Nicholas II merupakan Tsar terakhir yang memerintah Rusia.
2. Baginda meneruskan pemerintahan bercorak autokratik
3. Semasa pemerintahan Tsar Nicholas II, berlaku perkembangan pesat dalam bidang perindustrian.
 Baginda menggalakkan pelabur dari Perancis, Inggeris dan Jerman melabur dalam bidang
perindustrian
 Baginda juga mendapatkan pinjaman dari luar negara untuk membangunkan sektor
perindustrian
4. Tsar Nicholas II mengambil langkah membendung mogok dan tunjuk perasaan di Rusia melalui
kemunculan parti-parti politik seperti Parti Buruh Demokrat Rusia, Parti Revolusioner Sosial dan Parti
Liberal.
5. Pada tahun 1904, tercetus Perang Rusia-Jepun. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini menjejaskan
kewibawaan Tsar Nicholas II
6. Rakyat mula mempersoalkan kekuatan pasukan tentera kerajaan pusat.
7. Peristiwa Ahad Berdarah menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap Tsar Nicholas II.
8. Kegiatan mogok dan tunjuk perasan diadakan di seluruh Rusia. Parti politik seperti Menshevik,
Bolshevik dan Revolusioner Sosialis turut menganjurkan mogok.
9. Tsar Nicholas II mengisytiharkan Manifesto Oktober, 1905 untuk menghentikan kritikan terhadap
pemerintahannya
10. Akhirya, Tsar Nicholas II digulingkan dalam Revolusi Rusia pada bulan Mac 1917.

Anda mungkin juga menyukai