Anda di halaman 1dari 3

1.

Mengandungi 3 soalan:

‫ٿ‬Mencakupi pelbagai tema / laras


‫ٿ‬Pilih satu soalan sahaja
‫ٿ‬Panjang esei : (600 – 650) patah perkataan
‫ٿ‬Markah : 50%
‫ٿ‬Masa : (60 – 70) minit, bergantung kepada
pelajar
‫ٿ‬Bil isi : (5 @ 6) isi : 1 isi = 1 perenggan

A. Analisis soalan (TIPT)

(i) STPM 2013

Negara ini masih kaya dengan hutan dan pihak kerajaan


pula berusaha untuk mengekalkannya kerana menyedari
bahawa hutan penting kepada hidupan. Jelaskan kepentingan
tersebut.

Tema :Hutan

Isu :Pihak kerajaan berusaha mengekalkan hutan


kerana hutan penting kepada hidupan.

Peringkat :Negara ini -khusus (Malaysia)

Tugasan :Jelaskan kepentingan hutan


STPM 2014

Sikap suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat


oleh sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab
tentang kebersihan alam sekitar boleh mendatangkan kesan buruk.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan
alam sekitar?.

Tema :Kebersihan alam sekitar

Isu :Sikap suka membuang sampah sarap di merata-rata

tempat oleh sesetengah anggota masyarakat yang

tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan

buruk.

Peringkat :Umum (Malaysia/Internasional)

Tugasan :Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara

menjaga kebersihan alam sekitar

3. Pendahuluan Karangan

Tema Memaparkan tema & isu secara umum

Takrif -Jika dapat dinyatakan lebih baik


-Jika tidak, nyatakan contoh
Rangsangan Huraian tema & isu secara berfokus

Tugasan Kehendak soalan


(soalan tersurat @ soalan tersirat)

Catatan: (a) Pendahuluan = 1 perenggan sahaja (perenggan pertama)


(b) Dalam pendahuluan jangan masukkan langkah kerana langkah
sesuai dalam penutup karangan
STPM 2014
Kerja-kerja sukarela mendatangkan pelbagai manfaat kepada
masyarakat. Walaupun begitu, sesetengah anggota masyarakat kita kurang
berminat untuk menyertainya. Pada pendapat anda, mengapakah mereka
bersikap demikian?

Contoh Pendahuluan:

Tema, Takrif, Rangsangan, Tugasan

Kerja-kerja sukarela mendatangkan pelbagai kebaikan kepada


masyarakat (T). Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela
hati dan ikhlas untuk masyarakat tanpa mengharapkan ganjaran wang atau
kebendaan. Kerja ini biasanya dijalankan pada waktu lapang, yakni di luar
waktu kerja rasmi seseorang (TAK). Amalan ini mempunyai implikasi penting
dalam pembinaan bangsa dan negara yang kuat dan maju. Namun begitu,
masih terdapat sesetengah anggota masyarakat kita kurang berminat untuk
menyertainya (R). Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
semangat sukarela dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin
merosot (TG).
(83 patah perkataan)

STPM 2014
Sikap suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat oleh
sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab tentang
kebersihan alam sekitar boleh mendatangkan kesan buruk. Pada pendapat
anda, bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar?.
Contoh pendahuluan:

Tema, Takrif, Rangsangan, Tugasan

Sikap suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat oleh


segelintir masyarakat yang tidak bertanggujawab telah menjejaskan
kesihatan manusia bahkan turut mengancam hidupan yang lain (T).
Sampah sarap ialah semua bahan buangan sama ada dalam bentuk
pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan,
dikeluarkan, atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan
menyebabkan pencemaran (TAK). Pertambahan penduduk di
sesebuah negara menyebabkan bertambahnya pembuangan
sampah sarap (R). Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum masalah ini
menjadi semakin serius (T).
(82 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai