Anda di halaman 1dari 5

JABATAN PENDIDIKAN DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM UNISZA

NAMA : HAMIZAH BT AHMAD KURSUS : UIE 3012 HUBUNGAN ETNIK NAMA PENSYARAH : EN.CHE WAN TAKWA BIN W ABU BAKAR TAJUK : PROPOSAL KAJIAN LAPANGAN MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN NO.MATRIKS : 028523 DUE DATE : 22 MEI 2011

TAJUK : MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN

PENDAHULUAN Penempatan orang-orang Siam adalah bertaburan di Kelantan.Dianggarkan terdapat 20 perkampungan besar orang Siam dengan jumlahnya dianggarkan seramai 13,000 orang.Penempatan orang-orang Siam tertumpu di Jajahan Tumpat dan Pasir Mas yang merupakan kawasan sempadan dengan Negara Thailand.Kampung Dalam merupakan salah satu kawasan penempatan orang Siam yang terawal.

Objektif Kajian : 1) Untuk mengetahui sejarah perkembangan masyarakat Siam di negeri Kelantan dari aspek kebudayaan, ekonomi dan sosial . 2) Untuk mengkaji pengaruh dan kesan budaya masyarakat Siam terhadap masyarakat setempat.

Permasalahan Kajian : 1.Kesukaran untuk mendapatkan bahan kajian terutama buku-buku rujukan yang berkaitan dengan masyarakat Siam di Kelantan. 2.Sumber rujukan hanya bergantung kepada internet, laman web dan juga blog.

Lokasi/Skop Kajian

Kampung Dalam ialah sebuah perkampungan yang terletak di dalam mukim Selehong North, dalam Jajahan Tumpat.Bersempadan dengan Kampong Kelong(Melayu) di sebelah Utara ,Kg.Kok Keli (Melayu) di sebelah timur ,Kampung Berangan(Melayu) di sebelah Selatan dan Kampong Bukit Tanah(Siam) di sebelah barat.Jaraknya lebih kurang 15km dari Bandar Tumpat.

Kaedah / Metadologi 1.Kajian ini dilakukan dengan cara menemuramah beberapa orang responden yang menetap di Kampung Dalam untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah orang Siam di kampong itu.

2. Maklumat juga diperoleh dengan membuat rujukan melalui internet dengan mengakses blog dan laman sesawang yang berkaitan.

Kedatangan masyarakat Siam telah meninggalkan banyak kesan ke atas masyarakat setempat antaranya ialah: Dari segi budaya iaitu lahirnya tempat ibadat yang dikenali sebagai Wat(tempat beribadat bagi orang-orang Siam). Di samping itu juga telah muncul sejenis pertunjukan hiburan yang dikenali sebagai Menora yang diadakan setiap kali musim perayaan atau hari kebesaran. Dari segi ekonomi Masyarakat Siam banyak melibatkan diri penanaman tembakau dan menanam sayur-sayuran. Mereka sangat rajin bekerja sehingga menjadi ikutan masyarakat tempatan. Dari aspek sosial kedatangan Masyarakat Siam telah mewujudkan masyarakat majmuk yang mempunyai bahasa budaya, agama yang berbeza dengan masyarakat tempatan.

KESIMPULAN

Masyarakat Siam di Kelantan telah membentuk satu entity tersendiri yang merupakan penduduk minority di Kelantan.Sebagai komuniti yang kecil dan terpisah-pisah , mereka telah membentuk ruang budaya , ekonomi dan social yang tersendiri.