Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan Huraian

Penyataan Dalam meniti arus kemodenan ini, kualiti hidup masyarakat di bandar
Umum semakin meningkat dengan mendadak
Ayat Huraian Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan semakin rancak
bersesuaian dengan hasrat negara menjadi negara maju
Ayat Contoh Contoh bandar yang maju yang terdapat di negara ini adalah seperti
Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown
Ayat Arah Persoalannya, apakah cara-cara untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat bandar? Persoalan tersebut akan dimurnikan dan dibugarkan
dalam huraian berikutnya

Isi-Isi Huraian
Ayat Topik Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah
pihak kerajaan haruslah menyediakan kemudahan awam yang lengkap
Ayat Huraian Hal ini demikian kerana kemudahan awam yang terdapat di bandar dapat
– Apa memenuhi keperluan komuniti
Ayat Huraian Rakyat Malaysia dapat menaiki kenderaan awam untuk bergerak ke
– Mengapa sesuatu destinasi
Ayat Contoh Sebagai contohnya, warga Kuala Lumpur mempunyai beberapa alternatif
seperti menggunakan Monorel, LRT, Komuter, MRT, dan ERL
Ayat Huraian Warga Kuala Lumpur dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dengan
– Kesan menggunakan kemudahan pengangkutan yang telah disediakan oleh
kerajaan
Ayat Penegas Jelaslah bahawa, rakyat Malaysia dapat menjimatkan masa dan sekali gus
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar
Ungkapan Masa itu emas

Ayat Topik Jika dilihat dari dimensi yang lain, persekitaran yang bersih dan nyaman
juga dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat sejagat
Ayat Huraian Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk bandar akan berasa lebih
– Apa selesa dengan persekitaran yang bersih berbanding persekitaran yang
tercemar
Ayat Huraian Suasana yang nyaman akan memberikan ketenangan dan dapat
– Mengapa mengurangkan tekanan para penduduk
Ayat Contoh Tamsilnya, persekitaran yang bersih dan nyaman boleh didapati di taman
bunga yang mempunyai landskap yang menarik
Ayat Huraian Landskap yang menarik dengan pokok-pokok yang menghijau dapat
– Kesan menyejukkan mata yang memandang
Ayat Penegas Sudah terang lagi bersuluh, warga kota dapat mengurangkan risiko
pencemaran dan penyakit dengan persekitaran yang bersih dan nyaman
Ungkapan Mencegah lebih baik daripada mengubati

Ayat Topik Jika diteliti dengan lebih mendalam, kualiti hidup masyarakat di bandar
dapat dinaikkan apabila jaminan keselamatan terdapat di mana-mana
Ayat Huraian Hal ini demikian kerana pihak polis dan pasukan keselamatan dapat
– Apa memantau dan membuat rondaan di tempat awam
Ayat Huraian Penduduk bandar akan berasa lebih selamat dan senang hati apabila
– Mengapa bandar tersebut mempunyai pasukan keselamatan yang boleh menjamin
keselamatan mereka
Ayat Contoh Sebagai contohnya, pasukan keselamatan yang lengkap dan terlatih
haruslah mengawal keselamatan orang ramai terutamanya di bank dan
pusat beli-belah
Ayat Huraian Apabila bilangan pasukan keselamatan di tempat-tempat awam
– Kesan dinaikkan, risiko kes jenayah di bandar tersebut dapat dikurangkan
Ayat Penegas Tuntasnya, pihak kerajaan boleh menjamin keselamatan penduduk
dengan memperketatkan peraturan dan undang-undang di Malaysia
Ungkapan

Penutup Huraian
Ayat Sebagai intihar, pihak kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan
Kesimpulan kualiti hidup masyarakat dan sekali gus merealisasikan bandar yang
disegani di seluruh dunia
Ayat Pihak pemaju, kerajaan tempatan dan masyarakat kota mestilah
Cadangan berganding bahu untuk memajukan negara dan bermuafakat untuk
mencapai hasrat murni ini
Ayat harapan Kita akan berpeluang untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti di
Malaysia
Ungkapan Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Anda mungkin juga menyukai