Anda di halaman 1dari 1

Peningkatan Demam Denggi

Kebelakangan ini, kes demam denggi meningkat berpunca daripada perbuatan manusia
sendiri. Keadaan ini membimbangkan banyak pihak. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah mengenal pasti
puncanya dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Antara punca peningkatan kes denggi adalah sikap masyarakat yang mengabaikan kebersihan
kawasan perumahan sendiri. Hal ini demikian kerana nyamuk aedes memerlukan kawasan yang
mempunyai air yang bertakung untuk membiakkan telur-telurnya. Antara tempat-tempat pembiakkan
serangga pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang
tersumbat dan tangki air.
Pengabaian terhadap kebersihan diri juga menyumbang kepada peningkatan demam denggi.
Hal ini dikatakan demikian kerana nyamuk denggi amat menggemari kawasan yang berteduh dan
bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput. Sebagai
contohnya, kalangan remaja sering menggunakan kawasan-kawasan tersebut untuk melakukan aktiviti
riadah pada waktu petang. Remaja-remaja juga tidak membersihkan diri dengan betul selepas
beriadah. Oleh itu, kebanyakkan mangsa terdiri daripada golongan remaja.
Antara langkah yang efektif untuk mengawal peningkatan kes denggi adalah komuniti
setempat haruslah mengadakan aktiviti pembersihan kawasan sekitar kediaman. Hal ini demikian
kerana kawasan perumahan yang bersih adalah tanggungjawab semua orang untuk memastikan
komuniti setempat selamat. Contohnya, ketua kampung boleh mengadakan aktiviti gotong-royong
untuk membersihkan kawasan yang terbiar dan menggalakkan semua penduduk untuk menyertai.
Pihak yang berkuasa juga memainkan peranan yang penting untuk menggawal pembiakkan
nyamuk aedes. Hal ini demikian kerana pihak-pihak yang berkenaan tidak sepatutnya memandang
enteng terhadap pernyakit tersebut kerana mempunyai risiko yang tinggi. Tamsilnya, pihak-pihak
berwajib boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma di
sekitar kawasan perumahan untuk menurunkan risiko penduduk menghidap demam denggi.

Anda mungkin juga menyukai