Anda di halaman 1dari 2

Norma Baharu Pasca Wabak Covid-19

Dalam meniti arus kemodenan ini, rakyat Malaysia semakin cemas dengan virus yang
berbahaya ini, iaitu Covid-19. Covid-19 atau Coronavirus adalah strain baru coronavirus
yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti dan adalah salah satu famili virus yang
menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MER-
CoV dan SARS-CoV. Berdasarkan maklumat terkini, Covid-19 berjangkit dari individu ke
individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan. Sebagai contohnya, Covid-19 mempunyai
simptom-simptom seperti demam, batuk dan sukar bernafas. Virus ini bermula dari Wuhan,
China dan berpunca dari pemakanan yang tidak bersih. Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan, norma hidup kita akan berubah. Norma baharu pasca wabak Covid-19 boleh
dilihat dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Dari segi sosial, Covid-19 telah menyebabkan pergaulan kita terbatas. Hal ini
dikatakan demikian kerana semasa PKP(Perintah Kawalan Pergerakan), kita tidak dibenarkan
keluar rumah tanpa alasan yang kukuh. Kita tidak dapat keluar untuk membeli-belah, makan
angin dan ke sekolah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan SOP, iaitu
prosedur operasi standard yang ketat supaya rangkaian virus ini dapat dihentikan. Antara
SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah kita mestilah mengamalkan penjarakan sosial
sekurang-kurangnya 1 meter dalam semua keadaan. Hal ini untuk mengelakkan jangkitan
individu yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan susah bernafas tidak
menyebarkan jangkitan apabila terbersin atau tersentuh individu lain. Kesannya, jumlah
orang yang terjangkit tidak meningkat dengan mendadak. Hal ini demikian supaya hospital-
hospital masih mempunyai katil yang kosong untuk orang yang memerlukan rawatan dan
mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser. Kesan
yang seterusnya adalah supaya kita tidak jatuh sakit dan menyusahkan diri sendiri, ahli
keluarga dan orang lain.
Jika kita lihat dari segi ekonomi pula, ekonomi negara semakin menjunam sejak
Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan. Hal ini demikian kerana ramai rakyat Malaysia
tidak dapat bekerja dan dibuang kerja. Sebagai contohnya, jumlah pengangguran di Malaysia
semakin meningkat disebabkan oleh koronavirus. Kesan daripada pengangguran tersebut,
banyak rakyat tidak dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga. Rakyat yang miskin boleh
mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Rakyat yang kehilangan sumber pendapatan hanya
dapat bergantung pada kerajaan. Dengan cara ini, beban rakyat Malaysia dapat dikurangkan.
Ekonomi negara menjunam juga adalah disebabkan oleh jumlah bilangan pelancong dari
negara-negara lain yang melancong ke negara kita semakin menurun. Hal ini disebabkan oleh
Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
Sudah terang lagi bersuluh, pendidikan dalam kalangan murid juga terjejas. Hal ini
dikatakan demikian kerana pendidikan pelajar terhad disebabkan bukan semua murid dapat
pergi ke sekolah untuk menerima ilmu. Sebagai contohnya, kerajaan telah membenarkan
pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam ke sekolah terlebih dahulu. Murid-murid
lain boleh belajar atas talian dengan menggunakan Zoom, Webex dan Teamlink. Walakin,
bukan semua murid dapat menghadiri kelas-kelas tersebut. Hal ini demikian kerana mereka
tidak mempunyai internet di rumah, berada di pedalaman ataupun tidak mempunyai telefon
pintar sendiri. Kesannya, pelajar-pelajar lain menjadi terabai dan tertinggal dalam pelajaran.
Ini akan menyebabkan murid-murid tersebut mendapat markah yang rendah dan gagal dalam
peperiksaan.
Jika kita lihat dari kaca mata yang lebih luas, virus ini telah menjejaskan kesihatan
rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak warganegara dan bukan warganegara
Malaysia yang jatuh sakit disebabkan terjangkit dengan Covid-19. Ramai juga rakyat yang
meninggal dunia dan terkorban terutamanya doktor and jururawat yang menjadi petugas baris
hadapan untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Penyelidikan telah menunjukkan
bahawa orang tua dan kanak-kanak lebih berisiko menjangkiti virus ini. Sebagai contohnya,
pada 28 Jun 2020, Dr. Noor Hisham telah mengisytiharkan jumlah rakyat yang terjangkit
dengan Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8634.
Sebagai kesimpulannya, kita haruslah mencegah virus in daripada menular. Terdapat
banyak langkah yang perlu dipatuhi untuk menghentikan rangkaian Covid-19 ini. Yang
pertama, kita haruslah kerap cuci tangan dengan air dan sabun ataupun menggunakan hand
sanitiser yang mempunyai 70% alkohol. Seterusnya, kita mestilah menggunakan topeng
pembedahan ketika keluar rumah. Selain itu, kita dinasihatkan untuk masak daging dan telur
dengan sempurna. Di samping itu, kita wajiblah mengekalkan jarak 1 meter dengan orang
lain ketika di luar rumah. Saya berharap cara-cara ini dapat menghentikan rangkaian
koronavirus ini dan tiada lagi nyawa yang terkorban.

Eileen Wong 5S2

Anda mungkin juga menyukai