Anda di halaman 1dari 4

NAMA PENUH ; NUR LIYANA IZZATI BINTI AZIZUL HISHAM

NAMA SEKOLAH ; KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH


NO. AHLI PPIM ; KISAS/1924/2019
TINGKATAN/ KELAS ; TINGKATAN 5 IBNU KATHIR
NO. TELEFON ; 011-1058 1626
PPIM PERHUBUNGAN DAERAH ; KLANG
PPIM PERHUBUNGAN NEGERI ; SELANGOR
TAJUK; KEBERKESANAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN COVID-19 DI MALAYSIA

Seperti yang kita semua sedia maklum, baru-baru ini kita telah digemparkan dengan satu

wabak penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Corona Virus atau lebih mudah digelar COVID-

19 di mana penyakit ini pada awalnya hanya merebak dalam kalangan masyarakat di Wuhan,

China. Namun, semakin hari virus ini kian menular bak cendawan tumbuh selepas hujan di

kebanyakan negara dan kini hampir seluruh negara mengalami wabak ini termasuklah di

Malaysia. Hal ini demikian kerana penyakit ini sangat mudah dan pantas untuk merebak

berjangkit daripada seorang individu kepada individu yang lain dengan hanya melalui titisan

cecair yang keluar semasa bersin atau batuk. Perkara ini telah mengancam nyawa dan

kesihatan jutaan rakyat dari seluruh pelosok dunia tanpa mengira usia. Jumlah pesakit yang

menghidap penyakit ini juga bertambah dengan drastik dan berterusan sehingga mencecah

jutaan pesakit. Jumlah kadar kematian yang disebabkan olah penyakit ini juga semakin

membimbangkan dari sehari ke sehari menyebabkan pihak kerajaan dan kesihatan bagi setiap

negara tidak lagi mendiamkan diri. Begitu juga di Malaysia, pihak kerajaan dan Kementerian

Kesihatan Malaysia akhirnya bertindak dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

sebagai langkah pencegahan virus ini daripada terus menular.

Perintah Kawalan Pergerakan ini bermula 18 Mac 2020 dan berlangsung sehingga beberapa

bulan untuk memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka

bagi mengurangkan wabak COVID-19 ini daripada terus menular. Secara keseluruahannya,

pihak kerajaan amat menitikberatkan aspek penjarakan sosial dan telah menetapkan bahawa

setiap individu perlu menjarakkan diri mereka satu meter daripada individu yang lain.

Penjarakan sosial yang dijalankan adalah untuk meningkatkan jarak fizikal antara manusia
mengurangkan kekerapan perkumpulan manusia secara beramai-ramai dalam suasana yang

padat. Ternyata usaha ini secara tidak langsung dapat memutuskan rantaian penyebaran dari

satu individu ke individu yang lain.

Rakyat diarahkan untuk menetap di kediaman masing-masing sepanjang Perintah Kawalan

Pergerakan ini berlangsung bertujuan untuk mengehadkan perjumpaan secara langsung dan

mengelakkan rakyat berkumpul secara beramai-ramai seterusnya memudahkan penyebaran

virus ini. Aktiviti-aktiviti seperti kenduri-kendara, majlis-majlis terbuka dan sebagainya yang

melibatkan pengmpulan secara beramai-ramai juga tidak dibenarkan termasuklah sekolah.

Rakyat juga diminta bekerja dari rumah sahaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini

berlangsung dan sebarang komunikasi hanya dilakukan melalui aplikasi seperti zoom, google

meet dan sebagainya. Walaupun rakyat tidak dibenarkan keluar rumah dan mengadakan

sebarang perjumpaan secara langsung, namun segala aktiviti tetap boleh dijalankan dari rumah

seperti mengadakan Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian. Hanya seorang individu

iaitu ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan harian

sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini berlangsung. Dengan itu, bilangan individu yang

terdedah kepada penyebaran virus COVID-19 ini dapat dikawal dari semasa ke semasa.

Secara keseluruhannya, pihak kerajaan dan kesihatan telah Berjaya mengurangkan

penularan virus COVID-19 dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan ini.Hasil

kerjasama daripada semua pihak termasuklah barisan hadapan dan juga kepatuhan rakyat

terhadap setiap arahan yang diberikan, kes jangkitan ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit

sehingga kini akhirnya kebanyakan aktiviti sudah kembali seperti biasa namun perlu mematuhi

prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Diharapkan agar wabak ini dapat
dihentikan secepat mungkin bukan sahaja di Malaysia ,malahan di seluruh negara yang sedang

mengalami wabak COVID-19 ini.

Anda mungkin juga menyukai