Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan (HADI)  

Dalam meniti arus kemodenan ini, Sebagaimana yang kita sedia maklum, isu tentang
penyakit Covid-19 tidak pernah berhenti daripada menjadi tajuk panas yang dibahaskan
dalam pelbagai media sosial dan di seantero dunia. Persoalannya, adakah masyarakat sejagat
secara keseluruhannya memanifestasikan fikiran untuk memahami secara mendalam tentang
keburukan dan kesan yang dibawa oleh wabak ini?

Coronavirus atau coronaviridae adalah nama keluarga besar virus yang dapat
menyebabkan penyakit pada manusia dan binatang. Coronavirus memiliki banyak anggota
keluarga dan tujuh daripada virus itu diketahui dapat menyerang manusia. Secara umumnya,
pada tubuh badan manusia virus ini akan menyebabkan infeksi saluran pernafasan dari tahap
ringan hingga berat. Walaubagaimanapun, penyakit yang direkodkan paling tinggi
melibatkan coronavirus ini adalah “common cold”. Terdapat tiga anggota coronavirus yang
menyebabkan infeksi saluran pernafasan berat dan yang paling baharu dikenalpasti ialah
SARS-CoV-2 atau lebih dikenali sebagai Covid-19 (Shihab, 2020). Seluruh global telah
digemparkan dengan penularan Covid-19 yang merekodkan kes pertamanya pada Disember
2019 di Wuhan, China (Organisation, 2019).

Oleh hal demikian, virus baharu ini merebak dengan kadar yang sangat pantas
sehingga Pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil tindakan untuk
mengiktirafkan wabak ini sebagai pendemik apabila penularannya melanda hampir ke seluruh
negara di muka bumi. Covid-19 memberi impak dan kejutan yang besar pada dunia apabila
memerlukan jangka masa yang singkat untuk merebak secara global. Wabak Covid-19 masih
baharu pada masa itu membuat masyarakat sentiasa dalam keadaan ketakutan. Hal ini
tercetus kerana sifat-sifat Covid-19 ini masih belum dikenal pasti pada waktu itu seterusnya
menyebabkan penumuan vaksin dan ubatan bagi melawan Covid-19 mengambil kadar masa
yang lama apatah lagi dengan pengumuman kes-kes yang melibatkan kematian sentiasa
dalam keadaan graf yang menaik setiap masa. Disebabkan itu, pihak WHO sentiasa
menjalankan penetilian-peneltilian baharu, dan mereka juga akan sentiasa mengemaskini
rekomendasi-rekomendasi bagi membantu mengurangkan penyebaran wabak Covid-19.
Konklusinya, masyarakat diperkenalkan pada kalimah Prosedur Operasi Standard
(SOP). Hal ini dititik beratkan untuk menerapkan penjarakan sosial dalam kalangan
masyarakat. Hal ini kerana, virus Covid-19 menular terutamanya melalui bersin, batuk, air
liur yang keluar dari mulut, bahkan air lendir yang keluar dari hidung. Terdapat dua cara
menyebarkan virus iaitu melalui titisan “droplet” atau udara “aerosol”. Saiz titisan yang kecil
menyebabkan ia boleh terbang sehingga jarak 2 meter seterusnya menyebabkan permukaan
yang disentuh olehnya menjadi terinfeksi. Intihanya, apabila sesseorang menyentuh
permukaan tersebut ia akan membuat kawasan tubuh badan kita terinfeksi seterusnya
merbahaya apabila virus memasuki rongga pada badan justeru membuat seseorang boleh
dijangkiti virus Covid-19.

Tiada orang bebas dari risiko dijangkiti Covid-19. Walaubagaimanapun, telah


dikenalpasti terdapat golongan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 yang terdiri daripada
kanak-kanak, warga emas, wanita hamil,pesakit dengan penyakit kronik serta pesakit yang
mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (Sejahtera, 2020). Terdapat banyak variasi
simptom Covid-19. Bermula dari tidak mempunyai sebarang simptom hingga ke simptom
merbahaya seperti kegagalan pernafasan yang boleh menyebabkan kematian. Variasi
symptom berpandukan pada daya ketahanan. Natijahnya, golongan yang berisiko tinggi
adalah golongan yang dikenalpasti mempunyai daya ketahanan yang rendah membuatkan
mereka terdiri daripada golongan yang boleh berada dalam keadaan kritikal apabila dijangkiti
virus Covid-19. Mutakhir ini, impak Covid-19 memberi tekanan yang tinggi pada negara dan
masyarakat. Pada realitinya memang tidak dinafikan bahawa kesan daripada Covid-19 sangat
luas mempengaruhi masyarakat umum, ekonomi, budaya, ekologi, politik, dan bidang lain.
Seterusnya, apakah impak yang ditinggal pendemik ini yang perlu mayarakat kupaskan dan
solusinya?
2.0 Kesihatan (FAIZ)

Tahap kesihatan yang baik merupakan salah satu rezeki tempoh jangka hayat seseorang
manusia itu tetapi pada tahun 2020 satu tragedi atau fenomena yang telah melanda rakyat
Malaysia iaitu dikenali wabak COVID-19 yang telah menyebabkan kematian dan
berpenyakit.

2.1 Jenis-Jenis Penyakit Yang Dialami

Antara impak yang paling ditakuti semasa penularan wabak COVID-19 adalah
tahap risiko yang sangat berbahaya yang mana memberi kemudaratan kesihatan
seperti demam, batuk, keletihan, sesak nafas, sakit otot dan selanjutnya boleh
membawa kepada radang paru-paru yang teruk, sindrom kesusahan pernafasan dan
lain-lain lagi yang boleh menyebabkan kepada kehilangan nyawa. Tempoh kebiasaan
jangkitan ini boleh terjadi kepada seseorang individu itu adalah antara satu hingga
empat belas hari dan kebiasaannya adalah dalam tempoh lima hari. Punca utama
terjadinya penularan wabak COVID-19 adalah melalui pemindahan iaitu melalui
titisan pernafasan yang dikeluarkan oleh seseorang individu tersebut sebagai
contohnya adalah semasa batuk atau bersin ketika keadaan tanpa memakai pelitup
muka.

Bagi mengelakkan atau mengurangkan tahap penyebaran jangkitan wabak


COVID-19, pihak kerajaan telah mengambil langkah pencegahan kepada masyarakat
dimana yang pertama adalah bagi pemakaian pelitup muka untuk mencegah jangkitan
apabila dua pihak bersemuka antara satu sama lain. Seterusnya, kerajaan juga telah
menetapkan peraturan dan prosedur yang dibenarkan yang mana langkah pencegahan
iaitu pengasingan diri dan kuarantin diri di rumah atau di mana-mana lokasi pusat
kuarantin yang telah mendapat kelulusan oleh pihak kerajaan yang mana tumpuan
kepada mereka yang didiagnosis dengan COVID-19 dan mereka yang mengesyaki
diri mereka sendiri telah dijangkiti oleh wabak tersebut. Kerajaan telah mengeluarkan
perintah bagi menyekat ke semua aktiviti yang melibatkan di kawasan luar rumah
kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Bagi mengukuhkan lagi tahap pencegahan bagi mengelakkan penularan yang


lebih meluas, kerajaan telah mengambil langkah yang seterusnya iaitu penjarakkan
sosial yang mana objektifnya adalah untuk melambatkan penularan atau penyebaran
penyakit dengan pemantauan jarak hubungan dekat antara individu. Antara kaedah
yang telah diambil pada ketika itu adalah menjalankan kuarantin, sekatan perjalanan
dan mengarahkan penutupan sekolah, tempat kerja, stadium, teater, serta pusat
membeli-belah untuk sementara waktu bagi melambatkan penyebaran wabak tersebut.
Seseorang individu juga boleh menggunakan kaedah menjauhi penjarakkan sosial
dengan mengehadkan perjalanan, mengelakkan kawasan yang sesak, dan secara
fizikal menjauhkan diri dari individu yang sakit terutamanya individu yang didapati
bergejala.

2.2 Kewujudan Vaksin COVID-19

Semasa penularan wabak COVID-19, kerajaan telah meluluskan beberapa


jenis vaksin yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia iaitu Pfizer, Sinovac dan
AstraZeneca yang mana agihan suntikan vaksin tersebut diberikan secara berperingkat
dan didahului dengan petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis serta
yang lain-lain. Tujuan pemberian vaksin ini adalah disebabkan untuk mengawal
penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi,
semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan
kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung
ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Selain itu, kerajaan juga telah memastikan beberapa golongan yang berisiko
seperti kanak-kanak, warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit
kronik, pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil terlebih
dahulu mengambil langkah pencegahan awal suntikan vaksin selain daripada petugas
hadapan dengan mengikut saranan yang diberikan oleh pihak petugas kesihatan yang
bertauliah. Setelah lengkap vaksin yang telah diberikan, kerajaan telah
mengumumkan pemberian suntikan dos penggalak atau dikenali sebagai Booster
Dose yang mana suntikan ini bertujuan bagi Penerima vaksin lengkap mendapat
perlindungan daripada penyakit COVID-19 terutamanya gejala teruk dan kematian.
Walau bagaimanapun, setelah suatu tempoh, perlindungan tersebut berkurangan.
Justeru, dos penggalak diberi untuk meningkatkan semula perlindungan tersebut.
3.0 Kadar Kematian Meningkat (ADAM)

Kemunculan suatu fenomena penyakit yang dikenali sebagai wabak COVID-19 telah
memberi pelbagai kesan negatif kepada seluruh rakyat di semua negara termasuklah di
Malaysia yang mana salah satu kesan yang sangat memberi impak yang tragis adalah tahap
kematian yang meningkat di kalangan masyarakat setempat.

3.1 Tekanan Perasaan/ Stress

Pandemik COVID-19 merupakan satu tragedi yang bukan sahaja menjejaskan


tahap kesihatan terhadap dalam badan manusia akan tetapi juga memberi kesan
negatif kepada mental manusia itu sendiri. Antara beberapa faktor keadaan ini terjadi
adalah disebabkan oleh kemerosotan ekonomi yang mana telah memberi kemudaratan
kepada syarikat dan juga majikan yang menggajikan pekerja dan keadaan telah
memberi satu tekanan perasaan dan juga stress yang melampau kepada pekerja yang
diberhentikan. Disebabkan pengangguran pekerjaan ramai di kalangan rakyat
setempat terutamanya yang telah berkeluarga mengambil langkah tanpa memikirkan
kesan dan akibatnya iaitu mengambil tindakan membunuh diri. Mengikut data yang
diperolehi, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata "Peningkatan dalam kematian
akibat kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia pada 2020 iaitu sebanyak 631 kes
berbanding 609 kes pada 2019," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari
Pencegahan Bunuh Diri Sedunia hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM mengambil beberapa inisiatif bagi menangani


isu tingkah laku bunuh diri yang sudah dilaksanakan antaranya pengukuhan Talian
Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan KKM dengan kerjasama badan
bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan akses terhadap liputan perkhidmatan
kesihatan mental dan sokongan psikososial bagi membantu individu yang
memerlukan sokongan semasa pandemik COVID-19.

"Selain itu, pertambahan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah


dan klinik kesihatan bagi mengukuhkan perkhidmatan kesihatan mental, pencegahan
keganasan dan kecederaan, serta penyalahgunaan substans.
"Malah, sokongan terhadap usaha dekriminalisasi cubaan bunuh diri di mana
usaha bagi pindaan atau pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang
menyabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah.

"Pelaksanaan dekriminalisasi cubaan bunuh diri akan menjadi anjakan dalam


usaha pencegahan bunuh diri di Malaysia, ini akan menggalakkan mereka yang
terkesan untuk tampil dan mendapatkan bantuan seawal mungkin," katanya.

Katanya, advokasi Kempen Let's TALK Minda Sihat kepada kumpulan sasar
menerusi dan masyarakat secara menyeluruh merentas agensi dan secara bersepadu
termasuk membabitkan media massa, media sosial dan pihak berkepentingan.

"Selain itu, latihan secara berterusan kepada 'first-line responders' seperti


anggota kesihatan, anggota polis, dan anggota bomba bagi meningkatkan kemahiran
pengendalian tingkah laku bunuh diri.

3.2 Kebuluran

Rakyat seluruh dunia mengalami “pandemik kelaparan” atau yang kita gelar
sebagai kebuluran. “Jutaan orang awam yang tinggal di negara dilanda konflik,
termasuk wanita dan kanak-kanak, diancam kekurangan makanan dan keadaan itu
diramal akan menjadi lebih buruk,” kata Beasley lapor agensi berita Anadolu.
Berdasarkan apa yang di katakan oleh Beasley, kita faham bahawa ramai manusia
yang berjuang dalam meneruskan kehidupan tanpa makanan bahkan ada yang
terkorban kerana tidak makan selama berhari-hari bahkan berminggu-minggu
sehingga mengakibatkan kematian. Faktor bekalan makanan yang tidak mencukupi
kerana covid 19 memberi impak yang besar kepada masyarakat, negara dan juga
dunia yang sehingga ke setiap pelusuk dunia merasakan bahangnya covid 19.

Pada September 2020, David Beasley, Pengarah Eksekutif program makanan


sedunia ,majlis keselamatan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, menyatakan bahawa
langkah-langkah yang diambil oleh negara penderma selama lima bulan sebelumnya,
termasuk penyediaan $17 trilion dalam rangsangan fiskal dan sokongan bank pusat,
penangguhan pembayaran hutang yang dilakukan oleh IMF dan negara-negara G20
untuk keuntungan negara yang lebih miskin dan bantuan dana untuk program-
program Program Makanan Sedunia, telah mencegah dan membantu 270 juta orang
dari risiko kelaparan.

Selain itu, rakyat yang berbilang kaum seperti di Malaysia bersatu dalam
menjalankan operasi memberi sumbangan pada yang tak berkemampuan dan di dalam
fasa kebuluran. Rakyat Malaysia mengadakan kempen menaikkan bendera putih di
setiap tempat kediaman yang tidak mempunyai bekalan. Oleh yang demikian, bantuan
dapat disalurkan dengan mudah dan berkesan.

4.0 Ekonomi

Pandemik COVID-19 di Malaysia telah memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi
Malaysia. Akibat daripada serangan wabak COVID-19 di Malaysia menyebabkan nilai
ringgit Malaysia menurun dan meningkatkan defisit negara.

4.1 Kadar pengangguran meningkat

Kesan utama wabak COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia ialah kadar


pengangguran di dalam negara meningkat secara mendadak. Perkara ini disebabkan
oleh banyak sektor yang dalam negara mengalami kerugian sehingga syarikat dalam
sektor tersebut terpaksa membuang pekerja-pekerja mereka untuk mengurangkan kos
perbelanjaan. Syarikat-syarikat industri pembuatan kekurangan pengeluaran bahan
mentah sehingga tidak dapat memaksimumkan pengluaran untuk di eksport ke
nagara-negara luar. Pada Jun 2021, Malaysia telah menghadapi situasi tenaga buruh
yang sukar kerana peningkatan harian kes baharu COVID-19. Sebahagian daripada
tenaga buruh telah menjadi tidak aktif, mengakibatkan pengurangan dalam saiz tenaga
buruh. Pengangguran yang lebih direkodkan pada masa itu adalah tinggi akibat
daripada pendamik COVID-19 (CHIEF STATISTICIAN MALAYSIA, 2022).
Penutupan perniagaan semasa PKP telah menyebabkan banyak syarikat tidak dapat
menampung kos perbelanjaan termasuklah gaji pekerja hingga menyebabkan syarikat
terpaksa membuang pekerja. Sehingga berlaku kenaikan kadar pengangguran pada
suku tahun pertama iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019.

Antara cadangan bagi mengurangkan kadar pengangguran dengan


memberikan galakkan dalam bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan
merupakan satu bidang yang sangat luas. Bukan itu sahaja, malah bidang
keusahawanan juga adalah satu bidang yang memperkenalkan daya inovasi baharu
dan menambah peluang pekerjaan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar
pengangguran akibat terkesan dengan wabak Covid-19. Pihak kerajaan seperti
TERAJU, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB), TEKUN NASIONAL,
dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan antara agensi yang membantu
usahawan untuk memulakan perniagan mahupun pinjaman (Team RichWorks, 2021).
Pihak kerajaan merupakan pihak yang paling penting dalam membantu untuk
menangani masalah pengangguran. Bantuan daripada pihak kerajaan ini pastinya
dapat membantu usahawan yang mahu memulakan perniagaan seperti bantuan modal
kewangan dan khidmat nasihat daripada professional. Modal kewangan adalah
keperluan yang paling penting dalam memulakan perniagaan, tanpa modal awal, suatu
perniagaan itu tidak dapat dikalsanakan. Bantuan kerajaan pastinya jaminan pekerjaan
untuk para graduan akan ada, subsidi untuk latihan sebelum bekerja pun boleh
diberikan, pemberian gaji berpatutan pun boleh dilakukan dan galakan menjadi
usahawan turut boleh dilaksanakan selagi mana pihak kerajaan terus terlibat dan
menyokong perlaksanaan ini. Pelaksanaan bantuan daripada kerajaan menjadikan
penganggur lebih bersemangat dalam melaksanakan suatu kerja terutamanya dalam
bidang keusahawanan.

4.2 Industri Pelancongan terjejas

Selain itu, industri pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan


pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Hal ini telah menyebabkan industri
pelancongan di negara ini semakin berkembang dan pesat. Namun begitu, setelah
wabak virus Covid-19 telah mengelumuni dunia, sektor pelancongan telah terjejas
disebabkan pembatalan tempahan oleh rakyat Malaysia secara tidak langsung telah
menyumbang kepada kerencatan ekonomi. Sebelum pandemik Covid-19
menyelubungi dunia beberapa bulan yang lalu, industri pelancongan dunia
berkembang pesat. Kebiasaannya, pakej-pakej pelancongan dan tiket tambang rendah
habis terjual setahun lebih awal. Sekatan terhadap kemasukan pelancong asing dan
kawalan pergerakan pelancong domestik yang ketat telah dilaksanakan. Bukan itu
sahaja, ramai pelancong juga telah membatalkan tempahan dengan syarikat perhotelan
kerana khuatir dijangkiti virus Covid-19 yang kian menular akhir-akhir ini. Memetik
kata-kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) “pelancongan
antara sektor yang paling teruk terjejas dan dijangka paling lambat untuk pulih”
(Bernama, 2020). Industri pelancongan dan kebudayaan negara mengalami kerugian
sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat pandemik
COVID-19. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat di dalam negara mengalami
kerugian teruk sehingga terdapat syarikat yang terpaksa gulung tikar (Bernama,
2020).

Secara tuntas, rakyat Malaysia sewajarnya berganding bahu bersama-sama


beberapa pihak yang terlibat dalam membantu usaha kerajaan untuk mempromosikan
pelancongan kesihatan kepada kenalan dalam negara mahupun luar negara dengan
membuat perkongsian di media sosial. Walaupun secara umumnya sektor
pelancongan terjejas teruk akibat krisis Covid-19, namun potensi industri pelancongan
kesihatan era pasca-Covid-19 dapat menjadikan masa hadapan yang lebih cerah.
Malaysia pastinya telah bersedia menerima jutaan pelancong kesihatan dari serata
dunia sebaik sahaja pandemik Covid-19 berakhir. Matlamat serta usaha untuk
memajukan ekonomi negara tidak akan tercapai jika masyarakat marhain dan
beberapa pihak yang terlibat hanya berpeluk tubuh dan tidak bekerjasama. Oleh yang
demikian, jika kita menggunakan prinsip pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat, sudah tentu kejayaan dan matlamat dapat direalisasikan
dengan jayanya untuk memantapkan industri pelancongan Malaysia.

5.0 Kawalan Keselamatan (AFIZA)

Seperti mana yang kita sedia tahu , Pandemik Coronavirus (COVID-19)


yang melanda pada tahun 2020, telah melumpuhkan pelbagai sektor diantaranya
sektor keselamatan . Pandemik Covid-19 di Malaysia memberikan pelbagai impak
dalam kehidupan seharian masyarakat. Pandemik yang menular ini secara tidak
langsung telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan, keselamatan,
ekonomi dan sosial. Dari segi keselamatan , terdapat banyak kekangan dari segi
persediaan menghadapi pandemik ini . Malaysia juga kekurangan kakitangan dari
aspek keselamatan . Kita boleh lihat bagaimana ketika itu terdapat banyak hospital
yang lumpuh kerana kekurangan kakitangan untuk menangani puluhan ribu pesakit
covid-19 ketika itu . Bahkan ketika itu , kita juga kekurangan peralatan seperti katil
pesakit biasa , katil pesakit Unit Rawatan Rapi ( ICU ) , ventilator , ultrabunyi , body
freezer , kontena mayat , silinder oksigen dan lain-lain lagi . Sepanjang tahun 2022-
2021 , kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM593 juta untuk menangani isu ini .
Itu tidak termasuk sumbangan dari dalam dan luar negara yang bernilai RM 148juta .
Untuk menangani isu lambakkan pesakit di hospital , kerajaan telah mewujudkan
PKRC ( Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid ) seperti di MAEPS Serdang dan di
kawasan-kawasan yang berisiko tinggi ketika itu . Selain itu , Kementerian Kesihatan
juga telah menubuhkan National Rapid Response Task Force supaya petugas
kesihatan boleh dimobilisasi ke negeri-negeri yang mempunyai jangkitan yang tinggi
ketika itu . Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) juga ketika itu turut dibantu
oleh rakyat Malaysia yang turut berkerjasama membantu menjadi sukarelawan di
pusat-pusat PKRC yang kekurangan kakitangan pada masa itu .

Tidak ketinggalan ketika itu , kerajaan juga telah menutup sempadan negara
serta larangan penerbangan dan pergerakan rentas negeri mahupun antarabangsa.
Tindakan drastik ini terpaksa diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan risiko
penularan wabak serta bagi memastikan kemudahan kesihatan dapat terus beroperasi
dalam kemampuan kapasiti . Bagi kawalan dalaman , kerajaan telah membuat
Sekatan Jalan Raya ( SJR ) di semua jalan-jalan utama termasuk lorong tikus bagi
menyekat pergerakan keluar masuk dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk
mengekang jangkitan covid-19 . Sekatan ini dilakukan kerana ketika itu , terdapat
segelintir masyarakat yang masih tidak peka dengan pandemik ini dan masih ingkar
dengan arahan pihak berkuasa . ggi daripada kaum Cina dan kaum India sepanjang
tempoh wabak ini melanda negara. Dalam menangani peningkatan bilangan kes
COVID19, negara telah melaksanakan pelbagai bentuk sekatan pergerakan di dalam
negeri antaranya ialah perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan
pergerakan bersyarat (PKPB), perintah kawalan pergerakan yang ditingkatkan
(PKPD), dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Usaha kerajaan ini
sedikit sebanyak telah membuahkan hasil yang positif . Dengan membendung
kemasukkan dari pelancong luar negara dan melakukan perintah kawalan pergerakan (
PKP ) , kes covid-19 dapat diturunkan dari masa ke semasa . Pendekatan ini dilakukan
oleh kerajaan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dalaman
negara. Pendekatan pertama adalah membendung wabak Covid-19 dari terus menular
di dalam negara sama ada daripada luar atau dalam negara dan pendekatan kedua
adalah memastikan eknomi rakyat tidak terjejas akibat langkah-langkah
pembendungan wabak Covid-19 yang dilaksanakan.

Pandemik Covid-19 ini juga telah memberi kesan besar terhadap sektor
ekonomi Malaysia. Sekatan pergerakan yang diperkenalkan telah menyebabkan
aktiviti ekonomi semakin jatuh di mana pengguna tidak lagi membuat pembelian
seperti biasa dan ini menyebabkan penawaran melebihi permintaan untuk barangan
dan juga perkhidmatan. Disebabkan ini, banyak perusahaan kecil dan sederhana tutup
atau jatuh muflis akibat kerugian yang dialami oleh mereka. Terdapat beberapa
syarikat tidak dapat melangsungkan perniagaan mereka serta mengalami kesukaran
untuk membayar gaji pekerja seterusnya mengakibatkan pemberhentian pekerja untuk
meminimumkan kos operasi. Terdapat juga syarikat-syarikat yang membekukan
pengambilan pekerja baru dalam tempoh ini serta mengurangkan jumlah jam bekerja
bagi pekerja yang sedia ada untuk membolehkan syarikat mereka terus
beroperasi .Tidak ketinggalan , kilang-kilang besar juga banyak yang gulung tikar
akibat dari pandemik yang melanda . Terdapat banyak keluhan daripada rakyat yang
kehilangan punca pendapatan utama akibat daripada dibuang kerja. Disaat itu ,
pelbagai usaha dari kerajaan telah dilakukan . Pelbagai bantuan dari semua sudut
diberikan kepada rakyat yang susah . Oleh yang demikian, pada 27 Mac 2020, YAB
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM 250 juta bilion yang akan memberi manfaat kepada
keseluruhan rakyat Malaysia. Pakej ini kemudian disusuli dengan langkah tambahan
bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”
sebanyak RM 10 bilion untuk membantu meringankan beban kewangan Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS). Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan
beban rakyat Malaysia untuk meneruskan kelangsungan hidup.

5.0 CADANGAN (ADAM + FAIZ)

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kami mendapati kewujudan penyakit


wabak COVID-19 ini telah mempengaruhi persekitaran dan juga memberi kesan yang
sangat buruk kepada kehidupan manusia yang mana keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya kematian, kemerosotan ekonomi dan juga kesan-kesan yang lain. Dan
keadaan ini telah memberi satu kesan yang agak positif kepada pentadbiran negara
dimana pelbagai initiatif telah diambil oleh kerajaan bagi kesejahteraan dan
keselamatan rakyat yang mana kerajaan telah memberi sumbangan kepada rakyat
yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 ini. Disamping itu, kerajaan juga
telah melaksanakan beberapa kawalan keselamatan yang mana ketika ini rakyat tidak
dibenarkan untuk berkeliaran sesuka hati bagi mencegah penyakit ini merebak secara
meluas di semua tempat. Pada ketika ini juga kami dapat melihat satu pengorbanan
yang berlaku dimana pasukan barisan hadapan yang terdiri daripada anggota polis,
warga kementerian kesihatan, dan beberapa agensi lagi yang berhujan panas
menghadapi hari-hari yang mana bagi menjaga keselamatan dan juga kesihatan
rakyat. Menurut pandangan dan cadangan kami, sesuatu kejadian yang berlaku itu
merupakan satu ujian dan juga satu kemanisan yang mana pada ketika ini kerajaan
dan rakyat akan mengambil satu iktibar dan juga pengajaran di atas kejadian berlaku
untuk menambahbaikan pada masa akan datang.

KESIMPULAN (HADI)

Kesimpulannya, kesan dari Pandemik COVID-19 menjejaskan pelbagai aspek


yang telah diterangkan antaranya kesihatan. Pandemik COVID-19 tidak mengira usia bahkan
sesiapa sahaja yang bergelar manusia turut menjadi sasarannya. Walau yang demikian
kerajaan telah memberi suntikan vaksin kepada setiap rakyat bagi mencegah penularan dan
mengurangkan risiko Pandemik COVID-19. Namun hospital-hospital dipenuhi dengan
pesakit COVID-19 sehingga terpaksa ditempatkan di pusat kuarantin yang disediakan selain
dari hospital bagi memenuhi keperluan kerajaan menangani penularan COVID-19. Pandemik
COVID-19 memberi kesan kepada kesihatan sepert sesak nafas, demam, batuk ,sakit sendi,
selesema dan lain-lain mengakibatkan kurang dayanya seseorang dalam melakukan aktiviti
sama ada bekerja atau tidak sehingga ada yang terpaksa diberhentikan serta merta atas dasar
kesihatan. Bahkan lebih teruk ada yang kehilangan nyawa , keluarga dan kawan-kawan yang
dicintai dan disayangi. Lebih menyedihkan keluarga terdekat sendiripun tidak dapat
mengikuti majlis pengebumian mangsa yang disahkan Positif COVID-19 dan hanya
jururawat dan pekerja kesihatan yang dibenarkan dengan dipakaikan pakaian khas
PPE(Peralatan Perlindungan Peribadi).
Selain itu, Pandemik COVID-19 juga mempengaruhi kemerosotan ekonomi di mana
kadar pengangguran meningkat secara mendadak. Banyak pekerja-pekerja dari pelbagai
bidang terpaksa diberhentikan kerana faktor terbatasnya pergerakkan dan faktor penurunan
ekonomi. Industri-industri juga turut terjejas teruk, diantaranya sektor pelancongan kerana
terbatasnya pergerakan rentas sempadan dan rentas negeri mengakibatkan peniaga-peniaga
kecil yang mengharapkan pelancong sama ada dari luar negara atau dalam negara seperti
Pulau Langkawi yang mengharapkan pelancong menaiki feri, kapal terbang dan
menggunakan perkhidmatan kereta sewa terpaksa menanggung kerugian akibat terhadnya
jadual keluar masuk feri dan kapal terbang. Dan keruntuhan harga minyak sehingga
berlakunya lembakan stok minyak mentah kerana kurangnya penggunaan pengangkutan
peribadi dan pengangkutan awam yang bergerak di atas jalan raya disebabkan kawalan ketat
kerajaan bagi mencegah penularan Pandemik COVID-19.

Disamping itu, disebabkan faktor keselamatan banyak kakitangan kerajaan seperti


polis, jururawat, dan lain-lain menarik diri dan ada yang sanggup melepaskan jawatan kerana
bimbang akan keselamatan anak-anak dan keluarga dirumah kerana mereka ibarat
memperjuangkan nyawa mereka bagi menyelamatkan pesakit-pesakit COVID-19. Hal yang
demikian pihak-pihak kerajaan yang terlibat secara langsung memerangi COVID-19 digelar
‘’FRONTLINER’’ iaitu barisan hadapan kerajaan. Kerajaan Ketika itu amat memperketatkan
kawalan di dalam negara sehingga bagi mereka yang berhasrat untuk keluar ke sesuatu
tempat memerlukan surat kebenaran, namun kerajaan perihatin memberikan kebenaran untuk
suami dan isteri yang berjauhan untuk berjumpa dengan pasangan atas kebenaran perdana
Menteri dengan meminta permohonan di balai polis berdekatan. Dan jika belaku kematian
ahli keluarga, rakyat dibenarkan pulang dengan syarat mendapat kelulusan dari permohonan
yang diminta dari balai polis berdekatan. Akibat COVID-19 banyak rakyat Malaysia yang
perihatin membahayakan diri tanpa menghiraukan keselamatan keluar membantu kerajan
secara tidak langsung seperti pertubuhan persatuan-persatuan yang menziarah rakyat
Malaysia yang hidup dalam keadaan terputus bekalan makanan dan minuman. Dari itulah kita
mengenal bahawa rakyat Malaysia sebenarnya perihatin sesama sendiri tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri bagi menunaikan tanggungjawab sesama manusia

Secara tuntas, Pandemik COVID-19 membuka mata semua pihak dari semua aspek
seperti pengunaan media sosial dengan betul bukan hanya untuk hiburan seperti permainan
video didalam telefon pintar. Namun pengunaan Mysejahtera diterbitkan bagi memudahkan
pengunaan seperti memeriksa dan memberi maklum balas kesihatan secara atas talian.
Perkenalan media sosial secara meluas memainkan perananan semasa Pandemik COVID-19
melanda kerana rakyat Malaysia tidak putus asa dalam mencari rezeki sehingga ada yang
membuka perniagaan kecil-kecilan bahkan membuka bidang perniagaan secara atas talian
tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan. Disebabkan kekangan dan terbatasnya pergerakan
juga media sosial digunakan sebagai alat komunikasi untuk menghubungi keluarga yang jauh
dengan panggilan video dan panggilan suara bagi mengubati rindu terhadap anak-anak,
keluarga dan kawan- kawan yang tercinta.Oleh hal yang demikian banyak aspek positif
disebalik musibah yang melanda bukan hanya negara Malaysia bahkan satu dunia turut
merasakan bahangnya sehingga ada yang mengenal erti sebenar persahabatan ,
keperimanusian , dan kekeluargaan.

RUJUKAN

References
(n.d.).
130 juta penduduk diancam 'pandemik kebuluran' akibat COVID-19. (n.d.). Retrieved from
www.bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/04/680235/130-juta-penduduk-
diancam-pandemik-kebuluran-akibat-covid-19
Bank Negara Malaysia. (2022). Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021.
Berita Harian. (n.d.). Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862128/kes-bunuh-diri-
meningkat-143-peratus
Bernama. (2020, Jun 27). Sektor pelancongan negara kerugian RM45 bilion akibat COVID-
19 - MOTAC. Retrieved from Astro Awani.
CHIEF STATISTICIAN MALAYSIA. (2022). KENYATAAN MEDIA STATISTIK
TENAGA BURUH, MALAYSIA.
Kes bunuh diri meningkat 143 peratus. (n.d.). Retrieved from www.bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862128/kes-bunuh-diri-
meningkat-143-peratus
Organisation, W. H. (2019). Apa Itu Covid-19.
Roslan, S. (n.d.). (2021c, September 10). Kes bunuh diri meningkat 143 peratus. Retrieved
from Roslan, S. (2021c, September 10). Kes bunuh diri meningkat 143 peratus. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862128/kes-bunuh-diri-
meningkat-143-peratus
Roslan, S. (n.d.). Kes bunuh diri meningkat 143 peratus. Retrieved from
www.bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862128/kes-bunuh-diri-
meningkat-143-peratus
Sejahtera, M. (2020). https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQcovid19/10/.
Shagina, M. (2020, June 4). Foreign Policy Research Institute. Retrieved from Double
Shock: The Impact of COVID-19 and the Oil Price Collapse on Russia Energy Sector:
https://www.fpri.org/article/2020/06/double-shock-the-impact-of-covid-19-and-the-
oil-price-collapse-on-russias-energy-sector/
Shihab, D. N. (2020). Covid-19. Literati.
SOALAN LAZIM VAKSIN COVID-19. (n.d.). Retrieved from mysejahtera.malaysia.gov.my:
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/vaccine/faq.pdf
Team RichWorks. (2021). Retrieved from Senarai 9 Bantuan untuk Usahawan di Malaysia:
https://richworks.com/senarai-bantuan-untuk-usahawan-di-malaysia/
The World Bank . (2022, MARCH 10). The World Bank . Retrieved from Debt Service
Suspension Initiative: https://www.worldbank.org/en/topic/debt/brief/covid-19-debt-
service-suspension-initiative
Wikipedia, e. b. (n.d.). Kesan pandemik COVID-19. Retrieved from ms.wikipedia.org:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_pandemik_COVID-19
Wikipedia, e. b. (n.d.). Kesan pandemik COVID-19. Retrieved from ms.wikipedia.org:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_pandemik_COVID-19

Anda mungkin juga menyukai