Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN ARTIKEL MAJALAH:

WABAK COVID 19 TELAH MEMBAWA KEPADA PERINTAH KAWALAN


PERGERAKAN DILAKSANAKAN DI MALAYSIA. JELASKAN
PERKEMBANGANNYA DI DUNIA DAN IMPLIKASINYA TERHADAP SOSIO-
EKONOMI PENDUDUK MALAYSIA

Apa Itu Wabak Covid-19?

Sejak kebelakangan ini, dunia telah dikejutkan dengan kehadiran wabak baru
yang mematikan dan sangat berbahaya. Wabak ini didapati berasal dari Wuhan iaitu
salah satu bandar raya di China, dengan mendapati kes pertama yang menyerang
pembeli pasar haiwan eksotik dikawasan itu pada Disember 2019. Wabak ini dikenali
sebagai Covid-19 yang pertama kali dahulunya dikenali sebagai korona virus. Corona
virus atau virus Covid-19 ini merupakan keluarga virus coronaviridae yang sama
seperti Mers-Cov yang menyerang penduduk di Timur Tengah dan Sars yang
menyerang penduduk China suatu masa dahulu.

Virus ini merupakan virus yang menganggu sistem penafasan manusia dengan
memberikan kesan pernafasan akut teruk dan memberi. Covid-19 akan menyerang
manusia dalam keadaan yang berbeza. Virus ini kebanyakannya menular antara
seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza iaitu melalui titisan pernafasan
daripada batuk atau bersin. Covid-19 ini akan berjangkit melalui tranmisi zarah
pernafasan manusia dan sentuhan. Apabila seseorang berada dalam jarak yang dekat
dengan pesakit yang mempunyai simptom, transmisi zarah akan mudah berlaku
apabila mulut dan hidung mereka terdedah. Transmisi zarah juga akan mudah berlaku
dikawasan sekeliling pesakit Covid-19.

Covid-19 akan memberikan simptom kepada mereka yang terkena virus


tersebut. Antara simptom virus ini adalah seperti demam, keletihan dan batuk kering.
Bagi warga emas, kanak-kanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah
jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan pesakit kanser adalah berisiko
tinggi untuk terkena jangkitan virus ini. Simptom yang serius adalah seperti sukar
bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian dada dan
pergerakan yang terhad. Namun begitu, apa yang lebih merisaukan lagi tentang virus
ini adalah sebahagian besar pesakit Covid-19 ini tidak menunjukkan gejala atau
simptom. Hal ini menyebabkan virus ini mudah tersebar oleh kerana ada daripada kita
yang terkena virus tersebut, namun tidak mengetahui kehadiran virus tersebut dan
menyebarkan kepada orang-orang yang terdekat seperti ibu bapa, anak-anak,
pasangan, dan orang sekeliling.

Covid-19 ini juga sangat berbahaya kerana didapati bahawa ianya sekarang
mampu bermutasi dengan keadaan sekeliling. Terdapat banyak varian yang dihasilkan
hasil daripada proses mutasi mereka antaranya ialah varian Afrika Selatan B.1.351,
varian B117 dari United Kingdom, varian B16172 dari India dan banyak lagi. Apabila
virus ini bermutasi ianya akan menyebabkan kadar kebolehjangkitan di sesuatu
kawasan geografi di mana virus baharu ini berada, akan meningkat lebih cepat
daripada yang dijangkakan serta kadar pemindahan juga akan lebih tinggi. Selain itu,
kesan daripada mutasi ini juga mampu meningkatkan kekebalan virus dan
kemungkinan besar mampu membawa maut kepada pesakit yang dijangkiti oleh virus
yang telah bermutasi.

Oleh itu, bagi memutuskan rantaian dan melambatkan pemindahan Covid-19


ini terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health
Organization (WHO) iaitu membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau
gunakan hand sanitizer, kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang
yang dijangkiti batuk atau selsema, kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka,
tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, duduk dirumah jika berasa tidak
sihat, kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung, dan amalkan
penjarakkan bagi mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai atau sesak
serta sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang
sihat atau mengalami simptom - simptom jangkitan.

Perkembangan Wabak Covid-19 di Dunia


Covid-19 pertama kali dilaporkan di banda raya Wuhan, Hubei, China pada
akhir Disember 2019. Pada awal penyebaran COVID-19, penyakit ini dikategorikan
sebagai epidemik kerana ia berlaku secara eksklusif di Wuhan, China, dan di beberapa
negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, dan Itali. Namun, pada 11 Mac 2020, WHO
mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik apabila jangkitan telah merebak ke lebih
dari 100 negara di seluruh benua termasuk Malaysia tanpa tanda-tanda keboleh
kawalan yang mampu digunakan secara berkesan.

Oleh itu, sebagai tindakan terhadap penularan wabak Covid-19 di Wuhan,


kerajaan China telah melarang perjalanan keluar masuk dari bandar Wuhan pada 23
Januari dan melaksanakan pelan kecemasan kebangsaan atau sebagai darurat. Sebagai
langkah tambahan kepada sekatan pergerakan di Wuhan, perkhidmatan pengangkutan
awam di dalam bandar digantung, tempat hiburan ditutup, dan perhimpunan awam
dilarang. Kesemua premis perniagaan yang tidak berkaitan dengan keperluan makanan
ditutup dan juga hanya seorang ahli keluarga sahaja dibenarkan keluar untuk mencari
bahan makanan. Kesemua tindakan ini menampakkan hasil dalam mengekang
penyebaran wabak Covid-19 di China dan pengurangan jumlah kes baru yang
signifikan pada 19 Februari hari ke-50 penularan wabak. Mitigasi masyarakat, yang
merujuk kepada langkah pencegahan yang diamalkan oleh orang awam adalah sangat
penting bagi membantu melambatkan kadar kebolehjangkitan virus, sebelum vaksin
ditemui.

Kesan langkah kawalan Covid-19 di China telah menunjukkan bahawa


kuarantin, penjarakan sosial, dan pengasingan populasi yang dijangkiti dapat
membendung wabak ini. Singapura, Hong Kong, serta Malaysia juga telah
menguruskan Covid-19 dengan baik melalui tindakan awal kerajaan dalam mengenal
pasti kes, mengasingkan individu yang dijangkiti, menjejak senarai kontak, dan
melalui langkah penjarakan sosial yang dipraktikkan oleh individu. Sekatan kepada
perhimpunan besar-besaran dan acara seperti perhimpunan keagamaan, perayaan, dan
persidangan juga boleh membantu dalam mengurangkan penyebaran jangkitan.

Namun begitu, setelah akhir tahun 2020 dan awal tahun 2021 kebanyakkan
negara mengalami lonjakkan angka jangkitan yang lebih drastik antaranya Amerika
Syarikat, Itali, Brazil dan banyak lagi serta Malaysia juga turut terlibat apabila
bilangan kes daripada satu angka melonjak kepada empat angka akibat ketidakboleh
kawalan masyarakat untuk menjaga diri sendiri.

Perkembangan Wabak Covid-19 di Malaysia

Perkembangan Covid-19 di Malaysia dapat dilihat melalui kes pertama Covid-


19 yang dilaporkan di Malaysia adalah pada 25 Januari 2020. Terdapat 22 kes semasa
gelombang pertama iaitu 25 Januari hingga 15 Februari yang melibatkan majoriti kes
import dan bukan rakyat Malaysia. Kemudian, 27 Februari bermulanya gelombang
kedua jangkitan yang melibatkan sebilangan besar penularan di kalangan rakyat
tempatan. Menjelang 16 Mac, kes telah dilaporkan dari kesemua negeri di Malaysia.
Sebagai tindakan terhadap penyebaran jangkitan di seluruh negara, perintah kawalan
pergerakan (PKP) telah di dikeluarkan bermula 18 Mac hingga 31 Mac. Ini membawa
kepada penyambungan tempoh PKP yang lebih lama.

Implikasi Covid-19 Terhadap Sosio-Ekonomi Penduduk Malaysia

Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang tidak reda lagi membuatkan


kebimbangan kepada kerajaan terutamanya serta rakyat. Hal ini telah memberikan
implikasi kepada sosio – ekonomi penduduk di Malaysia. Antara implikasi kepada
sosio – ekonomi penduduk ialah masalah pengangguran. Menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia, masalah pengangguran di Malaysia meningkat kepada 772,900 orang pada
kadar 4.8 peratus pada Disember 2020. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr
Mohd Uzir Mahidin, berkata bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020
meningkat 0.1 peratus atau 19,300 orang kepada 15.22 juta orang selepas mencatatkan
penurunan kecil pada bulan sebelumnya.

Mengikut sektor ekonomi, penduduk yang bekerja dalam sektor perkhidmatan


terus mencatatkan trend yang semakin meningkat terutama dalam aktiviti perdagangan
borong dan runcit, kesihatan, kerja sosial, teknologi maklumat dan komunikasi, dan
pendidikan. Bagaimanapun, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan seperti
penginapan dan perkhidmatan makanan, pengangkutan dan penyimpanan, kesenian,
hiburan dan rekreasi terus menurun yang mencerminkan kesan pandemik kepada
industri berkenaan. Hal ini telah memberi implikasi buruk kepada ekonomi penduduk
yang bekerja dalam bidang yang tidak perlu beroperasi dalam perintah kawalan
pergerakan (PKP). Ramai pekerja dibuang kerja apabila majikan tidak mampu
menanggung lagi atas kerugian yang dialami untuk meneruskan lagi perniagaan
mereka. Oleh itu, mereka yang terlibat dalam masalah pengangguran terpaksa
mencipta kerja atau mencari kerja yang lain walaupun sukar dalam situasi pandemic
yang melanda ini. Mereka boleh menjadi peniaga contohnya seperti peniaga online
berikutan sambutan yang tinggi dalam urusniaga online ini dari kalangan rakyat
Malaysia malah seluruh dunia juga.

Selain itu, implikasi Covid – 19 terhadap sosio – ekonomi penduduk di


Malaysia ialah menjejaskan sektor pendidikan negara. Sektor pendidikan ini
merangkumi pendidikan rendah dan pendidikan tinggi. Antara golongan yang terkesan
dalam sektor pendidikan ialah murid sekolah, pelajar institut pengajian tinggi, guru
serta pensyarah. Oleh kekangan daripada wabak Covid – 19 yang memaksa golongan
ini tidak meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka golongan
ini terpaksa meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran secara maya iaitu
melalui aplikasi seperti google meet, zoom meeting dan sebagainya. Oleh kerana
pembelajaran secara maya, ada daripada golongan ini tidak mempunyai akses internet
yang baik untuk meneruskan proses pembelajaran terutamanya golongan murid dan
pelajar. Hal ini, menyebabkan mereka akan ketinggalan tentang pembelajaran mereka
dan dapat merosot reputasi pembelajaran mereka.

Sektor kesihatan juga menerima implikasi daripada tersebarnya Covid – 19 ini.


Sektor kesihatan merupakan sektor yang penting bagi kesejahteraan dan keharmonian
penduduk di negara ini. Apabila munculnya wabak Covid – 19 di Malaysia, pihak
kerajaan telah melakukan segala cara dan kaedah untuk mengurangkan dan seterusnya
memutuskan kesemua rantaian kes Covid – 19 untuk mencapai angka 0 kes. Antara
usaha kerajaan yang utama adalah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan
(PKP). PKP dilakukan bagi tujuan untuk mengelakkan rakyat keluar dari rumah dan
melakukan aktiviti sosial dan aktiviti yang mampu menyebabkan kes Covid – 19.
Langkah ini amat berkesan bagi mengurangkan kadar kebolehjangkitan serta
memutuskan rantaian Covid – 19. Namun begitu, disebabkan penguatkuasaan PKP ini
telah memberi kesan yang buruk kepada penduduk. Antaranya berlaku tekanan mental
dan gangguan emosi yang disebabkan rasa tertekan apabila diberhentikan kerja atau
tertekan untuk duduk dirumah dan berlaku pergaduhan dalam keluarga. Selain itu,
kesihatan warga emas juga terjejas kerana bekalan makanan dan perubatan yang
terhad kerana mereka tidak boleh keluar dari rumah. Masalah obesity juga berlaku
dalam kalangan penduduk semasa PKP kerana tidak ada kawalan pemakanan yang
baik seperti gaya pemakanan yang sihat kerana mereka merasakan bosan dan stress
disebabkan terpaksa berkurung di dalam rumah sahaja.

Oleh itu, wabak Covid – 19 ini telah memberikan banyak implikasi yang buruk
kepada sosio – ekonomi penduduk Malaysia. Sebahagian penduduk tidak mampu
menguruskan kehidupan mereka dengan baik kerana mengalami pelbagai masalah
seperti pembayaran hutang sewa beli, tidak mempunyai sumber pendapatan dan bnyak
lagi. Namun demikian, dengan segala sekatan yang dilakukan oleh kerajaan melalui
pennguatkuasaan PKP ini , kerajaan Malaysia juga telah memberikan inisiatif dan
sumbangan kepada rakyat bagi meringankan bebenan mereka dalam menjalani
kehidupan keadaan situasi pandemik yang semakin teruk ini.
Rujukan

1. Aslamiah. 2020. Universiti Putra Malaysia. Apa itu Covid-19.


https://sgs.upm.edu.my/artikel/covid_19_apa_itu_covid_19-58177

2. Berita Harian Online. 2021. Apa yang kita tahu varian baharu COVID-19 yang
ditemui di
Britain?.https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/12/767837/apa-
yang-kita-tahu-varian-baharu-covid-19-yang-ditemui-di-britain

3. Berita Harian Online. 2021. Vietnam kesan hibrid varian COVID-19 India dan
UK. https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/05/822066/vietnam-
kesan-hibrid-varian-covid-19-india-dan-uk

4. Dr Ernest Mangantig. 2020. Akademi Sains Malaysia. Epidemiologi Covid-19:


Ketahui Bila Penularan Wabak Berada di Bawah Kawalan.

5. Rozita Talha. 2020. Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian Kes Impak Perintah
Kawalan Pergerakan kepada Penduduk Malaysia.
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter
%202020/DOSM_BPPD_1-2020_Siri-17.pdf

6. World Health Organization. Modes of transmission of virus causing COVID-


19: implication for IPC precaution recommendations;
2019. https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/modes-of-
transmission-of-virus-causing-covid-19-implications-for-ipc-precaution-
recommendations

Anda mungkin juga menyukai