Anda di halaman 1dari 4

NORMA BAHARU PASCA WABAK COVID-19

Pada mulanya, covid-19 dikesan di bandaraya Wuhan, Hubei, China. Penularan


wabak Covid-19 yang semakin serius telah melanda kira-kira 183 buah negara. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO) telah pun mengiktiraf wabak Covid-19 sebagai pandemik yang
merupakan suatu penyakit yang berterusan secara global. Covid-19 juga dikatakan sebagai
Perang Dunia Ketiga kerana virus ini telah mengancam setiap orang di dunia. Penularan
Covid-19 yang nampaknya tiada tarikh tamat,setiap negara tidak terkecuali Malaysia perlu
bergerak ke pengamalan norma baharu yang merujuk kepada amalan dan kejadian yang luar
biasa.Tiada sesiapa pun yang dapat pastikan diri tidak akan dijangkiti tanpa melakukan apa-
apa langkah pencegahan ,kerana Covid-19 dikenakan terhadap seseorang tanpa mengira
jantina,umur,dan kewarganegaraan. Sehubungan itu,norma baharu perlu “dirakyatkan” dalam
kalangan masyarakat khususnya rakyat Malaysia.

Kanak-kanak,wanita mengandung dan warga berisiko tinggi dijangkiti Covid-


19,dengan itu mereka tidak digalakkan ke mana-mana tempat awam.Selain itu,perkara yang
tidak dapat difikirkan terjadi iaitu selepas beberapa minggu percutian pada bulan Mac, pelajar
dan guru tidak dapat kembali ke sekolah serta amalan pendidikan di negara kita berubah
daripada sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada cara menggunakan
aplikasi dalam talian seperti Google Classroom, Zoom,Whatsapp dan Telegram untuk
pembelajaran di rumah. Oleh itu,guru juga perlu menguasai norma baharu ini yang tidak biasa
dilakukan. Bukan itu sahaja,kebanyakan pekerja menggunakan cara work from home dan
mereka menghadapi kemungkinan besar gaji bulanan dipotong atau dibuang kerja,seterusnya
menyebabkan masalah pengangguran.Aktiviti ekonomi seperti perdagangan juga tidak dapat
dijalankan sepenuhnya,hal ini menyebabkan pendapatan negara berkurang dan masalah
kerugian dialami oleh pihak-pihak tertentu.

Pada peringkat awal, jumlah yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia adalah
kecil.Namun ,gelombang kedua telah bermula dengan peningkatan kes Covid-19 yang
semakin serius.Sebagai persediaan,kerajaan menjalankan sekatan perjalanan dari negara
terlibat .Bermula 18Mac2020 yang lalu,kerajaan telah mengistiharkan PKP di seluruh
negara.Ini pertama kali dalam sejarah,kerajaan menguatkuasakan perintah seumpama
ini.Pergerakan dan perhimpunan ramai dilarang termasuk aktiviti sosial,sukan,keagamaan dan
kesemua premis perniagaan ditutup.Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk
Solat Jumaat juga ditangguhkan.Selain itu, sekatan perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
dan kemasukan pelawat asing ke dalam negara,penutupan semua taska,sekolah dan institusi
pendidikan tinggi dilaksanakan.Seterusnya,kerajaan menasihati rakyat supaya duduk di rumah
yang bertujuan kita terhindar daripada jangkitan Covid-19.

Antara norma baharu yang terutama adalah membasuh tangan dengan


menggunakan hand sanitizer.Kita dinasihati sentiasa bersihkan diri terutamanya tangan
kita.Wabak ini memang “hebat”,tetapi ada juga cara untuk elakkannya.Kita perlu mengawal
diri dengan tidak menyentuh muka,hidung dan mata ,selagi tangan kita tidak
dibersihkan.Sementara “duduk di rumah’’dan restoran serta kedai makan banyak yang tidak
beroperasi,kebanyakan orang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah
dengan membuat tempahan dan pembayaran menggunakan e-dompet di dalam aplikasi-
aplikasi seperti Food Panda dan Grab Food.Sama juga bagi operasi e-dagang seperti Lazada
dan Shopee yang mendapat sambutan yang lebih baik dalam tempoh pusat beli-belah ditutup
serta secara tidak langsung menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.Sepanjang PKP,Angkatan
Tentera Malaysia ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dan inilah yang luar
biasa kerana kebiasaanya sekatan jalan raya hanya melibatkan PDRM.Selain itu,penjarakan
sosial juga salah satu norma baharu yang ditegaskan oleh kerajaan sehingga kini.Menjarakkan
diri sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang lain dapat elakkan bersentuhan dan menjamin
kesihatan kita kerana risiko dijangkiti adalah rendah.Setelah PKP Fasa-2 dilaksanakan,waktu
operasi premis perniagaan keperluan harian,restoran dan stesen minyak yang sebelumnya
beroperasi sehingga 12malam atau 24jam dihadkan dari 8pagi hingga 8 malam.

Pemakaian topeng muka juga menjadi norma baharu dalam kehidupan harian
kerananya adalah langkah pencegahan wabak Covid-19 yang penting.Topeng muka mampu
menapis kira-kira 95 peratus virus sebaik-baiknya yang tiga lapisan dan penggunaan topeng
muka dapat elakkan terkena titisan cecair dari hidung atau mulut orang lain misalnya ketika
perbualan.Terdapat satu berita di media sosial,iaitu seorang wawancara CNN berasa kagum
setelah mendengar seorang wartawan CNN di China menyatakan bahawa rakyat China amat
berdisiplin kerana mereka akan memakai topeng muka sepanjang masa berada di tempat
awam dan mereka anggap itu adalah satu tanggungjawab sebagai rakyat .Sekiranya ada yang
terlupa perkara tersebut,mereka akan cuba menutup mulut dan hidung dengan pakaian.Contoh
lain,Presiden Amerika Syarikat buat pertama kalinya berjanji bahawa akan memakai topeng
muka di suatu sidang media dan buat pertama kalinya beliau memakai topeng muka semasa
beliau berada di tempat awam.Trump yang enggan berbuat demikian sebelum ini,telah
megubah fikirannya.Ini semua telah menunjukkan bahawa kepentingan memakai topeng
muka dalam pencegahan Covid-19.

Walau bagaimanapun,sambutan perayaan tahun ini cukup berbeza kerana suasana


yang kurang meriah.Anak-anak yang bekerja di luar bandar tidak dapat kembali ke kampung
untuk meraikan perayaan bersama-sama ahli keluarga.Ini disebabkan kerajaan telah
melarangkan perjalanan rentas sempadan negeri misalnya perjalanan rentas negeri untuk balik
ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri.Ia bertujuan mengelakkan kemungkinan ahli
keluarga yang disayangi terjangkit secara tidak sengaja seterusnya mewujudkan satu lagi
kluster.Ketika dalam sambutan Aidilfitri,Hari Gawai dan Pesta Kaamatan,ziarah-menziarahi
hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga
yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang serta jamuan dan
rumah terbuka juga tidak diadakan.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan, sebahagian besar aktiviti


ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi dengan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan
oleh Majlis Keselamatan Negara seperti menyediakan hand sanitizer kepada
pelanggan,garisan jarak sosial selamat dibuat,memeriksa suhu badan pelanggan dan
mencatatkan nama,nombor telefon pelanggan. Ini dapat membantu pengesanan segera
dijalankan sekiranya terdapat individu yang terjangkit.

Pada 10 Jun hingga 31 Ogos 2020,Malaysia telah memasuki ke fasa pemulihan dan
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan.Pandemik Covid-19 yang
menyebabkan sekolah terpaksa ditutup selama hampir 4 bulan,pembukaan semula sekolah
dapat dilaksanakan secara berperingkat yang dimulakan dengan murid Tingkatan 5 dan 6 serta
prasekolah dan tadika,diikuti murid Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan seterusnya
Tahun 1 hingga 4. Berdasarkan nasihat KKM, norma baharu perlu diamalkan dalam kalangan
sekolah, iaitu saringan kesihatan dilakukan di pintu masuk,penjarakan sosial dalam bilik
Pdp,tiada perhimpunan,kokurikulum dan aktiviti sukan serta hand sanitizer disediakan.Bak
kata pepatah,ditelan mati emak,diluah mati bapa.Takwim persekolahan setiap tahun yang
hampir sama,tetapi cuti akhir tahun ini telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari.
Kini,Malaysia terdapat rekod mencatatkan 0 kes jangkitan tempatan,1 kes baharu
sahaja dilaporkan serta kluster Covid-19 terbesar di Malaysia,kluster Seri Petaling juga
diumumkan tamat. Pandemik Covid-19 masih berterusan di seluruh dunia dan penularan
semula jangkitan mungkin terjadi seperti di Hong Kong jika kita mengambil mudah saranan-
saranan kerajaan. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat
mengenai jangkitan Covid-19 tetapi bukan menyebarkan maklumat palsu.Teruskanlah
perjuangan kita dengan mengamalkan norma baharu.

ONG YONG NIEN

Anda mungkin juga menyukai