Anda di halaman 1dari 16

WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH KELEBIHAN

HABBATUS SAUDA’

Amran Abdul Halimi, Ahmad Kamel Mohammedii, Nidzamuddin Zakariaiii, Walid Mohd
Saidiv, Syed Najihuddin Syed Hassanv, Abdulloh Salaehvi & Mesbahul Hoquevii

i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. amran@usim.edu.my


ii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. kamel@usim.edu.my

iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. nidzamuddin@usim.edu.my

iv Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. walid@usim.edu.my

v Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. syednajihuddin@usim.edu.my

vi Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. abdulloh@usim.edu.my

vii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. mesbahul@usim.edu.my

Abstrak

Kebelakangan ini penularan sejagat virus Novel Coronavirus (COVID19) yang telah banyak
mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia ribuan telah menggusarkan
hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta
mula memasuki negara-negara seluruh dunia khususnya di Malaysia dengan kes yang
pertama dikesan positif pada tarikh 3 Februari 2020. Penulisan ini bertujuan untuk
menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan adakah ia berkait serta
ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan
salah faham masyarakat terhadap maksud hadith Rasulullah saw yang seolah-olah
bercanggah dengan SOP PKP yang diperkenalkan di Malaysia. Penulis meneliti hadith-
hadith Rasulullah saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit
sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Ra. Penulisan ini
diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut
pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma baru sebagaimana
yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana ianya adalah tidak
bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan Rasulullah saw melalui
hadith-hadith yang kan dibincangkan ini.

Kata kunci: Covid 19, SOP, PKP, Virus, Penyakit

PENDAHULUAN

SOP bermaksud Prosedur Standard Operasi, manakala PKP ialah Perintah Kawalan
Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan
259
persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac
2020. Oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering
dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun
media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia31.

Kita telah mendengar bahawa Virus covid-19 atau yang lebih dikenal dengan
virus corona menjadi topik yang paling banyak dibicarakan semua kalangan di semua
negara di dunia saat ini menjadi isu hangat. Bagaimana tidak, kehadiran pandemik virus
covid-19 mengubah gaya hidup semua orang, baik yang terkena secara langsung
maupun tidak. Perubahan yang tiba-tiba dan tanpa persiapan tersebut tidaklah sedikit
menimbulkan kecemasan. Menurut Dr. Jiemi Ardian SpKj, perasaan cemas yang muncul
dalam menghadapi pandemik ini sebenarnya tidak selalu bermaksud mereka mengalami
gangguan kejiwaan atau gangguan kesehatan mental. Cemas dalam menghadapi suatu
kondisi yang baru tersebut merupakan bentuk adaptasi normal seseorang. 32

Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan


Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Lanjutan daripada
pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan
memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi
kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan
keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan
tertentu seperti pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan lain-lain dibenarkan beroperasi.

Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18


Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang
telah diputuskan oleh pihak berkuasa.
Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan
Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja
Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta
Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang
ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020
31
32
Chodijah, Medina,Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba, M Karya Tulis Ilmiah LPPM UIN Sunan
Gunung Djati Bandung 2020
260
keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari
orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-1933.
Kerajaan telah menyarankan agar anggota masyarakat patuh terhadap penjarakan
sosial (social distancing) dalam berurusan seperti urusan di bank, pasar raya, kedai dan
juga kaunter-kaunter perkhidmatan sepanjang PKP berlangsung. Aktiviti luar juga tidak
dibenarkan seperti aktiviti riadah, aktiviti bersama keluarga, aktiviti keramaian,
sambutan keraian dan aktiviti perhimpunan. Norma-norma sosial yang diamalkan
sebelum kes Covid-19 melanda juga tidak dibenarkan seperti bersalaman antara satu
sama lain yang dibimbangi akan menerima jangkitan seterusnya dikhuatiri
meningkatkan lagi jumlah kes Covid-19 yang baharu. Pihak KKM juga menyarankan
agar mengelakkan bersalaman atau bersetuhan jika bergejala seperti demam,
batuk/bersin dan sesak nafas. Alternatif yang disarankan oleh KKM ialah meletakkan
tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan
bersalaman dan bersentuhan (CPRC KKM, 19 Februari 2020). KKM juga mula mengambil
langkah berjaga-jaga dengan menasihati masyarakat iaitu golongan yang berisiko tinggi
supaya menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting.
Golongan berisiko tinggi yang dimaksudkan oleh KKM ialah golongan kanak-kanak,
warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit dengan
daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil. Orang ramai juga diingatkan
supaya tidak melawat pesakit di hospital jika mengalami demam, selsema dan batuk
(CPRC KKM, 21 Februari 2020). Langkah berjaga-jaga oleh pihak KKM ini bagi
mengekang penularan jangkitan Covid-19 di hospital. aranan oleh KKM dari semasa ke
semasa berkaitan pengamalan interaksi sosial masyarakat seperti penjarakan sosial telah
menunjukkan hasil yang positif seperti yang dapat dilihat dalam penurunan kes Covid-
19 yang baharu dalam tempoh PKP Fasa 334.

Kes Covid-19 Di Malaysia

Mengikut KKM Istihar Jangkitan penyakit COVID 19 Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00
tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah
kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif
dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi

33
https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/
34
Noriha Basir et.al., Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui
Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia, dalam PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature
Jilid 11 Edisi Khas, 2020 / ISSN 1823-6812 (11-31), Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, Malaysia
261
rawatan35. Apabila kita lihat di sini sekira karajaan tidak laksana PKP maka banyak lagi
jangkitan di Malaysia, dengan sebab perintah kawalan pergerakan ini maka sesetengah
masyarakat melawan kerajan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah seperti pergi
ke pasar, masjid, hantar anak sekolah dan lain lain. Di sesetengah tempat mereka langgar
juga perintah itu sehingga mereka di tahan dan di kompau sebagainama dalam berita
harian.

Menurut menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Jumlah tangkapan
kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 17,735 orang” 36.

Contoh Kes ( Covid19 ) Positif Pada 5/7/2020 Mengikut Negeri

Status Terkini Kes Covid-19 Di Malaysia

Mengikut KKM Istihar Jangkitan penyakit COVID 19 Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00
tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah
kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif
dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi
rawatan37. Apabila kita lihat di sini sekira karajaan tidak laksana PKP maka banyak lagi
jangkitan di Malaysia, dengan sebab perintah kawalan pergerakan ini maka sesetengah

35
https://kpkesihatan.com/2020/07/05/
36
Berita»Nasional, https://www.bharian.com.
37
https://kpkesihatan.com/2020/07/05/
262
masyarakat melawan kerajan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah seperti pergi
ke pasar, masjid, hantar anak sekolah dan lain lain. Di sesetengah tempat mereka langgar
juga perintah itu sehingga mereka di tahan dan di kompau sebagainama dalam berita
harian.

Menurut menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Jumlah tangkapan
kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 17,735 orang” 38.

METODOLOGI KAJIAN
Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan
Malaysia dan adakah ia berkait serta ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah
Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap maksud
hadith Rasulullah saw yang seolah-olah bercanggah dengan SOP PKP yang
diperkenalkan di Malaysia.

Metod kajian bagi penulisan ini ialah, penulis meneliti hadith-hadith Rasulullah
saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit sebagaimana
yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat RA.

DAPATAN KAJIAN
Penulisan ini diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat
dari sudut pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma
baru sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana
ianya adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan
Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang akan dibincangkan ini.
Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan
menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan
menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang
pernah diamalkan suatu masa dahulu.

Perkara yang perlu sentiasa diwaspadakan dan dielakkan ialah menggunakan


sesuatu produk kesihatan di pasaran yang mengandungi habbatus sauda’ dengan
harapan dapat mengubati semua jenis penyakit yang dialami. Ia merupakan suatu
bentuk usaha dan tawakkal yang tidak tepat.

Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah


didahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini. Tawakkal yang didahului dengan usaha
yang lebih diyakini adalah lebih tinggi nilainya di sisi Islam. Hal ini bertepatan dengan

38
Berita»Nasional, https://www.bharian.com.
263
amalan Nabi Muhammad SAW sepertimana baginda menyerahkan urusan teknik
menanam kurma kepada mereka yang berkemahiran tentangnya dengan menyatakan
bahawa: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian”39.

DALIL-DALIL BERKENAAN WABAK

Antara dalil-dalil yang banyak dikongsikan semenjak isu Covid-19 ini yang
menyatakan:

‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku
yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’ - Riwayat Al-Thabrani.

Memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak


penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya
adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.
Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ِ ِ ‫ط ح ََّّت ي علِنُوا ُِبا إِالَّ فَ َشا فِي ِهم الطَّاعو ُن واألَوجاع الَِِّت ََل تَ ُكن مضت ِِف أ‬ ٍ ِ
َ ‫َسالَف ِه ُم الَّذ‬
‫ين‬ ْ ْ ََ ْ ْ ُ َْ َ ُ ُ َ ْ ُ َ ُّ َ‫ََلْ تَظْ َه ِر الْ َفاح َشةُ ِِف قَ ْوم ق‬
‫ض ْوا‬
َ ‫َم‬
Maksudnya: Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya
secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta
penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum mereka.
Riwayat Ibn Majah (4019)40

Setelah diteliti teks hadis tersebut di dalam kitab-kitab hadis yang dikaryakan oleh
Imam al-Thabrani seperti al-Mu’jam al-Saghir, al-Mu’jam al-Awsath, dan al-Mu’jam al-Kabir,
tidak dijumpai walau satu pun hadis yang menghampiri atau menepati teks yang
terdapat di dalam hadis tersebut.

Demikian juga bahawa tidak terdapat sebarang hadis yang sahih lagi sarih
menunjukkan bahawa perbuatan berwuduk menghalang wabak dan penyakit kepada

39
http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/07/15/habbatus-sauda-penawar-penyakit/
Sahih Muslim, Kitab Fadail, Hadis 2363
40
Imam Al-Hakim al-Naisaburi mengatakan: ‫سنَاد‬ ْ ‫�حيح ا‬
ْ �
� ‫ص‬ ‫’‘ هَ َذا َح‬hadis ini isnadnya sahih’’. Rujuk Al-Mustadrak
َ ‫�ديث‬
‘ala al-Sahihain, Al-Hakim (4/582). Imam al-Bushiri mengatakan bahawa: ‫ هذا حديثصالحللعملبه‬bermaksud ‘’hadis ini
soleh (baik) untuk diamalkan’’. Rujuk Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah, Al-Bushiri (4/186). Syeikh Syu’aib
al-Arna’uth pula menyatakan bahawa hadis ini hasan lighayrih. Rujuk Sunan Ibn Majah tahqiq Syu’aib al-Arnauth
(5/150).

264
seseorang yang melakukannya. Bahkan teks yang terdapat di dalam hadis tersebut jelas
bercanggahan dengan hakikat yang berlaku apabila ia menyatakan bahawa umat Islam
yang memelihara wuduk terhindar daripada wabak penyakit. Ini kerana, merujuk
kepada hadis-hadis yang sahih, saat terjadinya wabak atau azab daripada Allah S.W.T
kepada sesuatu kaum, maka ia turut menimpa golongan soleh dan orang beriman yang
ada dalam kalangan mereka. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ummu Salamah R. Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‫ال نَ َع ْم َوإِ ْن‬ ِ ‫ وإِ ْن َكا َن فِي ِهم ص‬،ِ‫اَّلل‬


َ َ‫اِلُو َن؟ ق‬ ِ ‫ْسهُ َِب َْه ِل ْاأل َْر‬ ُّ ‫إِذَا ظَ َهَر‬
ِ ‫السوءُ ِِف ْاألَْر‬
َ ْ َ َّ ‫ول‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫ت‬ ُ ‫ قُ ْل‬، ‫ض‬ َ ‫اَّللُ ََب‬
َّ ‫ض أَنْ َزَل‬
ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ ُُثَّ يَْرِجعُو َن لَِر ََحَِة‬،‫َّاس‬ ِ ِ ‫َكا َن فِي ِهم‬
ُ ‫اب الن‬ َ ‫َص‬ َ ‫ يُصيبُ ُه ْم َما أ‬،‫صاِلُو َن‬ َ
Maksudnya: Apabila munculnya kejahatan di atas muka bumi maka Allah akan menurun azab-
Nya kepada seluruh penduduk bumi. Aku (Ummu Salamah) bertanya: Sekalipun dalam kalangan
mereka ada orang soleh? Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Ya, meskipun dalam kalangan
mereka ada orang soleh. Mereka ditimpa sepertimana yang ditimpa oleh orang ramai kemudian
mereka kembali kepada rahmat Allah.

Riwayat Al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath (2089)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa sekiranya azab Allah S.W.T menimpa
sesuatu kaum, maka ia akan meliputi kesemua yang terdapat dalam kalangan tersebut
sama ada terdapat di dalamnya orang soleh atau tidak41. Bahkan ini dikuatkan lagi
dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda:

‫اب َم ْن َكا َن فِي ِه ْم ُُثَّ بُعِثُوا َعلَى أ َْع َماِلِِ ْم‬ ٍ َّ ‫إِذَا أَراد‬
ُ ‫اب الْ َع َذ‬ َ ‫اَّللُ بَِق ْوم َع َذ ًااب أ‬
َ ‫َص‬ ََ
Maksudnya: Apabila Allah mengkehendaki azab berlaku kepada sesuatu kaum, Allah akan
menimpakan azab kepada semua yang berada dalam kalangan mereka. Kemudian mereka akan
dibangkitkan dengan amalan-amalan mereka.
Riwayat Muslim (2879)

Syeikh Muhammad Al-Amin al-Harari al-Syafi’e dalam syarahan ke atas hadis ini
berkata: “(Azab) akan meliputi kesemua yang berada dalam sesebuah kaum dari
kalangan orang yang taat dan juga pelaku maksiat”. Begitu juga yang dinyatakan oleh
Syeikh Abu Al-Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubi yang menyebut: “Allah akan

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4351-irsyad-al-hadith-siri-ke-489-status-hadis-berwuduk-
41

menghindarkan-penyakit-dan-wabak
265
membinasakan kesemua mereka dengan azab yang Dia utuskan kepada mereka yang
meliputi orang soleh dan juga orang jahat dari kalangan mereka. Adapun azab yang
menimpa orang soleh maka itu bertujuan mengangkat darjatnya serta membanyakkan
pahalanya kemudian dia akan dibangkitkan di atas niatnya yang soleh”.

Demikian juga dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab
binti Jahsy R. Anha beliau berkata:

ِ ‫الص‬
َّ ‫ك َوفِينَا‬
‫ث‬ ْ ‫ إِذَا َكثَُر‬،‫ال نَ َع ْم‬
ُ َ‫اْلَب‬ َ َ‫اِلُو َن ق‬ ُ ِ‫أَ ََنْل‬
Maksudnya: Adakah kami akan binasa dalam keadaan orang-orang soleh berada dalam kalangan
kami? Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Ya, jika kejahatan semakin banyak.
Riwayat Al-Bukhari (7059)

Larangan merentas negeri, daerah, larangan ke tempat perhimpunan, perlu penjarakan


sosial dan lain-lain, kesemua ini ada dasar dan nasnya sepertimana sabda Nabi SAW:
ِ ِ ِ ٍ ‫ض فَ َال تَ ْق َد ُموا َعلَْي ِه َوإِذَا َوقَ َع َِب َْر‬
ٍ ‫إذَا ََِس ْعتُ ْم بِِه َِب َْر‬
ُ‫ض َوأَنْتُ ْم ُبَا فَ َال ََتْ ُر ُجوا فَر ًارا مْنه‬
Ertinya:
Apabila kamu mendengarnya wabak di suatu tempat maka janganlah
kamu pergi ketempat itu, dan apabila ia berlaku ditempat kamu maka
janganlah kamu keluar lari daripadanya42.

Imam Tajuddin Al Subki berpendapat bahawa sekira kalau ada kemudharatan lebih
daripada kemuslihatan maka boleh kita tingal perkara itu maka ia berkata dalam
kitabnya:
‫الضرر يزال‬
Maksudnya:
Kemudharatan handaklah dihilangkan43.

PENGENALAN HABBATUS SAUDA’


Habbatus Sauda’ atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai
sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Habbatus Sauda kaya
dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya

42
Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. 1422 (H). Sahih al-Bukhari. Hadith 5730, juz 14.
43
Tajuddin al-Subki, 1991. al-Asybah wan-Nazha-ir, daru kutub al ilmiah, juz 1, h 51.
266
adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral
lain (6%). Mineral lain termasuklah tiamina, niasin, kalsium, asid folik, zink dan fosforus.
Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan
dan sistem keimunan badan.

Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi
Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:
“Gunalah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat yang
menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali ‘as sam’ (mati).”

Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindak
balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu
pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-


1) Membantu melegakan batuk dan selsema
2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan
3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati
4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’
5) Membantu merendahkan kolesterol
6) Membantu mengimbang aras insulin / gula dalam badan
7) Membantu melancarkan peredaran darah
8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan
10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan
11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi

Cara pengunaan Habbatus Sauda pula, sebaik – baiknya diamalkan mengambil lima
hingga tujuh biji sehari. Sesuai dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.44

Kandungan bahan aktif fitokimia dalam habbatussauda

Dalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun
2010 telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ minyak habbatussauda secara mendalam
tentang kandungan minyak habbatussauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama:

• Thymol

44
https://today.salamweb.com/ms/amalkan-habbatus-sauda-untuk-kebaikan-kesihatan/
267
• Thymoquinone (TQ)
• Tetrahydroquinone(THQ)

Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang
30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone)
adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit
(dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik
untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatussauda mempunyai bahan fitokimia


yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji
keberkesanan minyak ini untuk melawan ‘kuman super’ (superbug) yang mampu
melawan ubat antibiotik45.

45
https://drnorman.com.my/habbatussauda-kelebihannya-kepada-kesihatan/
268
MENANGANI SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP KELEBIHAN
HABBATUS SAUDA’ UNTUK RAWATAN SEMUA PENYAKIT TERMASUK
COVID 19
Pengamalan sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan lambang keimanan seseorang
Muslim. Sunnah baginda SAW diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya
keberkatan dan manfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan. Sunnah
baginda SAW adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan
Muslim. Ia sesuai dengan sabda baginda SAW yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya
iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (sunnah Nabi SAW) (Riwayat Malik,
Hadis 1594).”

Gaya hidup masyarakat Muslim banyak didorong oleh sunnah Nabi SAW.
Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam aspek penjagaan kesihatan. Masyarakat Muslim
banyak merujuk kepada sunnah baginda SAW dalam hal ehwal merawat penyakit
kerana di samping dapat meraih pahala, ia turut membawa manfaat kesihatan.
Umpamanya di Malaysia sekarang kita akan mendapati terdapat banyak iklan-iklan atau
brosur sama ada dalam kertas atau internet, dalam whatsapps atau facebook, blog-blog
dan lain-lain yang menjelaskan tentang kelebihan makanan berikut antaranya habbatus
sauda’, madu asli, jus delima, buah tin atau jus, buah kurma, kismis minda dan lain-lain
untuk menarik minat orang ramai dan untuk melariskan jualan tersebut.

Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila mengalami
masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda’. Maksud hadis berkaitan
yang berbunyi: “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali
mati46. Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul.
Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan
hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang
digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus
sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati (Mohamamad Mustaqim: 2019).

Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul.
Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan
hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang
digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus
sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Muslim bin al-Hajjaj, Sahih
46

Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215.


269
Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan menggunakan
kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus sauda’dengan
hujah produk kesihatan yang mengandungi habbatus sauda’ berupaya mengubati segala
penyakit. Adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang sesuatu
hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk
mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad.
Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian
tentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan
masyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang
dimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian ulama dapat mengelakkan daripada
timbul tafsiran yang tidak tepat.

Ulama menghuraikan hadis berhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan


bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati
penyakit-penyakit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian
kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai
penawar. Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan
kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema
akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda’
dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu
melegakan sakit gigi.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari
bahawa Imam al-Khattabi menerangkan ungkapan “penawar segala penyakit”
merupakan lafaz umum yang membawa maksud yang khusus. Penggunaan maksud
yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam al-Khattabi tidak ada satu pun
tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di dalamnya
semua manfaat bagi tujuan perubatan47.

Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda’ bermanfaat


sebagai penawar bagi segala penyakit yang dilihat sesuai diubati dengannya. Ibn Hajar
al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Imam al-Nawawi dalam Syarah Al-Nawawi ‘ala Sahih
Muslim memperincikan dengan lebih lanjut tentang maksud “penyakit yang sesuai
diubati dengannya.” Ia bermaksud bahawa habbatus sauda’ secara khususnya sesuai
untuk mengubati penyakit-penyakit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan
untuk penyakit-penyakit yang timbul disebabkan cuaca panas, misalnya. Pengkhususan
keberkesanan habbatus sauda’ untuk penyakit-penyakit “sejuk” dan pengecualian

47
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad ibn ‘Ali, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, c. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 1997.
270
keberkesanannya untuk penyakit-penyakit “panas” dalam penulisan ulama
menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus sauda’. Sehubungan
itu, kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala penyakit di dunia ini
adalah tidak tepat.

Contoh-contoh kegunaan seperti dalam kitab syarah yang dinyatakan


menunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda’.
Namun, ia tidak bermaksud habbatus sauda’ adalah ubat kepada semua penyakit di
dunia ini. Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.
Antaranya ialah mendalami dan memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis
berkenaan habbatus sauda’ ini berpandukan ilmu usul al-fiqh. Imam al-Nawawi turut
menjelaskan bahawa penyakit-penyakit yang muncul akibat keadaan yang sejuk
merupakan penyakit-penyakit yang biasa dalam kalangan masyarakat sekitar baginda
SAW pada zaman itu. Kerana itulah hadis tentang habbatus sauda’ menggambarkan
bahawa banyak manfaat boleh diperoleh daripadanya kerana ia berupaya mengubati
pelbagai jenis penyakit yang biasa pada masa tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda’ mempunyai


faedah yang banyak. Baginda SAW menyebutkan tentang kebaikannya dalam sunnah
baginda adalah untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan
terdapat potensi-potensi kegunaan habbatus sauda’ sebagai ubat untuk masalah-
masalah kesihatan yang tertentu.

Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil


kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala macam penyakit di dunia
ini secara literal kerana ia adalah kefahaman yang tidak tepat.

Rawatan Untuk COVID 19

Pada asasnya, sehingga kini tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan
COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.
Walau bagaimana pun, bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi
Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain,
boleh digunakan dalam rawatan COVID-1948.

Ketua Pengarah Kesihatan TanSri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan


pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

48
http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf
271
Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan
Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan
rawatan COVID-19.

"Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity
trial - COVID-19' yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

"NPRA akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk
kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM
sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal," katanya menerusi
hantaran di Facebook beliau malam tadi49.

Malaysia setakat ini kekal menggunakan ubat anti-malaria 'hydroxychloroquine' bagi


merawat pesakit COVID-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menghentikan sementara ujian klinikal terhadap ubat tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,


Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penggunaan ubat tersebut termasuk
kesan sampingan kepada pesakit.

Jelasnya, ubat anti radang tersebut telah digunakan sejak 40 tahun lalu bagi merawat
penyakit malaria, dan mengakui ia mempunyai kesan sampingan termasuk pada
denyutan jantung, dan mata.

“Ubat tersebut adalah ubat antiradang, jadi kalau kita menggunakan pada peringkat
awal, kita dapat mencegah iaitu penyakit melarat kepada peringkat keempat dan kelima
dan itu pandangan daripada pakar-pakar kita50.

PENUTUP

49
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-jenis-ubat-boleh-diguna-rawat-covid19-kp-kesihatan-
235763
50
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-malaysia-masih-guna-ubat-hydroxychloroquine-
untuk-rawat-pesakit-244410
272
Justeru, SOP Covid-19 seperti rawatan pemulihan dan lain-lain sangat penting
diamalkan berdasarkan suruhan daripada Rasulullah SAW supaya menjauhi daripada
penyakit kusta dan sopak agar tidak berjangkit kepada orang lain yang masih sihat.
Termasuk juga Rasulullah SAW melarang kita daripada memasuki daerah atau negara
yang dilanda wabak penyakit berjangkit atau lari daripadanya. Ini menunjukkan
penjarakan yang jauh antara satu sama lain boleh membendung penularan penyakit
berjangkit seperti Covid-19 dan seumpama dengannya. Walaupun Rasulullah SAW tidak
menyatakan berapa jauh jaraknya sama ada jarak minimum dan sebagainya, kita boleh
mengamalkan suruhan tersebut dengan mengggabungkan cadangan daripada para
pakar perubatan yang mana jarak sosial yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya
satu meter, manakala lebih dari itu adalah lebih utama. Ini bagi membendung wabak
Covid-19 dari terus berjangkit dengan lebih meluas kepada masyarakat yang masih sihat
dan perkara ini sangatlah penting terutama sekali melibatkan warga emas, kanak-kanak
atau mereka yang mempunyai penyakit-penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing
manis dan lain-lain daripada penyakit kronik kerana mereka sangat mudah terkesan
dengan penularan wabak Covid 19 ini.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan menggunakan


habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan menggunakan cara
tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang pernah diamalkan suatu
masa dahulu.

BIBLIOGRAFI

‘Abbas Mutawalli, al-Sunnah al-Nabawiyyah wa Makanatuha fi al-Tasyri‘. T.t. dan t.t.p.


Abu Dawud, Sulayman ibn al-Asy‘ath, Sunan Abu Dawud. Beirut: Dar Ihya’ al-Sunnah al-
Nabawiyyah, t.t.
Al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammd ibn Isma‘il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,”
dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al
al-Shaykh. Riyadh: Dar al-Salam, 2000.
Chodijah, Medina,Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba, M Karya Tulis Ilmiah
LPPM UIN Sunan Gunung Djati Bandung 2020

273
Noriha Basir et.al., Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori
Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia, dalam
PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 Edisi Khas,
2020 / ISSN 1823-6812 (11-31), Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, Malaysia
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad ibn ‘Ali, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, c. 2. Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997.
Ibn Majah, Muhammad ibn Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah. Al-Qahirah: Dar al-
Hadith, 1994.
Muslim, Abu al-Husayn Muslim ibn al-Hajjaj, “Sahih Muslim,” dalam Mawsu‘ah al-
Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh. Riyadh:
Dar al-Salam, 2000.
Tajuddin al-Subki, 1991. al-Asybah wan-Nazha-ir, Darul Kutub al Ilmiah, juz 1, h 51.
Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. T.t. Sahih Muslim Kitab al-Salam. Bab La ‘Adwa Wa La
Thiyarah Wa La Hamah Wa Sofar Wa La Nau’ Wa La Ghaul Wa La Yuridu
Mumrid ‘ala Musih.
Nik Mohd Nabil Ibrahim@Nik Hanafi et.al., Analisis Hadith Penyakit Berjangkit:
Mendepani Cabaran Pasca Moden, Isu 1080, Persidangan Antarabangsa Pengajian
Islamiyyat Kali Ke-3 (Irsyad2017) 3 Rd International Conference in Islamiyyat
Studies (IRSYAD2017), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, h. 651.
Berita»Nasional, https://www.bharian.com
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020
https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/
https://kpkesihatan.com/2020/07/05/
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4351-irsyad-al-hadith-siri-ke-489-
status-hadis-berwuduk-menghindarkan-penyakit-dan-wabak
http://inhad.kuis.edu.my/2020/03/22/pencerahan-hadis-wujud-penyakit-berjangkit/

274

Anda mungkin juga menyukai