Anda di halaman 1dari 2

COVID-19 : SATU PENGAJARAN

Pada penghujung tahun 2019, seluruh dunia digemparkan dengan sejenis virus yang
dinamakan Covid-19. Virus ini dipercayai bermula merebak di sebuah daerah di negara
China iaitu daerah Wuhan. Ramai penduduk Wuhan telah dijangkiti oleh virus tersebut.
Kerajaan China telah mewajibkan rakyatnya menjalani perintah berkurung untuk
memutuskan rantaian Covid-19 daripada merebak. Di Malaysia pula, pada awalnya Covid-19
tidak dapat dikawal namun, setelah kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) selama beberapa bulan, semakin hari semakin menurun kes positif Covid-19 dan
bermakna negara kita dapat dikawal dengan sangat baik. Virus ini merebak dengan sangat
cepat melalui sentuhan, bersalaman dan titisan pernafasan.

Virus ini juga memberi banyak pengajaran kepada kita. Antara pengajaran yang boleh
diambil ialah kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan. Kebersihan dan kesihatan
memainkan peranan penting bagi menghindari diri dan ahli keluarga dijangkiti oleh wabak
yang berbahaya. Ia adalah pengalaman baru bagi kebanyakan orang apabila mereka terpaksa
membiasakan diri dengan amalan kebersihan yang mungkin kurang diberi perhatian sebelum
ini. Kita perlulah membasuh tangan dengan kerap kali atau sanitasi tangan menggunakan
cecair pembasmi kuman kerana tangan ialah anggota badan yang boleh menyebabkan
jangkitan berlaku. Kita juga perlu mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.

Selain itu, virus ini memberi pengajaran kepada kita tentang kepentingan mematuhi
peraturan dan lebih berdisiplin. Kita perlulah saling hormat-menghormati, peka pada setiap
arahan kerajaan, mengamalkan norma baharu dan lain-lain. Hal ini adalah sangat penting bagi
mengekang penularan Covid-19. Kita mesti mengambil tahu tentang amalan-amalan yang
perlu dilakukan pada masa ini.

Di samping itu, pengajaran yang boleh diambil ialah kepentingan amalan berjimat
cermat. Kemerosotan ekonomi telah mengakibatkan hamper kesemua kilang-kilang ditutup.
Kita diseur untuk membeli barang keperluan sahaja buat masa ini dan tidak berbelanja
dengan boros. Jika kita berbelanja dengan boros, kita akan kehilangan sumber kewangan dan
punca pendapatan.

Akhir sekali, kita sewajarnya mengambil pengajaran tentang kepentingan menerima


berita yang sahih dan tepat serta tidak menyebarkan maklumat palsu. Seperti yang kita
dengar, berita palsu sekarang menjadi wabak dan lebih cepat tersebar berbanding virus
Covid-19. Sebelum menyebarkan sebarang maklumat, kita perlu memastikannya sahih dan
bersumberkan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menganggap virus Covid-19 ini sebagai satu
malapetaka sebaliknya sebagai satu pengajaran kepada kita.

( 358 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai