Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: COVID-19 : SATU PENGAJARAN

COVID-19 ialah sejenis penyakit pandemik. COVID-19 benar-benar menghentam


seluruh dunia. Virus ini tidak mengira bangsa, agama, status, kecil atau besar saiz
seseorang. Virus ini akan lebih mudah menjangkiti mereka yang dikategorikan dalam
golongan yang berisiko seperti sakit jantung, asma, kencing manis, darah tinggi dan warga
emas.

Virus COVID-19 disebarkan kecil melalui titisan cecair ataupun titisan yang
terhasil daripada peraikan kecil air liur ketika bercakap atau batuk dan bukannya secara
bawaan udara atau bawaan angin. Oleh itu, kita perlu menjaga penjarakan sosial kita iaitu
sekurang-kurang 1 meter dari bahu ke bahu.

COVID-19 memberikan kita satu pengajaran iaitu kita perlu menyesuaikan diri
dengan norma-norma hidup yang baru. Dari segi kebersihan, kita perlu menitikberatkan
kebersihan diri. Kebersihan sebagai salah satu kunci kesihatan kita. Kesihatan kita adalah
“kekayaan” kita. Amalan kebersihan diri yang sempurna perlu dijaga dalam sepanjang
masa seperti menutup mulut dengan pelitup muka apabila keluar dari rumah. Kita perlu
mengamalkan amalan basuh tangan dengan air dan sabun agar tidak membawa bakteria
atau virus yang mungkin dibawa oleh kita tanpa diedari.

Selain itu, kita perlu menyesuaikan diri dengan norma-norma hidup yang baru.
Dari segi ekonomi pula, sejak negara kita dilanda krisis penyakit COVID-19, ramai orang
telah kehilangan pekerjaan. Ketua isi rumah mesti bijak berbelanja untuk mengelakkan
segala pembaziran. Melalui COVID-19 ini, kita perasan tentang kepentingan menabung.
Apabila menabung membolehkan kita untuk menangani masalah yang kita hadapi semasa
kecemasan.

Kita tidak akan mengetahui bila virus COVID-19 ini akan terhapus dari muka bumi.
Jadi kita mesti mendisiplinkan diri dengan mamatuhi dengan Prosedur Standard Operasi
(SOP) yang telah ditetapkan. Kehidupan kita juga tidak sama seperti dahulu, sebelum
wabak COVID-19 dengan cakusnya menyerang manusia di seluruh dunia. Kita kena ikut
norma-norma baru yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, mencegah lebih baik daripada mengubati. Nyawa kita sangatlah
berharga dan tidak dapat digantinya. Hargailah nyawa keluarga kita dan diri sendiri.
Sama-samalah kita berdoa agar virus COVID-19 pupus dari muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai