Anda di halaman 1dari 25

AMALAN MENJAGA KESIHATAN SEMASA PANDEMIK COVID 1

Assalamualaikum……..

• Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam laman sesawang


rasminya http://www.myhealth.gov.my/ , Coronavirus adalah satu
keluarga besar virus yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan.
• Coronavirus terbaharu telah menjadi pandemik di seluruh dunia kini
dikenali sebagai Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).
• COVID-19 -dikesan di negara China.
• Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020.
• Sehingga kini, penyakit COVID-19 masih lagi menular di Malaysia.
• Pesakit COVID-19 mempunyai gejala seperti demam, batuk kering,
keletihan, sakit badan, dan sesak nafas atau sukar untuk bernafas.
• Mereka akan kehilangan deria bau atau deria rasa
• Warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain -
lebih cenderung untuk jatuh sakit teruk
• Sesetengah orang yang mempunyai virus ini dalam badan mereka tidak
akan menunjukkan sebarang gejala ataupun kelihatan sakit-Tetapi
mereka masih boleh menyebarkan penyakit ini kepada orang lain.
 Bagaimana virus covid-19 menular?
Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mengesahkan COVID-19 menular
daripada individu yang dijangkiti kepada individu yang lain melalui
titisan dari hidung atau mulut semasa batuk atau bersin.
 Orang lain yang menyentuh objek atau permukaan yang sama berisiko
mendapat jangkitan – apabila mereka menyentuh mata, hidung atau
mulutnya.
 Kita itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika kita berada dekat dengan
pesakit COVID-19 yang batuk, bersin atau bercakap dalam jarak yang
dekat.
 Beberapa amalan atau norma baru menjaga kesihatan dalam kehidupan kita
perlu diterapkan
 Pertama, menjaga penjarakan sosial walau di mana sahaja kita berada. WHO
mengesahkan pentingnya untuk kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter
daripada orang yang bergejala.
 Ini kerana COVID-19 tersebar melalui titisan pernafasan. Titisan ini, terdapat
pada tangan kita, dan boleh bergerak dari satu manusia ke manusia yang lain.
 Kita sering kali menyapa ramai orang dengan berjabat tangan, memeluk dan
mencium mereka.
 kita juga membeli barang keperluan di kedai dengan menggunakan wang yang
telah berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain.
 Ini semua boleh menyebabkan penyebaran COVID.
 Oleh itu, kita perlu hadkan semua interaksi dan sentuhan tersebut untuk
mengurangkan jangkitan dalam sesebuah komuniti.
 BARISAN PANEL HAKIM YANG ARIF LAGI BIJAKSANA

 Dalam buku Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi


Mencegah Penularan COVID-19 yang diterbitkan pada tahun 2020 oleh
KKM telah menggariskan 4 strategi norma baharu
 Strategi ke-3 dan ke-4 mempunyai kaitan dengan kesihatan kita iaitu
tentang penjarakan sosial dan penekanan 3S. 3S perlu diamalkan ketika:
 Membeli barang keperluan di pasar raya
 Membuat urusan di ATM / bank
 Membuat urusan di stesen minyak
  Apa itu 3S?
3S ialah:
 Tempat yang sesak atau crowded places
 Tempat yang sempit atau confined spaces
 Sembang dekat atau close conversation
 WHO menyatakan bahawa untuk mencegah penularan COVID-19, kita mesti
menghalang pergerakan titisan pernafasan iaitu dengan menutup mulut dan
hidung dengan cara yang betul.
 Bagaimana caranya? Pastikan siku pelitup muka dibengkokkan mengikut
kesesuaian hidung si pemakai /gunakan tisu -batuk atau bersin - buang tisu -
dengan segera dan cuci tangan dengan sabun sebaik-baiknya. Mengapa?
 Titisan pernafasan boleh menyebarkan virus. Sudah menjadi tabiat manusia,
suka menyentuh muka. Tanpa kita sedari tangan kitalah menjadi laluan utama
untuk virus masuk ke dalam tubuh melalui hidung, mata dan mulut kita.
 Kekerapan kita mencuci tangan dengan air dan sabun pembasmi kuman
adalah sistem pertahanan yang sangat berkesan.
 Mencuci tangan dengan teliti bermaksud kita membasuh setiap bahagian dan
permukaan tangan serta memusnahkan virus yang mungkin terdapat di
sekitar anggota kita.
 WHO
menyatakan
mencuci tangan
perlu
mengambil masa
antara 40 dan 60
saat.
 KKM juga telah
mengeluarkan
panduan 7
langkah mencuci
tangan dengan
betul.
 Bahan pembersih
tangan atau cecair
pembasmi kuman
juga boleh
digunakan untuk
memusnahkan
virus yang
menyebabkan
COVID-19.
Bagaimana cara
cuci tangan
menggunakan
cecair pembasmi
kuman yang
betul ? Begini …..
 Strategi yang ke-4 dalam buku Pembudayaan Norma Baharu Dalam
Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19 -menyentuh tentang
perlindungan diri dengan mengamalkan 3W.
 Apa itu 3W? 3W ialah:
 Wash– Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna cecair pembasmi
kuman
 Wear– Pakai pelitup muka apabila perlu pergi ke tempat yang sesak atau di
mana penjarakan fizikal tidak dapat dilakukan
 Wern – Jangan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk dan
bersin yang betul , dan dapatkan rawatan jika bergejala
 HADIRIN SEKALIAN
 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) agar dapat memulihkan keadaan wabak ini secepat mungkin dan
mencegah penyebarannya daripada berleluasa.
 Di Malaysia, wabak ini telah memberi impak yang sangat besar kepada
sistem kesihatan, politik, ekonomi, sosial dan pendidikan negara.
 Institusi keluarga sangat terkesan terutama aspek dalaman psikologi dan
kesejahteraan diri. Semasa pandemik Covid-19 ini, perasaan resah dan
gelisah adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.
 Sehubungan dengan itu, beberapa tip penjagaan diri yang dapat
meningkatkan kualiti kesihatan perlu diamalkan iaitu:
 Dari sudut Fizikal
 A) kita perlu kerap melakukan saringan suhu badan untuk mengetahui
tahap kesihatan ketika pandemik. Aktiviti ini kini kerap dilakukan di
setiap pintu masuk pasar raya, sekolah, dan bank.
pengunjung diwajidkan menjalani saringan suhu di dahi dengan
menggunakan alat pengesan suhu badan yang mematuhi piawaian
Bacaan suhu normal badan pengunjung yang sihat iaitu 36°C hingga
37.5°C.
Jika lebih daripada suhu tersebut dikira sebagai deman atau tidak sihat.
Jika suhu badan pengunjung menunjukkan bacaan yang tinggi, mereka
tidak akan dibenarkan masuk dan perlu melakukan pemeriksaan
kesihatan.
 Seterusnya, kita mesti mendapat tidur yang cukup untuk menjaga
kesihatan fizikal dan sistem imun.
 Kita tidak digalakkan berjaga hingga lewat malam
 Cadangan jangka masa untuk tidur bagi seseorang mendapatkan rehat
yang mencukupi adalah dalam 8 hingga 10 jam sehari.
 Pastikan susun atur ruang tidur juga perlu kemas , bersih dan suhu yang
bersesuaian.
 Wujudkan persekitaran yang menyenangkan dan sebelum tidur, tutup
telefon atau menukar mod senyap.
 Kita juga disarankan tidur dalam suasana gelap untuk membantu
meningkatkan kualiti dan kepuasan tidur. Corak tidur yang sihat
memberi impak yang besar kepada kesihatan psikologi.
Di samping itu, kita juga perlu mengamalkan senaman. Isu penjarakan sosial
tidak sepatutnya menghalang kita dari bersenam. Lakukan senaman
ringkas di rumah jika kita tidak mahu bersenam di luar.
 Senaman memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada keadaan fizikal,
malah kesihatan mental dan emosi lebih terkawal.
 luangkan masa sekurang-kurangkannya 10 minit sehari atau 3 kali
seminggu bagi aktiviti senaman.
 WHO -mencadangkan kanak-kanak yang berumur 5-17 tahun -melakukan
aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit sehari manakala 30 minit
untuk golongan dewasa.
 Aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh WHO dan KKM untuk memastikan
kita kekal aktif di rumah ialah..
 Berjalan naik dan turun tangga, senaman regangan dan gerakkan badan
mengikut alunan muzik seperti Zumba atau senamrobik.
• Selain itu, kita juga disarankan untuk keluar
mengambil angin.Jika boleh, luangkan masa di
luar rumah dengan berjalan-jalan di taman
terdekat. Perubahan pemandangan boleh
membantu tetapi jangan lupa memakai topeng
muka!

• Kita juga diminta untuk memastikan kulit kita


sentiasa lembapkan. Ini kerana dalam tempoh
pandemic COVID-19, ramai di kalangan kita
kerap menggunakan cecair pembasmi kuman
atau membasuh tangan. Untuk mengelakkan
kulit kita daripada kering, gunakan losyen!
HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN…. seterusnya
 Dari sudut Mental
A) Kita perlu menyahaktifkan berita buruk yang boleh merungsingkan
fikiran dengan mematikan telefon pintar atau TV untuk seketika bagi
melakukan digital detox.
Kita boleh melakukan aktiviti yang digemari seperti membaca buku,
beriadah ataupun berkebun
Kita perlu mengurangkan penggunaan media sosial tetapi sentiasa
mengikuti maklumat terkini mengenai situasi sekarang terutamanya
Covid-19. Namun, hadkan masa dengan memperuntukkan hanya 30
minit sehari untuk diluangkan di alam maya agar dapat membantu
kesihatan minda kita.
B) Kita juga dikehendaki menghiburkan diri dengan mendengar muzik Mainkan
lagu kegemaran untuk menceriakan mood kita dan kita mungkin dapat
mempelajari sesuatu yang baru!
C) Walaupun kerajaan melaksanakan PKP, itu bukan alasan untuk menghalang
kita berhubung secara atas talian. Sememangnya, penjarakan sosial boleh
membuat kita berasa sunyi dan terasing.
• Kita boleh menghantar mesej, menghubungi orang tersayang untuk
bertanya khabar ataupun berborak. Ini baik untuk kesihatan mental kita!
D) Meditasi:
• Sebagai manusia, kita dituntut mengikut agama masing-masing
bersembahyang atau bermeditasi ketika mengalami tekanan atau stress. Kita
boleh menyediakan jadual yang teratur bagi kegiatan harian supaya ia
menjadi rutin dan aturan gaya hidup yang sihat.
• Hal ini dapat mengurangkan gejala tekanan dan pembaziran masa.
 Seterusnya dari sudut Nutrisi, kita digalakkan mengamalkan diet yang
seimbang 
 Kita perlu melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam
pemakanan.Sumber-sumber protein seperti kekacang, ikan,
telur ,daging, sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dimasukkan
dalam diet kita setiap hari untuk mendapatkan nutrisi yang
mencukupi.
 Kita haruslah menitikberatkan pemakanan yang sihat kerana
pemakanan mempengaruhi emosi. Pastikan pengambilan air sebanyak
6 hingga 8 gelas sehari dan makan pada waktu yang ditetapkan agar
mendapat tenaga yang cukup. Jangan makan secara berlebihan kerana
boleh menyebabkan obesity serta elakkan pengambilan makanan
ringan dan berkafein yang boleh menganggu tahap kolestrol badan.
Kita juga disarankan mengekal tahap kehidratan adalah penting untuk
memastikan kesihatan badan kita dan kecerdasan otak.Minumlah air dengan
secukupnya dan mengurangkan pengambilan kafein. Sebagai alternatifnya, kita
boleh minum teh!

Selain mengambil diet yang seimbang, kita juga boleh mengambil makanan
tambahan seperti vitamin untuk memperkuatkan lagi sistem imun.

Namun begitu, dalam kesibukan kita mematuhi PKP dan


mengamalkan SOP ini dalam kehidupan seharian, kita kerap kali terlepas
pandang akan kebersihan persekitaran dan alat-alat kegunaan peribadi yang
lain. Virus COVID-19 tidak hanya tersebar melalui pernafasan tetapi juga
melalui tangan yang tidak dibersihkan semasa menyentuh mata, mulut dan
hidung.
• Amat penting untuk kita menjaga kebersihan persekitaran seperti kawasan
persekitaran tempat kerja dan di luar serta di dalam rumah,
• Selain itu, kebersihan peralatan yang sering digunakan terutamanya telefon
pintar, tablet, dan komputer harus juga diambil kira.
• Kebersihan kawasan dan alatan ini haruslah dipastikan bersih, sama ada
melalui rutin pembersihan atau setelah terdedah kepada mereka yang telah
dijangkiti.
• Pembersihan ini dapat membantu dalam memastikan pernularan jangkitan
ini boleh dicegah dan risiko jangkitan dapat dikurangkan.
• Permukaan yang kerap disentuh seperti pemegang pintu atau tingkap, alat
kawalan jauh atau alat tulis, haruslah sentiasa dibersihkan dengan
menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci nyahkuman permukaan
yang sesuai untuk membunuh kuman.
• Mereka yang ada kontak rapat dengan seseorang yang telah dijangkiti dengan virus
- lebih berisiko untuk mendapat jangkitan, dan berpotensi untuk menjangkiti orang
lain.
• Pemantauan semua kontak setelah seseorang itu terdedah kepada orang dijangkiti
dapat membantu kontak-kontak tersebut untuk mendapatkan penjagaan dan
rawatan serta mengekang penularan virus daripada terus berlaku. Proses
pemantauan ini dipanggil pengesanan kontak.
• Jika seseorang di rumah kita jatuh sakit, kita perlu memakai pelitup separuh muka
apabila berada berdekatan dengan mereka.
• Sekiranya mereka mengalami demam atau batuk, rawat mereka di rumah dan
hubungi pusat kesihatan untuk ujian saringan COVID-19.
• Jaga jarak yang selamat sehingga jenis penyakitnya dapat dipastikan dan dapatkan
rawatan perubatan secepat mungkin jika mengalami kesukaran untuk bernafas
• pesakit itu harus ditempatkan di dalam bilik lain dengan mengasingkan sudu, garfu,
pinggan dan mangkuk mereka. Peralatan tersebut juga perlu disanitasikan dengan
betul dan selamat.
Selain daripada memastikan kita terhindar daripada jangkitan COVID-
19, kesihatan diri amnya juga perlu dijaga.
 Kita perlu memastikan pakaian harian juga haruslah sentiasa bersih
walaupun kita kekal sepanjang hari berada di rumah ketika PKP ini,
 kekemasan rumah juga harus dititikberatkan di mana, kediaman yang
mempunyai hamparan permaidani haruslah dibersihkan dengan
penyedut hampagas terlebih dahulu sebelum menyembur cecair
pembasmi atau penyahkuman – lakukan sekurang-kurangnya dua kali
sehari.
 Amalan mementingkan kekemasan persekitaran di dalam dan di luar
rumah juga merupakan faktor yang penting bagi menjalankan
kehidupan yang lebih sihat dan ceria.
Hadiri sekalian……Kesimpulannya:

 Teruskan mengamalkan kelaziman baru ini, agar kita berjaya


memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19. Insyaallah kita
yakin, kita pasti akan menang dan berjaya menumpaskan pandemik
Covid-19 ini.

 Saya yakin, selepas hampir dua tahun masyarakat mengamalkan aktiviti


seharian mereka secara dalam talian dan penjarakan sosial ini, pastinya
amalan tersebut menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan kita
kelak.
 Senario bersesak yang sering dilihat sebelum ini mungkin tidak lagi
berlaku selepas PKP ditamatkan kerana masyarakat sudah selesa dengan
amalan menjaga kesihatan semasa PKP dilaksanakan.
 Kecanggihan dan kemudahan teknologi yang ada di negara ini akan
memudahkan lagi masyarakat untuk mengamalkan budaya baharu ini.
 Akhir kata dari saya, norma baharu ini mungkin menjadi perkara baharu
kepada masyarakat masa kini namun bakal menjadi amalan biasa bagi
masyarakat masa depan.
•Kita mesti jaga kita.
•Kita mesti jaga keluarga kita.
•Kita mesti jaga masyarakat kita.
•Kita mesti jaga negara kita.
•Kita lah barisan hadapan yang sebenar.
Pohon selasih banyak di Kerpan,
Pucuk dipetik sibijaksana;
Terima kasih barisan hadapan,
Keringat menitik basmi corona..

Anda mungkin juga menyukai