Anda di halaman 1dari 3

NORMA BAHARU PASCA WABAK COVID 19

Pada tahun 2020 ini, masyarakat dikejutkan dengan suatu fenomena baharu yang tidak
pernah dialami di dunia. Kemunculan penyakit ini dikenali sebagai virus Covid-19 yang
telah melanda ke seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia. Covid-19, secara lebih
khusus iaitu Koronavirus, merupakan sesuatu penyakit yang boleh membahayakan sistem
respirasi pernafasan manusia. Hal ini demikian telah menjadi isu yang hangat
diperkatakan dan menimbulkan kebimbangan serta ketakutan seluruh masyarakat kerana
ia boleh menyebabkan kematian. Wabak ini ditemui pada hujung bulan Disember 2019 di
Wuhan, China dan mula menyerang seluruh dunia pada tahun ini. Tanda awal bagi
Covid-19 adalah seperti deman berpanjangan dalam tempoh 14 hari, batuk berterusan,
kesukaran bernafas dan sebagainya. Namun, keadaan dunia menjadi semakin kelam-
kabut apabila dimaklumkan bahawa vaksin masih belum ditemui lagi untuk mengubati
penyakit tersebut sehingga kini. Pada tahun 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) secara holistik si seluruh negara
bagi memutuskan rantaian Covid-19. Pkp ini dilihat sebagai satu langkah yang berkesan
untuk memerangi pandemik penyakit tersebut. Oleh hal yang demikian, norma baharu
perlu kita lakukan bagi mengurangkan merebaknya Covid-19. Persoalan yang sering
menerjah dan menerawang ke dalam gawang minda kita adalah apakah norma baharu
pasca wabak Covid-19?
Norma baharu yang perlu kita lakukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 adalah
kita haruslah mengamalkan konsep 3W dengan mengelakkan 3S sebagai norma baharu
dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian bagi mengawal penularan Covid-
19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata
bahawa konsep 3W merangkumi kerap membasuh tangan dengan cara yang betul (wash),
memakai pelitup muka apabila keluar rumah jika bergelaja (wear) dan amaran dari
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lebih berkonsep peringatan (warn).
Peringatan tersebut termasuk amalkan etika batuk dan bersin dengan cara yang betul,
elakkan bersalaman dan bersentuhan, dapatkan rawatan dengan segera jika terdapat
gejala, amalan kunjung-mengunjung tidak dibenarkan dan duduk di rumah jika tiada
keperluan. Selain itu juga kita perlu penjarakan sosial dengan mengelakkan konsep 3S
atau 3C, iaitu menjauhi kawasan yang sesak (crowded place), mengelakkan kawasan
yang sempit (confined place) dan mengelakkan bertutur atau bersembang dekat (close
conversation). Sebagai contoh, kita hanya boleh keluar dari rumah jika perlu sahaja untuk
membeli barang keperluan dan mesti memakai pelitup muka di tempat awam bagi
mengelakkan virus memasuki ke mulut. Oleh hal yang demikian, konsep 3W amat
signifikan bagi mengurangkan penyebaran Covid-19.
Selain itu, kita sebagai rakyat Malaysia seyogianya mempraktikkan amalan kebersihan
diri dalam kehidupan seharian dengan kerap membasuh tangan dengan cara yang betul.
Membasuh tangan haruslah menggunakan sabun dan air untuk mencuci bagi membunuh
virus yang terkumpul di tangan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana membasuh
tangan mampu mencegah penyebaran virus Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia
telah menyaksikan bahawa individu harus mencuci tangan dengan sabun dan air selama
sekurang-kurangnya 20 saat, terutamanya ketika tangan kelihatan kotor, sebelum dan
selepas makan atau baru balik dari tempat luar. Selain itu juga boleh menggunakan hand
sanitizer berasaskan alkohol apabila air dan sabun tidak disediakan. Dengan
mengamalkan tabiat ini secara berterusan mampu mengelakkan diri daripada penyakit
berjangkit. Jika dilihat daripada perspektif yang berbeza, tabiat membasuh tangan juga
dapat menjadikan seseorang individu yang amat mementingkan kebersihan diri. Oleh itu,
jelaslah bahawa kerap membasuh tangan merupakan salah satu norma yang amat penting
dalam menjaga kebersihan diri.
Bukan itu sahaja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang
ramai untuk menggunakan pelitup muka apabila hendak keluar dari rumah. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana memakai pelitup muka mampu mengelakkan tangan yang
kotor menyentuh muka. Memakai pelitup muka haruslah dengan cara yang betul. Sebagai
contoh, pelitup muka ataupun topeng diletakkan di mulat dan hidung dengan teliti dan
menutupkannya dengan selamat bagi memudahkan pernafasan berlaku dengan tenang.
Ketika menggunakan pelitup muka di sesuatu tempat, tangan yang kotor dan belum
dibasuh hendaklah digelakkan daripada tersentuh dengan muka. Selepas selesai
menggunakannya, topeng yang digunakan perlu dikeluarkan dengan teknik yang betul
dan sesuai. Contohnya, keluarkan renda daripada telinga dengan tidak menyentuh dengan
hadapan topeng. Jika apabila tangan tersentuh dengan topeng secara tidak sengaja, tangan
tersebut perlu segera dibasuhkan dengan sabun dan air dengan cara menggosok tapak
tangan. Topeng yang telah digunakan haruslah dibuangkan ke dalam tong sampah dengan
segera dan bukannya digunakan semula. Oleh hal yang demikian, penggunaan topeng
merupakan peralatan perlindungan diri yang penting dalam pengamalan norma baharu ini.
Di samping itu, norma baharu yang seterusnya yang perlu diamalkan oleh kita sebagai
rakyat Malaysia adalah mengamalkan pejarakan sosial sekurang-kurangmya 1 meter
dengan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi memutuskan rantaian
penyebaran Covid-19. Sebagai contoh, membuat pembelian serta pembayaran di atas
talian seperti Shopee, GoShop dan sebagainya. Jika masyarakat terpaksa ingin berkeluar
ke luar, memastikan mengamalkan penjarakan sosial antara orang ramai seperti di
membeli makanan di restoran, membeli barang keperluan di pasar raya ataupun di pusat
membeli-belah dan sebagainya. Apabila ingin membuat bayaran di kaunter, masyarakat
perlu membuat pembayaran dengan meggunakan kad kredit bagi megelakkan jangkitan
virus Covid-19. Selain itu juga majlis sosial, keagamaan dan perkahwinan tidak
dibenarkan dianjurkan di sesuatu tempat. Musim perayaan dan amalan ziarah-
mengziarahi juga tidak dibenarkan dalam kalangan masyarakat. Malahan itu, masyarakat
boleh bersalaman dengan cara yang lain seperti meletakkan tangan di dada sebagai tanda
bersalaman. Hal ini kerana jauh semeter, namun kekalkan interaksi. Oleh itu, penjarakan
sosial amat penting dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya, bulan semakin terang baying kian jelas bahawa terdapat banyak
norma baharu yang perlu kita amalankan bagi mengurangkan pernularan penyakit Covid-
19 ini. Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya, inilah peribahasa yang perlu
menjadi pegangan agar seluruh rakyat tadak berpeluk tubuh dan hanya mementingkan
diri sendiri. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sesuatu matlamat yang diidam-idamkan
tidak akan tercapai tanpa sebarang usaha. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama
menangani pernularan penyakit Covid-19 ini demi kesejahteraan dan kemajuan negara
terjamin. Hal ini bersesuaian dengan Peribahasa Melayu yang berbunyi, bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Selain itu juga, penyebaran maklumat yang
mengenai risiko jangkitan dan langkah-langkah menangani perlu sentiasa diwar-warkan
kepada seluruh masyarakat melalui media sosial ataupun media massa. Hai ini kerana
supaya masyarakat dapat mengetahui isu-isu semasa yang mengenali penyakit Covid-19
dengan lebih lanjut bagi menyediakan kesediaan diri. Tidak dapat menafikan bahawa
semua amalan tersebut akan menjadi norma baharu kepada kehidupan masyarakat di
seluruh dunia. Amalan yang diamalkan sebagai norma baharu ini mungkin akan menjadi
perkara baharu kepada masyarakat pada masa ini serta menjadi amalan yang biasa bagi
masyarakat pada masa akan datang. Oleh itu, marilah kita bersama-sama melawan
pernularan wabak Covid-19 yang amat berbahaya ini dengan mengamalkan norma baharu
demi melahirkan rakyat Malaysia yang kuat dan sihat selalu.

Anda mungkin juga menyukai