Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU 1 Bentuk kata majmuk yang telah mantap

Menurut Nik Safiah Karim, et. Al. (1993:75) terdapat 15 perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap iaitu dimana kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.berikut merupakan 15 kata majmuk yang telah mantap :

antarabangsa olahraga beritahu

bumiputera suruhanjaya jawatankuasa

kakitangan matahari kerjasama

pesuruhjaya setiausaha sukarela

tandatangan tanggungjawab warganegara

Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya : 1. Kata nama : peribadi, peribahasa, dinihari perikemanusiaan.

2. Kata adjektif :

sukacita, dukacita

3. Kata sendi nama :

kepada, daripada

4. Kata hubung :

apabila, padahal, darihal, barangkali, Kadangkala, apakala, walhal

5. Kata tanya :

bagaimana, kenapa

KATA MAJMUK Proses yang merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentul yang terhasil itu membawa makna yang tertentu

Namun begitu, suatu perkara penting yang amat perlu disedari oleh semua pengguna bahasa ialah konsep kekecualian yang wujud dalam sistem bahasa untuk menangani sesuatu permasalahan. Kekecualian dapatlah difahami sebagai sesuatu yang menyimpang, berlainan, serta terasing daripada suatu peraturan atau hukum. Konsep ini digunakan apabila sesuatu gejala bahasa terutamanya dalam aspek tatabahasa tidak dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan akibat faktorfaktor tertentu, misalnya penggunaannya yang telah meluas dan disepakati umum sebagai bentuk yang wajar walaupun ternyata tidak menepati hukum dan rumus bahasa.

Antara contoh yang dapat dikemukakan ialah pengejaan kata majmuk.Tatabahasa Dewan (TD) edisi baharu menegaskan bahawa semua kata majmuk perlulah dieja terpisah, misalnya tengah hari, urus setia, reka bentuk, jalan raya, dan kereta api. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut jelas mengandungi dua kata dasar, misalnya antarabangsa, sukarela, kakitangan, olahraga, dan bumiputera. Dalam TD, tidak dinyatakan sebab yang meyakinkan keadaan ini berlaku selain menyatakan bahawa bentuk yang dieja rapat itu merupakan bentuk yang telah mantap. Persoalannya, apakah ukuran yang digunakan untuk membuktikan bahawa bentuk tersebut sebagai mantap ? Adakah para pengguna bahasa disarankan agar menghafal 15 kata majmuk yang mantap itu ? Kekecualian ini tidak mempunyai asas yang kukuh dan boleh dibahaskan

Anda mungkin juga menyukai