Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PAMERAN GERAKAN PENGGUNA SISWA SEMPENA HARI KOKURIKULUM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Pameran Gerakan Pengguna Siswa (GPS) IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini diadakan adalah sempena dengan hari kokurikulum. Pameran ini berlangsung selama dua hari iaitu 02/10/2012 sehingga 03/10/2012. Dalam pameran ini, pihak gerakan pengguna siswa IPSAH telah mejemput pihak hal ehwal pengguna negeri Kedah untuk mengadakan pameran. Pada hari pertama iaitu bertarikh 02 Oktober 2012 (Selasa), semua ajk pameran Gerakan Pengguna Siswa mula bekerja menyiapkan tapak untuk pameran seawal jam 8 pagi sebaik sahaja perhimpunan bersurai. Tapak untuk pameran ialah berhadapan dengan gymnasium IPG. Antara gerak kerja awal yang dilakukan ialah seperti menyusun kedudukan meja dan kerusi serta membersihkan tapak pameran. Banner untuk pameran juga digantung sebagai simbolik kepada pameran yang bakal dilangsungkan. Pada jam 10 pagi, pihak hal ehwal pengguna negeri Kedah tiba di IPG Kampus Sultan Abdul Halim bersama 3 orang pegawai. AJK GPS turut membantu pegawai yang bertugas untuk menyusun segala kelengkapan yang diperlukan untuk pameran. Antara bahan pameran yang dibawa ialah seperti risalah kepenggunaan, contoh bahan tiruan dan asli dan sebagainya. Cara-cara untuk mengenalpasti bahan-bahan yang asli dan tiruan juga turut dipersembahkan kepada para pengunjung. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan pengetahuan kepada para pengunjung dan ahli GPS itu sendiri untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu-isu kepenggunaan yang selalu terjadi dalam negara. Para pengunjung juga dapat mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna dan dapat menggunakan hak mereka sebaik mungkin dalam kehidupan seharian. Pertandingan meneka kacang dan gula-gula juga turut diadakan untuk memeriahkan suasana. Pengunjung perlu meneka jumlah kacang dan gula-gula yang terdapat di dalam balang yang disediakan dan pemenang akan dikira melalui jawapan 10 yang terhampir. Hadiah juga disediakan untuk para pemenang.

Pameran berhenti rehat seketika sekitar jam 1 tengah hari untuk solat dan makan tengah hari. Pameran disambung semula pada sebelah petang. Sambutan pada hari yang pertama ini amat menggalakkan dan dapat memberikan banyak maklumat kepada para pengunjung. Pada hari kedua pameran, GPS masih lagi mempamerkan pameran yang sama. Peraduan teka gula-gula dan kacang masih lagi diadakan untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung yang datang ke pameran. Pameran pada hari kedua berlangsung selama dua hari sahaja. Hal ini disebabkan pada sebelah petangnya ada majlis penutupan. Sepanjang hari kedua ini berlangsung, kunjungan para pengunjung juga amat memuaskan disebabkan dasar ingin tahu para pengunjung mengenai hal ehwal kepenggunaan dan juga sebagainya. Semasa perasmian penutupan di dewan, pemenang bagi pertandingan peraduan meneka gula-gula dan kacang diumumkan dengan jumlah 398. Kesimpulannya, pameran Gerakan Pengguna Siswa IPG KSAH dengan Kepenggunaan Negeri Kedah yang berlangsung selama dua hari berjaya menarik ramai pengunjung dan secara tidak langsung memberikan pendedahan mengenai hal-hal kepenggunaan. Ini amat berguna sekali kepada semua guru pelatih terutama sekali apabila berada di sekolah nanti untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Yang benar .......................................... (CHRISTOPHER TAWI ANAK TIBIN) Setiausaha, Program Pameran Gerakan Pengguna Siswa IPG Kampus Sultan Abdul Halim

08 Oktober 2012

Anda mungkin juga menyukai