Anda di halaman 1dari 23

Perkembangan Bahasa KanakKanak

Tutorial 2

Sebagai seorang guru prasekolah, anda dikehendaki mengajar membaca. Nyatakan kaedah-kaedah moden yang kerap digunakan oleh guru prasekolah untuk mengajar membaca.

KAEDAH ABJAD
kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan iaitu A, B, C, hingga Z. guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masingmasing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

KAEDAH SUKU KATA


Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata : (a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat). (c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah). (d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

KAEDAH PANDANG SEBUT


Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.

KAEDAH FONIK
untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa. unyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : a dibunyikan aaaa.., u dibunyikan uuuu..

KAEDAH GABUNGAN SUKU KATA


menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran. Gabungan ini dibuat secara sistematik. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.

Perkembangan penulisan kanak-kanak bermula sejak mereka mula memegang pensel. Dengan mengemukakan beberapa contoh, jelaskan tahap-tahap penulisan kanak-kanak.

Tahap 2 Tahap 1 (Pengulangan Linear) Tahap 3 (Menulis abjad secara rawak) Tahap 4 (Penulisan nama abjad dan penulisan fonetik)

(Cakaran)

Tahap Pramenulis
Tempoh masa kanak-kanak disediakan dengan pelbagai aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf mengikut cara yang betul dan kemas. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan tumpuan. Contoh : Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf atau mewarnakan huruf Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja Latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus dan bulatan

Tahap Mekanis
Melatih murid membentuk lambang tulisan dan tulisan yang kemas dan teratur Penekanan harus diberikan dari segi kawalan tulisan yang bertujuan untuk menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur. Contoh : Latih tubi menulis huruf secara berterusan Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat Melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar

Tahap Pelahiran
Kanak-kanak digalakkan untuk melahirkan fikiran mereka sendiri secara bertulis. Latihan menulis sebenar Kanak-kanak diminta untuk menulis dan membina ayat mereka sendiri berdasarkan bahan ransangan. Contoh : Membina ayat bagi melengkapkan cerita Meluaskan ayat dengan menambah frasa yang sesuai Menulis jawapan bagi soalan kefahaman Menulis rencana yang dibacakan guru.

Persediaan
Kanak-kanak mula belajar menulis Mula melakar dan menconteng jika diberikan alat tulis Mula menunjukkan minat terhadap alat-alat tulis dan bahan bercetak di sekeliling mereka.

Percubaan
Mula melakarkan sesuatu dan menjelaskan gambar yang dilukiskan Melukis gambar yang mempunyai bentuk yang dapat dikenali. Mula menulis huruf-huruf tertentu

Prakomunikasi
Mula belajar menulis nama mereka sendiri. Kadangkala mengeja perkataan yang diketahui secara rambang Kerap menulis, membuat eksperimen dalam penggunaan huruf Penggunaan huruf besar dan kecil sesuka hati Memberikan perhatian pada jarak huruf dan perkataan serta ruang antara garisan

Suku Kata
Menulis perkataan mengikut bunyi Tahu menggunakan huruf konsonan dan vokal bagi membina perkataan Kesalahan menulis vokal dan konsonan kerap berlaku Tulisan sudah dapat dibaca dan difahami Semakin yakin untuk menulis frasa dan ayat pendek

Menulis ayat
Mula menulis ayat-ayat pendek Mula memikirkan cara mengeja sesuatu perkataan bagi membina ayat mudah dan boleh menulis lebih daripada satu ayat mudah. Boleh membina ayat-ayat membentuk satu perenggan Belajar menggunakan kata hubung untuk menggabungkan ayat, kurang melakukan kesalahan bahasa.

Memperluas dan menambah maklumat


Sudah boleh memilih perkataan yang tepat dalam ayat, menghasilkan perenggan secara teratur dan menggunakan tanda baca dengan betul. Boleh memperluas struktur ayat Menambah maklumat dalam teks menggunakan idea sendiri

Kemahiran mendengar dipenuhi oleh pelbagai faktor. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar kanak-kanak prasekolah

faktor fizikal
Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan Faktor fizikal ini biasanya bakal mengakibatkan kanak-kanak tersebut susah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik semasa di dalam kelas

status sosioekonomi
merujuk kepada latar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli keluarga itu sendiri Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar

gangguan bunyi
Kemahiran mendengar ini boleh terganggu jika semasa mendengar terdapat pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising dan sebagainya Tumpuan kanak-kanak akan hilang dan mereka tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang disampaikan oleh guru semasa dalam kelas

Mental
Kecerdasan mental atau pemikiran akan mempengaruhi kecekapan seseorang mendengar Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan mental yang lemah tidak boleh memproses maklumat yang disampaikan dengan cepat menyebabkan kanak-kanak prasekolah itu susah untuk mengikuti proses pembelajaran yang disampaikan oleh guru semasa berada di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai