Anda di halaman 1dari 2

15 April 2013 Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan Hari Pameran

n Rekacipta & Inovasi EE601- Projek 2 yang dilaksanakan di 4 bengkel iaitu Bengkel Pendawaian, Bengkel Projek A, Bengkel Projek B dan Bengkel Pengalatan (BIN). Sebanyak 107 kumpulan projek pelajar terlibat di dalam pameran ini yang bermula dengan sesi penilaian para panel projek yang telah dilantik menilai dan memberikan markah kepada setiap kumpulan.

Bertemakan konsep Go-green projek, para kumpulan pelajar ini diberi tunjuk ajar oleh penyelia dan melakukan ujilari serta simulasi litar. Berbekalkan keazaman, kesungguhan dan kerjasama kumpulan maka terhasilnya produk rekacipta mereka di mana penghasilannya memakan masa 2 semester . Penilaian yang dilaksanakan dalam projek akhir pelajar ini secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar dengan kemahiran dan latihan dari segi teknikal dan kemahiran komunikasi.

Dalam masa yang sama melalui pameran projek ini, pelajar dapat meningkatkan lagi mutu hasil kerja mereka untuk diketengahkan. Turut mengunjungi hari pemeran ini ialah warga guru dan pelajar Sekolah Menengah Serdang, Bandar Baharu sebagai langkah bijak mempromosikan PTSB dan secara langsung mendedahkan golongan pelajar ini kepada hasil produk kerja projek para pelajar politeknik dengan lebih dekat.

Setelah diteliti dan dinilai, projek terbaik pada kali ini ialah projek hasil ciptaan Muhamad Asnawi Shaadan, Muhammad Izham Azhar dan Anas Md Tahir iaitu projek Mini Bike hasil seliaan, En. Isham Sahar. Mini Bike ini memenuhi rekacipta go-green yang menggunakan separuh konsep hybrid car dimana menggunakan motor elektrik yang menyediakan rangsangan tambahan menggunakan bateri boleh dicas semula sebagai penganti penggunaan petrol sediaada masakini.

Menurut Pengarah Program ini, En. Khairol Shah terdapat 5 lagi projek yang turut mendapat penghargaan iaitu Go-Kart, Mushroom Incubator, Mesin Pembersih Ayam, Corn Extractor, dan Smart Dustbin. Kesemua projek-projek ini sekiranya diperkembangkan idea serta inovasinya akan memberikan impak yang lebih besar dan positif pada penjagaan sistem ekosistem alam sekitar negara kita. Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan pelajar dan AJK yang telah menjayakan Hari Pameran & Inovasi JKE pada kali ini.

Anda mungkin juga menyukai