Anda di halaman 1dari 11

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)

KERTAS KERJA

Kursus Penjanaan Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui


(Renewable Energy) Melalui Pembangunan Inovasi Teknologi
Hijau Model Rumah Solar.

TARIKH:
21 – 22 Disember 2017

TEMPAT:
Perkarangan Bangunan Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

ANJURAN:
Jabatan Kejuruteraan Elektrik

DENGAN KERJASAMA:
Unit Penyelidikan & Inovasi (UPI), Polisas
JKE POLISAS

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan peruntukan


sumber kewangan bagi mengalankan program berikut:
1.1 Kursus Penjanaan Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable
Energy) Melalui Pembangunan Inovasi Teknologi Hijau Model Rumah
Solar.

2.0 PENGENALAN

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan


serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan alam semulajadi serta
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif hasil daripada aktiviti
manusia. Konsep ini adalah berlandaskan prinsip pembangunan mampan di
mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa
tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Pada tahun 2009, di Conference of the Parties (COP15) Copenhagen, Denmark,


Malaysia telah menyatakan komitmen secara sukarela untuk mengurangkan
intensiti karbon per Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40% dari
paras pada tahun 2005 menjelang tahun 2020.

Rentetan daripada komitmen tersebut Jabatan Pengajian Politeknik berhasrat


untuk melaksanakan inisiatif hijau di dalam sistem pendidikan di politeknik. Ianya
bakal mengubah sistem pengurusan politeknik melalui penumpuan bidang
kepada yang dikenalpasti dapat melahirkan tenaga kerja yang mengamalkan
inisiatif hijau, dan seterusnya menyumbang ke arah pencapaian hasrat Malaysia
maju yang mampan. Selaras dengan transformasi dan penjenamaan semula
politeknik, pendekatan ini mampu menonjolkan kemampuan politeknik dalam
menyahut seruan Kerajaan dengan lebih mantap dan tangkas serta komited bagi
melahirkan green collar job.

Dalam konteks TVET, Profesor Shymal Majumbar, Pengarah UNESCO-


UNEVOC International Centre di Bonn, Germany, telah mencadangkan satu
kerangka bagi mengorientasi semula institusi TVET ke arah menjadi institusi
TVET Hijau (Greening TVET: Connecting the Dots in TVET for Sustainable
Development (Majumdar 2006)). Dalam kerangka tersebut dicadangkan lima (5)
dimensi berikut yang perlu diberi penekanan ke arah Greening TVET:

i) Kampus Hijau (Green Campus),

ii) Program Teknologi Hijau (Green Technology Programme),

iii) Komuniti Hijau (Green Community),

iv) Penyelidikan Hijau (Green Research), dan

v) Budaya Hijau (Green Culture).


JKE POLISAS

Pendekatan yang diambil bagi pelaksanaannya adalah dengan menjadikan


pelajar sebagai penggerak utama teknologi dan amalan hijau di kampus
politeknik. Teknologi dan amalan hijau akan dibudayakan dan menjadi
tanggungjawab bersama semua pihak. Usaha tersebut juga terkandung di dalam
Hala Tuju Transformasi Politeknik (2010-2020). Pembangunan lestari perlu
diterapkan di dalam kurikulum supaya pelajar yang dihasilkan mempunyai
pengetahuan terhadap keperluan semasa, dan bertanggungjawab terhadap
penggunaan bahan mentah, tenaga, air dan alam sekitar agar tidak menjejaskan
keperluan generasi masa depan.

Pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) atau Pendidikan Berasaskan


Hasil dalam sistem pembelajaran politeknik, secara tidak langsung memudahkan
proses mengintegrasi teknologi hijau dan pembangunan mampan ke dalam
kurikulum. Melalui hasil pembelajaran (learning outcomes) yang jelas dan boleh
diukur, domain taksonomi yang tersusun daripada peringkat yang mudah hingga
ke kompleks, diikuti oleh Knowledge, Skills and Attitudes (KSA) yang ingin
dibentuk dalam diri pelajar, usaha penambahbaikan berterusan (Continous
Quality Improvement - CQI) kurikulum boleh dilakukan bagi memantapkan lagi
penguasaan pelajar dalam bidang teknologi hijau yang telah dikenalpasti.

Politeknik tidak juga tertinggal dalam melaksanakan program bagi


membudayakan teknologi hijau di kampusnya. Antaranya adalah:

i. Politeknik Merlimau Melaka telah memulakan program kontrak prestasi


tenaga (Energy Performance Contract – EPC) bagi penjimatan tenaga
elektrik.
ii. Politeknik Port Dickson, sebuah menara hibrid yang terdiri dari kincir angin
dan panel solar telah dibina. Menara hibrid ini dapat membekalkan tenaga
yang digunakan untuk menyalakan lampu-lampu koridor di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik (JKE). Manakala sebuah Model Rumah Solar telah
dibina dan digunakan sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran di
samping membekalkan tenaga untuk operasi lampu dan air pancut yang
terdapat di sebuah taman berhampiran.
iii. Politeknik Sultan Idris Shah pula, program berkaitan pemuliharaan alam
sekitar dan pembudayaan teknologi hijau sedang berjalan dengan
rancaknya. Sebagai contoh, terdapat program yang bertujuan untuk
mengelakkan pencemaran air daripada minyak dan gris, dan program
mengubahsuai minyak minyak terpakai kepada bio-diesel. Selain dari itu
terdapat juga program yang menggalakkan penjanaan pendapatan melalui
aktiviti kitar semula dan program bagi meningkatkan kesedaran mengenai
bahaya dan kaedah pengendalian sisa berjadual.

Selain daripada usaha-usaha di atas, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


(POLISAS) juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan program bagi
membudayakan teknologi hijau di kampus. Antaranya adalah:
JKE POLISAS

i. Kempen “Cabut Plug” pada alatan elektrik di dalam dan luar bangunan
sebaran melalui email POLISAS.
ii. Pelancaran Program Mygreen Kampus Dengan Kerjasama Jabatan
Perhutanan Negeri Pahang.
iii. Penghasilan Baja Kompos Daripada Sisa.
iv. Pembangunan Model Inovasi Sistem Penuaian Air Hujan (Spah)
bertempat di Jabatan Kejuruteraan Awam.

Bagi memperkasakan lagi aktiviti-aktiviti teknologi hijau di POLISAS, Jabatan


Kejuruteraan Elektrik (JKE) diberi tanggungjawab untuk merencana dan
menjayakan Bidang Tumpuan ke 4 (BT-4) melalui Plan Tindakan (PT) Blue Print
POLYGreen iaitu Bidang Pengurusan Tenaga yang memberi tumpuan kearah
mengekal dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta
menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan
pelepasan karbon di dalam sektor tenaga. Antara inisiatif yang telah
dilaksanakan adalah:

i. Memperkenalkan kursus elektif berkaitan pengurusan tenaga cekap iaitu


Kursus DEG5122 Energy Efficiency and Management. Kursus ini
menetapkan 3 CLO perlu dicapai:
1) apply the concept and principles of energy efficiency, management
and auditing in different sectors. (C3, PLO1)
2) analyze energy efficiency and management in different sectors.
(C4, PLO3)
3) demonstrate good communication skill in oral presentation
individually / in group, on assigned topic(s) within a stipulated time
frame. (A3, PLO6)
ii. Menggalakkan Inovasi Teknologi Hijau dalam penghasilan projek pelajar.
iii. Membentuk jawatankuasa POLYGreen diperingkat jabatan.

Justeru bagi melestarikan lagi komitmen Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)


untuk menjadi peneraju dalam bidang pengurusan tenaga cekap dan pengunaan
tenaga boleh diperbaharui, satu program bersama pihak industri, pensyarah dan
pelajar telah dirangka. Iaitu Kursus Penjanaan Sumber Tenaga Boleh
Diperbaharui (Renewable Energy) Melalui Pembangunan Inovasi Teknologi
Hijau Model Rumah Solar. Model teknologi solar menggunapakai sistem
fotovoltan kendiri yang terdiri daripada rangkaian modul fotovoltan (yang
mengandungi sel-sel suria) yang berfungsi untuk mengubah tenaga cahaya
daripada cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang
dijanakan kemudiannya disalurkan kepada bateri untuk tujuan simpanan tenaga
sebelum dibekalkan kepada beban elektrik yang terdapat di rumah-rumah.
Selain itu, sistem fotovoltan juga mempunyai beberapa peralatan elektronik yang
digunakan untuk tujuan kawalan cas kepada bateri dan pengubahan kuasa
elektrik yang terhasil daripada modul-modul fotovoltan kepada kuasa elektrik
yang bersesuaian dengan ciri-ciri beban elektrik yang digunakan oleh pengguna.
JKE POLISAS

Program ini akan membuka satu lembaran baru antara pihak institusi dan
pemain industri dalam merangka satu method perkongsian ilmu dan kepakaran.
Disamping dapat membantu pensyarah dalam menyampai P&P dengan lebih
effisen dan berkesan. Perkongsian ilmu ini dapat memberi pendedahan kepada
amalan terbaik dalam usaha melestarikan alam sekitar pada masa kini dan akan
datang. Adalah menjadi aspirasi Jabatan Pengajian Politeknik agar semua
aktiviti lestari yang dijalankan di setiap politeknik akan menjadi penggerak
kepada kelestarian komuniti setempat dan juga dapat membantu negeri dan
Negara untuk mencapai matlamat masing-masing.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melaksanakan program pengkongsian ilmu dan kepakaran berkenaan


pengenalan kepada sistem solar fotovoltan kendiri bersama pensyarah
dan pelajar bagi tujuan menerapkan pemahaman tentang fungsi dan
operasi sistem solar yang optima.
3.2 Manjalankan program latihan praktikal berkaitan kaedah pemasangan
sistem solar fotovoltan kendiri bersama-sama pensyarah dan pelajar bagi
tujuan membina kemahiran teknikal tentang pemasangan peralatan-
peralatan dalam sistem solar mengikut prosidur dan piawaian yang betul.

4.0 IMPAK

Cadangan Program Hasil Program Impak Program

Pengenalan kepada - Input dan maklumbalas - Meningkatkan pemahaman


sistem solar fotovoltan daripada institusi berkenaan fungsi dan
kendiri bersama berkenaan permasalahan operasi sistem solar
pensyarah dan pelajar. dan keboleh harapan fotovoltan kendiri dalam
bekalan elektrik melalui membekalkan elektrik
sistem solar. mengikut keperluan beban
yang ditetapkan.
- Meningkatkan
pengetahuan dan
pemahaman di kalangan
pensyarah dan pelajar
tentang bagaimana sistem
solar fotovoltan kendiri
dapat membantu:
• Mengurangkan
perlepasan gas rumah
hijau (GHG) disamping
mengurangkan kos utiliti
melalui penggunaan
elektrik secara
JKE POLISAS

berhemah.
• Meningkatkan
produktiviti institusi
politeknik melalui impak
sistem solar kepada
pengajaran dan
pembelajaran.

Program latihan praktikal - Membantu - Meningkatkan kemahiran


berkaitan kaedah memperkemaskan teknikal pensyarah dan
pemasangan sistem solar institusi dalam pelajar berkaitan
fotovoltan kendiri menterjemahkan PLO pemasangan peralatan-
bersama-sama dan CLO yang peralatan dalam sistem
pensyarah dan pelajar. terkandung dalam kursus solar mengikut prosidur
DET3053 Power Systems dan piawaian yang betul.
iaitu: - Menggalakan pensyarah
 Students should be dan pelajar berkongsi
able to conduct the kepakaran dengan
practical works for komuniti setempat
electrical power melalui program-program
generation, CSR disamping
transmission and mempromosikan
distribution system kesedaran berkaitan
practical procedures kepentingan
using the appropriate pemuliharaan alam
equipments. (P4, sekitar berteraskan
PLO5). pembangunan teknologi
 Students should be hijau (GE).
able to demonstrate
the awareness toward
the importance of the
environmental friendly
power generation.
(A3, PLO7)

5.0 JUSTIFIKASI

Program-program yang dicadangkan amat perlu memandangkan penglibatan


institusi dalam perlaksanaan sistem solar di POLISAS amat minima kerana
kurangnya pengetahuan dan kepakaran berkenaan sistem tersebut. Melalui program
ini, pengetahuan dan pemahaman tentang operasi sistem solar fotovoltan kendiri
yang optima bukan sahaja dapat ditingkatkan dikalangan pensyarah dan pelajar,
malahan dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran komuniti setempat
berkaitan kepentingan penjanaan tenaga elektrik solar dalam memulihara alam
sekitar daripada perlepasan gas rumah hijau (GHG). Ia selaras dengan Visi
POLYGreen Jabatan Pengajian Politeknik adalah bagi mewujudkan budaya hijau
dan melestarikan politeknik bagi melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan
JKE POLISAS

matlamat transformasi politeknik serta menjadikan Malaysia negara maju


berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun 2020.

6.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh : 21 ~ 22 Disember 2017 (Khamis-Jumaat)

Masa : 8.00 am- 5.00 pm

Tempat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), POLISAS.

7.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh / Jam
21 Dis 2017 Aktiviti
khamis
8.30-9.00 am - Taklimat daripada Ketua Projek

9.00-10.00 am - Sarapan pagi

10.00-11.30 am Modul 1 – Pengenalan kepada sistem solar (off-grid)

11.30 – 1.00 pm Modul 2 – Kajian penggunaan beban & Rekabentuk model sistem
solar (off-grid)

1.00 – 2.00 pm - Makan tengahari / solat

2.30 – 4.30 pm Modul 3 – Pengenalan kepada komponen-komponen solar off-


grid.

4.30 pm - Minum petang

05.00 pm Tamat

Tarikh / Jam
22 Dis 2017 Aktiviti
Jumaat
8.30-9.00 am - Sarapan pagi

9.00 – 12.00 pm Latihan Praktikal Pemasangan Sistem Solar Off-Grid

12.30- 2.30 pm - Makan tengahari / solat

02.30 – 04.30 pm Latihan Praktikal Pemasangan Sistem Solar Off-Grid

4.30 pm - Minum petang

05.00 pm Tamat
JKE POLISAS

8.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 10 orang pensyarah yang mengajar kursus DET3053 Power Systems dari
Jabatan Kejuruteraan Elektrik POLISAS akan menyertai program ini ,manakala
bilangan pelajar adalah seramai 30 orang iaitu dari kursus DET3053 Power Systems
sesi Disember 2017.

9.0 WAKIL INDUSTRI

Penceramah Jawatan Syarikat Bidang Kepakaran Kejayaan Lalu


En. Hairi  Managing INSPIRASI  Electrical works Pemasangan
Azuan Bin Director SEMUT  Telecommunication sistem solar
Mohammad  Chairman of SDN. BHD.  Solar Tech. hybrid di
Idris Dewan Universiti
Muda Malaysia
Pahang Pahang
(UMP),
Pekan.

10.0 SENARAI KETUA, AHLI PROGRAM SERTA SENARAI TUGAS


10.1 Senarai nama penuh ketua dan ahli projek berserta jawatan yang
disandang serta peranan.

Bil Nama Jawatan Peranan Email Telefon


1 Mohamed Ketua Bertanggungjawa noorazman@ 013-
Noor Azman Projek b dalam polisas.edu.my 8094644
Bin Bidin (KPDEE) perlaksanaan dan
pemantauan
projek.
2 Mokhtar Bin Penolong Bertanggunjawab mokhtar1@ 019-
Hashim Ketua menggerakkan polisas.edu.my 9374459
(PKPDEE) program
pengenalan dan
latihan praktikal
kepada sistem
solar.
3 Fauzianna Setiausaha/ Bertanggungjawa fauzianna@ 013-
Binti Awang Bendahari b dalam urusan polisas.edu.my 3880096
JKE POLISAS

Projek dokumentasi dan


kewangan projek.
4 Mohd Azizi bin Ahli Bertanggungjawa azizi@ 019-
Mat Muni b dalam urusan polisas.edu.my 9876229
persediaan tempat
dan peralatan
latihan.
5 Nor Sukor bin Ahli Bertanggungjawa norsukorali@ 019-
Ali b dalam urusan polisas.edu.my 9310674
persediaan tempat
dan peralatan
latihan.
6 Norazleen Bt Ahli Bertanggungjawa norazleen@ 012-
Tasuki b dalam urusan polisas.edu.my 6033401
persediaan
makan/minum.

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

Berikut adalah anggaran perbelanjaan kewangan keseluruhan untuk program yang


dirancang

Harga/unit
Bil Butiran Perbelanjaan Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)

Keperluan Peralatan Kursus:

1 Solar Panel 100Watt (polycrystalline) 2 385.00 770.00

2 Wind Turbine 100Watt (build in controller) 1 730.00 730.00

Solar Charge Controller 30Amp with LCD


3 1 140.00 140.00
Display

4 Battery 12Vdc 100Ah 1 970.00 970.00

5 DC to AC Converter Max 500Watt 1 170.00 170.00

Harga/unit
Bil Butiran Perbelanjaan Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)

6 Metelclad Box 1 168.00 168.00

7 Distribution Box
JKE POLISAS

i. Main Switch 32Amp 1 35.00 35.00

ii. ELCB 40/0.1A 1 73.00 73.00

iii. MCB 10Amp 2 6.50 13.00

iv. MCB 16Amp 3 6.50 19.50

v. Copper bus bar 1 17.00 17.00

vi. PVC Box 10Way 1 20.00 20.00

8 Copper rod c/w PVC Chamber Box 1 15.00 15.00

9 12Watt LED Light 2 35.00 70.00

10 Khind AF1601 Auto Fan 16” 1 210.00 210.00

11 13Amp Switch Socket Outlet c/w USB port 4 32.00 128.00

Jumlah Kos Peralatan RM 3,548.50

15.00 x 2
12 Perbelanjaan makan dan minum 40 orang 1200.00
hari
13 Bahan Percetakan 40 orang 5.00 200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4948.50

12.0 PENUTUP

Semoga kertas cadangan ini mendapat pertimbangan dan sokongan daripada Unit
Penyelidikan & Inovasi (UPI), Polisas. Sekaligus ia akan merancakkan lagi aktiviti
POLYGreen diperingkat POLISAS dalam bidang pegurusan sumber tenaga boleh
diperbaharui (renewable energy).

13.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh:
JKE POLISAS

……………………………………………
(MOHAMED NOOR AZMAN BIN BIDIN)
Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE)
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Tarikh:

Disokong oleh:

…………………………….……
( )

Jabatan Kejuruteraan Elektrik


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Tarikh:

Disahkan oleh:

……………………………………………
(LT. KOL. BERSEKUTU (PA) SHAMSURIA BINTI MOHD ARIFFIN)
Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai