Anda di halaman 1dari 7

TAJUK :

Kertas Fancy Tekstur Beraroma dari bahan terbuang dan bahan semulajadi.

PENGENALAN :
Bahan buangan tumbuh-tumbuhan yang tidak digunakan lagi seperti batang pisang boleh
digunakan untuk menghasilkan kertas. Ini melibatkan pengaplikasian Sektor Bekalan Tenaga meliputi
kategori Tenaga Boleh Baharu seperti biojisim yang terdiri daripada bahan semula jadi seperti tumbuh-
tumbuhan.

Selain itu, pengolahan batang pokok pisang kepada kertas mampu mengurangkan
pencemaran alam sekitar kerana kebanyakan batang pisang yang tidak digunakan biasanya akan
dibuang dan dibakar. Proses pereputan batang pisang juga akan menghasilkan gas metana yang
menjadi punca Kesan Rumah Hijau.

Justeru, penghasilan kertas daripada batang pokok pisang ini turut mengguna pakai Sektor
Pengurusan Sisa dan Air Sisa kerana hasil olahan batang pisang mampu untuk mengurangkan berat sisa
pepejal yang dibuang (Pengurangan Isipadu dan Berat Sisa) melalui pengolahan bentuk sisa batang
pisang (Pengubahsuaian Bentuk dan Keadaan Bahan Buangan) tersebut kepada kertas.

RASIONAL PROJEK:
Mengaplikasikan modul Teknologi Hijau iaitu mengolah sisa makanan isi rumah dan sisa
domestik yang lain untuk diolah menjadi bahan yang berguna dan tidak mencemarkan alam sekitar.

PERNYATAAN MASALAH:
Penguraian bahan sisa seperti batang pisang akan membebaskan gas metana yang membawa
kepada masalah pencemaran dan kesan rumah hijau. Juteru itu, selain mengurangkan pencemaran,
penghasilan kertas batang pisang yang mana warnanya seperti kertas kitar semula, juga boleh
dipelbagaikan lagi dari segi kepelbagaian warna, bau dan sesuai untuk penghasilan kertas fancy tekstur
beraroma ( berbau wangi ) dengan gabungan bahan semulajadi seperti daun pandan, kunyit, bunga
Telang dan bunga Ros.

OBJEKTIF PROJEK :
1. Menghasilkan kertas daripada batang pisang dengan kos yang sangat kecil.
2. Penghasilan kertas bewarna disesuaikan dengan ciri batang pisang.
3. Dapat mengurangkan sisa pepejal dan boleh mendapatkan nilai wang sekiranya dijual.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK:


Sesuai untuk dijadikan kertas fancy tekstur berwarna yang biasanya diguna pakai sebagai kad
ucapan, seni pemotongan kertas, scrap book dan krafttangan

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK


1. Menitik beratkan teknologi hijau dalam penghasilan produk
2. Penghasilan produk yang membantu mengurangkan pencemaran alam, kos yang sedikit dan
mesra alam.
3. Penghasilan produk inovasi yang lebih menarik dan komersial.
KOS PROJEK

BIL PERALATAN KOS


1 Batang pisang Bahan terbuang
2 Pisau Sedia ada
3 Bekas / Besen Sedia ada
4 Bahan api RM 5.00
5 Blender Sedia ada
6 Bingkai kain empat segi RM 15.00
7 Loyang / papan Sedia ada
8 Sekoji / papan nipis Sisa papan
9 Pandan/kunyit/bunga Sedia ada di taman Herba
JUMLAH RM 20.00

TINJAUAN

Apabila hasil buah pisang dan daunnya diambil, batang pisang tidak lagi digunakan. Selalunya
batang pisang akan dibakar atau dibiarkan membusuk dan keadaan ini akan menghasilkan gas karbon
dioksida yang menjadi punca Kesan Rumah Hijau dan kenaikan aras air laut serta perubahan cuaca.
Oleh itu, dengan sedikit idea teknologi hijau ini dapat mengurangkan sisa pepejal dan hasilnya dapat
digunakan semula. Selain itu, hasil teknologi ini adalah mesra alam dan mampu dijual semula.

KAEDAH PENYELIDIKAN
1. Penyediaan peralatan barang.
2. Batang pisang dipotong dan direndam semalaman, batang pisang direbus sehingga lembut.
3. Hasil tadi di kisar dan dimasukkan dalam bekas segi empat.
4. Bingkai kain direndam didalam bekas segi empat tadi dan diratakan.
5. Bingkai kain diangkat dan ditelangkupkan di atas cermin serta diratakan menggunakan sekoji.
6. Bingkai kain diangkat dan kepingan kisaran batang pisang akan melekat pada permukaan
cermin.
7. Hasil dikeringkan dibawah matahari sehingga kering.

PELAN PERANCANGAN PROJEK


1. Perbincangan bersama guru penasihat.
2. Membuat kertas kerja.
3. Mengagihkan tugas.
4. Penyediaan alat.
5. Menyiapkan bahan projek.
6. Perlaksanaan pembentangan.
7. Laporan dan dokumentasi.
PROSES KERJA

MULA

GURU PEMBIMBING TAKLIMAT PROJEK

KETUA KUMPULAN PEMILIHAN TAJUK PROJEK DAN


PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN

PEMBETULAN

MURID PEMBENTANGAN KERTAS


CADANGAN

TIDAK

DI TERIMA

AKTIVITI PROJEK

PENAMBAHBAIKAN
PENYERAHAN HASIL PROJEK DAN
DRAFT LAPORAN

TIDAK

DITERIMA

MURID MEMBENTANG PROJEK

MURID MENGHANTAR LAPORAN

MENYEMAK LAPORAN DAN


PANEL/GURU PEMBIMBING MENILAI HASIL PROJEK

MEMBUAT KESIMPULAN
LOG AKTIVITI GERAK KERJA

BIL TARIKH AKTIVITI TEMPAT LAPORAN DAN


TINDAKAN
1 17/9/18 Perjumpaan peserta bersama Taklimat disampaikan
guru pembimbing dan taklimat Bilik Cempaka oleh Guru Penolong
1.30 -3.00 ptg ringkas berkenaan Sari Koko dan Guru
pertandingan. Pembimbing

2 23/9/18 Pembentangan tajuk projek dan Bilik Cempaka Peserta membentang


pemilihan projek yang Sari beberpa tajuk projek
1.30 -3.00 pg bersesuaian dan guru memilih
projek yang
bersesuaian iaitu
Inovasi kertas batang
pisang menjadi kertas
fancy tekstur.
3 24/9 -26/9/18 Penyediaan Kertas Cadangan Pusat Ketua kumpulan dan
Sumber. ahli kumpulan
1.30 -3.00 ptg menyiapkan kertas
cadangan.
4 27/9/18 Pembentangan Kertas Cadangan Bilik Cempaka Peserta membuat
Sari pembentangan
1.30 -3.00 ptg dihadapan guru
pembimbing.
5 28/9/18 Penyediaan Bahan dan Makmal Pelajar menyiapkan
peralatan Kimia dan bingkai kain empat segi
9.00 -11.00 pg Bilik Seni dan sekoji dibilik seni
dan memnyediakan
peralatan di makmal
kimia.
6 29/9/18 Mencari batang pisang di sekitar Kangkar pulai Pelajar mendapat
kawasan kediaman batang pisang dari
10.00 -11.30 seorang penduduk
pg yang sedang
membersihkan
kawasan kediaman.
7 30/9/18 Memproses batang pisang Makmal Pelajar menjalankan
meracik dan merendam kimia aktiviti dan dipantau
1.30 -3.00 ptg semalaman oleh pembantu
makmal.
8 1/10/18 Merebus batang pisang dan Makmal Pelajar menjalankan
mengisar hingga halus. kimia aktiviti dengan
2.00 -5.00 ptg Mencetak serat batang pisang pengawasan pembantu
menggunakan bingkai kain makmal dan guru
empat segi dan meratakan pembimbing.
menggunakan sekoji untuk
mengeringkan air berlebihan.
Memindahkan serat pisang yang
telah dicetak ke atas cermin
perspek dan jemur dibawah
cahaya matahari.
9 3/10/18 Memastikan serat pisang yang Makmal Kertas sukar
dijemur betul-betul kering. kimia ditanggalkan kerana
1.30 -2.30 ptg Percubaan menanggalkan serat kertas melekat pada
/ kertas yang telah kering dari cermin pespkes.
perspeks. Tindakan : tukar alas
perspeks menggunakan
Loyang tidak melekat.
10 4/10/18 Perjumpaan dengan guru Bilik Guru Perbincangan bersama
pembimbing untuk guru pembimbing dan
1.30 -2.30 ptg mengusulkan cadangan dan persetujuan dicapai.
penambah baikkan.
11 6/10/18 Membeli Loyang tidak melekat Pelajar mencari dan
10.30pg - dan bahan-bahan lain untuk Kedai Runcit membeli peralatan dan
12.30 ptg dijadikan pewarna seperti Kangkar Pulai bahan dengan dibantu
pandan, kunyit dan bunga telang oleh guru.
dan bunga Ros.
12 8/10/18 Mengulang proses mencetak Pelajar menjalankan
2.00 -5.00 ptg kertas dari serat pisang yang Makmal aktiviti dengan
telah dikisar bersama dengan Kimia pengawasan pembantu
daun pandan. makmal
Menggunakan Loyang sebagai
alas untuk menjemur serat
pisang yang telah dicetak.
Biarkan di bawah cahaya
matahari sehingga kering.
13 10/10/18 Menanggalkan serat / kertas Penanggalan kertas
batang pisang dari alas Loyang . Makmal dari alas Loyang lebih
8.00 -8.40 pg kimia mudah apabila kertas
telah kering.
14 11/10/18 Menguji kertas serat batang Makmal Pelajar menghasilkan
pisang . Kimia kad ucapan dan
2.00 -3.00 ptg penanda buku
daripada kertas batang
pisang.
15 14- 16/10/18 Membuat draft laporan inovasi. Pusat Sumber Pelajar menyiapkan
draft laporan bersama-
2.00 -3.00 ptg sama dalam kumpulan
16 17/10/18 Menyerahkan hasil projek dan Bilik Guru Guru Pembimbbing
draft laporan kepada guru menerima hasil projek
1.30 -2.00 ptg pembimbing. dan dfrat laporan.
17 21/10/18 Membentang projek kepada Bilik cempaka Pelajar
guru pembimbing. Sari membentangkan hasil
1.30 -3.00 ptg projek dihadapan Guru
Penolong Kokurikulum
dan Guru Pembimbing.
18 22 - 28/10/18 Menyiapkan laporan lengkap Pusat Sumber Pelajar menyiapkan
bergambar. dan Makmal bersama-sama dalam
1.30 -3.00 ptg Komputer kumpulan
19 30/10/18 Menghantar Laporan Bilik Guru Guru Pembimbing
menerima Laporan
1.30 -2.00 ptg
20 31/10/18 Menyemak laporan dan menilai Guru menyemak
hasil projek. Laporan dan menilai
hasil projek.
21 8-15/11/18 Membuat persediaan bahan dan Pelajar membuat
peralatan untuk pameran. persediaan bersama-
sama dalam kumpulan
dengan pengawasan
Guru.

KESIMPULAN

Dengan terhasil kertas batang pisang ini dapat menggantikan kertas daripada batang pokok
keras yang juga dapat mengurangkan penebangan pokok atau pembalakkan. Penghasilan Kertas
batang pisang juga dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal serta mengelakkan daripada
pembakaran batang pisang yang mencemarkan alam sekitar. Selain itu, penghasilan batang pisang atau
kertas fancy tekstur berwarna dan beraroma melalui teknologi hijau ini dapat menarik minat pengguna
kreatif dan memberi pulangan semula dalam bentuk wang sekiranya dijual.

SUMBER RUJUKAN

1. Hasilkan Kertas daripada Serat Batang Pisang


http://web10.bernama.com/kpdnhep/v2/index.php?lang=my&sid=featuresdeta
ilk bbm&id=420315

2. Proses-proses Membuat Kertas Pisang


http://mybahuluhouse.blogspot.my/2013/06/proses-proses-membuat-kertas-
pisang.html
SMK KANGKAR PULAI
BANDAR BARU KANGKAR PULAI

LAPORAN
PERTANDINGAN NEW ERA STEM
INNOVATION CHALLENGE 2018
PERINGKAT NEGERI

TAJUK:
KERTAS FANCY TEKSTUR BERAROMA
DARIPADA BAHAN TERBUANG DAN BAHAN
SEMULAJADI

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN ARSHAD


NUR ATIQAH ADILAH BINTI KAMAROZAMAN
NUR LAILA MANJA BINTI RAHMAN

GURU PEMBIMBING:
SITI ASMAH BINTI PARLAN

Anda mungkin juga menyukai