Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROJEK RUMAH HIJAU DAN TANAMAN POKOK

DAN SAYURAN SECARA FERTIGASI PERTANIAN DALAM


BANDAR KOLABORASI PPKI SKKTR DAN JABATAN PERTANIAN
NEGERI MELAKA TAHUN 2020
1. TAJUK

Kertas Cadangan Projek Perkebunan Membina Rumah Hijau dan Tanaman Cili
Menggunakan Kaedah Fertigasi Pertanian Dalam Bandar Kolaborasi Program
Pendidikan Khas Integrasi SK Kg Tun Razak dan Jabatan Pertanian Negeri
Melaka tahun 2020.

2. MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada murid pendidikan khas


mengenai penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah Fertigasi.

3. OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar murid boleh

mengusahakan perkebunan menggunakan kaedah ini sebagai mata

pencarian mereka kelak.

ii. Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman bertani

secara moden.

iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan

perkebunan.

iv. Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan PPKI

SK Kg Tun Razak.

v. Menambahkan lagi dana tabung PPKI SK Kg Tun Razak dengan

penjualan hasil dari perkebunan ini.

1
4. LATAR BELAKANG

Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu warga PPKI


melalui pengeluaran sendiri iaitu sebahagian daripada bahan makanan yang
diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan
sekolah-sekolah di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama
serta penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat
Negeri dan Persekutuan. Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan
pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan
dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar
termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air
dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SK


Kg Tun Razak telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini
Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2020. Pada
peringkat awal, projek ini akan diselia oleh Puan Maznah Binti Md Yasin dan
Encik Muhd Fahim Bin Muhd Fauzi serta diberi tunjuk ajar oleh pihak Pertanian
Melaka dan ilmu fertigasi oleh En Malik M&M Berdikari ENT dalam memberi
panduan mengenai penanaman menggunakan fertigasi. Projek ini akan
dilaksanakan di tapak pertanian PPKI di sebelah bangunan PPKI. Pokok yang
akan ditanam adalah pokok cili, terung dan sayuran berakar serabut kerana
berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan penyakit.
Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian
dan permintaan pasaran.

5. PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada


perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi
adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja
secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini,
pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal
mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan
sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan
pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan. Fertigasi tergolong dalam
kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.
Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam
menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai
tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah

2
digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh
mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti
Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang
kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja


asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk
meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu
membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa
pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan
baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok
diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung
mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6
bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu
ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi

· Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak


tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu
tanaman.
· Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan
menghindarkan masalah penyakit.
· Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan
perosak.
· Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
· Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
· Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
· Kualiti hasil yang lebih baik.
· Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur
hanya 30%.
· Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika
jejaring kalis serangga diguna pakai.
· Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
· Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
· Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan
menggunakan teknik berselang.
· Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang
(SILA RUJUK LAMPIRAN PELAN SISTEM FERTIGASI PPKI SK KG TUN RAZAK)

3
6. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid pendidikan khas SK Kg Tun Razak yang mengambil Mata pelajaran


Kemahiran Hidup (Perkebunan). Mereka akan keluar berkebun mengikut jadual
yang telah ditetapkan

7. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan perkebunan yang sedia ada di sebelah
bangunan PPKI SK Kg Tun Razak. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana
mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk fertigasi.

8. JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Penasihat : Puan Azlinah Binti Hj Yang @ Hj Abu Sop


(Guru Besar SK Kg Tun Razak)
Pengerusi : Puan Siti Habsah Binti Mohamad
(GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras Projek : Puan Maznah Binti Md Yasin
Penolong Penyelaras
Projek : Encik Mohd Fahim Bin Muhd Fauzi
Bendahari : Puan Maznah Binti Md Yasin
Unit Selenggara : Encik Mohd Fahim Bin Muhd Fauzi
Puan Maznah Binti Md Yasin
AJK : Encik Sadab Ahmad Bin Qamruddin
Encik Mohd Shaipul Rizal Bin Kadir
Puan Norazah Binti Ahmad
Puan Norafnizan Binti Zakair
Semua PPM
Ahli : Semua Murid G3 dan G4

4
9. KOS PELAKSANAAN PROJEK

Bil. Peralatan Fertigasi Dan Menanam Pokok Cili ”461” 50 Kos (RM)
polybag dan 75 Nutripot

1. 50 pcs polybag

2. 50 pcs drip

3. 50 pcs microtube

4. 10 unit rubber grummit

5. 10 unit valve

6. 20 guni sabut

7. 1 gulung polypipe 32mm Sumber dari

8. 1 gulung polypipe 14mm Jabatan


Pertanian
9 1 gulung silversine

10 1 gulung jaring

11 2 kilo dawai

12 10 batang besi nako

13 5 batang besi 2x3

14 125 pokok anak cili/terung

Bil. Peralatan Sistem Pengairan dan Kerja-kerja Pemasangan Kos (RM)

1. 1 digital time Pertanian

2. 1 EC meter Pertanian

5
3. 1 set baja AB Pertanian

4. 1 unit pam 0.5 hp Pertanian

5. Peralatan penyambungan system paip Pertanian

6. Filter Pertanian

7. Upah Pertanian

Jumlah

** ( Semua Peralatan dan Bahan telah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian


Negeri Melaka)

10. JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Jangka Masa Perkara

1. Januari - Febuari - Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada

murid

- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim

pertama

- Menyemai benih

- Penjagaan anak benih

2. Febuari – Mac - Menanam anak pokok

- Meracun dan merawat pokok

- Memancang tiang sokongan

- Pendebungaan

6
- Mencantas dahan

3. Mac – Jun - Memetik hasil

- Menjual hasil yang diperolehi

- Meracun dan merawat pokok

- Pendebungaan

- Mencantas dahan

4. Jun – Julai - Mencabut pokok

- Merawat media

- Menyemai benih

- Menyediakan semula tapak untuk musim

kedua

- Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Murid-murid akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan
mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak
secara bergilir-gilir.

11. PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek
yang pertama kali dijalankan di SK Kg Tun Razak dan ianya dirasakan mampu
untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan
mengenai hala tuju program pendidikan khas itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SK Kg Tun Razak,


projek ini diharapkan akan dapat membantu murid selepas tamat menempuh
alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan
sahaja kepada para murid dan ibu bapa yang terlibat tetapi kepada

7
masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak
amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima
kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Puan Maznah Binti Md Yasin) (PUAN SITI HABSAH BINTI MOHAMAD)

Penyelaras Projek Fertigasi PPKI GPK Pendidikan Khas


Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Integrasi,
SK Kg Tun Razak. SK Kg Tun Razak.

Disahkan oleh,

………………………………………………..

(Pn Azlinah Binti Hj Yang @ Hj Abu Sop)

Guru Besar

SK Kg Tun Razak

8
LAMPIRAN SISTEM FERTIGASI

9
10

Anda mungkin juga menyukai