Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERMOHONAN
UNTUK
MELAKSANAKAN
PROJEK
PENAMANAN
ROSELLE

1. PENDAHULUAN
Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon kebenaran untuk untuk
melaksanakan Projek Tanaman Roselle
Melalui kerjasama dengan kelab staff SMKBU3 dan pelajar sekolah
mengenalpasti ruang ruang yang ada untuk dijadikan kawasan bagi
penanaman roselle secara komersil.
Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek
ekonomi dan pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pembangunan
kluster.. Menggalakkan perladangan berasaskan kelompok untuk
merealisasikan konsep satu kawasan satu produk (1K1P). Ini juga secara tidak
langsung dapat memberi suatu galakan ke arah pengaktifan unit
2. OBJEKTIF PROJEK
Membantu meningkatkan pendapatan kelab staff dengan pelajar dengan
menjadikan projek ini sebagai salah sumber ekonomi yang boleh dilakukan di
persekitaran sekolah.
Membesarkan dan menperkemaskan projek kemahiran hidup yang sedia ada
kearah pertanian suatu perniagaan
Mengaktifkan unit yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali
dalam bidang pengeluaran produk berasakan ternakan kampung / sumber
sedia ada.
Mewujudkan lebih ramai ahli peladang yang aktif dalam bidang ternakan
disamping mewujudkan usahawan tani dikalangan guru yang berwawasan
dan berdaya saing.
3. BUTIRAN PROJEK
3.1 Lokasi
Kawasan ini terletak dipadang SMKBU3

3.2 Saiz Projek


Buat permulaan projek ini akan dibangunkan secara kecil kecilan
menggunakan modal sendiri sebelum diterbitkan modal modal saham
dikalangan ahli yang lain. Projek ternakan ikan keli ini dilaksanakan di dalam

kolam gentian kaca dan kolam poly sedia ada dengan kapasiti sebanyak
5,000 ekor ikan keli sepusingan dengan jumlah 3 buah kolam ternakan.
Sebanyak 5 pusingan setahun dicadangkan untuk ternakan ini.
3.3 Kemudahan Infrastruktur
Kawasan projek yang dicadangkan berdekatan dengan jalan raya,
kemudahan elektrik dapat dibekalkan, kemudahan air bersih boleh diperolehi
dan berdekatan dengan kawasan rumah peserta bagi tujuan untuk
memudahkan kerja-kerja di kolam dilakukan.
5. ASPEK PEMASARAN
Pemasaran ikan keli ini akan dilakukan oleh Kelab staff dan usahawan
usahawan yang telibat dalam bidang pemasaran.
Harga yang ditetapkan untuk jualan dipasar basah adalah mengikut harga
semasa pasaran yang dianggarkan sekitar RM RM 6.00 sekilogram dalam
keadaan bersih dah di bungkus.
6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN
6.1 Kos Tetap
a. Kos bagi peyediaan RM 300
Kelengkapan sistem pengairan dan oksigen RM 250
Pendawaian elektrik. RM 500
c. Pam Elektrik RM 250.00
JUMLAH RM 1,300.00
6.2 Kos Berubah
a. Anak benih ikan keli sebanyak
5,000 ekor x 0.20 sen/ekor RM 1,000.00
b. Makanan ikan keli
( RM 0.50 sen x 2,400 kg ) RM 1,200.00
c. Ubatan dan vaksin RM 100.0
JUMLAH RM 2,300.00
6.2 Pendapatan Projek

Perkiraan adalah diambilkira peratus kematian sebanyak 20 % iaitu 1,000


maksima dengan purata berat seekor 0.20gram ( sekilogram @ 5 ekor ).
a. Pendapatan jualan ikan keli
( 4,000 ekor x 0.20gram x RM 6.00 sen ) RM 4,800.00
6.4 Untung / ( Rugi ) Projek
a. Jumlah Pendapatan RM 4,800.00
b. Jumlah Perbelanjaan RM 2,300.00
Lebihan / ( Kurangan ) RM 2,500.00
JUSTIFIKASI PROJEK
Potensi Ternakan Ikan Keli.
Penternakan ikan keli menggunakan kolam telah terbukti dapat meningkatkan hasil
pengeluaran ternakan. Ini adalah kerana pengurusan ternakan yang mudah
dipantau dan penjagaan kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh
penternak.
Disamping itu kerja kerja penggredan ikan keli dapat dilakukan dengan mudah
kerana dasar kolam yang rata dan tidak berlumpur. Proses penggredan ini amat
penting bagi ternakan keli kerana keli merupakan haiwan karnivor (pemakan
daging). Ketidakseimbangan ternakan dari segi saiz akan menggalakkan
pemangsaan sesama ikan keli. Oleh yang demikian setiap ikan yang besar dan
ganas/ hiperaktif perlulah diasingkan daripada kolam ternakan. Mengikut
pengalaman daripada beberapa penternak yang telah mengusahakan ternakan keli,
purata ikan keli yang bersaiz besar ini adalah sebanyak 10 peratus daripada jumlah
keseluruhan ternakan.
Ikan keli juga mendapat harga yang berpatutan dan permintaan yang tinggi
dikalangan penggemarnya. Harganya sekitar RM 4.00 hingga mencecah RM 6.00
sekilo bergantung kepada kawasan dan bekalan. Purata penggemar ikan keli ini
adalah daripada orang melayu dan kerana itu bekalan keli yang bersih dan halal
perlulah dibekalkan oleh penternak yang beretika. Ini kerana terdapat beberapa kes
dimana penternak memberikan bangkai ayam kepada ternakan keli sebagai sumber
protein. Ini belum termasuk dengan penternak bangsa asing yang memberi makan
bangkai khinzir kepada ternakan keli mereka. Oleh yang demikian perbuatan seperti
ini hendaklah dielakkan dengan mewujudkan barisan penternak keli yang beretika,
bersih dan halal kepada pengguna.
8. KESIMPULAN

Perusahan ikan keli dengan menggunakan kaedah ternak di dalam kolam simen
amat menguntungkan kerana pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan. Ini
adalah kerana kualiti air dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur pH
disamping pengairan air yang berkesan dan praktikal.
Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan memandangkan keli diternak di dalam
kolam simen. Penangkapan hasil dilakukan di saluran air limbah keluar dengan
membuka paip aras air dan seterusnya menahan keli di saluran air keluar. Hanya 1
orang pekerja diperlukan untuk tugasan ini berbanding sekurangnya 2 orang jika
dilakukan di kolam tanah untuk memegang pukat. Kerja kerja penangkapan hasil
juga dapat diselesaikan dengan cepat dan menjimatkan masa.
Peratusan kematian keli juga dapat dikurangkan memandang usaha penggredan
dapat dijalankan dengan lancar dan mudah bagi mengasingkan keli yang bersaiz
besar dan agresif. Ini kerana sifat keli yang memakan daging dan sensitif dengan
apa jua bentuk pergerakan dihadapannya. Sekiranya ternakan diusahakan di kolam
tanah, masalah seperti ikan bersembunyi di dalam lumpur semasa proses
penggredan tidak dapat dielakkan. Kerja kerja penangkapan hasil juga memakan
masa yang lama kerana keli bijak menyembunyikan diri dan membuat lubang di
dasar kolam.

Anda mungkin juga menyukai