Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN PROJEK TERNAKAN IKAN KELI

KOPERASI SELANCAR SATU PERWIRA JAYA


BERSATU BERHAD

************************************************************************

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan memohon peruntukan sebanyak RM 40,000.00 (
Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja. ) di bawah peruntukan Program Pembangunan
Manusia Asas Komoditi ( PMAK ) untuk melaksanakan Projek Ternakan Ikan Keli sebanyak
5,000 ekor sepusingan.

PPK Sungai Siput (U) mengenalpasti sekumpulan peladang nita yang berjumlah 4 orang
dan berminat untuk menternak ikan keli secara komersil.

Projek ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, projek ekonomi dan
pembangunan infrastruktur ke arah menyokong pengeluaran makanan di daerah Kuala
Kangsar. Menggalakkan perladangan berasaskan kelompok untuk merealisasikan konsep
satu kawasan satu produk (1K1P). Ini juga secara tidak langsung dapat memberi suatu
galakan ke arah pengaktifan unit

2. OBJEKTIF PROJEK

Membantu meningkatkan pendapatan kumpulan peladang nita PPK Sungai Siput (U)
dengan menjadikan projek ini sebagai salah sumber ekonomi yang boleh dilakukan di
persekitaran rumah.

Membesarkan dan menperkemaskan projek ternakan ayam kampung sedia ada di unit
yang dipilih agar boleh mencapai saiz pengeluaran ayam kampung organik yang besar dan
komersil serta memenuhi kehendak pengguna dengan menghasilkan makanan yang bersih
dan halal.

Mengaktifkan unit yang berdekatan agar dapat berdaya saing kembali dalam bidang
pengeluaran produk berasakan ternakan kampung / sumber sedia ada.

Mewujudkan lebih ramai peladang nita di kalangan ahli peladang yang aktif dalam bidang
ternakan disamping mewujudkan usahawan tani yang berwawasan dan berdaya saing.

3. BUTIRAN PROJEK

3.1 Lokasi
Kawasan ini terletak di Kampung Jalong dalam daerah Sungai Siput (U) dan jarak antara
tapak projek dan PPK adalah 12km, tanah ini adalah hak milik En.Abdul Hamed bin
Abdullah yang juga seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Sungai Siput (U) Perak.
3.2 Saiz Projek

Projek ternakan ikan keli ini dilaksanakan di dalam kolam simen dengan kapasiti sebanyak
80,000 ekor ikan keli sepusingan dengan jumlah 6 buah kolam ternakan simen berukuran
20' x 60'. Sebanyak 5 pusingan setahun dicadangkan untuk ternakan ini.

3.3 Kemudahan Infrastruktur

Kawasan projek yang dicadangkan berdekatan dengan jalan raya, kemudahan elektrik dapat
dibekalkan, kemudahan air bersih boleh diperolehi dan berdekatan dengan kawasan rumah
peserta bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja di kolam dilakukan.

4. ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN

4.1 Pengurusan Projek

Satu jawatankuasa projek akan dibentuk bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan supaya
projek berjalan lancar mengikut dasar yang ditetapkan oleh Ahli Jemaah Pengarah PPK
serta Lembaga Pertubuhan Peladang. Pengurus Besar akan bertanggungjawab kepada Ahli
Lembaga Pengarah dengan menyediakan kertas kerja dan program yang berkaitan dengan
pengurusan projek.
Pengurus Projek akan bertanggungjawab kepada Pengurus Besar di dalam perkara
penyeliaan / pemantauan dan perjalanan projek agar jadual harian ternakan dipatuhi oleh
peserta. Manakala Pengurus Bahagian Perniagaantani akan bertanggungjawab kepada
Pengurus Besar dalam perkara yang melibatkan pemasaran ternakan ikan keli ini.
Satu jawatankuasa teknikal akan dibentuk terdiri daripada Pengurus Besar, Pengurus
Projek, Pengurus Perniagaantani, Pegawai LPP Negeri, Pegawai Jabatan Haiwan Infoternak
dan Jabatan Perikanan bagi membincangkan apa jua masalah berkaitan teknikal dan
cadangan bernas projek ternakan ikan keli PMAK ini.

4.2 Struktur Organisasi

4.3 Pengurusan Projek

4.4 Perlaksanaan Projek

Kerja – kerja pembinaan kolam simen ini akan dilakukan secara kontrak. Darisegi
gunatenaga kerja pula, pihak PPK akan menghantar borang permohonan projek PMAK.
Projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh perserta dan jadual perlaksanaan kerja dan
pembahagian tugas akan dibuat untuk memudahkan kerja pemantauan dibuat oleh
Pengurus Projek.
Projek ini akan dijalankan dalam tempoh 7 tahun dimana setiap tahun dapat dilaksanakan
sekurang – kurangnya 4 pusingan dan maksima sebanyak 5 pusingan. Ini bergantung
kepada rutin kerja, pemasaran hasil, masalah penyakit dan pembasmian.

5. ASPEK PEMASARAN

Pemasaran ikan keli ini akan dilakukan oleh Pengurus Bahagian Perniagaantani dengan
kerjasama diantara penternak / peserta PMAK, pemborong dan usahawan – usahawan PPK
yang telibat dalam bidang pemasaran.

Harga yang ditetapkan untuk jualan dipasar basah adalah mengikut harga semasa pasaran
yang dianggarkan sekitar RM 2.00 hingga RM 6.00 sekilogram.

6. ASPEK EKONOMI DAN KEWANGAN

6.1 Kos Tetap

a. Kos bagi peyediaan kolam simen dengan


Keluasan 20' x 60' dan tinggi 3' dengan
Kelengkapan sistem pengairan dan oksigen.
Bertiang dan berbumbung dengan sistem
Pendawaian elektrik. RM 32,000.00

b. Pengisar makanan. RM 800.00

c. Pam Elektrik 2 hp / diesel. RM 1,600.00

JUMLAH RM 34,400.00

6.2 Kos Berubah

a. Anak benih ikan keli sebanyak


80,000 ekor x 0.03 sen/ekor RM 5,600.00

b. Makanan ikan keli


( RM 0.50 sen x 2,400 kg ) RM 1,200.00

c. Ubatan dan vaksin RM 200.00

d. Pengangkutan RM 600.00

e. Elektrik RM 600.00
( catatan : makanan ikan keli akan diperolehi daripada lebihan bahan makanan basah di
pasar seperti perut ayam, perut ikan dan sebagainya dan perbelanjaan berkenaan akan
ditanggung oleh peserta).

JUMLAH RM 8,200.00

6.2 Pendapatan Projek

Perkiraan adalah diambilkira peratus kematian sebanyak 45 % iaitu 36,000 maksima dengan
purata berat seekor 0.20gram ( sekilogram @ 5 ekor ).

a. Pendapatan jualan ikan keli


( 44,000 ekor x 0.20gram x RM 2.50 sen ) RM 22,000.00

6.4 Untung / ( Rugi ) Projek

a. Jumlah Pendapatan RM 22,000.00

b. Jumlah Perbelanjaan RM 8,200.00

Lebihan / ( Kurangan ) RM 13,800.00

6.5 Pembiayaan ( Ekuiti Modal )

a. Peruntukan PMAK RM 40,000.00


b. PPK / Peserta Projek RM 2,600.00

JUMLAH RM 42,600.00

6.6 Pembahagian Keuntungan

Pembahagian keuntungan akan dibuat setiap pusingan seperti berikut:

a. Peserta PMAK : 70%

b. PPK : 30%

6.7 Analisa Pendapatan Projek

Perkiraan pendapatan setiap peserta adalah seperti berikut :

a. Jumlah keuntungan satu pusingan : RM 13,800.00

b. Pembahagian keuntungan
* Peserta PMAK : RM 9,660.00

* PPK : RM 4,140.00

c. Pendapatan setiap peserta / pusingan : RM 2,415.00

d. Pendapatan purata setiap peserta / bulan : RM 805.00

7. JUSTIFIKASI PROJEK

Potensi Ternakan Ikan Keli.

Penternakan ikan keli menggunakan kolam simen telah terbukti dapat meningkatkan hasil
pengeluaran ternakan. Ini adalah kerana pengurusan ternakan yang mudah dipantau dan
penjagaan kebersihan kualiti air dapat ditentukan sendiri oleh penternak.

Disamping itu kerja – kerja penggredan ikan keli dapat dilakukan dengan mudah kerana
dasar kolam yang rata dan tidak berlumpur. Proses penggredan ini amat penting bagi
ternakan keli kerana keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Ketidakseimbangan
ternakan dari segi saiz akan menggalakkan pemangsaan sesama ikan keli. Oleh yang
demikian setiap ikan yang besar dan ganas/ hiperaktif perlulah diasingkan daripada kolam
ternakan. Mengikut pengalaman daripada beberapa penternak yang telah mengusahakan
ternakan keli, purata ikan keli yang bersaiz besar ini adalah sebanyak 10 peratus daripada
jumlah keseluruhan ternakan.

Ikan keli juga mendapat harga yang berpatutan dan permintaan yang tinggi dikalangan
penggemarnya. Harganya sekitar RM 4.00 hingga mencecah RM 6.00 sekilo bergantung
kepada kawasan dan bekalan. Purata penggemar ikan keli ini adalah daripada orang melayu
dan kerana itu bekalan keli yang bersih dan halal perlulah dibekalkan oleh penternak yang
beretika. Ini kerana terdapat beberapa kes dimana penternak memberikan bangkai ayam
kepada ternakan keli sebagai sumber protein. Ini belum termasuk dengan penternak bangsa
asing yang memberi makan bangkai khinzir kepada ternakan keli mereka. Oleh yang
demikian perbuatan seperti ini hendaklah dielakkan dengan mewujudkan barisan penternak
keli yang beretika, bersih dan halal kepada pengguna.

8. KESIMPULAN

Perusahan ikan keli dengan menggunakan kaedah ternak di dalam kolam simen amat
menguntungkan kerana pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan. Ini adalah kerana
kualiti air dapat ditentukan dengan menggunakan alat pengukur pH disamping pengairan air
yang berkesan dan praktikal.
Proses penuaian hasil juga mudah dilakukan memandangkan keli diternak di dalam kolam
simen. Penangkapan hasil dilakukan di saluran air limbah keluar dengan membuka paip
aras air dan seterusnya menahan keli di saluran air keluar. Hanya 1 orang pekerja
diperlukan untuk tugasan ini berbanding sekurangnya 2 orang jika dilakukan di kolam tanah
untuk memegang pukat. Kerja – kerja penangkapan hasil juga dapat diselesaikan dengan
cepat dan menjimatkan masa.

Peratusan kematian keli juga dapat dikurangkan memandang usaha penggredan dapat
dijalankan dengan lancar dan mudah bagi mengasingkan keli yang bersaiz besar dan
agresif. Ini kerana sifat keli yang memakan daging dan sensitif dengan apa jua bentuk
pergerakan dihadapannya. Sekiranya ternakan diusahakan di kolam tanah, masalah seperti
ikan bersembunyi di dalam lumpur semasa proses penggredan tidak dapat dielakkan. Kerja
– kerja penangkapan hasil juga memakan masa yang lama kerana keli bijak
menyembunyikan diri dan membuat lubang di dasar kolam.

Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak tuan supaya PPK Sungai Siput (U) dapat menjalankan satu lagi projek yang
memberi manfaat kepada ahli untuk memberikan PPK peluang untuk memperbaiki keadaan
ekonomi ahli disamping meningkatkan pendapatan kepada kewangan PPK melalui jualan
input pertanian dan pemasaran ikan keli.

Justeru itu kami benar – benar berharap supaya pihak tuan dapat meluluskan peruntukan
grant sebanyak RM 40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu Sahaja ) untuk
menjayakan hasrat ahli dikalangan peladang nita untuk projek akuakultur ternakan ikan keli
di dalam kolam simen.

PESANAN : PANDAI2 LER OLAH KERTAS KERJA NI, NI SEBAGAI PANDUAN JER. OK
azrol at 1:40 PM
No comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link



Home
View web version

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai