Anda di halaman 1dari 18

Industri akuakultur telah lama bertapak di negara kita.

Saban tahun,
pengeluaran akuakultur semakin meningkat berikutan permintaan yang tinggi.
Ini dapat dilihat hasil pengeluaran pada tahun 2009 yang meningkat sebanyak
7.93% dari 333,450 tan metrik kepada 362,155 tan metrik. Akuakultur air payau
merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran ini berbanding akuakultur
air tawar.

Pemilihan lokasi akan akan menentukan keluasan kolam tanah yang ingin dibina.
Terdapat 5 syarat utama dalam pemilihan lokasi kolam yang sesuai iaitu;
-

Berhampiran dengan punca air


Kawasan yang bebas dari banjir
Terdapat kemudahan pengangkutan
Tidak jauh dari lokasi pemasaran
Terdapat bekalan elektrik

Setelah meneliti 5 syarat utama di atas, lokasi yang dipilih adalah di Kg


Sondoton Baru kerana lokasi tersebut memenuhi syarat asas.

PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti
air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi
sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan
dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan
buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian
semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah
ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang
baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem
ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis
dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics
niloticus ) adalah :
i. Suhu air 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
ii. pH air 6-8
iii. Oksigen terlarut lebih dari 2.5 ppm
iv. Karbon dioksida kurang dari 2.5 ppm
v. Ammonia kurang dari 1.0 ppm
vi. Kemasinan 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai
untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter
antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam
sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik
terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air
2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam

sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara
10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar
kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang
diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu
kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang
melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa
arus kuat.
REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap
array. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m
panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan
plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang
digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat
kurungan ikan adalah antara 1.8 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam
sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang
menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi
mengurangkan kos.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos
pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan.
Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor
dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan
tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan
stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.
PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam
sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak
ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta
memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan
tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar
menggunakan haba.
KADAR PELEPASAN BENIH
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran
dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada
peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 5.0 cm perlu diasuh selama
60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah.
Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000
4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam
kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 710cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke
sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3
m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan
adalah 2,000 ekor .
KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN

Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil
kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan
menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi
mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira
jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi
keperluan setiap sangkar.
PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran
restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor
dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor
lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia
yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk
mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap
sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah
antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik
untuk mengelakan ikan terkejut(stress).
PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk
kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua
kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup
mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah
antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00RM6.00 sekilogram.

ernakan Ikan Sangkar : Penjana Pendapatan


Latar belakang Projek

Projek ini dipilih memandangkan Daerah Pekan mempunyai kawasan yang

sesuai untuk projek ini di Sungai Pahang yang luas.


Projek ini sudah menjadi antara aktiviti ekonomi utama yang terbukti memberi
hasil yang baik kepada pengusaha.

Latar belakang Peserta

Peserta daripada golongan Miskin daripada senarai eKasih Unit Penyelarasan


dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri
Peserta akan ditempatkan bersama dengan

(Mento)

yang

mempunyai

pengalaman yang luas dalam bidang ternakan ikan sangkar khususnya ter-nakan

ikan Patin dan Talapia.


Perseta akan mendapat tunjuk ajar secara terus dalam proses pengurusan
ternakan dan sebagainya.

Latar belakang Mentor

Mentor mengusahakan ikan ternakan ikan dari tahun 2004 bersama FAMA dan
mempunyai bilangan sangkar sebanyak 24 buah, lapan buah ( 10 x 10) dan 16 (20 x
10) sangkar.

Memiliki pusat jualan ternakan ikan sangkar milik sendiri, yang dibantu khusus

oleh FAMA
Hasil ternakan ikan di gerai jualan runcit yang dibangunkan oleh FAMA di bawah

Cawangan Akualkultur.
Hasil ternakan diambil oleh pemborong/peraih untuk memenuhi pasaran
tempatan.

Kos

Pengeluaran

Bagi

Peserta

Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah :

Sangkar ternakan 20 kakix 10 kaki : 3,500 /unit


benih ikan : RM 720.00/sangkar
makanan ikan : RM3,795 /sangkar seh-ingga boleh dipasarkan
elaun sara hidup : RM 350 x 5 Bulan = RM 1750,00
lain-lain peralatan kecil dan pentadbi-ran : mengikut keperluan semasa

Kos keseluruhan pengeluaran peringkat pertama melibatkan 2 unit sangkar berukuran 20 kaki
x 10 kaki = RM19,240.00 termasuk elaun sara hidup RM 350 / Bulan
Kos untuk pusingan kedua dan sete rusnya adalah dianggarkan sebanyak RM10,780
Semua kos pusingan pertama di atas akan ditanggung oleh pihak FAMA dan disalurkan
secara bersistem dan berperingkat serta dipantau oleh pegawai FAMA dan juga mentor yang
dilantik.
Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan pertama
dan seterusnya.
Pulangan
Berdasarkan kepada kos-kos yang terlibat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di atas
perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada pengiraan
pulangan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.
Perkiraan bagi pulangan semusim (ikan tilapia dan patin) bagi dua sangkar adalah :

benih ikan : RM720 x 2 = RM1,440.


makanan ikan : RM3,795 x 2 = RM7,590
Pendahuluan sara hidup peserta : RM350 x 5 bulan = RM1,750 jumlah kos
pengeluaran : RM10,780
harga jualan : RM8.00/kg
purata kasar kuantiti ternakan yang dikeluarkan : 1000kg/sangkar
jumlah jualan : RM8.00 x 2000 kg = RM16,000
keuntungan : RM16,000 - RM10,780 = RM5,520/semusim

Ini adalah perkiraan kasar yang dibuat bagi semusim. Bilangan sangkar yang dicadangkan
kepada

setiap

peserta

adalah

sebanyak

dua

buah

sangkar

menepati jumlah pendapatan yang digariskan. Jika dicampurkan dengan elaun sara hidup
setiap bulan dan keuntungan jualan dihujung musim, peserta akan mendapat pendapatan
kasar sebulan sebanyak RM1,044.
Kawalan

Semua projek yang dicadangkan ini akan dipantau oleh mentor yang dilantik disamping
pegawai FAMA di Daerah Pekan ini, di mana lokasi sangkar adalah berhampiran dengan
mentor ataupun bersama dengan mentor.
Peserta pula akan diwajibkan mengikuti beberapa peraturan :

kursus ternakan
kursus pengurusan ikan dan sangkar
buku kedatangan kerja dan rekod kewangan
buku akaun AGROBANK

Peserta

Jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai 10 orang / sebagai peserta

sokongan.
Peserta yang dipilih ini adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sun-gai
Pahang.

Pasaran

Semua hasil dibeli oleh FAMA sen diri melalui Pusat Operasi Akuakultur
Lanchang dan juga diuruskan oleh mentor. Harga yang ditawarkan adalah mengikut

persetujuan pusat dengan bersandarkan harga pasaran semasa.


FAMA juga menggalakan pengusaha menjual sendiri secara kecil-kecilan bagi
membolehkan hasil pendapatan yang tinggi.

Sistem
Penterna
kan

Kelebihan

Kekurangan

Kawasan air bertakung yan


g
tidak sesuai untuk tanama
Kos pembinaan yang tinggi.
n
Kesihatan ikan sukar dipantau.
mudah didapati.
Kolam Tana
Berlaku gangguan bencana
Boleh menternak dengan
h
alam seperti banjir dan kemarau
bilangan ikan yang banyak
Gangguan haiwan pemangsa seperti burung, biawak
.
emerang
ikan cepat membesar
terdapat makanan semula
jadi

Sangkar
Terapung

Mudah diuruskan dan


mudah memungut hasil. Modal yang besar dan
Ikan cepat membesar kera penyelenggaraan yang tinggi
na
Memerlukan kemahiran yang tinggi
terdapat makanan semulaj Ikan terlepas keluar jika
adi.
sangkar rosak
Guna perairan yang sedia
ada

Tidak memerlukan kawasan


yang luas
Tangki Konk Modal yang rendah dan
rit /
senang diurus
Mudah memungut hasil dan memantau
kesihatan ikan

Kandang
(pens)

Bekas
Lombong

Memerlukan kemahiran membi


na
Memerlukan alat pengudaraan
Tiada makanan semulajadi

Menggunakan perairan sedia ada


dan terdapat makanan semula jadi
Reka bentuk yang ringkas
dan mudah
Senang memantau kesihatan ikan

Gangguan bencana alam sepert


i kemaraudan banjir
Gangguan haiwan pemangsa
Ikan terlepas keluar jika kandar
rosak

Mudah terdapat kawasan lombong


Terdapat makanan semula jadi

Suka diurus kerana kawasan ya


ng luas dansukar memngut has
il
Kesihatan sukar dipantau
Terdapat gangguan haiwan pe
mangsa

PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM

PENGENALAN

Nama Tempatan : Tilapia Merah


Nama Inggeris : Black Tilapia/ Nile Bream
Nama Saintifik : Oreochromis niloticus
Kadar tumbesaran: Boleh mencapai 600gm dalam 6 8 bulan
Harga pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 RM12.00 / kg
Benih ikan = RM 0.10 RM 1.00 / ekor

Ikan Tilapia dipilih disebabkan beberapa potensi;


i. Mempunyai nilai pasaran yang tinggi
ii. Tumbesaran yang cepat
iii. Rupa bentuk luaran yang menarik
iv. Tulang yang sedikit
v. Isi ikan yang enak
vi. Tahan kepada perubahan persekitaran
vii. Tempoh yang singkat dalam menternak
viii. Terdapat teknologi untuk pengeluaran komersil
ix. Sesuai diproses dalam pelbagai bentuk produk
KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM
1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak
mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang
mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
5. Senang untuk memasarkan ikan.
PEMBINAAN KOLAM
1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam,
kedudukan bangunan, parit dll.
2. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
3. Korek kolam menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
4. Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 5 kaki.
5. Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :
a. Batas atau ban pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.
Gambar 3 : Parit untuk saluran sumber air masuk
Gambar 4 : Saluran air keluar melalui monk
B
Air masuk
Parit untuk saluran air keluar
Parit untuk saluran air masuk
A
Air masuk
Parit untuk saluran air masuk
Parit untuk saluran air keluar
Satu rangkai kolam selari
Rajah Dua rangkai kolam selari
Gambarajah 1 : - Beberapa Jenis Susunan Kolam-Kolam Ikan

Tambak/ Batas/ Ban


Saluran Air Masuk
Dasar kolam
3 kaki
5 kaki

Saluran air keluar


Monk
Saluran Air Keluar
Saluran air masuk
Keceruanan tebing = 45o

Gambarajah 2 : Contoh Keratan lintang sebuah kolam ternakan ikan

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN


1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
2. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua
tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di
bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolam
c. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :
pH
Bawah 4
4 4.5
4.5 4.0
5.0 5.5
5.5 6
6 6.5
Kg/ha
Kapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)
3805
3044
2283
1902
1012
888
Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)
2917
2283
1776
1395
761
634
Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)

1903
1522
1142
1015
507
507
Gambar 5 : Kolam yang telah ditabur kapur
Gambar 6 : Aktiviti pengapuran sedang dijalankan
f. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
Gambar 7: Kolam yang telah dikapur dan dibiarkan kering sehingga dasar merekah/pecah
g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam
dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis
adalah seperti berikut :
Jenis Baja
Kadar yang disyorkan
Baja Fosfat
i. Double Superfosfat (DSP)
400 kg/ ha/ setahun
ii. Triple Super Fosfat (TSP)
340 kg/ ha/ setahun
Baja Nitrogen
i. Amonium Sulfat
80 kg/ ha/ setahun
ii. Amonium Nitrat
1,350 kg/ ha/ setahun
iii. Amonium liquar
550 kg/ ha/ setahun
iv. Urea
67 kg/ ha/ setahun

h. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi
kehijauan.
Gambar 8: Kolam yang baru siap dibina (sebelum air dimasukan)
Gambar 9: Kolam yang sama iaitu setelah air dimasukkan

Gambar10 : Beberapa buah kolam penternak untuk ternakan ikan tilapia

i. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :
Parameter
Nilai Yang Sesuai
i. Oksigen Terlarut (D.O)
Lebih dari 2.5 ppm
ii. Karbon dioksida
Kurang dari 25 ppm
iii. pH
68

iv. Suhu air


20 35oC (optimum 28 32oC)
v. Ammonia
Kurang dari 1.0 ppm

PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA


1. Kadar pelepasan = 3,000 5,000 ekor/ ha.
2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg
plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini
bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak.
Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

PEMAKANAN
1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh memakan
makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet),
bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak
lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian
makanan adalah seperti berikut :
Saiz Ikan
% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan
Anak ikan kurang dari 2 inci
6 10%
Anak ikan antara 2 6 inci
3 6%
Ikan lebih dari 6 inci
2%
Gambar11 : Makanan ikan iaitu pellet (kiri) dan tumbuhan (kanan)
Gambar 12 : Aktiviti menabur makanan.
Gambar 13: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama DINDING
Gambar 14: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama CARGILL

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan
penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:
1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian
PENUAIAN
1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.
2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu
menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan
dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan
untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
Gambar 15: Ikan yang dituai dikumpul dalam kolam simen sebelum dipasarkan.
Gambar 16: Penternak baru sahaja menuai ikan tilapianya menggunakan pukat
Gambar 17: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat
Gambar 18: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat

PENGANGKUTAN IKAN UNTUK PEMASARAN


Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :
i. Bekas-Bekas / Tangki - berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak
kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.
ii. Membungkus sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu
digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.
Gambar 19: Peti plastik yang diguna untuk menyimpan ikan untuk dipasarkan
Gambar 20: Tangki PVC yang diisi air dan dibekalkan pengudaraan digunakan semasa memasarkan
ikan.
Gambar 21: Bekalan oksigen dimasukkan ke dalam beg plastik yang mengandungi ikan dalam jumlah
yang sedikit.
Gambar 22: Ikan dalam tangki yang diangkut menggunakan lori untuk dipasarkan.

Ubat untuk Ikan Tilapia


Salam untuk semua penternak ikan

Kali ini saya nk memperkenalkan penawar bagi penyakit Ikan Tilapia. Ubat ini boleh didapati daripada
semua kedai2 menjual ikan/akuarium. Namun harganya agak berbeza antara satu kedai dengan
kedai yang lain. Ubat ini khas utk merawat ikan yang terkena white spot dan badan yang kekuningkuningan.Contoh ikan terkena parasit yang jelas adalah ikan akan berenang-renang dalam keadaan
tak tentu arah di sekeliling kolam.Seolah -olah cuba menjauhi sesuatu. dan contoh yang kedua pula
ikan akan mula hilang selera makan dan badannya amat lemah sekali.

Harga : rm130.00

Untuk kolam tangki fiber sebesar 8 x 4, sukatannya adalah 50ml. Ianya hendaklah digunakan selama
tiga hari berturut-turut. Satu lagi ubat dari keluaran yang sama adaah anti bakteria. Ianya berfungsi
untuk membunuh bakteria yang terdapat didalam air. Bekteria wujud sekiranya air terlalu kotor dan
berbau. Contoh penyakit apabila ikan terkena bakteria adalah bidai dan sirip ikan terdapat kesan luka
dan terputus.( koyak). Untuk tangki fiber sebesar 8x4 sukatannya adalah 50ml.Gunakan ianya selama
tiga hari berturut-turut dan anda akan melihat perubahan yang ketara sekali.

Harga: rm50.00
Kedua-dua ubat anti parasit ini boleh digunakan. Terpulang kepada anda nk guna mana satu. Tapi
kedua-duanya mempunya kesan yang sama, iaitu membunuh parasit yang ada di dalam badan ikan
tilapia. gunakan sebotol ubat ini untuk kolam sebesar 8x4. gunakannya sebanyak tiga hari berturutturut dan anda akan lihat perubahan yang begitu ketara sekali.Selamat mencuba dan salam maju
jaya untuk semua perternak.
Jenis-Jenis Kolam

Selain dari kolam tanah, kolam jenis lain yang digunakan ialah kolam berbentuk sangkar
yang diletakkan didalam sungai, parit taliair, kolam diperbuat dari simen, pvc, asbestos,
dan kanvas.
Secara peribadi, saya lebih suka memilih kolam tanah. Kedalamannya 3 - 4 kaki sudah
cukup (lebih dalam lebih baik, tapi jangan dalam sangat sampai 10 kaki nanti susah nak
pam), yang penting permukaannya mesti luas. (Lebih luas lebih baik.)
Kelebihan Kolam Tanah :-

Ruang kolam yang luas - mempunyai kadar oksigen terlarut atau dissolve oxygen
(DO) yang tinggi hasil dari pancaran cahaya matahari dan angin yang bertiup.

Ruang yang luas, ikan hidup lebih bebas. Mengurangkan stress kepada ikan. Ikan
lebih cepat membesar

Kadar kematian ikan minima.

Boleh menghasilkan ikan dalam jumlah yang besar. (Tan)


Suhu air pada malam hari adalah suhu alam semulajadi, suhu dalam kolam tanah 33 C 35 C. Suhu badan manusia normal ialah 35 C. Suhu dalam kolam simen 30 C (sejuk).
Suhu dalam kolah PVC 33 C. (sila uji sendiri guna termometer)

Sebab itulah pembenihan ikan dalam kolam simen jarang yang berjaya kecuali
menggunakan alat pemanas dan alat bantuan oksigen. Pembenihan dalam kolam tanah
selalunya berjaya menghasilkan ribuan anak benih ikan tanpa perlukan sebarang alat
pemanas atau alat bantuan oksigen.(kolam perlu luas)

Pemilihan tapak kolam


Perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek, kegagalan dalam
memilih tapak yang baik akan membawa kegagalan projek ini. Berikut antara perkara
yang perlu dipertimbangkan :1-Jenis Tanah
Tentukan jenis fizikal dan kimia tanah, Paras mata air dan keupayaan menakung
air. Elakkan tanah berpasir, gambut dan berasid. (PH tanah yang sesuai 7.00
8.5) Elakkan kawasan rendah, yang sering dilanda banjir atau kemarau panjang.

2-Kedudukan dan Saiz Kolam


Sebelum memulakan kerja-kerja mengorek kolam, tentukan dahulu arah tiupan angin.
Kolam yang baik hendaklah dikorek memanjang mengikut arah tiupan angin. Ini supaya
angin dapat bertiup diseluruh kawasan permukaan kolam untuk menghasilkan oksigen
terlarut (DO) yang mencukupi untuk ikan yang padat dalam kolam. Sebarang jenis pokok
juga tidak boleh ditanam disekeliling kolam supaya tidak menjadi penghalang kepada
tiupan angin. (kalau nak buat pertanian cari tanah lain la..) Saiz kolam yang terlalu kecil
tidak ekonomik. Sekurang-kurangnya 40 x 60 kaki persegi bagi sebuah kolam.

3-Pasaran
Pastikan ikan yang dihasilkan boleh dijual tanpa masalah.
4-Bekalan Air untuk kolam
Untuk mengisi kolam, Mengganti
kecemasan.

air

yang

meresap, membersihkan

kolam

dan

Air perlu dilihat dari 2 sudut :Kualiti dan Kuantiti


-Kualiti-Sumber bekalan air yang berkualiti (PH antara 6.5 8.5)
-Kuantiti-Mesti terdapat dengan banyak, mudah diperolehi dan berterusan. Contohnya
dari parit taliair, sungai, tasik, lombong, mata air dan lain-lain. Kemudahan untuk
membuang air kolam juga perlu diperhatikan, samada dibuang secara graviti atau dipam
keluar.
5-Prasarana, rumah, setor, bekalan elektrik dan air
Untuk kemudahan pekerja. Setor untuk menyimpan peralatan seperti pam air, makanan
ikan dan lain-lain.
6-Kenderaan dan Perhubungan
Kenderaan seperti lori, van, kereta dan motor serta jalan raya yang baik diperlukan untuk
kemudahan pekerja, membawa masuk bekalan makanan, benih, membawa keluar ikan
untuk dipasarkan dan lain-lain.
Elakkan kawasan yang sangat terpencil dan tiada kemudahan asas.
7-Kecemasan
Tidak jauh dari Balai Polis, Hospital dan Bomba yang boleh dihubungi ketika
kecemasan. Tidak jauh dari Jabatan Perikanan dan boleh dihubungi ketika kecemasan
atau untuk mendapatkan khidmat nasihat.(Sebaiknya hendaklah mendapatkan khidmat
nasihat dari Jabatan Perikanan terdekat sebelum pemilihan tapak lagi)
8-Sosial dan kemasyarakatan
Menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling untuk mengelakkan permusuhan
dan dendam yang boleh mengakibatkan kecurian ikan atau dikhianati (kolam diracun).

100x120 panjang dan tinggi 140.

3 kaki lebar

6 kaki panjang

Pada waktu ini,sektor perikanan telah menyumbangkan 1.37 % kepada KDNK


dan menyediakan peluang pekerjaan 21,114 orang penternak ikan (Jabatan
Perikanan Malaysia, 2003). Keadaan ini menunjukkan permintaan ikan dalam
negara telah mengatasi penawaran. Untuk memenuhi permintaan, negara
terpaksa mengimport sebanyak 5.7 peratus lagi. Jabatan Perikanan Malaysia
telah dan sedang mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan
pengeluaran ikan negara. Antara usaha yang sedang diambil adalah dengan
menggalakkan perikanan laut dalam dan membangunkan sektor akuakultur.
Penambahan vesel laut dalam serta pengurusan sumber perikanan secara
mapan dan berterusan akan menjamin keberkekalan sumber ini bagi masa akan
datang. Namun begitu, pergantungan kepada pengeluaran perikanan tangkapan
mungkin tidak dapat lagi memenuhi permintaan yang kian bertambah. Justeru,
sebagai alternatif sektor akuakultur telah diberi penekanan bagi menjamin
pengeluaran ikan negara memandangkan sektor ini mempunyai kawasan
berpotensi yang luas. Dijangkakan bahawa pengeluaran daripada sektor ini akan
dapat ditingkatkan empat kali ganda pada tahun 2010 (Jabatan Perikanan
Malaysia, 2003). Sektor perikanan telah menunjukkan perkembangan pesat sejak
zaman sebelum merdeka lagi. Namun demikian, sepanjang tempoh berkenaan
perkembangan ini turut membawa kepada beberapa perkembangan negatif.
Keadaan ini boleh dilihat daripada aspek pengurusan sumber perikanan di
perairan negara. Dalam usaha meningkatkan pendaratan ikan semaksimum
mungkin, salah satu aspek yang sangat penting diberi perhatian adalah jaminan
sumber perikanan berkenaan tidak habis dalam jangka masa yang singkat.
Kemerosotan sumber perikanan bermakna akan berlaku kemerosotan industri
perikanan negara.

Pemasaran adalah proses pengurusan yang dilakukan oleh individu ataupun


kumpulan dalam memperoleh keperluan dan keinginan mereka , dengan cara
membuat dan mempertukarkan produk dan nilai dengan pihak lain ( Kotler dan
Amstrong , 2000 ; Simamora , 2001 : 1 ) .

Strategi pemasaran atau bauran pemasaran (marketing mix) adalah alat syarikat
untuk mendapatkan respon yang diingini. Strategi pemasaran adalah salah satu
usaha untuk mengoptimumkan proses pemasaran. Prinsip pemasaran adalah
pencapaian matlamat suatu organisasi bergantung pada seberapa mampu
syarikat / marketer memahami keperluan dan keinginan pelanggan dan
memenuhi dengan cara yang lebih berkesan dan efektif berbanding pesaing.
Berangkat dari prinsip tersebut, seorang pemasar pertama kali harus
memusatkan perhatiannya pada pelanggan untuk mencari tahu keperluan dan
keinginan mereka. Jadi, dalam hal ini keperluan dan keinginan pelanggan
menduduki titik sentral. Syarikat atau marketer harus paham betul keperluan
dan keinginan pelanggannya. Perlu diingat kembali bahawa pelanggan adalah
orang-orang yang berkuasa untuk membuat keputusan untuk membeli atau
tidak membeli suatu produk. Jadi, pelanggan adalah sebahagian daripada
pasaran, kerana yang disebut pasaran adalah pembeli itu sendiri baik pembeli
sebenar atau berpotensi.

mengkaji kehendak dan keperluan peniaga ikan


menawarkan harga yang lebih rendah,
mengupah syarikat pengedar surat khabar untuk menyelitkan 'handout
pamphlet' ke dalam surat khabar untuk tempoh tertentu.
Promosi melalui banner

Jualan Secara Borong


Pemasaran Ikan Basah secara borong telah dimulakan semenjak tahun 1990.
Antara lokasi-lokasi projek ini ialah di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur,
Pasar Borong Pandan di Johor Bharu dan Pasar Besar Klang di Selangor.
Waktu operasi bermula dari pukul 1.30 pagi hingga 8.00 pagi. Bekalan ikan
tersebut diperolehi daripada nelayan tempatan dan juga dari luar negara seperti
Indonesia dan Thailand.
Projek ini berperanan untuk membekalkan ikan ke pasar-pasar yang kecil, kedaikedai, supermarket, individu dan sebagainya. Pemborong, peruncit dan individu
boleh memperolehi bekalan dari NEKMAT melalui projek ini.
Diantara ikan yang biasa dibekalkan adalah seperti merah,
kerapu,jenahak,tenggiri, bawal,sotong dan lain-lain mengikut permintaan
pelanggan.
Jualan Secara Runcit (Pasar Nelayan Dan Pasar Tani)
Selaras dengan saranan kerajaan bagi mengurangkan peranan orang tengah
dalam pengedaran dan pemasaran ikan segar kepada rakyat, NEKMAT telah
diarah memainkan peranan yang lebih berkesan. Bekalan ikan telah diperolehi
dari Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan yang berhampiran serta juga dari
nelayan-nelayan di seluruh negara.
PENDEKATAN PEMASARAN SESUATU
PRODUK DALAM PASARAN
1. Pendekatan berorientasikan firma
2. Pendekatan berorientasikan produk atau
3. Pendekatan berorientasikan pasaran
4. Pedekatan berorientasikan pengguna.
TUJUAN PEMASARAN
Membantu menyelesaikan masalah pengguna
Memperluaskan pilihan pengguna
Meningkatkan jualan dan keuntungan

Pengeluar .
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi .
SASARAN PEMASARAN
Barang yang telah dikeluarkan oleh golongan pengeluar akan dipasarakan .
Barang ini akan dibeli oleh pelbagai golongan sosio- ekonomi .Golongan sosioekonomi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu individu sebagai pengguna dan
sebagai pengeluar .

Anda mungkin juga menyukai