Anda di halaman 1dari 13

KHASIAT IKAN PATIN

Manfaat ikan patin bagi kesehatan ditandai dengan adanya kandungan yang lemak lebih rendah dibanding ikan
jenis lain, terutama dua asam lemak esensial DHA yaitu kira-kira sebesar 4,74 % dan EPA yaitu kira-kira sebesar
0,31 %. Kedua jenis omega-3 asam lemak ini biasanya dihasilkan dari jenis ikan yang hidup di air dingin seperti
ikan salmon, ikan tuna, dan ikan sarden. Kadar lemak total yang terkandung dalam daging ikan patin adalah
sebesar 2,55 % sampai dengan 3,42 %, dimana asam lemak tak jenuh nya adalah di atas 50 %. Asam oleat
adalah asam lemak tak jenuh tunggal yang paling banyak terkandung di dalam daging ikan patin yaitu sebesar
8,43 %.
Berdasarkan hasil dari penelitian, kandungan gizi di dalam ikan patin yang berupa lemak tak jenuh (USFA
sebesar 50 %) sangatlah bagus untuk mencegah terjadinya resiko penyakit Kardiovaskular. Lemak tak jenuh juga
bermanfaat untuk menurunkan besarnya kadar kolesterol total dan kolesterol LDL yang terkandung di dalam
darah sehingga dapat mencegah dan mengurangi terkena penyakit jantung koroner.
Jika di lihat dari rendahnya kadar kolesterol yang terkandung dalam daging ikan patin ( 21-39mg/100
gram), maka manfaat ikan patin sangatlah bagus bagi anda yang sedang menjalankan program diet karena bisa
mengurangi asupan kolesterol harian di dalam menu makanan anda.

Bermula dengan modal RM10,000, bekas tentera ini membina dua buah sangkar berukuran 10 kaki x 12 kaki x 5
kaki bagi ikan patin dan tilapia dengan bekalan benih diambil daripada pembekal di Rawang, Selangor.
"Biarpun nampak remeh tetapi sebuah sangkar ikan menelan kos antara RM3,500 hingga RM4,000 bergantung
kepada mutu dan upah menarik sangkar ke sungai dan tidak termasuk kos anak benih."Harga anak benih ikan
patin bersaiz empat inci berharga antara 50 hingga 70 sen seekor berbanding ikan tilapia 40 hingga 50 sen pada
saiz yang sama,'' katanya yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman
atau geran daripada agensi kerajaan atau swasta.Terdapat 80 sangkar ikan yang dipunyai oleh lima individu
berlainan diletakkan sepanjang Sungai Pahang di Kampung Lada, Jerantut Feri, Jerantut.
Isharum berkata, ikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan ketika beratnya antara 500
hingga 700 gram."Permintaan ikan dengan berat lebih kurang 600 gram amat menggalakkan," katanya.Biasanya
satu sangkar yang menempatkan antara 1,000 hingga 1,200 ekor benih ikan boleh mengeluarkan sehingga satu
tan ikan bagi satu musim.
"Bagaimanapun bukan semua benih ikan yang dilepaskan akan hidup dan membesar kerana sebahagiannya akan
mati," jelas beliau.Mengenai pasaran, Isharum berkata, permintaan ikan patin dan tilapia sangkar amat
menggalakkan terutama di pasar tani, pemborong dan pasar besar Jerantut.Satu kilogram ikan patin dan tilapia
biasanya dijual secara runcit dengan harga RM13 hingga RM14 sekilogram."Setakat ini kami tidak dapat
memasarkan hasil ikan ke kawasan lain di Pahang kerana hasil yang dikeluarkan masih belum mencukupi,'' kata
Isharum yang berasal dari Jerantut.
Sementara itu seorang lagi penternak ikan air tawar, Zanuari Abd. Halim, 42, mula menternak dengan empat
sangkar ikan.Anak jati Jerantut yang menternak ikan patin, tilapia dan beberapa jenis ikan air tawar lain
mengakui permintaan yang diterima melebihi bekalan."Kami tidak dapat mengeluarkan ikan dengan banyak
kerana kami menghadapi masalah dengan bekalan benih dan harga makanan ikan yang semakin mahal."Benih
ikan yang dibeli kadang-kala kurang berkualiti walaupun dibeli di tempat yang sama dan benih yang kurang
bermutu akan menyebabkan ikan lambat membesar untuk dipasarkan," katanya berusaha mencari benih ikan
yang berkualiti.Kata Zanuari, selain itu ikan sangkar juga sering terdedah kepada risiko kematian akibat cuaca
yang tidak menentu seperti hujan lebat, banjir kilat serta masalah berkaitan dengan pencemaran air.Sementara

itu seorang lagi penternak ikan sangkar,Mohamad Zuhran Mat Ali, 36, pula menjadikan ternakan ikan sangkar
sebagai pendapatan sampingan sejak enam tahun lalu.
Beliau yang bekerja sebagai kontraktor telekomunikasi kini mempunyai 30 buah sangkar berkata, harga makanan
ikan yang semakin meningkat menjadikan penternak semakin tersepit.
"Biasanya bagi satu pusingan ternakan ikan sangkar memerlukan RM3,000 bagi satu sangkar bagi satu musim,"
katanya yang bermula hanya dengan sebuah sangkar ikan patin.Zuhran berkata, bagi satu pusingan ternakan
ikan memerlukan kos makanan sehingga RM3,000 dalam bentuk palet bagi tiga peringkat dalam proses
pembesaran anak ikan sehingga dewasa

KETEGORI A
1. Peluang hidup yang tinggi walau keadaan ikan padat.. (cuma effect padat tu tumbubesaran
ikan agak lambatla.)
2. ikan tak cerewet dalam bab makan (guna nasi lebihan dari kem2) walau nasi tu bercampur
dengan kari2 dan makanan2 yang lain ikan2 tersebut tak mati..
3. makan makanan alternatif lain macam nasi2 lbihan tu.
4. walau harga ikan agak rendah dipasaran tapi kuantiti pengeluaran tinggi untuk 1 kolam. Bila
kuantiti pengeluaran tinggi jadi pulangan lebih menguntungkan.
5. walau pengaliran air keluar masuk kurang baik (musim kemarau)ikan masih dapat
bertahan.. Penggunaan kincir angin kurang digunakan. Jimatkan kos elektrik.Sepanjang saya bela
patin ni alhamdulillah time kemarau kolam x perlukan kincir angin. Hanya kolam yang ada isi
baung dan talapia je yang guna bila tiba musim kemarau.
6. ANGGARN PENGIRAAN UNTUK PATIN 1 TAHUN (SEEKOR 1KG)

TANAH 1/2 EKAR

: 20000 ekor ikan

MATI

: 2000 ekor

HRG BORONG ikan

: RM4/kg

MKNAN ALTERNATIF

: RM100 sebulan ( RM100 x 12bulan) =RM1200

LAIN-LAIN

: RM3000

BENIH 3inci
: RM0.15
(RM0.15 x 20000 ikan)=RM3000
TOTAL BERSIH PENDAPATAN UNTUK 1 BULAN
TOTAL KASAR : (harga borong - makanan ikan - lain2 - benih)
: RM72000 - RM1200 - RM3000 - RM3000 =RM64800
pendapatan bulanan = ( total kasar / bulan )

RM64800 / 12 bulan =

( RM4 x 18000 ikan) =RM72000

RM 5400

Ternakan Ikan dalam tangki Polythelene (PE) merupakan sistem ternakan alternatif kepada sistemsistem ternakan air tawar yang lain. Kelebihan sistem ini ialah ia tidak memerlukan ruang kawasan yang
luas, tidak perlu membina kolam, kurang tenaga buruh dan boleh dijadikan sebagai hobi untuk
memperolehi pendapatan secara sampingan. Walau bagaimanapun sistem ini hanya sesuai kepada
ternakan spesis ikan keli (Clarias gariepinus), puyu, tilapia serta beberapa spesis ikan hiasan yang lain.

Terdapat dua jenis reka bentuk tangki (PE) iaitu berbentuk segiempat sama dan bulat yang bersaiz
antara satu hingga lima tan metrik dalam dua jenis warna hitam dan biru. Penternak digalakkan

menggunakan tangki berwarna biru kerana senang untuk melihat tumbesaran ikan dan mengesan
kekotoran berbanding dengan tangki berwarna hitam. Untuk tujuan ternakan ikan, tangki berbentuk
bulat digalakkan, manakala asuhan benih ikan tangki berbentuk segiempat sama digalakkan.
Untuk menyediakan tangki baru sebelum memulakan ternakan, langkah2 berikut perlu diambil:

Tangki yang baru diperolehi perlu dibersihkan dengan teliti agar bahan kimia tidak memberi
kesan negatif kepada benih ikan yang dilepaskan

Tangki baru perlu diisi dengan air yang bersih sehingga keparas maksimum dan dibiarkan
selama seminggu untuk menyahkan kesan bahan kimia. Adalah lebih baik jika air dialirkan terus
untuk mengurangkan kesan toksik.

Untuk Tangki yang telah lama digunakan beberapa langkah perlu diambil:

Selepas kutipan hasil dijalankan, dinding dan dasar tangki perlu dibersihkan untuk membuang
lumut, najis dan sisa makanan.

Tangki dicuci dengan larutan garam berkepekatan 10gram/liter dan jemur selama 2 hingga 3
jam untuk membunuh parasit agen penyakit. Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan.

Langkah-langkah berikut perlu diambil sebelum memasukkan air kedalam tangki:

Sebelum memasukkan air, tangki dan sistem diperiksa bagi memastikan tiada sebarang
kebocoran.

Masukkan air bersih sedalam 15cm dan tambahkan dengan 15cm air hijau supaya paras air
menjadi 30cm

Tambahkan satu liter Efektif Mikroorganisma-EMAS 2 kedalam tangki ternakan untuk


meningkatkan mutu air dan memperkayakan kandungan plankton yang merupakan makanan
semulajadikepada ikan ternakan.

Bagi benih ikan keli bersaiz 10gram seekor atau 7.5cm, kadar yang sesuai adalah antara 150 ekor
hingga 200 ekor semeter persegi. Biasanya benih keli dibungkus di dalam beg plastik dan berisi gas
oksigen. Rendam beg plastik selama setengah jam atau sehingga suhu air kedua-duanya sama. Buka
beg plastik dan lepaskan benih kedalam tangki ternakan.
Makanan rumusan yang terdiri dari pelet starter yang mengandungi 30-32% protein adalah disyorkan
dalam ternakan keli dalam tangki dengan kadar pemberian seperti berikut:
Umur ikan dan Peratus dari berat badan (%)
1-20 (5%)
21-40 (4%)

41-60 (3%)
61-80 (3%)
Kadar penukaran makanan (FCR) bagi keli adalah 2.0-2.51:1. Ini bermaksud dua hingga 2.5 kilogram
pelet diperlukan untuk menghasilkan satu kilogram ikan keli. Anggarkan bilangan ikan yang masih
terdapat dalam tangki dan didarabkan berat purata dengan bilangan ikan untuk mendapatkan jumlah
berat ikan. Darabkan jumlah berat ikan dengan kadar pemberian makanan untuk mendapatkan jumlah
yang perlu diberi sehari bagi 14 hari berikutnya.
Contoh pengiraan:
Katakan purata berat seekor ikan adalah 50gram. Andaikan terdapat 350 ekor ikan dalam tangki. Maka
jumlah berat ikan adalah 350 ekor X 50gram = 17.5kg
Katakan kadar pemberian makanan adalah 5%, maka jumlah makanan sehari adalah 5% X 17.5kg =
0.85kg, atau 875gram. Ini bermakna jumlah makanan yang perlu diberi adalah sebanyak 875g, sehari
selama 14hari berikutnya.
Selepas 14hari buat lagi persampelan untuk menentukan jumlah makanan yang diperlukan untuk 14 hari
berikutnya. Proses ini diulangi sehingga 14 hari sebelum kutipan hasil dijalankan.
Makanan tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 437.5gram diberi pada sebelah pagi dan
437.5gram diberi pada sebelah petang pada jam 6.00 ptg. Makanan perlu diberi pada waktu senja
kerana pada masa itu ikan keli sedang aktif dan kadar metabolisme adalah tinggi bagi membantu
meningkatkan penghadaman. Makanan juga boleh direndam didalam EM untuk mempercepatkan
tumbesaran ikan.
Makanan diberi secara menabur sedikit demi sedikit sehingga habis dimakan oleh ikan . Semasa
makanan diberi, penternak boleh memantau pembesaran dan kesihatan ikan. Jangan beri makanan
kepada ikan ketika cuaca mendung dan hujan lebat. Ini adalah kerana ikan tidak aktif jika suhu air
menjadi rendah dan ini membazirkan dan mengotorkan tangki ikan.
Tangki perlu ditutup untuk mengelakkan perubahan suhu yang terlampau ketika hujan lebat. Jika julat
suhu terlampau berbeza, ikan akan menjadi stress dan akan mudah diserang parasit atau agen penyakit
lain. Manakala jika terlampau terdedah kepada cahaya matahari, ikan akan mendapat penyakit lecur
kulit kerana air menjadi panas. Untuk mengatasi masalah ini, tangki perlu dilindungi dengan jaring orkid
dengan kadar penembusan cahaya sebanyak 50%.

Cara-cara mengenal pasti kualiti benih ikan yang baik :


Memerlukan tahap kecergasan benih ikan akdan memilih benih ikanyang sihat dan
aktif
Memerhatikan bentuk fizikal benih ikan dan memilih benih ikan
yang mempunyai bentuk yang standard
Memilih benih ikan yang tidak mempunyai tanda-tanda penyakit
Memilih benih ikan daripada induk ikan yang sihat dan tidak
berpenyakit.

Memilih benih ikan daripada induk ikan yang sihat dan tidak berpenyakit
Mendapatkan benih ikan dari pembekal yang boleh dipercayai JabatanPerikanan
Pelepasan benih ikan ke dalam kolam bergantung kepada beberapa faktor
Spesis ikan yang diternak
Saiz benih ikan atau umur ikan
Sistem ternakan yang diusahakan
keluaran sistem ternakan

Menyenaraikan Langkahlangkah Pelepasan Benih Ikan ke dalam Kolam atau Tangki


Langkah 1 : Menstabilkan suhu
1. Rendam beg plastik yang berisi benih ikan di dalam aair kolam selama 15 hing
ga30 minit. Tujuannya untuk mengurangkan perbezaan suhu antara air di dala
m begplastik dengan air di dalam beg.
2. Suhu air di dalam beg plastik dan suhu air didalam kolam akan sama selepasja
ngka masa rendaman tersebut.
Langkah 2 : Memeriksa kualiti benih
1. Periksa benihbenih ikan. Benih ikan yang mengalami tekanan harus direhatkanmanakala be
nih ikan yang cedera atau yang mempunyai tandatanda penyakitperlu diasingkan untuk diberi rawatan.
2. Pastikan benih ikan yang dilepaskan ke dalam kolam ternakan adalah sihat dan
cergas.
Langkah 3 : Melepaskan benih
1. Masukkan air kolam ternakan ke dalam beg
plastik supaya suhunya sama.
2. Ulangi proses ini ke dalam kolam ternakan
Ada beberapa jenis sistem penternakan yang boleh dijalankan yang mana setiap sistem
tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Sistem
Penternakan

Kelebihan

Kekurangan

Kawasan air bertakung yang

Kolam Tanah

tidak sesuai untuk tanaman

Kos pembinaan yang tinggi.

mudah didapati.

Kesihatan ikan sukar dipantau.

Boleh menternak dengan

Berlaku gangguan bencana

bilangan ikan yang banyak.

alam seperti banjir dan kemarau

ikan cepat membesar

Gangguan haiwan pemangsa seperti burung, biawak dan me

terdapat makanan semula jadi


Mudah diuruskan dan
Sangkar
Terapung

mudah memungut hasil.


Ikan cepat membesar kerana
terdapat makanan semulajadi.
Guna perairan yang sedia ada

Modal yang besar dan


penyelenggaraan yang tinggi
Memerlukan kemahiran yang tinggi
Ikan terlepas keluar jika
sangkar rosak

Tidak memerlukan kawasan


yang luas
Tangki Konkrit /Modal yang rendah dan
senang diurus

Memerlukan kemahiran membina


Memerlukan alat pengudaraan
Tiada makanan semulajadi

Mudah memungut hasil dan memantaukesihatan ikan


Menggunakan perairan sedia ada
Kandang
(pens)

dan terdapat makanan semula jadi

Gangguan bencana alam seperti kema

Reka bentuk yang ringkas

Gangguan haiwan pemangsa

dan mudah

Ikan terlepas keluar jika kandar rosak

Senang memantau kesihatan ikan

Bekas

Mudah terdapat kawasan lombong

Lombong

Terdapat makanan semula jadi

Suka diurus kerana kawasan yang lua


Kesihatan sukar dipantau

Terdapat gangguan haiwan pemangsa

Tips ternak tilapia sangkar

TILAPIA merah atau nama saintifiknya Oreochromis sp dari famili Cichlidae adalah spesies ikan air tawar yang
berasal dari Benua Afrika.
Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 50-an, mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang
menarik.

Ternakan ikan sangkar merupakan suatu proses pemeliharaan ikan dari peringkat juvenil hingga ke peringkat
kutipan hasil.
Kaedah ternakan dalam sangkar biasanya dijalankan di kawasan di mana kolam tidak dapat dibina seperti di
kuala sungai, selat, bekas lombong lama dan tasik.

Pemilihan tapak

Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air
bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar.
Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar
akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar.
Antara faktor penting yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar ialah kualiti air,
kedalaman air dan kelajuan air.
Kualiti air dan persekitaran yang baik akan memberi kesan terhadap tumbesaran dengan cepat bagi sistem
ternakan secara intensif.
Berikut adalah parameter dimana suhu air (20-35 darjah C) optimum (28-32 darjah C), pH air - 6-8, oksigen
terlarut - lebih dari 2.5 ppm, karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppm dan ammonia - kurang dari 1.0 ppm.

Reka bentuk dan pembinaan sangkar


Model sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap array. Saiz kerangka bagi satu petak
sangkar adalah 3.45 meter (m) x 3.45 m iaitu 3.45 m panjang dan 0.45 m tinggi.
Struktur kerangka sangkar disaran menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene).
Saiz mata pukat 250 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat
kurungan ikan adalah antara 1.8 - 2.0 meter.
Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara 16-18 meter padu. Sangkar yang
menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6 m juga boleh digunakan bagi mengurangkan kos.

Pengasuhan anak ikan


Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 sentimeter (sm) perlu diasuh terlebih dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar
atau kolam ternakan.
Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (antara 50
dan 70 g seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar.

Kadar pelepasan benih


Kadar perlepasan bagi benih di dalam sangkar asuhan adalah 100 ekor semeter persegi.
Kadar perlepasan bagi ternakan pula ialah 40 ekor semeter persegi. Kadar perlepasan yang rendah akan
merugikan ruang yang terdapat dalam sangkar.
Kadar perlepasan yang terlalu tinggi pula boleh menyebabkan ikan lambat membesar dan merugikan masa
ternakan.
Setelah mencapai saiz 7-10 sm ( antara 50 dan 70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke
sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar
bersaiz 6 m x 6 m boleh dimasukkan 2,000 ekor benih.

Masa untuk melepaskan benih


Masa yang sesuai untuk melepaskan benih ikan ke dalam sangkar ialah pada waktu pagi dan lewat petang.
Elakkan melepaskan benih pada waktu tengahari kerana pada masa ini cuaca panas dan akan memberi tekanan
kepada benih ikan.
Pada masa itu suhu air dalam beg plastik dan suhu air disangkar mungkin berbeza di mana perbezaan suhu yang
ketara boleh mengakibatkan ikan mengalami tekanan dan kematian yang tinggi.

Kaedah pelepasan benih


Sukat suhu dari dalam tangki serta suhu air sangkar dan buat perbandingan.
Sekiranya suhu air dalam bekas lebih tinggi dari suhu air sangkar, maka perlu menambah air batu ke dalam
tangki supaya suhu air menurun sehingga ke paras yang sama dengan suhu air sangkar.
Sekiranya suhu air sangkar lebih tinggi dari suhu air dalam bekas benih maka tindakan menjemur tangki perlu
dilakukan sehingga suhu air meningkat dan sama dengan suhu air sangkar.

Setelah suhu sama, buka ikatan beg plastik dan masukkan air sangkar sedikit demi sedikit ke dalam beg plastik
dan biarkan benih keluar sendiri dari beg plastik.

Pemakanan
Makanan semulajadi adalah terdiri dari makanan asasi seperti plankton yang terdiri dari fitoplankton dan
zooplankton.
Ia penting bagi benih ikan di peringkat asuhan dan boleh didapati di dalam kolam seperti Moina, rotifer,
cladosera, daphnid dan sebagainya.
Makanan rumusan pula adalah merupakan makanan yang lengkap dan seimbang terdiri dari tiga kategori iaitu
pelet pemula diberikan kepada benih yang baru dilepaskan sehingga berumur satu hingga dua bulan.
Pelet pertumbuhan merupakan makanan tumbesaran untuk ikan yang berumur melebihi dua bulan hingga empat
bulan.
Pelet pengakhir pula adalah makanan penamat di mana saiznya lebih besar dari makanan tumbesaran dan diberi
kepada ikan yang berumur melebihi lima bulan sehingga mencapai saiz pasaran.
Selain makanan tambahan sisa pertanian juga boleh diberi seperti daun ubi dan kangkong, sisa sayuran, dedak
padi, gandum dan barli juga sisa dari kilang seperti hampas soya dan hampas kacang tanah dan ikan baja.

Penuaian
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz antara 500 dan 600 g seekor.
Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 g seekor dalam bentuk ikan
hidup.
Jika kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak antara 650 dan 850 ekor, anggaran hasil
yang dituai adalah antara antara 350 dan 400 kg sesangkar.
Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakkan ikan dari terkejut (stress).

Kawalan dan kesihatan


Penyakit ikan boleh berlaku atau disebabkan kekurangan oksigen larut dalam air, baja ternakan yang tidak reput,
sumber makanan yang dijangkiti penyakit dan cuaca yang terlalu panas akan menyebabkan ikan mengalami
tegasan dan lemah.
Keadaan ini akan menyebabkan agen penyakit akan menyerang ikan dan berlakunya jangkitan penyakit ikan
penyakit juga boleh dibawa masuk ke kawasan ternakan melalui anak ikan yang diimport atau dibeli dari sumber
yang tidak menentu.
Penyakit tompok putih iaitu penyakit yang disebabkan protozoa.
Tanda - tanda penyakit adalah tompok putih pada badan dan sirip ikan.
Ikan akan menjadi lemah dan timbul di atas permukaan.
Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan memasukkan ikan yang diserang dalam larutan formalin dan garam
dengan kepekatan 1000 ppm + 20-25 ppm 3 kali berturut-turut (setiap dua hari) selama dua minggu atau Kalium
permangganat 2.0 ppm tiap-tiap hari selama 3 hari untuk atau natrium klorida dengan kepekatan 10 ppt tiap-tiap
hari selama 3 hari.
Penyakit jangkitan trichodina disebabkan oleh parasit dan menyerang bahagian kulit dan insang ikan.
Akan terdapat lendir yang berlebihan pada kulit dan insang. Rawatan Rendam dalam Formalin 25 ppm 2 hari
berturut-turut selama 1 minggu. Penyakit Argulosis Bintik-bintuk merah. Rawatan : Rendam dalam Formalin 2.0 ppm.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.ht
m#ixzz3JOQoYb6q
Utusan Melayu (M) Bhd \

Untuk Maklumat Lanjut, Sila dapatkan Buku Cadangan Perniagaan di Cawangan Komunikasi,
Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Aras-3, Blok Menara 4G2, Presint 4, PUTRAJAYA.
No Tel : 03-8870 4000

PEMILIHAN TAPAK UNTUK PROJEK AKUAKULTUR


AIR TAWAR
PENDEKATAN : TAPAK - SPESIS
1 Ada tapak /sistem ternakan
Tentukan kriteria tapak
Dapatkan spesis ternakan yg sesuai dengan tapak/sistem
Spesis ternakan telah ditentukan
Cari tapak/sistem yg sesuai dengan spesis berkenan
Telah pilih spesis, ada tapak tetapi tidak sesuai
Ubahsuai tapak agar sesuai dengan spesis
Kos ubahsuai mungkin besar
Kejayaan : ya / tidak
Tiada tapak, tidak tahu spesis apa untuk ternakan
Dapatkan nasihat pakar
Cari pekerja mahir
PILIH TAPAK SESUAI
Tapak sesuai adalah antara faktor penting tentukan kejayaan operasi ternakair
Pemilihan tapak yang betul boleh
Membantu kejayaan operasi ternakan
Memudahkan/mencepatkan operasi/pengurusan ternakan
Mengurangkan kos
Pembinaan kolam
Pengurusan ternakan
dll
KRITERIA PILIH TAPAK
Tiada masalah perundangan
Topografi & kedudukan
Sifat Tanah
Sumber air
Kemudahan asas
Bukan kawasan bencana alam
Kriteria bonus
1. TIADA MASALAH PERUNDANGAN
Kawasan pertanian (jelas tertera dalam geran tanah)
Bukan kawasan perumahan, kilang, reserved jalan, reserved sungai dsb
Bukan Tanah milik orang lain :
Di bawah talian TNB, dsb
Tanah sendiri / sewa / tol / pajak
Bonus : ZIA ?
2. TOPOGRAFI & KEDUDUKAN
Topografi (rupa bentuk muka bumi)
Tanah pamah (< 50 ketinggian)
Tanah tinggi / lereng bukit / tanah tidak rata kurang sesuai
Kos pembinaan tinggi
Kos operasi tinggi (guna pam)

Masalah hakisan
2. TOPOGRAFI & KEDUDUKAN (samb.)
Kedudukan
sawah terbiar
ladang getah tinggal
Belukar
paya
Kolam lama (80an)
Tanah bekas lombong

3 Kreteria TANAH
Jenis tanah terbaik liat, kerana
Kandungan pasir rendah (0-45%)
Dapat takung air
Kandungan pertikel organik yg tinggi - galak pertumbuhan makanan semulajadi
(Tanah pasir tidak sesuai ? / (boleh diubahsuai))
Tanah lain : loam
3 TANAH (samb.)
pH tanah > 4.0 / (boleh diubahsuai)
Tiada bahan toksid (logam berat, tempat buangan sampah)
Bukan tapak merbahaya (tapak buangan bahan radioaktif, tempat lupus senjata, lapang sasar, dll)
Tanda tanah berasid

pH meter
Pemulihan tanah berpasir
Lapisan plastik (HDPE) mahal
Simenkan tebing & dasar kolam
Rawatan lumpur ~ setahun
Pembajaan kolam :banyak & berulang
Top-up air berterusan diperingkat awal penggunaan kolam ~ 2 tahun
Guna berulang-ulang
Pemulihan tanah berasid
Kapur (dengan banyak, berulang-ulang)
Lapisan plastik (HDPE)
Tanam rumput pada tebing kolam
Simenkan tebing kolam
Tabur pasir pada tebing & dasar kolam

Masalah dalam penggunaan


lapisan plastik
Kos agak mahal (bahan & pemasangan)
Sukar untuk membuat ubahsuai kolam dikemudian hari
Kerap berlaku juga tirisan air keluar melalui rekahan pada sambungtemu lapis plastik dan struktur

kolam (paip, tebing dll)


Kerap berlaku tebukan pada lapisan plastik > air keluar
Masalah dalam penggunaan
lapisan plastik (samb.)
Terdapat udara terperangkap dibawah lapisan plastik menyebabkan gelembung & ganggu
pergerakkan air dalam kolam
Segala operasi dalam kolam hendaklah dgn cermat agar tidak merosakkan lapis plastik
Pembaikpulih lapis plastik agak mengmbil masa : masalah logistik & kepakaran
4 SUMBER AIR
4.1 Berkualiti
Bebas dari pencemaran
Racun (serangga, rumpai)
Bahan organik
BOD < 10 ppm
NH3 < 1.0 ppm
NO2 < 1.0 ppm
H2S < 0.03 ppm
TSS < 80.0 ppm
Bil. sel plankton < 20,000 sel/ml
Bil. E. coli < 10,000 sel/ml
Logam berat Hg & Cd < 0.05 ppm
salinometer
DO meter
5 KEMUDAHAN ASAS
Bekalan elektrik
Bekalan tenaga elektrik domestik (TNB)
Mudah & murah jangka panjang
Pemasangan awal agak mahal
Keperluan untuk alat pengudaraan, pam air, alat analisis kualiti air, bilik sejuk dsb
Generator alat bekal tenaga elektrik tunggusedia persediaan ketika putus bekalan tenaga
domestik
Keupayaan bekalan mampu tampung keperluan hayat haiwan ternakan sahaja
5 KEMUDAHAN ASAS (samb.)
Jalan (jalan utama, jalan ladang)
penghantaran bekaln makanan, benih, kimia dsb
pemasaran hasil
Pengurusan ternakan harian
Alat perhubungan telifon, mesin fax, sawang elektronik (internet)
Bekalan air tawar domestik (pejabat, kuarters, pekerja)
6 BUKAN KAWASAN BENCANA (BANJIR, RIBUT)
Bukan paya
paya boleh diguna jika penimbusan sempurna dilakukan bagi mencegah kolam tenggelam
Kaedah pembinaan kolam timbus (bawa tanah luar tanpa gali kolam) , kos tinggi
Bukan kawasan banjir
Kawasan terkesan oleh banjir tahunan masih boleh diguna jika ban dibina tinggi dan kolam dibina
secara timbus

6 BUKAN KAWASAN BENCANA (BANJIR, RIBUT)(samb.)


Ribut
Pembinaan kolam di kawasan laluan angin kencang perlu mempunyai struktur yang kukuh dari
tiupan angin kuat. Struktur berbentuk tinggi memerlukan binaan asas yang mampu menahan tiupan
angin kencang dan tidak akan roboh
7 KRITERIA BONUS
Dalam ZIA (Zon Industri Akuakultur)
Kawasan digezet Kerajaan Negeri untuk aktiviti akuakultur
Kelengkapan asas boleh disediakan kerajaan
Dekat pasaran
Pasar, restoran makanan laut, hotel, dll
kos pengangkutan
Cepat penghantaran bekalan
Hasil masih segar ketika sampai kepada pengguna
7 KRITERIA BONUS (samb.)
Mudah pengawasan
Pencerobohan
Peralatan diguna berfungsi
Mudah dapatkan pekerja
Berhampiran kilang proses
PENUTUP
TAPAK SESUAI
Tapak dengan kriteria terbaik lebih mungkin berjaya kerana mampu menyerap masalah-masalah
kecil dihadapi ternakan berbanding tapak bukan terbaik dimana tahap toleransinya sangat
sedikit/pendek.
PENUTUP
PENGURUS PROJEK hendaklah
peka atas apa juga perubahan semasa
Pemasaran
Spesis pupular
Penyakit
dsb
PENUTUP
PENGURUSAN LADANG
Penyumbang utama kpd kejayaan projek
Tinggal dalam kawasan projek
Sepatutnya orang paling berpengalaman dalam ladang berkenaan
Memahami segala masalah ternakan yg berlaku
Dapat mengatasinya masalah yg berlaku dgn cepat dan berkesan
Dapat mencegah masalah dari berulang
pengurusan jarak jauh
selalunya kurang/tidak berkesan
Projek akan tidak Berjaya

Sangkar ikan air tawar lubuk duit Petikan dari Utusan Malaysia 6/3/2009 Oleh KHAIRUNNISA
SULAIMAN ikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan dibela ketika beratnya
mencapai antara 500 dan 700 gram. Menyusuri Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, tentu mata
tidak lepas memandang sangkar-sangkar ikan air tawar yang meriah menghiasi tebing sungai. Industri
ikan sangkar sebenarnya memberikan pulangan lumayan kepada penternak jika mereka
mengusahakannya secara bersungguh-sungguh. Antara penternak ikan air tawar yang berjaya di
daerah Jerantut, Isharum Bujang, 47, yang telah melibatkan diri dalam industri ternakan ikan sangkar
seperti patin dan tilapia sejak 10 tahun lalu. Bermula dengan modal RM10,000, bekas tentera ini
membina dua buah sangkar berukuran 10 kaki x 12 kaki x 5 kaki bagi ikan patin dan tilapia dengan
bekalan benih diambil daripada pembekal di Rawang, Selangor. "Biarpun nampak remeh tetapi sebuah
sangkar ikan menelan kos antara RM3,500 hingga RM4,000 bergantung kepada mutu dan upah
menarik sangkar ke sungai dan tidak termasuk kos anak benih. "Harga anak benih ikan patin bersaiz
empat inci berharga antara 50 hingga 70 sen seekor berbanding ikan tilapia 40 hingga 50 sen pada saiz
yang sama,'' katanya yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman
atau geran daripada agensi kerajaan atau swasta. Terdapat 80 sangkar ikan yang dipunyai oleh lima
individu berlainan diletakkan sepanjang Sungai Pahang di Kampung Lada, Jerantut Feri, Jerantut.
Isharum berkata, ikan patin dan tilapia boleh dijual selepas lima atau enam bulan ketika beratnya
antara 500 hingga 700 gram. "Permintaan ikan dengan berat lebih kurang 600 gram amat
menggalakkan," katanya. Biasanya satu sangkar yang menempatkan antara 1,000 hingga 1,200 ekor
benih ikan boleh mengeluarkan sehingga satu tan ikan bagi satu musim. "Bagaimanapun bukan semua
benih ikan yang dilepaskan akan hidup dan membesar kerana sebahagiannya akan mati," jelas beliau.
Mengenai pasaran, Isharum berkata, permintaan ikan patin dan tilapia sangkar amat menggalakkan
terutama di pasar tani, pemborong dan pasar besar Jerantut. Satu kilogram ikan patin dan tilapia
biasanya dijual secara runcit dengan harga RM13 hingga RM14 sekilogram. "Setakat ini kami tidak
dapat memasarkan hasil ikan ke kawasan lain di Pahang kerana hasil yang dikeluarkan masih belum
mencukupi,'' kata Isharum yang berasal dari Jerantut. Sementara itu seorang lagi penternak ikan air
tawar, Zanuari Abd. Halim, 42, mula menternak dengan empat sangkar ikan. Anak jati Jerantut yang
menternak ikan patin, tilapia dan beberapa jenis ikan air tawar lain mengakui permintaan yang
diterima melebihi bekalan. "Kami tidak dapat mengeluarkan ikan dengan banyak kerana kami
menghadapi masalah dengan bekalan benih dan harga makanan ikan yang semakin mahal. "Benih ikan
yang dibeli kadang-kala kurang berkualiti walaupun dibeli di tempat yang sama dan benih yang
kurang bermutu akan menyebabkan ikan lambat membesar untuk dipasarkan," katanya berusaha
mencari benih ikan yang berkualiti. Kata Zanuari, selain itu ikan sangkar juga sering terdedah kepada
risiko kematian akibat cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat, banjir kilat serta masalah
berkaitan dengan pencemaran air. Sementara itu seorang lagi penternak ikan sangkar, Mohamad
Zuhran Mat Ali, 36, pula menjadikan ternakan ikan sangkar sebagai pendapatan sampingan sejak
enam tahun lalu. Beliau yang bekerja sebagai kontraktor telekomunikasi kini mempunyai 30 buah
sangkar berkata, harga makanan ikan yang semakin meningkat menjadikan penternak semakin
tersepit. "Biasanya bagi satu pusingan ternakan ikan sangkar memerlukan RM3,000 bagi satu sangkar
bagi satu musim," katanya yang bermula hanya dengan sebuah sangkar ikan patin. Zuhran berkata,
bagi satu pusingan ternakan ikan memerlukan kos makanan sehingga RM3,000 dalam bentuk palet
bagi tiga peringkat dalam proses pembesaran anak ikan sehingga dewasa.
Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Anda mungkin juga menyukai