Anda di halaman 1dari 2

http://kebunwarisan.blogspot.

my/2008/03/pembenihan-ikan-tilapia-
oreochromis-sp.html

Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan &


Agrotourism Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu. Sumber/Dipetik:
Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.) Pembenihan Ikan
Tilapia (Oreochromis sp.) Bahan-bahan Rajah 3: a) Batu-bata
Tangki b) Tangki 1 tan Pembiakan c) Pengudaraan Tilapia d)
Kanular atau kateter e) Tilapia starter pellet. Pembiakan secara
semulajadiPembiakan secara semulajadi diadaptasi kerana faktor
ikan tilapia sudah dibuktikan mampu dibiakkan dalam kurungan.
Teknik ini juga mampu menghasilkan benih yang banyak
berdasarkan kepada kematangan induk dan kesesuaian
persekitaran. Penyediaan dan cara kerja Sarang tilapia akan
disediakan terlebih dahulu dengan menyusun batu-bata ke dalam
tangki yang telah disediakan. Jumlah sarang yang dibina adalah
berdasarkan jumlah induk jantan yang dimasukkan ke dalam
tangki pembiakan.(Nisbah induk 3 betina:1 jantan). Dalam proses
ini 5 induk jantan dan 15 induk betina telah dimasukkan ke dalam
setiap tangki pembiakan. Ikan tilapia akan mula bertelur selepas
air betukar menjadi hijau. Penutup boleh digunakan untuk
mengurangkan pendedahan cahaya ke dalam tangki. Induk akan
diberi makan Tilapia starter pellet untuk memastikan sumber
protein yang tinggi mencukupi untuk proses pembiakan. Induk
akan diberi makan setiap hari dan diberi pengudaraan untuk
memastikan parameter air berada pada tahap optimum. Larva ikan
yang berenang di permukaan akan ditangkap setiap hari dan
diletakkan di dalam tangki asuhan. Telur ikan juga boleh
dikeluarkan daripada mulut induk dan dilakukan proses
pengeraman(incubating). Larva akan diberi makan Moina untuk 3
hari pertama dan pellet hancur untuk hari
seterusnya.PerbincanganInduk betina ditentukan dengan
ketiadaan warna dan corak pada sirip anal dan abdomen yang
besar. Induk jantan pula ditentukan dengan adanya corak dan
warna pada sirip anal. Cara penentuan jantina ini kebanyaknya
betul pada tilapia hibrid tetapi menimbulkan masalah kepada
spesies tilapia eksotik yang mempunyai warna dan corak yang
menarik pada betina. Kesimpulan Proses pembiakan secara
semulajadi bukan sahaja murah tetapi berkesan. Ini kerana ikan
tilapia telah lama dibuktikan dapat membiak dalam kurungan
dengan baik. Penggunaan hormon dalam proses ini tidak
diperlukan dan hanya induk yang matang dan sihat sahaja
diperlukan. Kaedah ini baik tetapi perlu dilakukan pengeraman di
luar untuk penetasan yang lebih sekata dan memudahkan
pengurusan larva

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai