Anda di halaman 1dari 9

3.

0 Pengembangan pertanian di Malaysia

3.1 Isu pengembangan pertanian dan langkah mengatasi

1. Hasil tanaman dan ternakan pertanian yang rendah. Pengeluaran hasil pertanian yang
tinggi dapat dicapai dengan cara mengaplikasikan kaedah dan teknik pertanian yang dapat
meningkatkan hasil secara efektif. Sebagai contoh kaedah pertanian bersepadu antara getah dan
kambing, tanaman polikultura dan hidroponik.

2. Petani tidak memberi kerjasama yang diperlukan oleh agen pengembangan untuk
membantu mereka. Petani lebih selesa untuk berkerjasama dengan agen pengembangan
pertanian. Agen pengembangan perlu merapatkan jurang antara agent dan petani dengan cara
melibatkan petani dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh agensi pertanian. Agen
pertanian perlu lebih bersedia untuk menghadapi dan mendekati petani dan menyampaikan atau
memberi maklumat semasa yang dapat menolong pembangunan pertanian petani.

3. Penggunaan teknologi yang tidak meluas oleh para petani di dalam aktivti pertanian
mereka. Ini adalah disebabkan mereka kekurangan modal untuk mendapatkan teknologi-
teknologi yang ada. Penggunaan teknologi secara meluas dengan cara menggalakkan dan
memberi insentif mengenai teknologi kepada petani. Sebagai contoh memberi petani peluang
untuk mencuba alatan atau teknologi yang disediakan oleh agensi yang terlibat

4. Kemahiran petani pada tahap yang sama dan tidak berkembang. Melahirkan para petani
yang mampu menguasai kemahiran yang fleksibel dan serba boleh untuk menghadapi saingan
dan masalah dalam pertanian dengan cara menyediakan kursus,seminar dan demo kepada petani
untuk meningkatkan kemahiran sedia ada yang mereka ada. Petani juga boleh ditawarkan projek
pertanian di bawah bimbingan agensi pertanian yang terlibat.

5. Petani tidak mengamalkan sistem pertanian yang mesra alam. Sebaliknya, mereka
menggunakan bahan kimia secara berlebihan dan berterusan. Petani yang mengamalkan sistem
pertanian secara mesra alam dapat dicapai dengan mengamalkan penggunaan kawalan perosak
secara biologi atau penggunaa racun dan baja organik yang tidak mencemarkan kelestarian alam
sekitar serta tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna.
6. Agen pertanian yang tidak peka dan hanya menumpukan kepada segelintir latar belakang
mayarakat sahaja dalam menyampaikan maklumat pertanian. Agent pertanian lebih peka
terhadap pelbagai latar masyarakat petani. Agent juga harus mempunyai ilmu dalam psikologi
untuk mendekati petani dalam pelbagai lapisan masyarakat.

7. Petani yang tidak menggunakan sumber input dengan cekap. Petani yang menggunakan
sumber dengan cekap dan efisien seperti pengurusan dan pengkormesialan sisa-sisa pertanian
untuk meningkatkan hasil pertanian dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran.

3.2 Peranan Pengembangan Pertanian

1 Menggalakkan petani menggunakan teknologi baru

Memberi penerangan berkaitan kepentingan peggunaan teknologi baru terhadap


sektor pertanian
Membantu petani mendapatkan teknologi yang sesuai untuk aktiviti pertanian mereka
dengan kos yang berpatutan.
Melakukan demonstrasi yang mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh para
petani.
Selain itu, manual penggunaan jentera dan peralatan perlu diberi kepada petani
sebagai panduan semasa menjalankan aktiviti pertanian.
Mencadangkan teknologi yang sesuai kepada para petani agar mereka dapat
meningkatkan hasil pengeluaran.
Pegawai pertanian perlu berunding dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang
kepentingan dan cara-cara penggunaan teknologi yang baru kepada para petani.
Jurang pengetahuan teknologi dalam golongan petani boleh dikurangkan dengan
menyediakan jaminan insurans kepada para petani apabila mereka menggunakan
jentera dan mesin kerana mereka akan berasa lebih yakin untuk menggunakan jentera
dan mesin.
Mengadakan seminar pengendalian jentera dan mesin ersama pakar-pakar yang mahir
dalam pengendalian mesin dalam berkongsikan pengalaman mereka di mana melalui
perkongsian tersebut, para petani lebih faham untuk mengendalikan jentera dan mesin
dengan lebih selamat dan penggunaan secara efektif.
Agen pengembangan merupakan penggerak dalam memperkenalkan teknologi terkini
yang bersesuaian untuk diterima pakai oleh para petani disamping menjadikan
pertanian yang dijalankan itu mampu mengeluarkan hasil yang optimum dan
seterusnya mampu menjana pendapatan yang lumayan.

2 Merangka merancang pembangunan pertanian yang berkesan.

Perancangan pembangunan yang teratur dan berkesan mampu untuk menjana


pengeluaran hasil yang tinggi
Memastikan petani mengikut pelan perancangan dengan betul.

3 Memperkenalkan sistem pertanian terkini kepada para petani

Menganjurkan bengkel/seminar bagi memudahkan petani untuk melaksanakan sistem


pertanian terkini.
Kualiti hasil pertanian Negara berupaya untuk bersaing dengan produk luar.
Pegawai pertanian perlulah menggalakkan petani menggunakan kaedah pertanian
lestari seperti biochar, baja kompos, kawalan biologi supaya hasil pertanian
ditingkatkan. Pada masa yang sama, pertanian lestari juga dapat memelihara alam
sekitar.
Pegawai pertanian boleh memperkenalkan kaedah lepas tuai yang baik kepada para
petani supaya hasil pertanian mereka lebih tahan lama dan berkualiti tinggi setaraf
dengan produk pertanian luar negara. Ini juga dapat membantu mengeluarkan hasil-
hasil pertanian ke luar negara sesuai dengan kualiti yang sedia ada.

4 Membantu petani untuk meningkatkan hasil pertanian serta pendapatan

Memperkenalkan varieti baru yang mampu untuk meningkatkan hasil serta kualiti .
Memantau aktiviti dan perlaksanaan pertanian agar lebih efisien
Mempromosikan teknologi yang boleh digunakan untuk mempercepatkan proses
pengeluaran dan mengandakan hasil. Sebagai contoh, penanaman padi yang
dahulunya hanya boleh dituai sekali setahun, kini boleh dituai sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
Menerangkan kepada petani mengenai penyelidikan yang telah dijalankan oleh pakar-
pakar mengenai cara-cara untuk mempercepatkan proses pengeluaran pertanian.
Mencadangkan biji-biji benih yang berkualiti supaya dapat menghasilkan tanaman
yang bermutu dan cepat. Dalam sektor penternakan pula, pegawai pengembangan
pertanian juga boleh mencadangkan baka-baka yang berkualiti dan mempunyai daya
tahan penyakit yang tinggi.
5 Memudahkan prosedur untuk petani mendapatkan bantuan kewangan.

Menjadi pemudah cara kepada petani untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan /
agensi berkaitan

6 Mempromosi hasil petani tempatan

Menggunakan media massa seperti iklan di tv,radio,internet sebagai medium promosi


hasil pertanian tempatan
Menyediakan satu tempat khas yang mengumpulkan hasil pertanian dari sesuatu
kawasan untuk di pasarkan.
Pegawai pertanian perlu lebih kreatif dalam mempromosikan produk-produk baru
melalui ekspo pertanian. Contohnya, ekspo ekspo seperti MAHA boleh membantu
dalam mempromosikan produk-produk yang berbagai-bagai.
Mencari sasaran pasaran yang sesuai dan berpotensi untuk membantu dalam
memasarkan produk- produk masyarakat petani.
Membantu memerangi orang tengah dalam urusan jual beli kerana orang tengah akan
mengambil untung atas angin dan akan menbawa kerugian kepada golongan petani
dan pengguna.
Mencadangkan tempat pemasaran yang strategik untuk memperluaskan pasaran hasil
dan produk pertanian di dalam negara mahupun luar negara.

7 Menganjurkan ekspo/program pertanian

Ekspo atau program pertanian yang dianjurkan dapat menarik minat orang awam
terutama golongan belia untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian.
Ia juga merupakan sebagai medan pameran teknologi serta hasil pertanian di
Malaysia
Selain itu, program seperti ini sebagai medan interaksi antara petani untuk mereka
saling berkongsi ilmu dan idea mengenai pertanian
Justeru, mengadakan program pertanian yang mendedahkan tentang sistem, teknik
dan informasi serta kaedah tentang kepentingan pertanian sekaligus mengubah
perspektif orang tempatan tentang sektor pertanian.
Antara program yang boleh diadakan adalah seminar dan juga karnival pertanian.

8 Melakukan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti bahan tanaman

Penyelidikan dapat meningkatkan kualiti serta kuantiti hasil pertanian


Penyelidakan juga dapat menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti mampu untuk
membantu petani mengurangkan kos pengeluaran.

9 Menerapkan amalan pertanian yang baik (GAP)

Peranan pengembangan pertanian juga untuk menerangkan cara pertanian yang betul
serta memantau perlaksanaan amalan GAP oleh para petani.
Menetapkan standard kualiti ladang petani.

10 Meningkatkan penglibatan golongan belia dalam bidang pertanian

Pegawai pertanian boleh mengadakan program-program pendedahan/ penerangan/


latihan pertanian kepada belia yang berminat/ mempunyai potensi dalam
mengembangkan sector pertanian.-menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor
pertanian kepada golongan belia dengan gaji yang berpatutan
Pendedahan terhadap teknik pertanian moden seperti pertanian sistem fertigasi,
hidroponik, akuaponik dan sebagainya lebih menarik untuk dikongsi kerana sistem
pertanian tersebut lebih efektik dan mendatangkan hasil pertanian yang lumayan jika
mempraktikkan siitem pengurusan yang betul
Menerangkan kelebihan dan kepentingan pertanian di masa akan datang kepada
golongan belia.
Mengadakan seminar atau kursus-kursus jangka pendek untuk belia-belia yang
berminat.
Mengadakan kempen yang mempromosikan sektor pertanian kepada anak muda
bermula dari peringkat sekolah lagi. Sebagai contoh, bermula dari peringkat sekolah
lagi khususnya sekolah teknik vokasional, pelajar telah didedahkan cara-cara
bercucuk tanam di tanah mahupun di dalam polisterin dan kepentingan pertanian
kepada ekonomi Negara.

11 Menawarkan peluang pekerjaan didalam agensi kepada masyarakat

Mendapat ilmu daripada penglibatan tersebut dengan lebih baik untuk dipraktikkan
dikawasan masing-masing.

12 Menggalakkan lebih banyak agensi-agensi swasta untuk melabur dalam industri pertanian

Pelaburan yang banyak dapat membantu untuk meningkatkan taraf pertanian di


Malaysia dan seterusnyaa mampu untuk bersaing dengan produk import.
13 Menyediakan khidmat nasihat serta sokongan

Khidmat nasihat yang diberikan mampu menaikkan motivasi para petani seterusnya
meningkatkan daya produktiviti mereka.
Memastikan prasarana untuk petani mencukupi untuk membangunkan sektor
pertanian.
Membuat pantauan tentang masalah- masalah yang sering dihadapi oleh petani dan
membantu untuk menyelesaikan atau mengurangkan beban serta masalah yang dih
Pegawai pertanian boleh mengadakan program-program pendedahan/ penerangan/
latihan pertanian kepada belia yang berminat/ mempunyai potensi dalam
mengembangkan sector pertanian.adapi oleh petani tersebut.
Pegawai pertanian perlu membantu atau mengubah persepsi/pemikiran masyarakat
tentang sektor pertanian melalui kaunseling kerjaya dengan memberi maklumat atau
memberi contoh kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh petani.
Pegawai pertanian boleh menyediakan platform/saluran yang betul untuk para petani
berkongsi pengalaman dan kejayaan atau membuat aduan berkaitan masalah
pengurusan pertanian mereka antara satu sama lain agar mereka sama-sama dapat
mencari jalan penyelesaian.
Pegawai pengembangan pertanian perlu berpengetahuan luas dan berpengalaman
dalam bidang pertanian secara menyeluruh supaya dapat menyelesaikan masalah-
masalah khususnya yang berkaitan dengan petani.

14. Membantu meningkatkan prestasi petani

Membantu meningkatkan prestasi petani dengan cara melaksanakan program


pengiktirafan petani yang mencapai target hasil dan kualiti pengeluaran tanaman
dalam tempoh tertentu.

15. Mendedahkan teknik dan informasi pertanian

Mengubah sikap para petani dalam menerima ilmu dan teknologi pertanian yang baru.
Sesetengah petani tidak mahu menerima ilmu dan teknologi baru kerana mereka
merasakan bahawa amalan pertanian yang diwarisi daripada orang tua mereka sudah
cukup baik.
Para petani luar bandar tidak tahu menggunakan komputer apatah lagi melayari
internet. Justeru itu, mereka tidak tahu akan situasi terkini pertanian samada dalam
negara dan luar negara. Kesannya, penerimaan mereka terhadap teknologi baru dalam
pertanian kurang mendapat sambutan. Oleh itu, penerangan secara lisan dari agen
pengembangan pertanian dalam menyebarkan maklumat-maklumat tersebut kepada
petani amat penting.
Memberi peluang kepada petani untuk mempraktikkan kaedah yang telah dipelajari.
Walaubagaimanapun, teori yang dipelajari oleh petani tidak semestinya dapat
diaplikasikan secara total atas faktor-faktor tertentu seperti faktor tanah, cuaca dan
sebagainya. Oleh itu, agen pengembangan pertanian dapat membantu dengan cara
turun padang dan memantau para petani dan memberi nasihat yang sepatutnya agar
ilmu yang dipelajari oleh petani dapat digunakan secara berkesan.

16. Mentransformasikan sistem dan teknik pertanian

Menggalakkan petani untuk melaburkan wang ke arah penggunaan teknologi yang


sedia ada di mana teknologi itu mampu untuk mendatangkan untung yang banyak
seperti penggunanan teknologi rumah hijau.
Cara ini, petani mampu untuk mengawal sistem iklim mikro dengan penggunaan
rumah hijau kerana iklim di dalam rumah hijau tertakluk pada kawalan manusia.
Maka, sistem pertanian yang ditransformasikan mampu untuk meningkatkan sektor
pertanian ke peringkat yang lebih tinggi.
Menggalakkan petani mengguna pakai sistem dan teknik pertanian yang telah
diperbaharui dan boleh diterima oleh kebanyakan petani serta terbukti
keberkesanannya.
Sistem baru itu boleh menunjukkan pertanian tempatan adalah setanding dengan
negara lain yang sedang membangun.

17. Menyelami masalah petani

Membuat soal selidik supaya masalah para petani dapat diketahui seterusnya
diselesaikan dengan berkesan dan lebih baik. Agen pengembangan bertindak sebagai
tempat rujukan jika sesuatu masalah berlaku. Selain itu,salah faham antara petani dan
pihak atasan (kerajaan) dapat diselesaikan sekiranya masalah terjadi.
Agen pengembangan haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas yang
berkaitan dengan kerja dan sentiasa menjadi sumber rujukan petani.

18. Menjadi penghubung sumber(orang tengah) kepada petani


Mempunyai jaringan kenalan yang luas dan mempunyai kelakuan yang mesra untuk
berhubung dengan orang ramai serta mempunyai kemahiran insaniah yang mantap.
Apabila agen mempunyai kenalan yang lebih banyak dan besar, secara tidak langsung
boleh meningkatkan peluang dan saluran untuk membantu petani untuk
mengembangkan pertanian mereka.
Pendedahan kepada agensi sumber kewangan dalam sektor pertanian di mana
pengusaha pertanian boleh mendapatkan khidmat bantuan mengenai kos permulaan
perniagaan dan sumber kewangan utama seperti daripada agensi pinjaman kewangan
dan bantuan kewangan secara intensif yang telah disediakan.
Agen pengembangan pertanian juga perlu memainkan peranan dalam membimbing
pengusaha pertanian dalam menguruskan belanjawan secara effektif.

19 Melipat gandakan usaha dalam menyebarkan ilmu keusahawanan kepada petani-petani


kecil

Mengadakan bengkel/seminar mengenai ilmu keusahawanan kepada petani untuk


membangunkan syarikat berasaskan produk pertanian.

20 Mengeratkan hubungan antara petani dan pegawai pertanian

Pegawai perlu mengetahui keadaan semasa petani-petani, terutamanya di kawasan


pedalaman. Pegawai juga dapat membantudari segi memberi solusi kepada masalah-
masalah petani. Hal ini dapat mengurangkan jurang interaksi antara petani dan
pegawai dan mencapai kesefahaman antara pegawai pertanian dengan masyarakat
petani.
Pegawai perlu membantu petani dalam menyuarakan senbarang aduan atau cadangan
daripada petani kepada kerajaan bagi penambahbaikkan dalam pertanian mereka.

21 Menggalakkan amalan kitar semula

Pegawai pertanian perlu menggalakkan para petani untuk mengitar semula sisa
lebihan pertanian mereka. Hal ini dapat mengurangkan pembaziran sumber
semulajadi.
Jika terdapat individu yang tidak bertanggungjawab dalam menggunakan baja secara
berlebihan/ penggunaan baja kimia yang berbahaya, hukuman yang setimpal perlu
dikenakan atas individu tersebut. Hal ini dapat mendisiplinkan para petani supaya
terus mengamalkan amalan pertanian yang baik kepada alam sekitar.
Mengadakan kempen kesedaran khusus untuk golongan petani.
Menerangkan kepada petani mengenai konsep pertanian lestari yang mesra alam,
selamat kepada pengguna, dan boleh mengeluarkan hasil pertanian yang tinggi.
Menyeru kepada para petani supaya menggunakan teknik pengunaan baja yang betul
dan dalam kadar yang ditetapkan supaya kesemua nutrisi boleh diserap sepenuhnya
oleh tanaman dan tiada pencemaran boleh berlaku.

22 Menginovasikan penghasilan makanan akuakultur dan ternakan

Pegawai pertanian boleh menyumbangkan idea atau memberi cadangan kepada para
petani dalam menginovasikan bahan makanan dalam sektor perikanan dan ternakan.
Contohnya, menyediakan bahan makanan bagi ternakan dan akuakultur dalam bentuk
pellet.

Anda mungkin juga menyukai