Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PROJEK TERNAKAN IKAN SANGKAR (PATIN & TALAPIA)

PENDAHULUAN

Peningkatan jumlah penduduk di sesebuah Negara memerlukan keperluan makanan. Di Malaysia,


pengeluaran ikan sangkar sungai merupakan salah satu sumber protin utama yang perlu dipertingkatkan.

Sistem ternakan ikan sangkar di sungai merupakan satu sistem penternakan secara intensif yang
tidak memerlukan kawasan yang luas. Sistem ini merupakan pulangan yang cepat jika dibandingkan
dengan system tradisional. Sistem ini juga menguntungkan kerana ikan yang diternak mendapat sumber
makanan dari sumber pertanian yang terdapat banyak di kawasan kami, selain dari dedak ikan.

Menternak ikan secara kelompok ialah mengikut ahli-ahli unit dengan memberi makanan yang
berkualiti, halal dan secukupnya untuk pembesaran yang sekata dalam masa yang singkat. Selain itu, ia
juga boleh memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli belia serta menambah peluang pekerjaan dan
menjana pendapatan semua ahli persatuan.

Cadangan projek ini adalah kerana kami terpanggil untuk menyahut seruan kerajaan dalam
mengurangkan import makanan berasaskan ternakan. Dengan adanya sokongan dana dan galakan dari
pihak kerajaan dan intensif yang diberikan, kami yakin projek ternakan ikan sangkar ini akan menjadi
lebih berpotensi memandangkan permintaan yang tinggi dan pasaran luas.

Untuk makluman tuan, pihak kami telah menjalankan kajian selama setahun untuk mempelajari
dan memahami konsep system ternakan ikan sangkar sungai. Kami juga telah mempelajari teknik olahan
tanaman jagung kami supaya menjadi makanan sampingan kepada ikan ternakan nanti.

Beberapa faktor telah diambil kira bagi menjayakan projek ini. Antaranya aspek pengurusan
sangkar yang lebih efektif, kewangan, bekalan, pasaran, pengetahuan teknikal, tahap kualiti dan
kebersihan.

Terdapat 2 sistem yang dicadangkan dalam mengusahakan ternakan ikan sangkar ini :

PERTAMA : Sistem sekali masuk sekali keluar (all in all out) iaitu menternak
sehingga tempoh matang dan menjual sekaligus.

KEDUA : Masuk keluar berterusan iaitu ikan masuk secara berperingkat


dan berterusan mengikut turutan jualan hasil. System ini bertujuan
menjamin bekalan yang berterusan (non stop production).

Projek ini dijalankan kerana ingin memenuhi permintaan setempat, disamping ingin melahirkan usahawan yang
berjaya dalan industri perikanan Malaysia.

TUJUAN

1. Tujuan kami adalah untuk mengeluarkan ikan patin dan tilapia bagi memenuhi permintaan
tempatan yang tidak pernah mencukupi dengan kos pengeluaran minima.

2. Bantuan dari segi tunjuk ajar dan nasihat akan diperolehi dari jabatan haiwan dan MARDI.

1
3. Ahli-ahli persatuan ini mempunyai pengalaman dan kawasan sendiri serta galakan dari pihak
kerajaan yang menggalakkan kaum bumiputra menceburi bidang penternakan.

4. Bahan makanan utama bagi projek ini adalah dedak ikan dan sisa-sisa tanaman jagung yang akan
diproses dengan kos minima. Peringkat permulaan makanan akan dimulakan dengan dedak
sahaja.

5. Disini kami (Belia dan JKKK) ingin memohon peruntukan sebanyak RM 30,000.00 dari pihak
Yang Berhormat bagi menjalankan projek ini.

6. Dengan bantuan yang diberikan, kami yakin dapat mengeluarkan hasil ternakan bagi memenuhi
keperluan setempat dan dapat memajukan lagi industri perikanan di Kuala Lipis.

PEMILIHAN LOKASI

Pemilihan lokasi yang sesuai adalah penting kerana ia mempengaruhi projek kami. Lokasi yang
dipilih dipengaruhi beberapa faktor dan kemudahan seperti berikut :-
 Faktor bacaan aliran air sungai.
Sangkar ikan ditempatkan di laluan arus sungai yang kurang menerima terjahan air yang
deras. Dengan itu ikan ternakan kurang menghadapi risiko-risiko yang boleh
menyebabkan kematian, bantut tumbesaran, kerosakan sangkar akibat kayu hanyut dan
sebagainya.

 Faktor pasang surut air sungai.


Faktor kedalaman untuk ditempatkan sangkar tersebut telah dinilai oleh pihak kami bagi
menjamin kedalaman air bersesuaian dengan pasang surut sungai mengikut cuaca dan
keadaan.

 Kemudahan jalan dan pengangkutan.


Bertempat bersebelahan jalan yang amat memudahkan kami dari segi pengangkutan
keluar masuk ikan dan makanan.

2
 Bekalan Elektrik.
Pemilihan lokasi mempunyai bekalan elektrik bertujuan menjalankan mesin-mesin
memproses makanan, lampu dan lain-lain.

 Keselamatan.
Lokasi sangkar ikan bersebelahan dengan pusat kawalan kampung kami. Dengan itu,
faktor kecurian dan keselamatan sangkar terjamin.

LOKASI CADANGAN

3
4
BERSEBELAHAN JAMBATAN KAMPUNG BINJAI.

5
KOS PENGELUARAN

Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah

BI HARGA
PERKARA KUANTITI JUMLAH
L SEUNIT
1 Sangkar Ikan 10' X 10' 4 3,500.00 14,000.00

2 Benih Ikan 8000 0.60 4,800.00

3 Makanan Ikan 112 63.00 7,056.00

4 Oksigen Support 1 1,100.00

5 Pelantar Penghadang Hadapan 1 1,500.00

6 Kos Luar Jangka 1,544.00

JUMLAH BESAR 30,000.00

Kos keseluruhan pengeluaran semusim peringkat pertama melibatkan 4 unit sangkar berukuran
10’ X 10’ adalah RM 30,000.00 termasuk kos luar jangka.

Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan pertama dan
seterusnya.

PENDAPATAN PROJEK

 Pendapatan kasar jualan ikan patin dan tilapia


6
(1 Sangkar 2,000 ekor / kg X RM 17 ) = RM 34,000 X 4 sangkar
= RM 136,000 Semusim

 Pengiraan semusim bersamaan 4/5 bulan. Bertepatan dengan benih yang dibeli bersaiz besar bagi
mempercepatkan hasil ikan untuk dijual.

 Hasil tuaian semusim sebanyak RM 135,000.00 – RM 30,000.00 modal bersamaan dengan RM


106,000.00.

 Seterusnya RM 106,000.00 – rm 11,856 modal wajib untuk pembelian benih ikan dan makanan
ikan untuk kelangsungan projek berterusan. Jadi, untung kasar projek ialah RM 94,144 bagi
jualan semusim.

 Perolehan akhir keuntungan akan dibahagikan kepada peserta belia mengikut perbincangan yang
akan dibuat mengikut persetujuan Ketua Kampung dan Belia.

 Segala pengiraan untung/ rugi akan dikelolakan oleh Bendahari Belia yang dilantik bagi
mengemas kini dan takbir segala akaun Projek Sangkar Ikan dengan lebih teratur.

 Akaun Bank akan dibuat khas untuk projek sangkar inibertujuan untuk memudahkan penyata
kira-kira dikeluarkan untuk semakan ahli dan pemantau projek (Ketua Kampung Binjai, En. Wan
Nizamuddin bin Wan Ibrahim) untuk masa akan datang.

 Satu Jawatankuasa Projek akan dibentuk bertujuan mengawasi dan menyelia supaya projek
berjalan dengan lancar mengikut dasar yang ditetapkan oleh ahli yang terlibat.

SISTEM PENTERNAKAN

Kaedah yang akan digunakan oleh pihak kami untuk menternak ikan menggunakan sistem
pembelian anak ikan yang separuh matang. Bermaksud membeli benih ikan yang bersaiz sederhana besar
untuk menjimatkan tempoh ternakan dari 6 bulan ke 4 bulan ternakan.

Sistem ini amat menjimatkan modal makanan ikan dari 100% ke 50 % kos modal untuk makanan
ikan.

7
Pembelaan benih ikan separuh matang juga mengurangkan risiko ikan tersebut terbantut dan mati
kerana saiz sederhana.

Mempercepatkan hasil tuaian dengan mendatangkan keuntungan dengan segera.

Yang membezakan sangkar pilihan yang kami ingin buat dengan sangkar-sangkar ikan yang sedia
ada adalah, kami mengeluarkan system oksigen aliran air melalui sedutan pum air ke dalam sangkar.
Sistem ini benar-benar terbukti dalam mempercepatkan tumbesaran ikan tanpa masalah.

Pemberian makanan ikan yang berkualiti mengikut jadual yang ditetapkan.

ASPEK PENJUALAN DAN PEMASARAN

Sasaran pasaran bagi projek perikanan adalah 80% bagi pasaran tempatan, dimana ianya
difokuskan kepada pengusaha-pengusaha makanan, gerai menjual makanan, restoran dan pemborong
yang terdapat di sekitar Lipis.

Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha makanan


setempat dan peratusan ini menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Terutamanya di sekitar bulan
Ramadhan. Oleh tiu, pihak kami telah merancang untuk membuka tempat jualan ikan sangkar
bersebelahan tempat menjual jagung di Kampung Binjai ini.

Seterusnya merancang untuk mengeluarkan hasil secara berterusan dan berperingkat bagi
memastikan kesinambungan bekalan ikan di pasaran bagi setiap masa.

Harga pasaran tempatan ikan sangkar sungai adalah :-

8
1. Ikan Patin : RM 17.00 – RM 18.00/ kg (Harga purata RM17.00)
2. Ikan Talapia : RM 17.00 – RM 18.00/ kg (Harga purata RM17.00)

KESIMPULAN

Perusahaan Ikan Patin dan Talapia sangkar sungai adalah satu perusahaan yang menguntungkan
kerana ianya melibatkan pengurusan ternakan yang mudah dan berkesan.

Peratusan kematian ikan sangkar dapat dielakkan memandangkan pihak kami telah mempelajari
teknik terbaru dalam penternakan ikan sangkar dengan menggunakan system berterusan. Sistem ini benar-
benar dapat mengatasi masalah air keruh, besar, kotor dan sebagainya yang menyebabkan ikan terbantut
tumbesaran dan mati.

Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak YB. Kami berharap dapat menjalankan projek yang memberi manfaat kepada ahli belia serta
memajukan dan meningkatkan ekonomi setempat.

Justeru itu, kami benar-benar berharap supaya pihak tuan dapat meluluskan peruntukan sebanyak
RM 30,000.00 untuk menjayakanhasrat belia Kampung Binjai Batu 3 ½, Kuala Lipis, Pahang untuk
Projek Ternakan Ikan Patin dan Talapia Sangkar.

Anda mungkin juga menyukai