Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


( KELI DAN TALAPIA )

OLEH:
YB SENATOR SIVARAJ
TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

 Matlamat kami adalah untuk mengeluarkan ikan keli


bagi memenuhi permintaan tempatan yang tidak pernah
mencukupi dengan kos pengeluaran yang minima.

 Bantuan dari segi tunjuk ajar dan nasihat akan


diperolehi dari Jabatan Haiwan dan MARDI.

 Ahli-ahli unit ini mempunyai pengalaman dan kawasan


sendiri serta galakkan dari kerajaan yang menggalakkan
golongan muda dan tua untuk menceburi bidang
penternakan.

 Bahan makanan utama bagi projek ini adalah dedak


ikan, perut ayam dan sisa-sisa kelapa sawit yang akan
diproses dengan kos yang minima. Peringkat permulaan
makanan akan dimulakan dengan dedak sahaja.

 Disini kami ingin memohon peruntukkan daripada pihak


Lembaga Perikanan Malaysia serta Kerajaan Malaysia
bagi menjalankan projek ini. Dengan bantuan yang
diberi kami yakin mampu dapat mengeluarkan ikan bagi
memenuhi keperluan setempat dan dapat memajukan
lagi industri ini.

PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR


( KELI DAN TALAPIA )
PENDAHULUAN
 Peningkatan jumlah penduduk di sesebuah negara
meningkatkan keperluan makanan. Di Malaysia
pengeluaran ikan air tawar merupakan salah satu sumber
protein utama perlu dipertingkatkan.
 Sistem ternakan berkelompok merupakan satu sistem
penternakan secara intensif yang tidak memerlukan
kawasan yang luas. Sistem ini memberikan pulangan yang
cepat jika dibandingkan dengan sistem tradisional. Sistem
ini juga menguntungkan kerana ikan yang diternak dapat
makan bahan-bahan sampingan pertanian yang banyak
terdapat di Malaysia.
 Menternak ikan secara kelompok ialah menternak ikan
secara berkelompok mengikut ahli – ahli unit dengan
memberi makanan yang berkualiti dan secukupnya untuk
pembesaran yang sekata dalam masa yang singkat. Selain
itu ia juga boleh memupuk semangat kerjasama di antara
ahli.
 Cadangan projek ini adalah kerana kami rasa terpanggil
untuk menyahut seruan kerajaan dalam mengurangkan
import makanan berasaskan pertanian. Dengan adanya
sokongan dan galakkan daripada kerajaan dan intensif
yang diberikan seperti yang terkandung dalam DPN adalah
dijangkakan projek ternakan akan menjadi lebih
berpotensi memandangkan permintaan adalah tinggi.
 Untuk makluman tuan, pihak kami telah pun menjalankan
projek ternakan ikan air tawar secara kecil-kecilan. Buat
masa sekarang, pihak kami telah bercadang untuk
menternak ikan untuk pasaran sekitar daerah Sungai Besar
Rawang.
 Beberapa faktor telah diambil kira bagi menjayakan projek
ini. Antaranya aspek pengurusan kolam, kewangan,
bekalan, pasaran, pengetahuan teknikal dan kebersihan.
 Terdapat dua sistem yang diamalkan dalam mengusahakan
ternakan ikan.

Pertama : Sistem sekali masuk sekali keluar (all in all out)


iaitu menternak sehingga tempoh yang matang dan
dijual semua sekaligus.

Kedua : Masuk keluar berterusan iaitu ikan masuk


secara berperingkat dan berterusan mengikut
kemempuan ahli. Jualan juga dibuat secara
berperingkat. Sistem seperti ini diamalkan oleh
pengusaha di negara ini. Ia bertujuan menjamin bekalan
yang berterusan.

 Projek ini dijalankan kerana ingin memenuhi permintaan


setempat disamping ingin menjadi usahawan yang
berjaya.
LOKASI
Sungai Buaya Rawang.
PEMILIHAN LOKASI

o Pemilihan lokasi yang sesuai adalah penting kerana


ia mempengaruhi projek kami. Lokasi yang dipilih
perlu mempunyai beberapa kemudahan seperti
berikut :-

- Sumber air yang berterusan


Kolam hendaklah mempunyai air yang
mengalir secara berterusan agar ikan
mendapat bekalan oksigen yang secukupnya
dan membantu tumbesaran ikan.

- Kemudahan Jalan
Perlu untuk kemudahan pengangkutan ikan
dan makanan.

- Bekalan Elektrik
Perlu untuk menjalankan mesin-mesin
memproses makanan, lampu dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai