Anda di halaman 1dari 16

KERTAS CADANGAN PROJEK TERNAKAN UDANG GALAH

1.0 PENGENALAN
Kertas cadangan ini dikemukakan bagi mendapatkan pinjaman modal untuk menjalankan
aktiviti penternakan, membeli peralatan, makanan penternakan,serta memberikan gambaran
perjalanan projek yang di mulakan. Kertas cadanganini juga boleh di jadikan sebagai rujukan
bagi mereka yang ingin mengkaji, serta mempelajari bagaimana ingin memulakan projek
ternakan Udang Galah.

1.1 SENARIO INDUSTRI AKUAKULTUR DI MALAYSIA


Pada masa dahulu, industri perternakan ikan bukanlah satu industri yang mendapat perhatian
orang ramai terutama ikan air tawar. Namun senario ini mula beruah pada masa kini di mana
perternakan ikan tawar air mula menjadi trend kepada masyarakat yang memandang serius
tentang pertererternakan ikan air tawar dan dilihat mula berkembang daripada kawasan desa
ke kawasan bandar.

Industri ini telah lama wujud namun tidaklah begitu berkembang sperti pada masa kini.
Ia bermula pada tahun 1930 apabila stesen akuakultur pertama ditubuhkan di Tapah, Perak
(stesen percubaan menternak benih ikan air tawar).Mula berkembang dengan cepat selepas
kerajaan melaksanakan Dasar Pembangunan Industri Perikanan 1946. Penternakan air tawar
mula menjadi industri penting kepada negara terutama dalam dalam menyediakan
pengeluaran makanan di malaysia. Pelbagai jenis ikan dan udang boleh diternak dalam
industri ini seperti ikan kelai, Talipia, Ikan Hiasan dan juga Udang Galah. Saya telah memilih
Projek Ternakan Udang Galah untuk kertas kerja saya ini.
Udang galah sememangnya enak dimakan. Pelbagai variasi masakan udang galah
sememangnya sangatpopular di dalam hidangan masyarakat di Malaysia seperti Mee Udang.
Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium Resenbergii merupakan antara hidupan
ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah
melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 90'an kepada sekitar RM35-60/kg sekarang
(2015). Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Peningkatan taraf hidup dan
penambahan pendapatan penduduk Malaysia, adalah antara faktor yang meningkatkan daya

beli pengguna. Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak
ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula
dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah. Terdapat juga program
pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies
tumpuan untuk dimajukan, malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot
atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang
terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran
tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran
makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.

1.2 POTENSI PETERNAKAN UDANG GALAH


Walaupun perkembangan industri udang galah sangat pesat di Malaysia sekarang ini, ia
sebenarnya masih kecil jika dibanding dengan jumlah pengeluaran dunia. Malaysia masih
tertinggal jauh berbanding Vietnam, Taiwan dan Thailand yang menjadi pengeluar utama
udang galah dunia. Sumbangan industri udang galah kepada akuakultur Malaysia juga adalah
rendah. Misalnya dalam tahun 1995 industri ini hanya menyumbang sekitar 0.06% sahaja dari
nilai pengeluaran akuakultur.
Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam
teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. malefemale1.jpg (39951
bytes)Malah sebenarnya kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula
di sini sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim
tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar
yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan
Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu
dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih
bahan makanan bagi mengurangkan import bahan-bahan makanan yang bernilai berjuta
ringgit tersebut. Memang menjadi hasrat utama Jabatan Perikanan Malaysia untuk
menghasilkan lebih bahan makanan untuk penduduk tempatan seperti yang terkandung dalam
rancangan Dasar Pertanian Negara III (DPN 3).
Selain untuk pasaran segar tempatan (hidup, mati), udang galah juga mampu untuk dieksport.
Potensi industri hiliran seperti pembungkusan dan pemprosesan memang wujud. Sehingga

kini eksport udang galah Malaysia hanya kepada Singapura dalam bentuk segar (mati, hidup)
dan sedikit ke Jepun. Masalah utama mengapa industri hiliran udang galah tidak berkembang
di Malaysia adalah kerana kurangnya kepercayaan oleh syarikat-syarikat besar akan potensi
industri ini. Memanglah industri berkaitan pertanian mempunyai resiko yang tinggi tetapi
sekiranya ia dilakukan dengan teratur dan penuh kepakaran maka masalah kerugian dapat
dikurangkan.
Penceburan diri dalam bidang pembenihan, ternakan dan pemerosesan udang galah ini
memang memerlukan pelaburan besar yang tidak mampu ditanggung oleh penternak
sambilan atau pengusha kecil. Pihak swasta besar bolehlah membina kilang pemerosesan
disamping operasi pembenihan dan ternakan manakala pihak penternak kecilan dan
sederhana dapat membantu dalam penghasilan benih dan udang dewasa secara berterusan
untuk diproses oleh kilang tersebut. Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah
menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan insentif
telah diwujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport.

2.0 CADANGAN PROJEK PENTERNAKAN


Projek penternakan udang galah menjadi pilihan memandangkan permintaan terhadap udang
galah semakin tinggi dari kalangan orang perseorangan mahupun restoran-restoran makanan
laut. Faktor pemilihan projek ini juga adalah dorongan daripada kejayaan seorang pengusaha
udang galah di mana artikel kejayaan beliau telahkeluar dalam Buetin Penternakan Agro
(Usahawan Berjaya) Bil 51, 2009.
Encik Abu Bakar bin Ahmad, berusia 42 tahun, berasal dari Kampung Padang
Lebar, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan formal sehingga
tingkatan lima. Encik Abu Bakar dikurniakan dengan enam orang anak (dua lelaki
dan empat perempuan). Tiga daripada anak beliau telah tamat persekolahan dan
bekerja bersama-sama beliau, manakala tiga orang lagi masih bersekolah.
Beliau memulakan kerjaya hidupnya sebagai seorang peniaga geta dan kontraktor
pada tahun 1991 hingga 1994. Hasil dari perniagaan ini beliau berjaya mengumpul
modal sebanyak RM100 ribu untuk menjalankan ternakan ikan air tawar di projek
pertanian Negeri Sembilan Timur. Terdapat empat buah kolam yang bersaiz 0.4

hektar, kolam tersebut asalnya adalah kolam terbiar yang telah dipulihkan oleh
beliau.
Pada penghujung tahun 1999, Encik Bakar telah mula mengusahakan Projek
Ternakan Udang Galah. Projek tersebut terletak di daerah Jempol yang meliputi
kawasan seluas 2.88 ha. Sebanyak 16 buah kolam telah di bina untuk ternakan
Udang Galah. Tanah tersebut adalah hak milik beliau sendiri. Berbekalkan modal
sendiri sebanyak RM80 ribu dan bantuan dari Pejabat Daerah Jempol dan Jabatan
Perikanan, jalan asas, kemudahan eletrik ke kawasan projek dan pembinaan kolam
telah disiapkan, ini termasuk modal untuk memulakan operasi seperti membeli benih
dan makanan udang. Beliau memperolehi bekalan benih dari Jabatan Perikanan dan
syarikat swasta di Melaka. Projek ternakan Udang Galah yang diusahakan oleh
Encik Abu Bakar mengeluarkan hasil sebanyak 4 5 tan metrik dalam satu pusingan.
Satu pusingan biasanya mengambil masa 3 6 bulan. Beliau juga menggunakan
ternik-teknik dan pengalaman beliau untuk memberi nasihat kepada penternak
Udang Galah kecil-kecilan yang sering mengunjungi beliau untuk nasihat.
Selain daripada aktiviti akuakultur, beliau juga mengusahakan projek tanaman kebun
sayur untuk menambah pendapatannya. Usaha-usaha ini dibantu oleh anak-anaknya
serta beberapa orang pekerja Indonesia dan tempatan yang diambil secara sah.
Pada masa akan datang beliau akan cuba meningkatkan kadar peratus hidup udang
kepada 80 peratus. Beliau juga merancang untuk mencari kawasan baru untuk
menambah kolam serta membesarkan hatcheri. Encik Abu Bakar juga bercadang
untuk memasarkan sendiri Udang Galah ke luar negara.

Rajah 1 :Kolam Udang En Bakar

2.1 Cadangan Sistem Penternakan


Sistem Penternakan yang akan diguna pakai ialah sistem kolam tanah dan juga tangki. Kolam
Tanah untuk pemeliharaan udang di peringkat tumbesaran dan matang manakala Tangki pula
akan digunakan untuk pembenihan dan pengutipan hasil serta peringkat pemilihan gred
udang.

Rajah 2: Kolam Tanah

Rajah 3 : Tangki Fiber


PENYEDIAAN KOLAM
2.1.1 Pemeriksaan awal
Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput
rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu dibetulkan.
Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah
dibaiki atau diganti baru.

2.1.2 Pengeringan
Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut,
serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan
cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih,
daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa
pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam
perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam
telah terlalu lama digunakan.
2.1.3 Membuang lumpur

Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul


lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap
makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan makanan
dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku
secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan
ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku
kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan
udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini
dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan)
untuk memuluhkannya.

2.1.4 Membilas

Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin
terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara.
Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu
dibilas.
2.1.5 Meracun
Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa).
Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea
seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam
perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan.
Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan
lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh
ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l
adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas
biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian
kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah
sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.
2.1.6 Mengapur
Kolam dikapur dengan tujuan:
Menstabilkan pH
Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam
Membunuh ikan liar (pemangsa)
Menghapuskan organisma patogen (musuh)
Menegapkan dasar kolam
Menggalak proses udang bersalin kulit
Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:
Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.
Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa
kekesannya panjang.
Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.

Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu
sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m.
2.1.7 Membaja
Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing,
siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan
baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa
digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan
Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa,
penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan
kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh
digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu.
2.1.8 Pengairan
Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa.
Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu
hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m
tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air
kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat
cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan
makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi
membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.

2.2 CADANGAN LOKASI PROJEK

Tapak yang sesuai menjadi asas kepada kejayaan projek. Tapak yang sesuai akan
memudahkan pengurusan, mencepatkan kerja seterusnya kos pengendalian juga rendah.
Projek ini dicadangkan dibina di Kg Tanjung, Batu Rakit Kuala Nerus. Dulunya merupakan
kawasan sawah padi.

2.2.1 Sumber Air


Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan
(walaupun di musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan oksigen >
3.0 mg/l. Paras pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan biokimia (BOD)
dan bacaan <>

2.2.2 Pemilihan Tanah Sesuai.

Bermakna ia tidak masam dan tidak terlalu beralkali, dapat menakung air, bukan kawasan
pelupusan sampah, kimia atau bahan radioaktif.

2.2.3 Mempunyai Kemudahan Asas


Ini termasuk jalan dan bekalan elektrik. Kemudahan asas ini boleh dibina sendiri atau
menggunakan jentera penjana kuasa tetapi memerlukan belanja yang tinggi.
2.2.4 Lokasi
Bermakna tidak terlalu jauh dari tempat pemasaran, mudah diawasi sepanjang masa, mudah
mendapatkan pekerja, bukan kawasan banjir.

2.2.5 Di luar Zon Pembangunan Perindustrian dan Penempatan Penduduk


Pembangunan kerapkali mencemaran sumber air menjadikannya tidak sesuai untuk aktiviti
akuakultur.

2.2.6 Kelengkapan kolam


Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk kolam
yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut membantu
pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara peralatan yang
perlu adalah:

2.2.6.1 Alat pengudaraan


Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan
juga pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m atau kurang tidaklah
memerlukan alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa
alat pengudaraan terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh
dilakukan bagi mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air

(paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor)
dan pam air.

Kincir air

Aire-O2

Penyembur angin (air blower)

2.2.6.2 Struktur pelindung


Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian
terutama ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa
sesama sendiri (karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring,
paip PVC, batang buluh, pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.
A. Peralatan Kaji Mutu Air
Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen
dalam kolam. Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l
atau lebih) kerana tumbesaran udang akan terencat dalam kandungan
oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah (<1.0>
B. Peralatan lain
Pam air diguna untuk mengeluarkan air dari kolam ketika pengeringan, ia
juga boleh diguna untuk pengudaraan.Bekas makanan biasanya berbentuk
empatsegi, diperbuat dari jaring halus dan berbingkai kuat (logam, kayu,
buluh, rotan). Sebahagian makanan dimasukkan ke dalam bekas ini dan
diletak di beberapa tempat di dalam kolam sebagai alat penyukat
makanan. Tangki diperlukan untuk menyimpan udang sebelum dipasarkan.
Tangki biasanya dibuat dari bahan simen atau gentian kaca. Tangki gentian
kaca mudah di pindahalih ke tempat lain.
Alat penimbang diguna untuk menimbang udang ketika persampelan,
untuk menyukat makanan dan diguna ketika pemasaran.
Jala diguna untuk mengambil untuk persempelan. Jaring pula diguna ketika
mendaratkan udang untuk jualan. Pejabat pentadbiran biasanya terletak
dalam kawasan kolam. Segala maklumat berkaitan kolam dan ternakan
terdapat di sini. Pusat operasi ini diketuai oleh pengurus atau tuan punya
ladang. Stor untuk menyimpan makanan, peralatan dan bahan kimia
biasanya terletak di kawasan pejabat. Makanan dan bahan kimia pula
disimpan dengan sempurna dalam stor. Pegawai Keselamatan diperlukan
bagi menawasi kompleks kolam. Pondok kawalan pula biasanya terletak di
pintu masuk kompleks.

3.0 SPESIFIKASI DAN KOS PROJEK


3.1 Kolam yang dibina merangkumi 5 kolam dimana kos untuk pembinaan kolam
dianggarkan bernilai RM 35,000.00 termasuk peralatan seperti Racun anak ikan,
jaring, pukat, pam, paddle wheel, air compresor , wiring, transportation dll ( Tanah
milik sendiri /pusaka(tidak berbayar))
3.2 Benih diperolehi daripada Jabatan Pertaniaan dan Risda. Anggaran 30000 ribu
benih X 0.06 sen X 5 buah kolam = 9000 ( keutamaan pemilihan benih adalah
benih jantan kerana kadar tumbesaran udang jantan lebih tinggi daripada udang
betina). Biasanya benih udang galah akan dilepaskan ke dalam kolam mengikut
saiznya iaitu di antara 10,000 ekor ke 30,000 ekor. Purata yang hidup cuma 70
peratus mengikut suasana dalam kolam berkenaan.
3.3 Makanan berbentuk pallet lebih sesuai dan diberi dengan kadar 2 kali sehari
kerana Makanan rumusan udang galah (pellet) sesuai kerana mengandungi protein
yang tinggi (30 hingga 40 peratus), mengandungi zat-zat lain yang diperlukan dan
stabil dalam air.Kos yang diperlukan RM45.00X 10 guniX 5 kolam. Makanan
semula jadi juga diperlukan.

3.4 Ubat-ubatan dan Rawatan


Penyakit merupakan faktor yang membatas penghasilan udang galah.
Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu
penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan

Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air dan elakkan dari kecederaan
fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.
Rendam dalam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau dua ppm nifurpirinol
untuk 96 jam. Penyakit yang disebabkan oleh bakterial berasal dari air laut iaitu Vibro
sp mempunyai simptom stres. Rawatan : Rendam dalam 11 - 13 ppm Furozolidone
selama tiga hari.

4.0 PUNGUTAN HASIL DAN PEMASARAN


Pelbagai cara menuai, bergantung kepada keperluan
i. Jala sesuai untuk kuantiti permintaan sederhana sehingga 500Kg
ii. Selambau kuantiti permintaan 1- 2 tan
iii. Bubu kuantiti kecil, terpilih dan hidup.
iv. Keringkan kolam tuai sekali gus.
Kecuali tuaian udang untuk jualan hidup, semua udang sebaik dituai dengan segera
hendaklah direndam dalam air berais sebelum dipek atau disimpan dalam tong berais. Tujuan
mengekalkan kualiti terbaik udang. Tanpa ais, sebaik saja udang mati, proses pereputan
bermula. Proses pereputan berlaku lebih cepat di bawah suhu yang tinggi. Kadar pereputan
dibawah suhu kurang 5oC lebih rendah. Kualiti udang bertahan lama di bawah suhu 0oC.

4.1 . Pembungkusan
i. Peti plastik berinsulasi - sesuai untuk jualan borong.
ii. Bungkusan kecil dengan lebel berat dan harga unuk jualan runcit.

4.2 Pemasaran
Strategi pemasaran: Kenalpasti pelanggan dan jumlah permintaan. Senarai pelanggan sentiasa

kemaskini. Komunikasi yang berterusan menjamin kesetiaan pelanggan. Hasil ternakan boleh
dijual terus kepada pengguna atau melalui orang tengah. Bagi memlihara harga yang
termampu oleh pengguna, jualan terus kepada pengguna dengan harga yang kompitetif adalah
disyorkan. Beberapa pendekatan bagi memasarkan hasil ternakan berikut perlu diberi
perhatian teliti:
i. Tamu setiap hari ada tamu terbuka dipelbagi pekan di seluruh Sabah.
ii. Pasar ikan di bandar dan pekan.
iii. Gerai-gerai tepi jalan.
iv. Restoran / Kedai makan
v. Jualan langsung rumah ke rumah
vi. Kilang pemprosesan
vii. Eksport

5. 0 ANGGARAN KOS KESELURUHAN DAN MARGIN KEUNTUNGAN

Modal asas(untuk 5 kolam) Racun anak ikan, jaring, pukat, pam, paddle wheel, air compresor dll
Wiring, transportation dll
Anggaran RM35,000.00
Modal pusingan 1 kolam
30000 ribu Benih udang galah - termasuk 4 peringkat makanan 11,250.00 - (Anggaran hasil1.5
2.5 tan) - fast income
Lain-lain - seperti kapur quicklime - CaO, slake / hydrated lime, pembajaan (untuk makanan
sampingan sumber asli), peralatan kaji mutu air (pH tester, DO meter dll) anggaran RM2500.00
Harga Jualan
Udang galah harga peraih RM40 - RM45/kg
Udang galah harga runcit RM 50/kg
Program Pelaburan
Pemodal dapat balik 100% modal dengan 50% keuntungan dari nilai modal pada bulan ke tiga (3)
1 Kolam Udang di buka 5 lot
Setiap lot bernilai RM6500.00
Agreement/Kontrak - RM150
Modal yang perlu disediakan untuk 1 LOT RM6650
Keuntungan Kasar yang dijangka (pusingan pertama) : RM 45X 2000kg =RM90000.00

Anda mungkin juga menyukai