Anda di halaman 1dari 2

STPM 2002

SOALAN 2

a. Huraikan sebab-sebab penternakan akuakultur semakin penting di Malaysia. [12]

Antara sebab penternakan akuakultur penting di Malaysia adalah, sebagai bekalan sumber protein.
Hal ini kerana, jumlah penduduk d Malaysia semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap ikan
semakin bertambah. Permintaan yang tinggi terhadap ikan sebagai makanan utama menyebabkan
perikanan akuakultur menjadi pembekal ikan utama dalam negara dan juga menjadi alternative kepada
perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun. Oleh itu, perikanan akukultur
adalah digalakkan untuk menanmpung keperluan penduduk di Malaysia.

Selain itu, penternakan akuakultur penting kerana menyumbang kepada pendapatan negara. Kegiatan
perikanan menyumbang kepada pendapatan negara melalui hasi eksport yang membolehkan mata wang
asing masuk ke dalam negara. Contohnya, Thailand mengeksport hasil perikanan ke Malaysia dan
Singapura, manakala Jepun pula mengeksport hasil perikanan (minyak ikan kod dan lemak ikan paus) ke
negara-negara lain. Oleh itu, hasil melalui eksport dapat meningkatkan pendapatan negara dan
pendapatan yang diperoleh dapat digunakan untuk memajukan lagi sector perikanan di Malaysia.

Seterusnya, perikanan akuakultur semakin penting di Malaysia kerana, ia dapat memberi peluang
pekerjaan. Banyak peluang pekerjaan yang wujud di dalam sector akuakultur. Antara pekerjaan tersebut
ialah nelayan, pekerja kilang memproses dan kilang ais, penternak, penyelidik dan pekerja di
perkhidmatan pemasaran ikan. Secara tidak langsung peluang pekerjaan yang ditawarakan dapat
mengurangkan jumlah pengganguran dalam negara. Contohnya, penduduk yang tinggal di kawasan
perisisir pantai Kelantan, Terengganu, dan Pahang bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber
rezeki. Hasil daripada tangkapan khususnya bagi nelayan laut dalam memberikan peluang yang lumayan.
Hal ini membolehkan pendapatan perkapita dan taraf hidup masyarakan meingkat.

Perkembangan industry hiliran juga merupakan kepentingan perikanan akuakultur di Malaysia.


Sektor akuakultur dapat membantu untuk menjana industry pelancongan di Malaysia khususnya
homestay. Pelancongan melalui kaedah ini memerlukan pelancong tinggal bersama keluarga nelayan
dimana program ini telah di promosikan oleh LKIM. Contohnya, lokasi yang terdapt home stay seperti
Pulau Aman di Pulau Pinang, Bagan Lalang di Selangor, Bachok di Kelantan dan Kampung Air di Sarawak.
Industri akuakultur ini dapat memajukan sector pelancongan menerusi pelbagai aktiviti seperti
pertandingan memancing, akuapelancongan, rumah rehat dan restoran makanan ikan air tawar. Oleh itu,
perkembangan pelancongan yang berasaskan akuakultur secara tidak langsung dapat meningkatkan
pendapatan dalam negara.

AKhir sekali, kepentingan industry akuakultur di Malaysia ialah dapat memperluaskan pasaran.
Kegiatan perikanan dapat memperluasakan pasaran bukan sahaja di luar negara tetapi juga di dalam
negara. Kesan positif perluasan pasaran diperolehi memalui peningkatan kuasa beli pengguna dan
rangkaian pemasaran dalam negara. Sesetengah negara seperti Jepun adalah berkemampuan untuk
mengukuhkan rangkaian pasaran eksportnya melalui pengeksportan hasil-hasil perikanan laut dalam.
Keupayaan dalam negara juga turut bertambah apabila pihak swasta berkecimbung dalam industry
perikanan ini. Dalam konteks antarabangsa, hubungan antara negara menjadi lebih kukuh melalui
kerjasama penerokaan laut dalam dan kawalan perairan secara bersama dari serangan lanun. Contohnya,
kerjasama yang terjalin antara Malaysia, Thailand dan Indonesia.
b. Huraikan kesan akibat penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perikanan di Malaysia. [13]

Antara kesan positif akibat penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perikanan di Malaysia ialah,
dengan adanya teknologi moden, ia berupaya untuk meneroka perikanan laut dalam dengan lebih efisyen.
Contohnya, penggunaan tenologi moden seperti kapal yang lebih besar, teknologi komunikasi yang
baikmserta penggunaan tukun tiruan. Penggunaan teknologi moden seperti ini memolehkan proses
penangkapan ikan-ikan laut dalam dan ikan-ikan besar lebih mudah dan cepat. Keselamatan para nelayan
yang berkerja untuk laut dalam juga lebih terjamin berbanding dengan hanya menggunakan sampan. Oleh
itu, hasil tangkapan nelayan adalah lebih lumayan.

Seterusnya, kesan positif akibat penggunaan teknologi moden dalam kegiatan pertanian di Malaysia
ialah, dapat meningkatkan hasil tangakapan. Dengan adanya teknologi moden, ia dapat menjamin kepada
bekanlan sumber hasil ikan yang berterusan. Contohnya, penggunaan teknologi pengesanan dan
penggunaan pelbagai jenis pukat laut dalam. Oleh itu, ikan-ikan laut dalam dapat ditangkap dengan lebih
mudah dan banyak untuk dihantar terus ke pelabuhan untuk dijual.

Namun, terdapat juga kesan negative penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perikanan di
Malaysia. Antaranya ialah, kepupusan sumber perikanan. Kepupusan sumber perikanan adalah berpunca
daripada tangkapat berlebihan ikan secara berterusan serta penggunaan alat tangkapan seperti pukat
harimau dan pukat tunda. Hal ini kerana, peralatan ini turut menangkap ikan yang yang belum cukup
matang. Penggunaan alat tangkapan ini juga mengakibatkan hidupan akuatik musnah terutama di
kawasan pesisir pantai yang menjadi kawasan lokasi pembiakan ikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
kemusnahan kawasan hutan bakau yang juga merupakan tempat pembiakan hidupan akuatik.

Selain itu, kesan negative penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perikanan ialah, pencemaran.
Pencemaran air khususnya di sekitar pelabuhan perikanan berpunca daripada pembuangan bahan-bahan
cemar seperti sisa-sisa ikan dan air pembersihan bot. Air laut juga dicemari oleh sisa-sisa domestic yang
dibuang dari petempatan nelayan. Terdapat juga bot-bot nelayan yang sudah rosak dan tidak dapat
digunakan dibiarkan tersadai dan reput di tepi pelabuhan. Akibatnya, ini menyebabkan pencemaran fizikal
dan kualiti air laut.

AKhir sekali, kesan negative penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perikanan ialah
kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan. Aktiviti perikanan mengakibatkan habitat atau kawasan
pembiakan ikan seperti di kawasan terumbu karang di kawasan berpulau musnah. Habitat kawasan
terumbu karang musnah akibat penggunaan alatan tangkapan. Contohnya, pukat tunda, pukat harimau
dan pukat Apollo) yang mengaut dan memusnahkan kawasan tersebut. Pemusnahan habitat seterusnya
akan merosakkan rantaian makanan marin dan kawasan pembiakan. Keadaan ini menyebabkan
penghijarah spesies ikan ke habitat lain.

Anda mungkin juga menyukai