Anda di halaman 1dari 7

GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA.

SEKTOR PERIKANAN
JENIS-JENIS PERIKANAN
Sektor perikanan di Malaysia terdiri daripada
a. Perikanan Pinggir Pantai.
b. Perikanan Laut dalam
c.Perikanan Akualkultur
d.Perikanan Air Tawau
e. Penternakan ikan hiasan
PERIKANAN PINGGIR PANTAI
1.Apakah maksud perikanan pinggir pantai? ( 3m)
Perikanan pinggir pantai merujuk kepada aktiviti penangkapan ikan yang
dijalankan tidak melebihi 32 Km ( 30 batu nautika) dari pantai. Biasanya
dijalankan oleh nelayan-nelayan tradisional di sepanjang pantai Semenanjung
Malaysia, sabah dan Sarawak seperti diLaut China Selatan, Selat
Melaka dan Selat Tebrau.
2.Huraikan ciri-ciri perikanan pinggir pantai. (10m)
1. Lokasi
Dijalankan di laut yang cetek di atas pentas benua. Contoh di Laut China Selatan,
Selat Melaka, Selat Tebrau. Jarak dari pantai tidak melebihi 32 km dan
kedalaman kurang daripada 180 meter.
2.Tempoh masa
Nelayan turun pada awal pagi dan pulang lewat petang.
3. Skala Pengeluaran
Hasil tangkapan kecil dan sedikit. Digunakan untuk keperluan harian keluarga
dan selebihnya barulah di jual
4. Teknologi
Bergantung kepada teknologi tradisional seperti pukat tangkul, pukat tarik , jala,
pompang, bubu , pitol , pancing, kelong dan sebagainya.
5. Modal
Sebahagian besar nelayan terdiri daripada golongan miskin. Para nelayan tidak
mempunyai modal yang cukup untuk menguasai aktiviti peikanan secara
besar-besaran. Kebanyakkan nelayan bergantung kepada orang tengah. Untuk
membantu nelayan kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi bot dan
pukat.
6. Jenis Ikan
Ikan parang, bawal, ikan bilis, udang, sotong dan ketam.
7. Tenaga buruh.
Tenaga buruh yang digunakan sedikit, terdiri daripada ahli keluarga dan bantuan
jiran. Merupakan pekerjaan yang diwarisi dari generasi ke generasi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERIKANAN PINGGIR PANTAI.


1.Bentuk muka bumi.
Bentuk muka bumi seperti pentas benua yang luas, pantai yang terlindung,
berteluk-teluk, pantai yang terlindung dan berpulau menggalakkan aktiviti
perikanan pinggir pantai. Bentuk bentuk pantai yang berteluk dan terlindung
memudahkan pembinaan pelabuhan perikanan dan jeti pendaratan ikan.
2. Kawasan laut cetek dan luas
Kawasan laut cetek dan luas seperti pentas Sunda dan pentas benua
menggalakan pertumbuhan plankton yang menjadi makanan ikan dan haiwan
laut yang lain. Ini kerana laut yang cetek kurang daripada 180 meter
membolehkan cahaya matahari dapat sampai ke dasar laut dan air laut menjadi
suam membolehkan plankton membiak dengan cepat.
3. Permintaan tinggi terhadap hasil laut.
Ikan dan hasil laut merupakan sumber protein utama penduduk Malaysia dan
juga Asia. Penduduk menjadiakn hasil laut sebagai menu utama dalam
permakanan harian mereka menyebabkan permintaan tinggi terhadap ikan dan
hasil laut.
4.Pekerjaan tradisi.
Bagi sesetengah penduduk terutamanya di kawasan pinggir pantai pekerjaan
nelayan merupakan pekerjaan yang diwarisi secara turun-temurun dan menjadi
sumber pekerjaan uatam mereka. Ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan
pengangguran.
5. sumber pendapatan negara.
Hasil laut yang berlebihan akan dieksport ke luar negara contohnya ke
Singapura yang menawarkan harga yang lebih tinggi terutamanya nelayan
nelayan di negeri Johor. Ini menguntungkan negara melalui pertukaran mata
wang asing dan seterusnya meningkatkan KDNK negara.
6. Polisi dan galakan kerajaan
Kerajaan Malaysia sentiasa memberi bantuan dan galakan kepada nelayan
dalam bentuk subsidi kewangan, minyak diesel, peraltan dan latihan kepada
nelayan bagi memajukan lagi aktiviti perikanan di pinggir pantai.
7.kekurangan bekalan sumber protein.
Kekurangan sumber protein menyebabkan aktiviti perikanan pinggir pantai
dijalankan secara giat. Hasil ikan dan sumber laut dapat menampung
kekurangan sumber protein seperti ayam, kambing dan lembu terutamanya bagi
negara Malaysia. Ini menggalakkan perkembangan perikanan pinggir pantai.

ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MEMAJUKAN PERIKANAN


PINGGIR PANTAI.
1.Modal
Nelayan kawasan pinggir pantai tidak memiliki modal yang cukup untuk untuk
mengusahakan perikanan secara besar-besaran. Kebanyakan petani miskin dan
terpaksa bergantung kepada orang tengah dan juga bergantung kepada
bantuan dan subsidi daripada kerajaan. Modal yang tidak mencukupi mereka
terpaksa menguasaha perikanan pinggir pantai secara kecil-kecilan sahaja.
2.Kekurangan teknologi moden.
Teknologi moden masih belum digunakan secara meluas. Kebanyakkan nelayan
masih menggunakan kaeadah tradisional. Teknologi moden yang berkaitan
dengan teknologi penangkapan ikan dan dingin beku masih belum digunakan
secara meluas. Kemahiran dan pengetahuan nelayan masih rendah.
3. Pencemaran air laut.
Pencemaran air laut seperti pembuangan sisa industri dan sisa perhotelan
contoh sisa kumbahan menyebabkan berlaku pencemaran air laut, ini
menyhebabkan kemusnahan hidupan akuatik dan seterusnya mengurangkan
hasil penangkapan ikan bagi nelayan pinggir pantai.
4. Tangkapan ikan yang berlebihan
Ekploitasi yang berlebihan untuk keuntungan menyebabkan sumber ikan yang
masih kecil juga ditangkap menyebabkan bekalan sumber ikan berkurangan.
5. Masalah cuaca
Masalah cuaca seperti musim tengkujuh yang berlaku pada musim angin
monsun timur laut d\i pantai timur Semenanjung Malaysia , menghadkan aktiviti
penangkapan ikan di pinggir pantai. Pada musim ini nelayan tidak dapat turun ke
laut kerana laut bergelora dan merbahaya kepada bot-bot kecil.
6. Masalah orang tengah.
Kegiatan orang tengah masih wujud di kalangan nelayan pinggir pantai . Orang
tengah membeli hasil ikan dengan harga yang murah dan menjual dengan harga
yang mahal.
FAKTOR-FAKTOR YANG YANG MENYEBABKAN SUMBER PERIKANAN
PINGGIR PANTAI MEROSOT.
1. Tangkapan laut secara berlebihan
Eksploitasi sumber perikanan secara berlebihan oleh nelayan tempatan
menyebabkan kepupusan sumber perikanan. Eksploitasi untuk mengaut
keuntungan menyebabkan ikan kecil ditangkap dan mengalami kepupusan.
2. Pencerobohan nelayan laut dalam dan nelayan asing
Pencerobohan nelayan laut dalam seperti nelayan tempatan dan nelayan asing
yang menggunakan pukat tunda dan pukat harimau menyebabkan kemusnahan
habitat dan dan sumber perikanan pinggir pantai. Pengunaan pukat tunda dan
pukat harimau mampiu menangkap dan mengaut semua anak-anak ikan yang
masih kecil.
3

3. Peningkatan kadar pencemaran pinggir pantai.


Pencemaran pinggir pantai disebabkan tumpahan minyak dan pembuangan sisa
pencemaran dari kapal tangki menyebabkan minyak kotor menutupi
permukaan laut yang boleh menyebabkan plankton mati. Pembuangan sisa
industri dan sisa toksid ke laut meningkatkan pencemaran air dan boleh
menyebabkan kematian hidupan akuatik dan mengalami kepupusan.
Penyaliran sisa kumbahan dari hotel, tempat peranginan, chalet dan sisa
domestic ke laut menyebabkan laut tercemar dan peningkatan bakteria E Coli.
4. Penggunaan kaedah tangkapan yang tidak dibenarkan.
Penggunaan pukat yang tidak dibenarkan seperti pukat tunda ,pukat Apollo dan
pukat harimau dapat mengaut anak anak ikan yang kecil ini menyebabkan
berlaku kepupusan perikanan.
5. kurang pengawasan pihak berkuasa
Zon pinggir pantai yang meluas dan memanjang menyukarkan pengawasan ,
rodaan dan penyeliaan sepanjang masa. Ini menyebabkan zon pinggir pantai
mudah di cerobohi oleh nelayan asing dan nelayan laut dalam. Masalah
kekurangan kakitangan agensi terbabit seperti jabatan laut dan polis marin
menyebabkan pengawasan terhadap zon marin Malaysia tidak menyeluruh.
LANGKAH LANGKAH MENGATASI KEMEROSOTAN PERIKANAN PINGGIR
PANTAI.
1.Memberi bantuan kewangan dan subsidi
Kerajaan perlu membantu nelayan pinggir pantai dari segi memberi kemudahan
pinjaman kewangan, subsidi peralatan dan subsidi minyak diesel untuk
mengurangkan kos penangkapan ikan.
Latihan dan khidmat nasihat juga perlu diberikan kepada nelayan untuk
mempelajari dan memahami cara-cara menggunakan teknologi yang lebih
moden dalam penangkapan ikan.
2. Mempertingkatkan kerjasama antara negara.
Kerjasama antara negara perlu dipertingkatkan dari segi kawalan, keselamatan,
perundangan dan zon sempadan negara bagi mengurangkan konflik
pencerobohan zon penangkapan ikan antara negara jiran seperti Thailand,
Indonesia dan Filiphina.
3. Pemuliharaan kawasan pembiakan ikan.
Kawasan pembiakan perlu dipelihara dan pulihara seperti pulau-pulau, terumbu
karang dan penggunaan tukun tiruan bagi membolehkan hidupan laut untuk
bertelur dikekalkan.
4. Penguatkuasa undang-undang.
Penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan tegas iaitu larangan menangkap
ikan terhadap kawasan tertentu dan mengharamkan penggunaan alat-alat
penangkapan tertentu seperti pukat tunda. Pukat harimau dan pukat Apollo di
kawasan pinggir pantai kerana boleh mengancam kawasan pembiakan ikan.
5. Memajukan teknologi, kepakaran dan penyelidikan.

Pihak kerajaan perlu memajukan teknologi, kepakaran dan penyelidikan


perikanan termasuk usahasama dengan negara maju. Penggunaan teknologi
moden membolehkan hasil penangkapan ikan pinggir pantai dapat ditingkatkan
dan seterusnhya meningkatkan pendapatan megara.
6. Memajukan sektor yang berkaitan dengan perikanan.
Aktiviti yang berkaitan dengan sektor perikanan perlu dimajukan termasuklah
cara pemasaran tanpa menggunakan orang tengah. Industri kecil sederhana
perlu dimajukan contoh industri membuat keropok, ikan kering, balacan , budu
dan cencalok. Ini akan meningkatkan lagi permintaan hasil laut khususnya
terhadap ikan.

PERIKANAN LAUT DALAM


1.Jelaskan konsep perikanan laut dalam . (3m )
Perikanan laut dalam merujuk kepada aktiviti penangkapan ikan di lautan dalam,
iaitu di Zon Ekonomi Ekluksif (ZEE ) yang melebihi 32 Km dari pinggir pantai
dan kedalaman melebihi 180 meter. Dijalankan di perairan antarabangsa seperti
Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan hindi.
2. Huraikan ciri-ciri perikanan laut dalam. (10m)
1. Lokasi
Dijalankan di perairan antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan
lautan Hindi.jarak dari pantai bagi aktivitri perikanan laut dalam ialah melebihi
32 km ( 30 batu nautika) dan kedalaman laut melebihi 180 meter.
2. Masa operasi
Biasanya berminggu-minggu dan kadang-kadang berbulan-bulan di laut dalam.
Biasanya dijaslankan secara berkumpulan dan nelayan membawa bekalan
makanan yang banyak dan mencukupi.
3. Skala Operasi
Hasil perikanan adalah untuk pasaran tempatan dan juga untuk dieksport ke
luar negara. Contoh hasil ikan Malaysia di eksport ke Singapura. Selain daripada
itu hasil tangkapan juga digunakan dalam industri pengetinan ikan khususnya
ikan sardin.
4. Jenis ikan.
Pelbagai jenis ikan ditangkap seperti ikan tuna, tenggiri, bawal, merah ,kerapu
dan juga ikan paus.
5.Teknologi penangkapan ikan
Bergantung sepenuhnya kepada teknologi moden seperti kapal atau bot besar
yang seberat 200 tan yang dilengkapi dengan radar /alat pengesan ikan, system
5

telekomunikasi canggih, jentera penarik, pukat tunda, pukat harimau, pukat


Appolo, kemudahan dingin beku dan kemudahan untuk memproses ikan.
Dijalankan oleh nelayan-nelayan terlatih dan bekerja secara khusus kepada
sektor perikanan.
6. Penggunaan Modal
Mengguankan modal yang besar. Biasanya dimiliki oleh syarikat besar atau
persatuan nelayan yangmempunyai dana atau modal yang banyak untuk
membeli bot berkuasa tinggi, pukat moden seperti pukat harimau, pukat Appolo,
system telekomunikasi canggih dan bayaran upah kepada nelayan. Modal juga
diperolehi melalui pinjaman dari bank tempatan dan swasta.
7. Penggunaan tenaga buruh.
Menggunakan tenaga buruh mahir dan terlartih, biasanya diimport dari negara
asing seperti Thailand bagi memudahkan mengendalikan jentera moden.
Memerlukan bilangan tenaga buruh yang lebih ramai dari perikanan pinggir
pantai.
KEPENTINGAN AKTIVITI PERIKANAN LAUT DALAM
1. Sumber protein penduduk.
Budaya permakanan psebahagian besar penduduk negara-negara Asia
bergantung kepada sumber perikanan. Ikan masih lagi menjadi menu utama
penduduk Asia termasuk negara Malaysia untuk dimakan dengan nasi.
2. Menyumbangkan kepada pendapatan negara.
Kegiatan perikanan menyumbang kepada pendapatan negara melalui hasil
eksport yang menyumbangkan kepada kemasukan mata wang asing. Contohnya
negara Malaysia mengeksport ikan ke Singapura, Jepun dan Taiwan. Hasil
ekspoort ini dapat meningkatkan pendapatan negara dan hasilnya digunakan
untuk memajukan lagi sektor perikanan.
3. Menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
Aktiviti perikanan laut dalam menyediakan peluang pekaerjaan banyak seperti
bekerja sebagai nelayan, pekerja kilang memproses ikan, kilang ais, penternak,
penyelidik, perkhidmatan pemasaran ikan dan lain-lain lagi. Contohnya
penduduk di pesisir pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang amat bergantung
kepada aktiviti perikanan sebagai sumber hasil.
4. Menggalakkan kesan penganda ( memajukan industri berkaitan)
Perikanan laut dalam juga membantu menggalakkan pertumbuhan industri yang
berkaitan seperti industri pengetinan ikan (ikan sardin), industri memproses ikan
kering, keropok, membuat budu dan belacan, pembuatan bot, kilang ais,
industri membuat peralatan penangkapan ikan dan lain-lain.
5. Membantu meningkatkan teknologi.
Perikanan laut dalam juga membantu meningkatkan teknologi dalam sesebuah
negara khususnya teknologi perikanan seperti teknologi awet beku,
penggunaaan radar pengesan, penyediaan habitat tiruan (tukun), teknologi
telekomunikasi dan sebagainya. Teknologi perikanan ini berkembang melalui
usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) contoh di Batu Maung, Pulau
Pinang.

ISU DAN MASALAH PERIKANAN LAUT DALAM.


1.Masalah yang dialami.
a. Masalah Keselamatan/ ancaman lanun.
Nelayan tempatan sering di serang oleh lanun. Kegiatan perlanunan boleh
mengacam nyawa para nelayan.
b. Tentangan daripada pergerakan alam sekitar.
Terdapat tentangan daripada pergerakan alam sekitar seperti badan badan
bukan kerajaan yang menentang penangkapan spesies ikan yang hamper
pupus. Contoh ikan paus.
c. Politik perairan antarabangsa dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Politik perairan antarabangsa dan Zon Ekonomi ksklusif sukar untuk ditentukan
kawasan yang membolehkan penangkapan ikan laut dalam dijalankan.
Seeringkali nelayan laut dalam tertangkap ikan di perairan negara lain. Ini
menimbulkan masalah kepada nelayan di atas kes pencerobohan perairan asing.
2. Masalah yang ditimbulkan oleh periikanan laut dalam.
a.Kepupusan Sumber.
Kepupusan sumber seperti kemusnahan kawasan pembiakan ikan akibat
penggunaan bot-bot besar, pukat harimau, pukat tunda yang boleh
memusnahkan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan. Penggunaan
pukat harimau dan pukat tunda menangkap anak-anak ikan kecil dan
menyebabkan kepepusan sumber ikan.
b.Konflik antara nelayan.
Konflik antara nelayan laut dalam dengan nelayan pinggir pantai sering berlaku.
Nelayan laut dalam sering menangkap ikan dikawsan pinggir pantai.

Anda mungkin juga menyukai