2. Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan. 3. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat bot, jala, pukat, alat menangkap dan memproses ikan. 4. Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport. 5. Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai. MASALAH DALAM PERIKANAN DI MALAYSIA 6. Hasil tangkapan semakin merosot kerana : a. Penangkapan yang berlebihan. b. Pencemaran air - sisa-sisa buangan kilang dan tumpahan minyak. c. Penggunaan pukat tunda yang berleluasa - musnahkan habitat ikan. d. Kemusnahan kawasan pembiakan ikan. e. Penggunaan bot-bot kecil, jala, pancing dan pukat hanyut. 2. Nelayan tak mampu memmbeli peralatan moden - amalkan cara tangkapan yang tidak produktif. 3. Bekalan dan permintaan tidak tetap - harga tak stabil. 4. Gangguan angin Monsun Timur Laut terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. 5. Kekurangan kemudahan perikanan seperti loji ais untuk mengawet ikan terutamanya di pantai timur (kemudahan mendingin beku, mengawet dan menyimpan ikan - kos yang tinggi). 6. Pelabuhan pendaratan ikan kurang terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia - nelayan terpaksa pergi ke bandar / tempat lain untuk pasarkan hasil tangkapan. 7. Nelayan dapat pulangan yang rendah daripada jualan ikan kerana ditindas oleh orang tengah / peraih ikan. 8. Perairan Malaysia dicerobohi oleh lanun / nelayan asing dari Indonesia, Thailand atau Filipina - rampas hasil tangkapan / peralatan. 9. Cuaca terlalu panas menyebabkan ikan cepat ikan cepat busuk (rosak) jika lambat dihantar kepasaran. 10. Musim tengkujuh hasil sampinganseperti keropok dll tidak dapat dijemur - jejaskan pendapatan nelayan . 11. Pelepasan sisa toksid dari kilang dan tumpahan minyak cemarkan air laut - jejaskan ikan dan hasil laut lain. LANGKAH MENGATASI MASALAH 7. Peranan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dalam menenntukan gred dan harga ikan di pasaran. 8. LKIM cari pasaran baru ikan ke luar negara seperti Singapura. 9. LKIM galakkan pengusaha untuk majukan penternakan secara akuakultur dengan cara memberi bantuan khidmat nasihat dan kewangan. 10. Tambah pusat-pusat pendaratan ikan dan pelabuhan perikanan seperti Kemaman, Kuala Kedah dan Sedili. 11. Tubuhkan koperasi nelayan (NEKMAT) untuk bantu nelayan dapatkan bantuan kewangan beli peralatan menangkap ikan yang moden. 12. Malaysia bekerjasama dengan negara jiran seperti Singapura dalam majukan industri perikanan terutama-nya dalam perikanan laut dalam. 13. Polis Marin pergiatkan rondaan dan kawalan perairan Malaysia supaya bebas daripada pencerobohan nelayan luar dan gangguan lanun. 14. Perketatkan undang-undang untuk mereka yang mencemarkan laut (kilang-kilang dan kapal - tumpahan minyak / pembuangan sisa toksik) 15. Melalui Pusat Latihan Nelayan - nelayan dilatih mengendalikan pelbagai alatan penangkapan moden, contohnya di Batu Maung, Kuala Terengganu dan Pulau Labuan. 16. Skim Keselamatan Nelayan (SEKENAL) diadakan bagi membolehkan nelayan pasang telefon radio di bot untuk kecemasan (serangan lanun dsbnya). 17. Tukun-tukun tiruan yang diperbuat daripada tayar-tayar buruk untuk tambahkan tempat pembiakan ikan diperbanyakkan. 18. Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan supaya ikan dan dan hasil laut lain dapat dipasarkan dengan segera - jamin harga lebih baik. 19. Nelayan pantai timur digalakkan cari kerja sampingan terutama musim tengkujuh untuk tambah pendapatan - tidak hanya bergantung kepada hasil laut semata-mata (bercucuk tanam dan kerja tangan). 20. Kerajaan menggalakkan penternakan ikan dalam kolam dan sangkar secara besar-besaran untuk pelihara ikan, kerang, ketam dan udang, di kawasan pinggir laut yang tenang airnya di Kuala Kurau, Kuala Sedili dan Pulau Aman. 21. Mengetatkan undang-undang untuk mengawal pencemaran laut. 22. http://www.reocities.com/sarinaz2/perikanan.htm JENIS-JENIS PERIKANAN 23. Perikanan pinggir laut 24. Perikanan laut dalam 25. Perikanan air tawar 26. Perikanan akuakultur (menternak ikan) Perikanan Pinggir Laut f. Jenis perikanan yang terpenting g. Melibatkan ramai nelayan tempatan - mendapatkan paling banyak ikan. h. Dijalankan di kawasan 30km dari pantai. i. Gunakan pukat hanyut, jala, pompang, tangkul j. Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah, ikan bilis, udang dan ketam. k. Hasil tangkapan tidak banyak. Perikanan Laut Dalam 12. 30 - 300 km dari laut. 13. Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat Melaka, Laut China Selatan dan Lautan Hindi. 14. Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan moden - hasil tangkapan lebih banyak - pukat tunda 15. Berada di laut selama beberapa hari/minggu. 16. Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia. 17. Hasil tangkapan tinggi. Perikanan Air Tawar Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya, dan sungai. Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam sangkar). Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat, haruan, keli dsbnya. Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing. Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga dijalankan secara besar-besaran di kolam atau sangkar. Sabah adalah pengeksport udang yang utama di Malaysia. Perikanan Akuakultur (Menternak Ikan) Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar. Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan. Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia, kap rumput, jelawat dan kerang) dalam sangkar atau kolam. Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Pualu Pinang, Sabah dan Terengganu. CARA-CARA MENANGKAP IKAN DI LAUT Pukat Tarik Diturunkan ke dalam laut untuk mengepung ikan yang banyak. Satu hujung pukat ditarik nelayan ke pantai dan satu hujung lagi ditarik oleh nelayan di dalam bot. Ikan terperangkap dalam pukat - biasanya ikan bilis ditangkap menggunakan cara ini. Pukat Tangkul Berbentuk segi empat sama. Gunakan unjang untuk tarik perhatian ikan supaya berkumpul. Bila ikan berkumpul dengan banyaknya - satu unjang baru akan diturunkan dan ikaa-ikan akan bergerak ke arah unjang baru yang di bawahnya ada pukat. Pukat ditarik ke atas dengan menggunakan keempat-empat penjurunya. Kelong Pancang dan kayu yang dipacak berbaris dihujungnya da perangkap / jaring. Tidak digunakan di pantai timur kerana laut bergelora. Pukat Hanyut Direntangkan dalam laut seperti jaring badminton. Ikan yang berenang kearah pukat akan terperangkap bila kepalanya tersangkut di mata pukat. Biasa digunakan oleh nelayan di pantai timur. Pukat Pompang Dipasang di muara sungai. Semasa air pasang ikan akan berenang mengikut aliran air dan terperangkap dalam pukat. Pukat Tunda Pukat yang besar - berbentuk seperti beg dan mulutnya terbuka luas. Digunakan oleh nelayan laut dalam / dasar laut.