Anda di halaman 1dari 15

PERIKANAN DI MALAYSIA

1. Malaysia di kelilingi laut cetek yang kaya dengan ikan - Pelantar sunda.
2. Pekerjaan yang penting bagi penduduk di kawasan pantai. Nelayan
berkemahiran kerana ia pekerjaan tradisi.
3. Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
4. Hasil tangkapan cukup untuk keperluan tempatan.
5. Malaysia ada mengekspot udang ke Singapura, Negeri Thai, United
Kingdom dan Jepun.
6. Perikanan dimajukan lagi melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia) dan FAMA - pasarkan.

Peta : Taburan Kawasan Perikanan di Malaysia


KEPENTINGAN PERIKANAN
1. Sumber protein yang murah dan mudah didapati.
2. Peluang pekerjaan sambilan untuk tambah pendapatan.
3. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seperti nelayan, membuat
bot, jala, pukat, alat menangkap dan memproses ikan.
4. Negara kita dapat mengurangkan jumlah ikan yang terpaksa diimport.
5. Ikan dan udang menjadi sumber pendapatan negara kerana ia dieksport ke
Singapura, Jepun, United Kingdom dan Negeri Thai.

FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN PERIKANAN


1. Kawasan perikanan yang luas - dikelilingi oleh kawasan perairan Selat
Melaka, Laut China Selatan dan Selat Tebrau.
2. Terletak di atas pentas sunda - Pentas Sahul (Pelantar) yang kaya dengan
ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton - lautnya cetek dan kaya dengan
ikan.
3. Ikan dapat pasaran yang meluas kerana ia sumber protein yang murah dan
mudah.
4. Pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan.
5. Hasil tangkapan merupakan sumber bahan mentah untuk buat keropok,
belacan, cencaluk dsbnya.
PERBANDINGAN MENGAPA PERIKANAN PANTAI BARAT LEBIH
PENTING DARIPADA PANTAI TIMUR
PANTAI BARAT

PANTAI TIMUR

1. Dapat dijalankan sepanjang tahun


Tidak dapat dijalankan kerana laut
kerana tiada gangguan angin monsun bergelora (gangguan Monsun Timur
(Monsun Timur laut & Monsun Barat Laut).
Daya). Laut-nya tenang sepanjang
tahun.

2. Gunakan cara tangkapan yang


moden. Hasil lebih banyak (Kapal
tangkapan moden yang lengkap
dengan alat menyimpan ikan) Nelayan berada di laut sehingga
berminggu-minggu.

Cara tangkapan yang lama - hasil


tangkapan sedikit (cara tradisional)

3. Kebanyakan nelayannya kaya mampu sediakan alat tangkapan


moden.

Nelayan tak mampu sediakan cara /


alat tang-kapan moden.

4. Banyak pelabuhan penda-ratan bot


dan kapal perikanan.

Kekurangan pusat-pusat pendaratan


ikan menye-babkan ikan-ikan menjadi
rosak kerana tidak dapat dipasarkan

dengan cepat.

5. Pasaran - permintaan ikan lebih


banyak - banyak bandar besar dan
kepa-datan penduduk tinggi.

Pasaran kurang meluas.

Banyak kemudahan untuk


6. memproses, membeku dan mengetin Hasil tangkapan kurang kerana :
ikan dan udang.
a. kurang kelengkapan
b. gangguan monsun timur laut
Sistem perhubungan - pengangkutan
7. yang lengkap dan teratur - hasil
tangkapan dapat dipasarkan dengan
cepat dan mudah
Jalankan perikanan laut dalam dan
8. pinggir pantai.

Sistem pengangkutan kurang maju hasil tangkapan tidak dapat dipasarkan


segera.
Kebanyakan nelayannya hanya
menjalankan kegiatan perikanan
pinggir pantai.

JENIS-JENIS PERIKANAN
1. Perikanan pinggir laut
2. Perikanan laut dalam
3. Perikanan air tawar
4. Perikanan akuakultur (menternak ikan)
Perikanan Pinggir Laut
Jenis perikanan yang terpenting
Melibatkan ramai nelayan tempatan - mendapatkan paling banyak ikan.
Dijalankan di kawasan 30km dari pantai.
Gunakan pukat hanyut, jala, pompang, tangkul

Hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah, ikan bilis, udang
& ketam.
Perikanan Laut Dalam
30 - 300 km dari laut.
Menangkap ikan di tengah laut seperti Selat Melaka, Laut China Selatan dan
Lautan Hindi.
Gunakan kaedah lengkap dengan peralatan moden - hasil tangkapan lebih
banyak - pukat tunda
Berada di laut selama beberapa hari/minggu.
Hasil 60% jumlah pengeluaran ikan Malaysia.
Hasil tangkapan tinggi.
Perikanan Air Tawar
Melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya, dan sungai.
Memelihara ikan di kolam, tasik, paya, sungai (dalam sangkar).
Jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat, haruan, keli dsbnya.
Gunakan jala, pukat, lukah, bubu, dan pancing.
Penternakan ikan, udang dan kerang ada juga dijalankan secara besarbesaran di kolam atau sangkar.
Sabah adalah pengeksport udang yang utama di Malaysia.
Perikanan Akuakultur (Menternak Ikan)
Ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar.
Dijalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan.
Ada juga diternak secara besar-besaran (ikan talapia, kap rumput, jelawat
dan kerang) dalam sangkar atau kolam.

Banyak diusahakan di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Pualu Pinang, Sabah


dan Terengganu.
CARA-CARA MENANGKAP IKAN DI LAUT
Pukat Tarik
Diturunkan ke dalam laut untuk mengepung ikan yang banyak.
Satu hujung pukat ditarik nelayan ke pantai dan satu hujung lagi ditarik oleh
nelayan di dalam bot.
Ikan terperangkap dalam pukat - biasanya ikan bilis ditangkap menggunakan
cara ini.
Pukat Tangkul
Berbentuk segi empat sama.
Gunakan unjang untuk tarik perhatian ikan supaya berkumpul.
Bila ikan berkumpul dengan banyaknya - satu unjang baru akan diturunkan
dan ikaa-ikan akan bergerak ke arah unjang baru yang di bawahnya ada
pukat.
Pukat ditarik ke atas dengan menggunakan keempat-empat penjurunya.
Kelong
Pancang dan kayu yang dipacak berbaris dihujungnya da perangkap / jaring.
Tidak digunakan di pantai timur kerana laut bergelora.
Pukat Hanyut
Direntangkan dalam laut seperti jaring badminton.
Ikan yang berenang kearah pukat akan terperangkap bila kepalanya
tersangkut di mata pukat.
Biasa digunakan oleh nelayan di pantai timur.
Pukat Pompang

Dipasang di muara sungai.


Semasa air pasang ikan akan berenang mengikut aliran air dan terperangkap
dalam pukat.
Pukat Tunda
Pukat yang besar - berbentuk seperti beg dan mulutnya terbuka luas.
Digunakan oleh nelayan laut dalam / dasar laut.
PUSAT-PUSAT PERIKANAN DI MALAYSIA
peta

MASALAH DALAM PERIKANAN DI MALAYSIA


1. Hasil tangkapan semakin merosot kerana :
a. Penangkapan yang berlebihan.
b. Pencemaran air - sisa-sisa buangan kilang dan tumpahan minyak.
c. Penggunaan pukat tunda yang berleluasa - musnahkan habitat ikan.
d. Kemusnahan kawasan pembiakan ikan.
e. Penggunaan bot-bot kecil, jala, pancing dan pukat hanyut.
2. Nelayan tak mampu memmbeli peralatan moden - amalkan cara tangkapan
yang tidak produktif.
3. Bekalan dan permintaan tidak tetap - harga tak stabil.
4. Gangguan angin Monsun Timur Laut terutama di pantai timur Semenanjung
Malaysia.
5. Kekurangan kemudahan perikanan seperti loji ais untuk mengawet ikan
terutamanya di pantai timur (kemudahan mendingin beku, mengawet dan
menyimpan ikan - kos yang tinggi).
6. Pelabuhan pendaratan ikan kurang terutamanya di pantai timur
Semenanjung Malaysia - nelayan terpaksa pergi ke bandar / tempat lain
untuk pasarkan hasil tangkapan.

7. Nelayan dapat pulangan yang rendah daripada jualan ikan kerana ditindas
oleh orang tengah / peraih ikan.
8. Perairan Malaysia dicerobohi oleh lanun / nelayan asing dari Indonesia,
Thailand atau Filipina - rampas hasil tangkapan / peralatan.
9. Cuaca terlalu panas menyebabkan ikan cepat ikan cepat busuk (rosak) jika
lambat dihantar kepasaran.
10.Musim tengkujuh hasil sampinganseperti keropok dll tidak dapat dijemur jejaskan pendapatan nelayan .
11. Pelepasan sisa toksid dari kilang dan tumpahan minyak cemarkan air laut jejaskan ikan dan hasil laut lain.
LANGKAH MENGATASI MASALAH
1. Peranan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dalam menenntukan
gred dan harga ikan di pasaran.
2. LKIM cari pasaran baru ikan ke luar negara seperti Singapura.
3. LKIM galakkan pengusaha untuk majukan penternakan secara akuakultur
dengan cara memberi bantuan khidmat nasihat dan kewangan.
4. Tambah pusat-pusat pendaratan ikan dan pelabuhan perikanan seperti
Kemaman, Kuala Kedah dan Sedili.
5. Tubuhkan koperasi nelayan (NEKMAT) untuk bantu nelayan dapatkan
bantuan kewangan beli peralatan menangkap ikan yang moden.
6. Malaysia bekerjasama dengan negara jiran seperti Singapura dalam majukan
industri perikanan terutama-nya dalam perikanan laut dalam.
7. Polis Marin pergiatkan rondaan dan kawalan perairan Malaysia supaya
bebas daripada pencerobohan nelayan luar dan gangguan lanun.
8. Perketatkan undang-undang untuk mereka yang mencemarkan laut (kilangkilang dan kapal - tumpahan minyak / pembuangan sisa toksik)
9. Melalui Pusat Latihan Nelayan - nelayan dilatih mengendalikan pelbagai
alatan penangkapan moden, contohnya di Batu Maung, Kuala Terengganu
dan Pulau Labuan.

10.Skim Keselamatan Nelayan (SEKENAL) diadakan bagi membolehkan


nelayan pasang telefon radio di bot untuk kecemasan (serangan lanun
dsbnya).
11. Tukun-tukun tiruan yang diperbuat daripada tayar-tayar buruk untuk
tambahkan tempat pembiakan ikan diperbanyakkan.
12.Sistem pengangkutan dan perhubungan dipertingkatkan supaya ikan dan dan
hasil laut lain dapat dipasarkan dengan segera - jamin harga lebih baik.
13.Nelayan pantai timur digalakkan cari kerja sampingan terutama musim
tengkujuh untuk tambah pendapatan - tidak hanya bergantung kepada hasil
laut semata-mata (bercucuk tanam dan kerja tangan).
14.Kerajaan menggalakkan penternakan ikan dalam kolam dan sangkar secara
besar-besaran untuk pelihara ikan, kerang, ketam dan udang, di kawasan
pinggir laut yang tenang airnya di Kuala Kurau, Kuala Sedili dan Pulau
Aman.
15.Mengetatkan undang-undang untuk mengawal pencemaran laut.
2.2 Perikanan

KERJA RUMAH TERANCANG (KRT)


GEOGRAFI B, STPM
Siap nota kuliah berdasarkan tajuk/sub tajuk berikut:PERIKANAN
1. Tampal peta lokasi perikanan di Malaysia
2. Jenis-jenis dan ciri perikanan :2.1. Perikanan pinggir pantai
2.2 Perikanan laut dalam
2.3 Perikanan akuakultur air tawar
2.4 Perikanan akualultur air payau/air masin
Ciri-ciri seperti berikut:i. Jarak/Lokasi/taburan/jenis ikan
ii. Skala pengeluaran
ii. Orientasi pengeluaran
iii. Penggunaan modal
iv. Buruh
v. Teknologi penangkapan(Bot/pukat/alatan lain)
3. Nyatakan faktor-faktor mempengaruhi Perikanan di negara Asia Pasifik rujukan :Malaysia (peta minda)
4. Huraikan faktor-faktor mempengaruhi Perikanan di negara Asia Pasifik
rujukan :- Malaysia

5. Nyatakan kepentingan sektor perikanan kepada Negara Malaysia (peta minda)


6. Huraikan kepentingan sektor perikanan kepada Negara Malaysia
7. Nyatakan masalah-masalah bagi memajukan aktiviti perikanan di Malaysia (peta
minda)
8. Huraikan masalah-masalah bagi memajukan aktiviti perikanan di Malaysia
9 . Nyatakan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam
sector perikanan. (peta minda)
10. Jelaskan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam
sektor perikanan
11. Nyatakan kesan negatif aktiviti perikanan terhadap alam sekitar (peta minda)
12. Huraikan kesan negatif aktiviti perikanan terhadap alam sekitar
13. Nyatakan langkah-langkah mengatasi kesan negatif akibat aktiviti perikanan (peta
minda)
13. Huraikan langkah-langkah mengatasi kesan negatif akibat aktiviti perikanan
RUJUKAN
1. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar
Manusia, Pearson Malaysia Sdn Bhd, 2007, Petaling Jaya, Selangor.
2. Abdul Hamid Abdullah dan Keng Su Seng, Ace-Ahead Geografi Alam Sekitar manusia
Kertas 2, Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007, Shah Alam, Selangor.

KULIAH
PERIKANAN

1. JENIS-JENIS PERIKANAN
a)

Perikanan Pinggir Pantai


Jarak
Lokasi
Bot / Kapal dan
Peralatan
Jangka masa di
laut

b) Perikanan Laut Dalam

Pinggir Pantai
Tidak melebihi 32 km dari
pantai dan kedalaman laut
kurang daripada 180 meter.
Perairan Laut China Selatan,
Selat Melaka, Selat Teberau dan
Laut Sulu
Menggunakan bot yang kecil
yang hanya menggunakan
peralatan tradisional spt pukat
tangkul, pukat tarik dll

Tidak melebihi satu hari (pergi


pagi, balik petang atau
Skala Pengeluaran sebaliknya)
Jenis Ikan

Modal
Tenaga Buruh

Tenggiri, bawal, bilis, udang,


sotong dll
Biasanya kecil dan sedikit.
Digunakan untuk keperluan
keluarga, yang lebih akan dijual.
Kecil golongan nelayan yang
miskin. Tidak mampu utk
menyediakan peralatan
perikanan yang moden.
Terdiri daripada ahli keluarga
sendiri. Tidak dibayar gaji tetap.
Bergantung kpd hasil tangkapan

Laut Dalam
Melebihi 32 km dari pantai dan
kedalaman laut melebihi 180
meter.
Laut China Selatan, Lautan
Pasifik, Selat Melaka dan
Lautan Hindi
Menggunakan bot yang besar
dengan dilengkapi peralatan
moden spt alat perhubungan
(radio), radar pengesan ikan,
pukat tunda, bilik awet dingin
dll
Berada di laut lebih drp.
seminggu. Bagi negara dlm
sektor perikanan spt Jepun dan
Thailand lebih daripada tiga
bulan
Tuna, tenggiri, ikan yu, ikan
paus dll
Hasil banyak . Dijual atau
dieksport keluar Negara. Juga
utk keperluan ind. pengetinan
ikan khususnya ikan sardin.
Besar syarikat syarikat swasta
dan kerajaan. Mampun utk
menyediakan peralatan
perikanan moden.
Buruh mahir yang bergaji tetap.
Kerja yang dijlnkan mengikut
pengkhususan spt bahagian
tangakapan, proses ikan dll

Peta Lokasi Kawasan Perikanan Di Malaysia.

c) Akuakultur / Pemeliharaan Ikan


Dijalankan untuk memberi pendapatan sampingan kepada para nelayan dan juga
petani terutama pada musim tengkujuh apabila nelayan tidak dpt turun ke laut kerana
ombak yang besar.

Mempastikan bekalan ikan di pasaran tempatan mencukupi dan dapat mengurangkan


import ikan dari negara lain. Dapat menguurangkan pengaliran mata wang negara
keluar.
Menggunakan teknologi moden seperti kolam buatan, penternakan ikan dalam
sangkar, benih-benih ikan kacukan, makanan ikan, rawatan air, dan ikan diasingkan
mengikut umur dan saiz.

Lokasi

Jenis ternakan
Orientasi
Pengeluaran
Pemilikan

Akuakultur Pemeliharaan ikan


air tawar
Sungai, tasik, kolam, paya dan
sawah padi. Contoh :
Mercang di Terengganu,
Temerloh di Pahang
Ikan patin, tilapia, karp, kelah,
kaloi, udang galah, ikan keli dll
Utk keperluan tempatan bg
memenuhi kekurangan bekalan
ikan di pasaran tempatan
Lebih banyak dimiliki oleh
individu yang mengusahakan
nya secara kecilkecilan. Bantuan subsidi atau
pinjaman dr pihak kerajaan.

Marinkultur pemeliharaan
ikan air payau / masin
Muara sungai, paya bakau
atau paya nipah, pinggir
pantai atau teluk yg
terlindung. Contoh :Kuala
Setiu di Terengganu, Pantai
Sri Tujuh di Kelantan,
Mersing di Johor
Ikan siakap, kerapu, ketam,
tiram, udang harimau dll
Lebih kpd eksport ke negara
luar. Contoh : udang harimau
dieksport ke Jepun
Dimilki oleh syarikat-syarikat
swasta kerana kos
penyelenggaraan yang tinggi.

2.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR


PERIKANAN
(A)FAKTOR FIZIKAL (BMB)
a)Kedudukan Malaysia di atas Pentas Sunda dan dikelilingi oleh laut yang cetek spt
Laut China Selatan dan Selat Melaka. Laut yang cetek kurang drpd 180 meter
membolehkan cahaya matahari sampai ke permukaan laut ,
menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan plankton dan zooplankton iaitu sumber
makanan ikan yang utama membolehkan ikan membiak
b)Pinggir pantai yang panjang dan berteluk-teluk sesuai dijadikan kawasan pembiakan
ikan kerana terlindung drpd tiupan angin. Juga sesuai untuk dibina pelabuhanpelabuhan perikanan seperti Kuala Perlis di Perlis, Kuala Kedah di Kedah dan Tok
Bali di Kelantan.
(B) FAKTOR KEMANUSIAAN
i)TENAGA BURUH
a)Dalaman dan Luar Negara. Mudah dan murah didapati. Mahir dan separa mahir
kerana merupakan kerja tradisi bagi penduduk di tepi pantai. Latihan yang diberikan
sama ada latihan jangka pendek (kurang drpd 3 bulan) mahupun latihan jangka

panjang (lbh drp 6 bulan diploma), Contoh : Pusat latihan di Chendering Terengganu
yang dikendalikan oleh LKIM
b)Buruh luar negara terutamanya dari Thailand, mahir dan kos buruh yg murah.
ii)PASARAN
a)Dalam dan luar negara. Dalam sumber makanan dan sumber protein utama yang
paling murah. Permintaan yang tinggi (bahan mentah) daripada industri hiliran yang
berkaitan seperti industi membuat iakan sardin, keropok, ikan kering, dan industry
membuat makanan kucing (friskies dan whiskies)
b)Luar negara dari Jepun mengimport udang harimau utama Malaysia, Singapura
dan Taiwan berlaku imbangan pembayaran dan pengaliran masuk mata wang asing
ke Malaysia.
iii) JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN
a)Kemudahan jalan pengangkutan yang baik terutamanya jalan raya membolehkan
ikan diangkut ke pasaran tempatan dengan cepat. Ini dapat menjaga kesegaran ikan.
Di samping itu kemudahan lori awet dingin juga menentukan kesegaran ikan dibawa
ke pasaran. Contoh : jalan raya daripada Kg. Geting ke Bandar Pasir Mas di Kelantan.

Pasaran luar jalan laut digunakan. Ikan diangkut menggunakan kapal yang
dilengkapi dengan kemudahan bilik awet dingin yang dikendalikan oleh MISC. Kos
pengangkutan juga murah.
iv) DASAR KERAJAAN
a)Penubuhan LKIM berperanan membina kompleks pendaratan ikan dan kilang ais
utk kemudahan nelayan mendaratkan ikan dan menjual hasil tangkapan tanpa melalui
orang tengah. Contoh : Tok Bali, Kelantan
b)Mewujudkan kawasan tukun tiruan - kawasan pembiakan ikan. Menambahkan
bekalan ikan. Tukun-tukun dihasilkan daripada tayar-tayar terpakai, konkrit batu dan
kapal-kapal karam.
c)Taman-taman laut - tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan tersebut.
Kawasan pembiakan ikan. Denda dikenakan bila tangkap ikan. Contoh : Pulau Kapas
dan Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak dan Pulau Payar di
Langkawi, Kedah.
d)Menubuhkan pusat-pusat penyelidikan utk hasilkan benih-benih (baka-baka) ikan
bermutu tinggi. Contoh : ikan talapia, ikan karp, ikan siakap dll. Penyelidikan
dilakukan di Batu Maung, Pulau Pinang. Juga pusat latihan perikanan untuk hasilkan
buruh-buruh mahir dan separa mahir dlm sektor perikanan. Latihan jangka pendek
(kurang 3 bulan) dan latihan jangka panjang (lebih 6 bulan). Contoh: Pusat Latihan
Chendering di Terengganu.
3.KEPENTINGAN SEKTOR PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI
SESEBUAH NEGARA

a)SUMBER MAKANAN

Budaya pemakanan Negara kita bergantung kpd sumber perikanan- sumber protin
penting dan pelengkap kepada makanan ruji iaitu nasi bagi penduduk Asia seperti
Jepun, Korea, Filipina, Malaysia dan Indonesia.
b)MENYUMBANGKAN KEPADA PENDAPAT NEGARA
Sumber perikanan laut dalam yang kaya mampu menghasilkan pendapat eksport
yang tinggi.Contoh Negara Thailand telah mengesport sumber laut dalam kepada
Negara spr Malaysia,Singapura manakala Malaysia pula mengesport hasil
perikanannya ke Singapura,Taiwan dan Korea.Ini dapat menguntungkan Negara dari
segi tukaran mata wang asing kerana Negara pengimport mempunyai nilai matawang
yang tinggi.

c) PELUANG PEKERJAAN
Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang memproses dan
kilang ais,penternak, penyelidik dan sebagai.Contohnya penduduk yang tinggal di tepi
persisiran pantai, seperti Pahang,Terengganu dan Kelantan bergantung kepada aktiviti
perikanan sebagai sumber rezeki . Hasil tangkapan terutama perikanan laut dalam
dapat member pulangan lumayan.ini dapat menambahkan perdapatan perkapita
penduduk.

d)PERKEMBANGAN INDUSTRI BERKAITAN


Menggalakkan perkembangan industri berkaitan dengan perikanan seperti industry
pengentinan (ikan sardine), industry memproses ikan kering dan keropok, pembuatan
bot, kilang ais dan lain-lain. Industri ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak
dan menjadi pekerjaan sampingan terutama pada musim tengkujuh
( nelayan tidak dapat turun ke laut).
Dapat menjanakan industri pelancongan yang berkonsepkan home stay iaitu program
tinggal bersama keluarga nelayan contohnya program yang dipromosikan oleh LKIM.
Contohnya Pulau Aman PP, Bagan Lalang (Selangor),Bachok (Kelantan)
e)MEMBANTU MENINGKATKAN TEKNOLOGI
Membantu meningkatkan teknologi contohnya teknologi awet beku,penggunaan radar
pengesan,penyediaan habitat tiruan dan sebagainya.teknologi perikanan berkembang
melalui usaha R&D contohnya Batu Maung, Pulau Pinang,Tanjung Demong

Masalah perikanan
1. masalah kekurangan modal
2. kekurangan teknologi
3. masalah buruh
4. masalah keselamatan nelayan
5. masalah perairan antara bangsa
6. Masalah kepupusan sumber ikan
4.KESAN-KESAN PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN SEKTOR
PERIKANAN
Kesan Positif :
1.
Menyediakan peluang pekerjaan kpd penduduk terutamanya penduduk
setempat. Contoh : nelayan, pemandu lori, pengusaha kilang ais dll. Meningkatkan
pendapatan individu dan dpt meningkatkan taraf hidup.

2.
Tanah terbiar dapat digunakan dengan berkesan iaitu membina kolam untuk
menternak ikan (akuakultur). Petani dan nelayan dapat pendapatan sampingan dan
juga menggunakan masa lapang yang terluang dengan berfaedah. Contoh :
penternakan ikan keli di Kg. Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan.
1.Pencemaran air - khususnya air laut di kawasan sekitar pelabuhan
perikanan akibat pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, pembersihan bot,
sisa domestic dan tumpahan minyak bot. Akibatnya , permukaan air laut diliputi oleh
minyak. Pancaran cahaya matahari tidak sampai ke dasar laut. Plankton tidak
membiak. Bekalan makanan ikan kurang. Ikan mati. Bekalan ikan pupus.
2.Kemusnahan ekosistem paya bakau pembinaan kolam merinkultur di kawasan
hutan paya bakaudi zon pinggir pantai menyebabkan hidupan asal seperti ketam,
lokan, ikan tebakul dan pelbagai spesis burung akan turut musnah. Rantaian makanan
yang terganggu akan menjejaskan ekosistem muara dan sekaligus akan mengurangkan
kadar populasi asal hutan paya bakau berkenaan. Contoh : di Sabak Bernam, Selangor.
3.Kepupusan hidupan akuatik tangkapan ikan yang berlebihan dan tanpa kawalan
terutamanya apabila menggunakan pukat tunda di kawasan laut dalam boleh
menyebabkan bekalan ikan terhad. Di kawasan pinggir pantai, aktiviti menuba
(menggunakan racun) dan penggunaan kuasa letrik di kawasan paya, kolam, tasik dan
sungai menyebabkan kemusnahan ikan yang masih kecil. Akibatnya, bekalan ikan
masa depan akan pupus.
5.LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN PERIKANAN
KEPADA ALAM SEKITAR
A)PERUNDANGAN
Akta perikanan dikuatkuasakan oleh Jabatan Perikanan dan Polis Marin
Contoh : Seksyen 38(1) dan Seksyen 41(1) . Jabatan Alam Sekitar menggunakan
Akta Alam Sekitar (1974) tindakan tegas terhadap nelayan yang menyebabkan
pencemaran kepada alam sekitar.
Mewartakan taman-taman laut seperti Taman Laut Pulau Kapas dan Pulau Perhentian
di Terengganu, Pulau Payar di Langkawi sebagai zon larangan aktiviti penangkapan
ikan.
Bagi nelayan yang melanggar peraturan, hukuman berat sama ada denda dan
kompaun yang tinggi dikenakan, rampas peralatan menangkap ikan termasuk bot serta
hukuman penjara.
Rondaan dan pemantauan pihak berwajib, seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Alam
Sekitar dan Polis Marin perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan masalah
pencerobohan nelayan asing dan masalah pencemaran air.
Langkah-langkah lain yang boleh diambil batalkan permit perikanan dan tarik lesen
operasi.
B) PENGURUSAN YANG STATEGIK

Memperluaskan kawasan perletakan tukun-tukun tiruan utk menambah


habitat
dan kawasan pembiakan ikan . Tukun-tukun tiruan diperbuat daripada
tayar-tayar terpakai, konkrit-konkrit batu, dan kapal-kapal karam.
Mengurangkan atau menghadkan pengambilan kawasan paya bakau dan paya nipah
secara besar-besaran untuk dijadikan kawasan penternakan ikan marinkultur dan
akuakultur.
C) KEMPEN
i) KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
i)Melancarkan kempen kesedaran kpd penduduk tentang kepentingan menjaga
kebersihan dan hidupan akuatik. Contoh kempen : Cintailah Hidupan Laut atau
Cintailah Hidupan Akuatik. Kempen boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, badanbadan bukan kerajaan (NGO)secara aktif dan berterusan sama ada melalui media
cetak ataupun media eletronik.
ii)Pendidikan pula secara formal mahupun informal. Pendidikan formal diterapkan
dalam mata pelajaran di sekolah bermula dari pendidikan sekolah rendah hinggalah ke
peringkat yang lebih tinggi (Universiti). Contoh : mata pelajaran Kajian Tempatan,
Geografi dan Ijazah Sains Alam Sekitar.

Anda mungkin juga menyukai