Anda di halaman 1dari 7

Masalah dan cabaran

yang dihadapi oleh


sektor perikanan
Kumpulan 4
1. Masalah Kekurangan Modal
 Pengusaha perikanan pinggir pantai tidak memiliki modal yang cukup untuk mengusahakan
perikanan laut dalam. Mereka terpaksa bergantung kepada bantuan subsidi daripada kerajaan.
Keupayaan modal yang terhad juga menyebabkan nelayan pinggir pantai tidak mampu untuk
memiliki bot-bot besar, pukat moden, kolam ternakan yang sempurna, umpan yang bermutu
tinggi dan sebagainya.
 Dana yang tidak mencukupi menyebabkan nelayan terpaksa mengusahakan perikanan pinggir
pantai secara kecil-kecilan sahaja.
 Nelayan juga tidak dapat menikmati hasil tangkapan sepenuhnya kerana terpaksa menjual
kepada orang tengah (peraih) dengan harga yang murah. Oleh itu, pendapatan yang diperoleh
oleh nelayan hanya sedikit dan hanya mampu menampung kehidupan seharian keluarga
sahaja.
2. Masalah kekurangan teknologi
 Teknologi moden masih belum digunakan secara meluas dan tidak berkembang pesat
khususnya yang berkaitan dengan teknologi penangkapan ikan laut dalam dan pembekuan
ikan.
 Kemahiran dan pengetahuan nelayan pinggir pantai masih rendah. Kebanyakan nelayan
pinggir pantai masih menggunakan teknologi tradisional seperti bot kecil, sampan, pukat
tangkul, bubu, pancing dan bitol.
 Nelayan pinggir pantai juga kurang Latihan dan khidmat bantu dari agensi yang berkaitan
untuk membantu pengusaha perikanan pinggir pantai. Hal ini menyebabkan nelayan tidak
dapat mengendalikan bot-bot besar, alat ecosonar, dan sistemm telekomunikasi.
 Masalah ini turut menghalang kepada kemasukan teknologi perikanan moden.
3. Masalah kekurangan buruh
 Kekurangan tenaga buruh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu; migrasi keluar tenaga buruh
muda ke sektor perindustrian di bandar, sector perikanan yang tidak menjanjikan hasil yang
lumayan, sector perikanan yang menggunakan kudrat tidak digemari oleh golongan muda.
 Kekurangan tenaga kerja ini menyebabkan sector perikanan laut dalam di Malaysia terpaksa
menggunakan buruh asing khususnya dari Thailand.
 Sektor perikanan juga kekurangan buruh untuk mengendalikan teknologi perikanan yang
moden seperti bot-bot berkuasa tinggi, ecosonar dan system telekomunikasi yang canggih.
 Hal ini menyebabkan industry perikanan laut dalam yang menggunakan teknologi moden sukar
dikendalikan secara optimum.
4. Masalah keselamatan nelayan.
 Ancaman yang dihadapi oleh nelayan pada masa kini ialah ancaman lanun di laut antarabangsa
dan pencerobohan nelayan asing. Sesetengah nelayan tidak berani untuk meneroka perikanan
laut dalam kerana jaminan keselamatan di perairan antarabangsa yang sentiasa diancam lanun.
Perairan negara sering kali dicerobohi oleh nelayan asing khususnya dari Thailand..
 Penggunaan pukat tunda oleh nelayan asing menyebabkan kepupusan ikan di kawasan pinggir
pantai. Keadaan ini seterusnya menjejaskan sumber pendapatan nelayan-nelayan tempatan.
 Konflik juga sering berlaku antara nelayan pinggir pantai dan nelayan laut dalam. Konflik
berlaku apabila nelayan laut dalam menceroboh zon perikanan pinggir pantai yang diharamkan
kepada nelayan laut dalam. Tindakan ini menyebabkan hasil tangka[an nelayan pinggir pantai
kurang.
5. Masalah politik perairan antarabangsa
 Masalah pertindihan kawasan atau sempadan perairan khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif
(ZEE) menimbulkan risiko pencerobohan atau mudah tertangkap oleh pihak berkuasa negara
lain.
 Aktiviti perikanan laut dalam juga mendapat tentangan daripada pergerakan alam sekitar
seperti Green Peace.
 Kumpulan ini mengadakan bantahan terhadap penangkapan ikan paus yang dilakukan oleh
nelayan laut dalam dari Jepun.
6. Masalah kepupusan sumber-sumber
perikanan.
 Penerokaan sumber perikanan yang berlebihan menjadi salah satu sebab utama sumber
perikanan kian pupus. Keadaan ini lebih ketara di kawasan pantai barat Semenanjung
Malaysia. Penggunaan pukat tunda telah menyebabkan kemusnahan habitat ikan dan
penangkapan anak-anak ikan yang belum matang.
 Tindakan ini menyebabkan sumber perikanan negara semakin berkurang dan beberapa spesies
ikan mengalami kepupusan. Keadaan ini sekaligus menjejaskan pendapatan nelayan.
 Kepupusan sumber perikanan laut juga disebabkan meningkatnya kadar pencemaran maritime
seperti tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap, pembuangan sisa industri dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai