Anda di halaman 1dari 2

ISU TENAGA BURUH KANAK-KANAK Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak merupakan isu yang sudah

lama bersarang dalam masyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Fenomena ini menjadi semakin popular terutamanya di negara dunia ketiga. Berikan cadangan-cadangan untuk menangani masalah ini. Pengenalan Negara-negara dunia ketiga seperti Afghanistan - salah sebuah negara yang paling miskin di dunia, di mana kanak-kanak adalah separuh daripada jumlah penduduk. Kanak-kanak yang bekerja bukanlah sesuatu yang mengejutkan di Afghanistan, tetapi sudah menjadi masalah sosial yang tegar dan kerajaan tidak mempunyai perancangan dan sumber yang cukup untuk menyelesaikannya. Isi-isi: 1. Menguatkuasakan undang-undang- hukuman yang setimpal harus diimplementasikan Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 menetapkan syarat penggajian kanakkanak di bawah umur 14 tahun dan pemuda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuai dan di dalam perusahaan tertentu: tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral. Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripada eksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka. Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2000.00 atau kedua-duanya sekali. 2. Organisasi masyarakat sama ada badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO) patut bergiat aktif dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak supaya tidak dieksploitasi. NGO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berperanan penting untuk memelihara hak kanak-kanak serta melindungi kanak-kanak daripada keganasan yang dihadapi termasuklah penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks. Tabung Kanak-kanak telah ditubuhkan bagi menggubal satu akta yang berkesan untuk melindungi kanak-kanak. Sebuah lagi organisasi politik yang tertua, yakni Gabungan Antara Parlimen(IPU), telah bergabung tenaga dengan UNICEF dalam melancarkan sebuah buku panduan yang telah direka khusus untuk menghentikan eksploitasi kanak-kanak. 3. Kawalan kastam yang ketat dan tanggungjawab angkatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mencegah sebarang pemerdagangan manusia terutamanya kanak-kanak Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap tahun - dipaksa menjadi orang gaji, pekerja-pekerja kilang, malah hamba-hamba seks juga anggota polis menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson bagi mengenal pasti serta menghulurkan bantuan kepada mangsa harus bertungkus-lumus dan bekerjasama menangkap biang keladi yang mengawal pemerdagangan kanak-kanak-2 serta mengheret pesalah-pesalah ke muka mahkamah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. 4. Kerjasama dan permuafakatan antara negara terutamanya negara2 jiran adalah amat penting dalam membanteras masalah ini. Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand wajar mewujudkan persefahaman, kerjasama serantau dan perkongsian bijak lebih-lebih lagi kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan

Laporan Tahunan Perdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat melibatkan usaha kerajaan negara-negara asing untuk mencegah perdagangan manusia, mendakwa penjenayah dan melindungi mangsa 5. Pendidikan sedunia Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir anggota masyarakat terutamanya ibu bapa tidak mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan kanak-kanak, malah tidak memahami kesan-kesan buruk yang bakal dibawa oleh masalah kemiskinan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan adalah amat penting bagi meneruskan kehidupan terutamanya dalam masyarakat kini yang dibuai arus modenisasi dan globalisasi. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa digesa supaya menggubal sebuah akta atau undang-undang bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menerima serta melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya sampai umur 18 tahun atau melengkapkan tahap sekolah menengah.

Anda mungkin juga menyukai